Anda di halaman 1dari 48

PUISI TRADISIONAL

Syair Bidasari

MULA

Penyelengara:

Jamilah Hj. Ahmad


Kandungan

Unit 1 : Syair dalam Animasi


Unit 2 : Tema dan Persoalan
Unit 3 : Unsur Bunyi
Unit 4 : Bentuk
Unit 5 : Nada
Unit 6 : Gaya Bahasa
Unit 7 : Nilai dan Pengajaran
Unit 8 : Praktis
UNIT 1:
Syair
dalam
Animasi
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
Gempar ini apakah kurang.
Rangkap 1

Dengarkan tuan suatu riwayat,


Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
1

Maksud
Rangkap 1

Syair ini berkisar tentang seorang raja di sebuah daerah di Negeri


Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang rakyat yang miskin
sebagai cerita yang dapat dijadikan teladan.
Rangkap 2

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
2

Maksud
Rangkap 2

Raja yang menjadi pemimpin di negeri itu ialah seorang yang tangkas,
cekap dan bijak bestari. Baginda juga seorang raja yang mulia dan
sentiasa bersikap adil kepada semua orang yang berada di negerinya.
Rangkap 3

Hairan orang empunya temasya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
3

Maksud
Rangkap 3

Semua orang mengagumi kemakmuran negeri yang diperintah oleh raja


yang berpengaruh itu. Kehidupan raja dan rakyat tidak pernah
bermasalah. Namun begitu, tidak diketahui takdirnya pada masa depan.
Rangkap 4

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
4

Maksud
Rangkap 4

Kehidupan rajanya bertambah bahagia selepas baginda


berkahwin. Hal ini demikian kerana tidak lama selepas
perkahwinan itu, permaisuri baginda sudah pun mengandung.
Rangkap 5

Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
5

Maksud
Rangkap 5

Setelah beberapa lama memerintah negeri dengan aman dan


damai, akhirnya negeri baginda ditimpa bencana sehingga
menyebabkan baginda terpaksa meninggalkan negerinya.
Rangkap 6

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
6

Maksud
Rangkap 6

Pada suatu hari, seekor geroda yang amat besar dan kuat telah
turun dari langit. Geroda itu telah memusnahkan seluruh negeri
yang diperintah oleh raja tersebut.
Rangkap 7

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
7

Maksud
Rangkap 7

Bunyi geroda yang amat kuat dan tidak keruan itu telah
menggemparkan semua rakyat di negeri tersebut. Mereka berasa takut
lalu melarikan diri ke tempat-tempat lain untuk menyelamatkan nyawa.
Rangkap 8

Baginda pun sedang dihadap orang,


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
Gempar ini apakah kurang.
8

Maksud
Rangkap 8

Baginda yang sedang mengadakan perbincangan terkejut tatkala


mendengar bunyi bising seperti di medan pertempuran. Baginda yang
berasa cemas bertanyakan sebab berlakunya kejadian huru-hara itu.
UNIT 2:
Tema
dan
Persoalan
TEMA

Cabaran yang menguji kemampuan seorang raja sewaktu


memerintah negara

Penerangan:
Dugaan yang terpaksa dihadapi oleh raja tatkala berhadapan dengan
serangan daripada geroda yang telah memusnahkan negerinya

Bukti daripada Sajak:


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
(rangkap 6, baris 2 - 4)
Tanggungjawab
seorang raja

Matalpetaka Kemakmuran
menimpa sesebuah
tanpa diduga negeri

PERSOALAN

Nasib
Ketentuan
rakyat
takdir
selepas
Tuhan
bencana
UNIT 3:
Unsur Bunyi
UNSUR BUNYI

Asonansi Aliterasi

Bukti daripada Bukti daripada


Bukti daripada Bukti daripada
Syair: Syair:
Syair: Syair:
Perulangan vokal Perulangan
Perulangan vokal Perulangan
a konsonan n
i konsonan k
Hairan orang Baginda
Hamillah puteri Dikarang fakir
empunya meninggalkan
permaisuri dijadikan hikayat
temasya takhta kerajaan
(rangkap 4, baris (rangkap 1, baris
(rangkap 3, baris (rangkap 5, baris
4) 3)
1) 4)
UNIT 4:
Bentuk
Bilangan rangkap 8

