Anda di halaman 1dari 3

SYAIR SERATUS SITI (JUNAINI KASDAN)

A. MAKSUD
RANGKAP SYAIR MAKSUD SYAIR
Tersebut pula suatu perkataan, Maka tersebut sebuah kisah Raja Malabari
Raja Malabari empunya kerajaan, dan kerajaannya yang hidup gembira
Sehari-hari bersuka-sukaan, bersuka ria serta rakyatnya terlalu ramai
Rakyatnya banyak tiada terkian. tidak terkira banyaknya.
Bangsanya Ajam baginda itu, Bangsa Ajam keturunan baginda memiliki
Kerajaan besar bukan suatu, kerajaan besar dan berkuasa kerana
Takluk banyak sudah tertentu, mempunyai jajahan takluk yang banyak dan
Menghantar ufti sekalian ke situ. semua memberi ufti kepada baginda.
Ada kepada suatu hari, Pada suatu hari Baginda berehat di
Baginda semayam di balai seri, balairung seri dihadap semua menteri dan
Dihadap sekalian hulubalang hulubalang yang sangat ramai.
menteri,
Ramainya tidak lagi terperi.
Banyaknya tidak menderita, Ramai rakyatnya hidup aman sejahtera, dari
Berlimpah sampai ke tepi kota, desa hingga kota tiada sengsara dan
Bahana gemuruh gegak gempita, mereka semua datang menghadap baginda.
Menghadap baginda di atas takhta.
Lasykarnya banyak beribu laksa, Baginda mempunyai beribu kapal dan
Penuh sesak segenap desa, lasykar sehingga ceruk desa negeri aman
Negerinya makmur sangat sentosa, makmur dan hidup dengan gembira.
Sehari-hari suka termasa.
Baginda melihat kebesarannya, Baginda bangga dengan kebesarannya dan
Sangatlah takbur pada rasanya, kehebatannya kerajaan miliknya sehingga
Lalu bertitah kepada menterinya, takbur dan angkuh lalu berkata siapa lagi
Aku nan siapa tara bandingnya. yang setara dengan kebesarannya.
Adakah raja terlebih kaya, Baginda turut bertanya adakah lagi orang
Daripada aku terlebih mulia, lebih kaya daripadanya lebih mulia dan
Akulah raja di dalam dunia, mempunyai kerajaan besar setaranya,
Terlebih daripada aku manakah dia. siapakah hebat lagi dari Aku?
Baiklah segera kamu berkata, Baginda terus bertanya untuk mendapat
Kepada kau supaya nyata, jawapan siapa lagi lebih kaya dan hebat dari
Aku nan hendak mendengar warta, baginda raja bermahkota?
Adakah raja bermahkota.
Berdatang sembah seorang Lalu datang seorang pahlawan memberitahu
pahlawan, tiada siapa yang standing dengan Baginda
Kaya tuanku tiada berlawan, Raja Malabari yang adil dan memiliki rakyat
Serta adil dengan kelimpahan, serta tentera yang sangat ramai.
Rakyat tentera berkoyan-koyan.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
B. TEMA
Syair Seratus Siti bertemakan kehebatan dan keangkuhan seorang pemerintah.

C. PERSOALAN
1) Persoalan pemerintahan raja yang hebat dan besar jajahan takluknya. Raja
Malabari seorang baginda raja yang menguasai banyak negeri dan menerima
ufti iaitu hadiah dari negeri takluknya. Raja Malabari hebat dalam mentadbir
dan mengurus negerinya.
2) Persoalan pentingnya Raja mempunyai tentera yang ramai dan menurut
perintah. Raja Malabari mempunyai tentera yang sangat ramai dan semuanya
patuh dan tunduk kepada baginda.
3) Persoalan kepentingan rakyat bersatu padu dan sejahtera. Rakyat jelata
kerajaan Raja Malabari hidup aman makmur dan bahagia.
4) Persoalan sikap angkuh dan takbur seorang pemerintah. Raja Malabari
angkuh dan takbur dengan kehebatan, kekayaan dan kemuliaan
dirinya.Baginda bertanya pada semua siapa yang setara dengannya untuk
membandingkan dan menunjukkan bahawa dia adalah raja paling hebat dan
berkuasa.
5) Persoalan pentingnya menurut perintah raja. Rakyat jelata semua akur dan
tunduk hormat kepada baginda raja dan bersatu mempertahankan
kesejahteraan dengan menjadi tentera menjaga keamanan.
6) Persoalan kekayaan dan kehebatan raja. Raja Malabari mempunyai beribu
lasykar dan tentera.

C. BENTUK
1) Syair ini mempunyai 9 rangkap yang sekata barisnya.
2) Syair ini terdiri daripada 4 baris serangkap.
3) Syair ini terdiri daripada 2 hingga 5 patah perkataan serangkap
4) contohnya : Sehari-hari bersuka-sukaan ( 2 patah perkataan)
i. : Berlimpah sampai ke tepi kota (5 patah perkataan)
5) Syair ini terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata dalam sebaris
6) Syair ini mempunyai rima akhir yang sekata iaitu aaaa

D. GAYA BAHASA

1) Kata Ganda – contohnya : sehari-hari , bersuka-sukaan


2) Bahasa Melayu klasik – empunya, terkian, terperi,
3) Bahasa Istana – Raja, Baginda, Tuanku,
4) Sinkope – ku

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
E. NILAI

1) Ketaatan
2) Kejujuran
3) Kebijaksanaan
4) Kemegahan
5) Kemakmuran
6) Kedamaian
7) Keadiilan

F. PENGAJARAN

1) Kita hendaklah taat dan setia kepada pemerintah, raja dan negara. Rakyat
Baginda Raja Malabari taat dan setia kepada baginda dan ramai menjadi
askar dan benteng negara.
2) Kita mestilah jujur dalam berkata. Contohnya, pahlawan jujur mengatakan
tiada siapa setanding dengan baginda raja Malabari dari segi kekayaan,
kemewahan, kehebatan, kebesaran, kekuasaan baginda.
3) Kita haruslah bijaksana dalam mentadbir dan mengurus negara. Raja
Malabari bijak menjaga kerajaan baginda dengan mempunyai ramai rakyat,
lasykar dan tentera serta negeri jajahan takluknya yang banyak.
4) kita perlulah bersikap adil dan saksama. Raja Malabari juga adil dan saksama
dengan rakyatnya.
5) Kita seharusnya menjaga negara dengan makmur dan sentosa. Contohnya,
Raja Malabari mempunyai kerajaan yang rakyatnya hidup makmur, aman dan
sentosa.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai