Anda di halaman 1dari 13

BAGAIMANA KALAU...

KARYA USMAN
FIRAS DAN HANAH
AWANG
Latar Belakang Sajak
● Sajak ‘Bagaimana Kalau’ merupakan satu apologi daripada Usman Awang kepada
Taufik Ismail dan Dinsman iaitu dua orang penyair yang juga menjadikan
kepincangan kuasa sebagai persoalan dalam puisi-puisi mereka.

● Sajak ini dicipta oleh Usman Awang pada tahun 1979 dan berakhir hingga tahun
1984..
Tema dan Persoalan
● Tema
○ Kepincangan kuasa seorang pemimpin dalam mentadbir politik

● Persoalan
○ Persoalan kerelaan rakyat membeli produk buatan Malaysia.
○ Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyat.
○ Persoalan ketidakadilan yang berlaku dalam kalangan pemimpin.
STRUKTUR DALAMAN
Maksud Rangkap
● Stanza 1 - Penyajak ingin mengatakan bahawa rakyat malaysia tidak menyokong
produk buatan negara sendiri dan tidak bangga dengannya. Malah, mereka lebih
gemar dengan produk luar negara seperti kenderaan.

● Stanza 2 - Penyajak mengatakan semua rakyat telah bekerjasama dalam membantu


memajukan negara. Terdapat kurang penyelarasan pekerjaan menyebabkan kecoh di
jalan
Maksud Rangkap
● Stanza 3 - Penyajak mengatakan bahawa semua rakyat Malaysia dan pemimpin akan
terkesan apabila malaysia dilanda musibah. Suatu ketika dulu sistem janakuasa rosak
kerana pembinaan rumah perdana menteri

● Stanza 4 - Penyajak ingin mengatakan bahawa para menteri mempunyai banyak duit
haram yang disimpan dalam akaun bank di bawah nama samaran agar tidak
tertangkap oleh pihak berkuasa.
Maksud Sajak
● Stanza 5 - Penyajak ingin mengatakan Perdana Menteri pada waktu itu ingin
meningkatkan bilangan penduduk di Malaysia tetapi takut tidak kesampaian cita-cita
beliau.

● Stanza 6 - Gesaan kepada kerajaan supaya pemimpin mengguna kuasa dengan betul
dan tidak menindas golongan yang lemah.
Mesej dan Sikap Penyajak
● Mesej
○ Pemimpin perlulah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi sebelum mentadbir negara.
○ Pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam menguruskan kewangan negara.

● Sikap penyajak
○ Sedih, benci dan marah.
STRUKTUR LUARAN

Jeni
s● Satira
○ Sajak ini merupakan sindiran terhadap kepincangan kuasa pihak
atasan dan gelagat rakyat Malaysia.

Bentu
k
● Bebas
○ Baris dalam setiap stanza adalah berbeza.
Nada
● Nada Sinis
○ penyajak berasa kurang puas hati terhadap kepincangan kuasa oleh pihak atasan.
○ tidak menggambarkan kemarahannya, sebaliknya menggunakan unsur sindiran.

Buny
i● Aliterasi
○ tiap jalan raya ibu kota yang malang (perulangan vocal a)
○ yang tiga kali lebih rajin menggali lubang lain (perulangan vocal i)
● Asonansi
○ termasuk simpang rumah perdana (perualangan konsonan m)
○ Terpangkas sampai ke pangkal (perulangan konsonan p)
Skema Rima
● Berpecah

Diksi
● Kosa kata
○ zuriat (Bahasa Arab)
○ ibu kota (bandar)

● Seerti
○ motokar - kenderaan
Gaya Bahasa
● Personifikasi
○ mata pisau
● Pleonasme
○ hujan pun turun
● Repetisi
○ perulangan frasa ‘bagaimana kalau’ pada setiap awal stanza
● Inversi
○ datang pula para pekerja Telekom
● Totologi
○ tiba-tiba sakit perut memulas-mulas
● Ironi
○ Pekerja LLN yang rajin
Gaya Bahasa
● Anafora
○ Semua gas Petronas jadi angin, semua lilin jadi cair, semua bateri hilang kuasanya
● Retoris
○ Apakah semua orang membeli motokar Buatan Malaysia?
● Hiperbola
○ Maha berat
○ Tujuh hari, tujuh malam
● Simbol
○ Pak Mudim
● Eufemisme
○ Melepas
● Sinisme
○ Dicangkungi oleh YB ahli-ahli pihak pembangkang
Politics, Power, Justice
https://www.astroawani.com/berita-dunia/berakhirnya-empayar-amerika-syarikat-250163

● Presiden Amerika Syarikat tidak mengutamakan kepentingan rakyatnya.


● Pelbagai janji manifesto ‘Keep Amerika Great’ ditabur oleh Parti Republikan
pimpinan Trump untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang
hebat di dunia.
● Namun selepas dilantik sebagai Presiden, beliau tidak menepati janjinya.
● Contohnya, beliau tidak dapat mengawal isu pandemik Covid-19 yang semakin
meningkat di Amerika Syarikat kerana mementingkan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai