Anda di halaman 1dari 1

Puisi Tradisional - SYAIR BIDASARI JAMILAH HAJI AHMAD

MAKSUD
RANGKAP 1
Penyair ingin menyampaikan sebuah cerita tentang seorang raja di Negeri Kembayat untuk dijadilan teladan.
RANGKAP 2
Raja tersebut seorang sultan yang perkasa dan bijak bestari dalam pentadbirannya sehingga menarik perhatian
pedagang asing.
RANGKAP 3
Penulis berasa hairan kerana raja perkasa itu tidak pernah merasai kesusahan sepanjang pentadbirannya.
RANGKAP 4
Raja yang bijak bestari itu sudah beristeri dan isterinya mengandung.
RANGKAP 5
Setelah menduduki takhta kerajaan sekian lama, baginda ditimpa kesukaran sehingga memaksa baginda turun
daripada takhta kerajaan.
RANGKAP 6
Pada suatu hari, seekor burung geroda yang gagah perkasa terbang dari langit lalu merosakkan Negari Kembayat
tersebut.
RANGKAP 7
Kemunculan geroda diiringi bunyinya yang kua sehingga menggemparkan setiap lapisan masyarakat di negeri itu lalu
memaksa penduduk negeri itu melarikan diri.
RANGKAP 8
Baginda raja dihdap rakyat jelata yang menyampaikan peritiwa tergempar seperti menyampaikan kejadian perang di
dalam negeri. Dengan garang, baginda bertitah dengan kehairanan tentang sebab rakyat berlari untuk menghadap
baginda.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Tema syair ini ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah Negeri kembayat.
Persoalan
(a) Fungsi cerita sebagai teladan
(b) Kebijaksaan dan kebestarian anak raja
(c) Kemakmuran negara bergantung pada kewibawaan raja.
(d) Ketabahan menghadapi cabaran
(e) Bencana melanda negeri
(f) Ketegasan pemimpin negara
GAYA BAHASA
(a) Bahasa asing (Arab)
(b) Sinkope
(c) Anafora
(d) Epifora
(e) Imejan atau Imej alam
(f) Kata ganda
(g) Simile
NILAI MURNI
(a) Kebijaksanaan
(b) Ketabahan
(c) Kesyukuran
(d) Kasih sayang
(e) Keberanian

Bukti: Sultan halifah akas bestari


Bukti: Sangat tiada merasa susah
Bukti: Baginda duduk bersuka-sukaan
Baginda meninggalkan takhta kerajaan
Bukti: Beberapa lamanya dalam kerajaan
Baginda meninggalkan takhta kerajaan
Bukti: Melayanglah unggas dari angkasa
Bukti: Baginda duduk bersuka-sukaan
Seisi negeri gundah-gulana
Membawa diri ke mana-mana
Bukti: Mendengar gempar seperti perang
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah bijak memerintah negeri untuk kebaikan bersama.
(b) Kita haruslah tabah menghadpai cabaran dalam tanggungjawab yang diberikan.
(c) Kita mestilah bersyukar kepada Tuhan akan kemakmuran negara kita.
(d) Kita haruslah menyayangi isteri, terutamanya sewaktu dia mengandung.
(e) Kita mestilah berani menghadapi cabaran demi masa depan.
(f) Kita haruslah sabar apabila negara kita mengalami kerosakan.

Anda mungkin juga menyukai