Anda di halaman 1dari 4

SYAIR BIDASARI

MAKSUD SYAIR BIDASARI


1 Penyair mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat.
Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
2 Di Negeri Kembayat, terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang
raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang datang mendalami pengajian dalam bidang
agama Islam di negerinya itu dengan adil.
3 Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam
suasana yang aman tanpa sedikit pun menghadapi kesukaran. Namun begitu, mereka tidak dapat
menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang.
4 Raja yang bijaksana tersebut telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah
hamil.
5 Sepanjang raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana yang aman damai dan gembira, akhirnya
pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda terpaksa meninggalkan
kerajaannya.
6 Dikisahkan pada suatu hari yang lain, Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garuda yang ganas dan
kuat yang terbang turun dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan di Negeri
Kembayat.
7 Digambarkan kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat bergema
hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lari lintang-
pukang menyelamatkan diri masing-masing.
8 Rangkap 8 Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja yang sedang bermesyuarat. Apabila
mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising dan gegak-gempita, baginda yang cemas dan prihatin
itu berasa hairan apabila melihatkan situasi tersebut dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu
berlaku.
SYAIR BIDASARI

Tema Nilai
Tema syair ini ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang
raja sewaktu mentadbirkan negara. Ketaatan: Rakyat Kembayat taat kepada sultan
pemerintah. 
Persoalan
Tanggungjawab: Raja negeri Kembayat
(a) Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
bertanggungjawab mentadbir negeri.
(b) Tanggungjawab seorang pemimpin.
(c) Kasih sayang terhadap anggota keluarga. Prihatin: Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan
(d) Keadilan dan kesaksamaan. yang ditanggung oleh orang lain.
(e) Jangka hayat dan soal kematian di tangan Tuhan.
(f) Musibah yang tidak boleh diramal.
Kasih-sayang: Raja yang menyayangi rakyat dan
Bentuk dan Ciri-ciri Syair isterinya.
(a) Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas.
(b) Terdiri daripada lapan rangkap. Pengajaran
(c) Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama,
Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau
iaitu empat baris serangkap.
kehidupan agar hidup lebih bermakna.
(d) Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.
(e) Bilangan katanya antara tiga hingga lima patah Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana
perkataan. negara kita sentiasa aman dan makmur.
(f) Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata
sebaris. Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa
(g) Rima akhir syair ini ialah aaaa kecuali rima akhir depan.
rangkap ketiga syair ialah aaba.
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan
bersama

Tema Nilai
Tema syair ini ialah cabaran yang dihadapi oleh
seorang raja sewaktu mentadbirkan negara. Ketaatan: Rakyat Kembayat taat kepada sultan
pemerintah. 
Persoalan
Tanggungjawab: Raja negeri Kembayat
(a) Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
bertanggungjawab mentadbir negeri.
(b) Tanggungjawab seorang pemimpin.
(c) Kasih sayang terhadap anggota keluarga. Prihatin: Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan
(d) Keadilan dan kesaksamaan. yang ditanggung oleh orang lain.
(e) Jangka hayat dan soal kematian di tangan
Tuhan.
(f) Musibah yang tidak boleh diramal. Kasih-sayang: Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair Pengajaran


(a) Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas. Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau
(b) Terdiri daripada lapan rangkap.
kehidupan agar hidup lebih bermakna.
(c) Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah
sama, iaitu empat baris serangkap. Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara
(d) Semua baris dalam setiap rangkap adalah kita sentiasa aman dan makmur.
maksud.
(e) Bilangan katanya antara tiga hingga lima Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.
patah perkataan.
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan
(f) Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas
bersama
suku kata sebaris.
(g) Rima akhir syair ini ialah aaaa kecuali rima
SYAIR BIDASARI

akhir rangkap ketiga syair ialah aaba.

MAKSUD SYAIR BIDASARI


1 Penyair mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat.
Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
2 Di Negeri Kembayat, terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang
raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang datang mendalami pengajian dalam bidang
agama Islam di negerinya itu dengan adil.
3 Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam
suasana yang aman tanpa sedikit pun menghadapi kesukaran. Namun begitu, mereka tidak dapat
menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang.
4 Raja yang bijaksana tersebut telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah
hamil.
5 Sepanjang raja memerintah Negeri Kembayat dengan suasana yang aman damai dan gembira, akhirnya
pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda terpaksa meninggalkan
kerajaannya.
6 Dikisahkan pada suatu hari yang lain, Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garuda yang ganas dan
kuat yang terbang turun dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan di Negeri
Kembayat.
7 Digambarkan kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat bergema
hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lari lintang-
pukang menyelamatkan diri masing-masing.
8 Rangkap 8 Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja yang sedang bermesyuarat. Apabila
mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising dan gegak-gempita, baginda yang cemas dan prihatin
itu berasa hairan apabila melihatkan situasi tersebut dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu
berlaku.

Rangkap 1 Rangkap 5

Dengarkan tuan suatu riwayat Beberapa lamanya dalam kerajaan,

Raja di desa Negeri Kembayat Baginda duduk bersuka-sukaan,

Dikarang fakir dijadikan hikayat Datanglah beroleh kedukaan,

Supaya menjadi tamsil ibarat Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Rangkap 2 Rangkap 6

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,

Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,

Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,

Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.


SYAIR BIDASARI

Rangkap 3 Rangkap 7

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,

Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,

Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gelana,

Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

          

Rangkap 4 Rangkap 8

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,

Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,

Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,

Hamillah puteri permaisuri. "Gempar ini apakah kurang."

Anda mungkin juga menyukai