Anda di halaman 1dari 9

SYAIR BIDASARI

Maksud Syair

Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Penyair mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri
Kembayat. Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan di buat perbandingan

Rangkap
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Di negeri Kembayat terdapat seorang raja yang mahsyur dan bijaksana. Baginda juga merupakan
seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang datang mendalami pengajian
dalam bidang agama Islam di negerinya itu dengan adil.

Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara
dalam suasana aman tanpa sedikit pun menghadapi kesukaran.Namun, mereka tidak dapat
menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang.

Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Raja bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu permaisuri telah mengandung.

Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan
Sepanjang raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana yang aman damai dan gembira,
akhirnya pada suatu hari Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda telah
mangkat.

Rangkap 6

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Dikisahkan pada suatu hari yang lain, Negeri Kembaat telah diserang oleh burung garuda yang
ganas dan kuat terbang dari angkasa. Serangan ini telah mendatangkan banyak kemusnahan di
Negeri Kembayat.

Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Digambarkan kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat
bergema hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu huru-hara. Rakyat jelata
lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing

Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Di Istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana
sangat bising dan gegak-gempita, baginda yang garang dan tidak perihatin berasa hairan melibatkan
situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.
Persoalan :Kebijaksanaan memimpin sesebuah kerajaan
Nilai :Kebijaksanaan
Pengajaran :Kita sebagai pemerintah mestilah memerintah negara dengan
bijaksana
Contoh :Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.

Persoalan :Tanggungjawab seorang pemimpin


Nilai :Tanggungjawab
Pengajaran :Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat
dengan amanah.

Contoh :Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri dengan


sempurna

Persoalan :Kasih sayang terhadap ahli keluarga


Nilai :Kasih sayang
Pengajaran :Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga
demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni
Contoh :Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah
isterinya itu mengandung.

Bentuk
1.Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas.
2.Terdiri daripada 8 rangkap.
3.Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.

Gaya Bahasa
1.Penggunaan repitisi atau perulangan – beberapa bulan beberapa hari.
2.Metafora – takhta kerajaan.
3.Simile – mendengar gempar seperti

Unsur Bunyi
1.Asonansi – baginda duduk bersuka-sukaan (pengulangan vokal u)
2.Aliterasi – beberapa bulan beberapa hari (pengulangan konsonan k)
Gurindam Dua Belas

Maksud
Rangkap 1
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai
keinginan yang dapat merosakkannya

Rangkap 2

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila seseorang berjaya menjaga pendengaranya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat
dihindarinya

Rangkap 3

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan diperolehnya

Rangkap 4

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat
diselesaikannya

Rangkap 5

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tidak senonoh
Sekiranya seseorang gagal mengawal hawa nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah
luntur

Rangkap 6
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur

Rangkap 7
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kerosakan

Tema
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

Persoalan : Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran dan pertuturan


dalam kehidupan sehari-hari
Nilai :Berhati-hati
Pengajaran :Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan
yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.
Contoh :kita dinasihati adar berhati-jati mengawal pancaindera agar tidak membawa
kepada kerosakkan

Persoalan : Kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.


Nilai :Rasional
Pengajaran :Kita tidak boleh terlalu menurut jehendak nafsu kerana tindakan itu akan
menjerumuskan kita ke lembah kehinaan
Contoh : Kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota tangan dan kaki

Persoalan : Kepentingan mengawal anggota badan terutama tangan dan kaki


Nilai :Kebijaksanaan
Pengajaran : Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan
menjadi lebih sejahtera
Contoh :Kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota tangan dan kaki

Bentuk

1.Mempunyai 7 rangkap.

2.Setiap rangkap mengandungi 2 baris

3.Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Gaya Bahasa

1.Kata ganda – cita-cita


2.Bahasa kiasan-

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tidak senonoh

3.Bahasa Arab-fiil

Unsur Bunyi

1.Asonansi – pengulangan vokal a -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1


baris 2.Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g – Bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

SANG GEMBALA KUDA

Maksud
Rangkap1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
mengkalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan


keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan
menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambal
menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke
kandang.

Rangkap 2
Rumput dan jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang
dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda
itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki
kuda-kuda yang lain.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimaba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang
gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh
segala rintangan dan kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya
dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang
atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui
kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang
gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira
kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hhanya mementingkan diri apabila
kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.

TEMA
kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan
Persoalan : Kepatuhan menurut pemerintah.
Nilai : Kepatuhan
Pengajaran : Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi
keharmonian sesebuah organisasi.
Contoh : sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

Persoalan : Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan


Nilai :Keberaniaan
Pengajaran :Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai
rintangan tanpa mudah berputus asa.
Contoh : penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.

Persoalan : Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah


Nilai : Kebijaksanaan
Pengajaran :Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan
tugas dengan baik dan sempurna.

Contoh : penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya detika dia


menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang

Bentuk

1.Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.

2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.


3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris,
rangkap kedua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris, dan rangkap
keempat ada lapan baris.

Gaya Bahasa

1.Repetisi atau perulangan. Contohnya:


Ditunggangi dan ditunggangi – rangkap 4, baris 8.
2. Hiperbola. Contohnya:
Dimamah rakus kala lapar – rangkap 2, baris 3
3. Sinkope. Contohnya:
Tak peduli nasib diri setelah kenyang – rangkap 2, baris 4

Unsur bunyi

Asonansi.(perulangan bunyi vokal). Contohnya:


i.sesekali suaranya lebih gempita
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak tiga kali.
ii. menentang semua kebobrokan
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e sebanyak tiga kali.
(b)Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
i. ditunggangi dan ditunggangi!
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan dsebanyak tiga kali.
ii. dia melampar muslihat
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan msebanyak dua kali.

WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

Maksud

Rangkap 1

Anda mungkin juga menyukai