4 baris dalam satu


Bilangan baris
rangkap

3 hingga 5 kata dalam


Bilangan kata
BENTUK satu baris

9 hingga 13 suku kata


Bilangan suku kata
dalam satu baris

Terikat
Skema rima akhir Semua rangkap - aaaa
kecuali rangkap ke-3 rima
akhirnya ialah iaitu aaba)
UNIT 5:
Nada
NADA

Melankolik
Romantik
(Menggambarkan
(Menggambarkan
suasana yang
suasana hati atau
kesedihan, murung,
perasaan yang tenang
mendayu-dayu dan
dan menyenangkan)
hiba)

Penerangan dan Bukti:


Penerangan dan Bukti:
Pengarang menceritakan
Pengarang menceritakan
kesedihan dan keadaan yang
keadaan negeri yang makmur di
huru-hara akibat serangan
bawah pemerintahan seorang
geroda hingga memusnahkan
raja yang adil dan saksama.
negeri tersebut.
(rangkap 1 - 4, baris 1 - 4)
(rangkap 5 - 8, baris 1 - 4)
UNIT 6:
Gaya Bahasa
Bahasa
Arab

Bahasa
Simile
klasik

GAYA
BAHASA

Hiperbola Repitisi

Inversi
UNIT 7:
Nilai
dan
Pengajaran
Kebersihan
fizikal dan
mental

Keprihatinan Keadilan

Berdikari
NILAI Kebijaksanaan
MURNI

Rasional Kesyukuran

Kasih
sayang
PENGAJARAN

Kita haruslah melakukan sesuatu demi kebaikan bersama.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai raja dengan adil.

Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala yang dimiliki pada


hari ini.

Kita harus sentiasa menyayangi keluarga kita dengan sepenuh hati.

Kita perlu bersikap rasional sewaktu berhadapan dengan suatu


kejadian.

Kita wajarlah membina kehidupan di tempat baharu setelah tempat


yang lama tidak sesuai.
UNIT 8:
Praktis
Praktis Berformatkan SPM 1
Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. Gempar ini apakah kurang.

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)


(i) Berikan maksud melimpah ngadil dagang senteri dalam rangkap kedua.
[3 markah]

(ii) Dalam rangkap keenam syair ini dinyatakan bahawa negeri itu telah
musnah kerana diserang geroda. KBAT

Pada pandangan anda, apakah kesan daripada serangan itu? [3 markah]

(iii) Nyatakan tema syair tersebut. [3 markah]


Jawapan
(i) Berikan maksud melimpah ngadil dagang senteri dalam rangkap kedua.
[3 markah]
Maksud melimpah ngadil dagang senteri dalam rangkap kedua ialah sikap
adil terhadap semua orang yang berurusan di negeri itu.

(ii) Dalam rangkap keenam syair ini dinyatakan bahawa negeri itu telah
musnah kerana diserang geroda. KBAT

Pada pandangan anda, apakah kesan daripada serangan itu? [3 markah]


Pada pandangan saya, kesan daripada serangan itu ialah keadaan di
dalam negeri menjadi kucar-kacir. Semua harta benda pula musnah
dalam sekelip mata. Selain itu, kehilangan nyawa yang banyak berlaku.

(iii) Nyatakan tema syair tersebut. [3 markah]


Tema syair tersebut ialah cabaran yang menguji kemampuan raja sewaktu
memerintah negeri. Dugaan yang terpaksa dihadapi oleh baginda ialah
serangan daripada geroda yang telah memusnahkan negeri baginda.
Praktis Berformatkan SPM 2
Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. Gempar ini apakah kurang.

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)


(i) Apakah maksud datanglah menyambar suaranya bahana? [3 markah]

(ii) Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang yang menghadapi


bencana?
Kemukakan tiga pendapat anda. KBAT [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair itu.
[3 markah]
Jawapan
(i) Apakah maksud datanglah menyambar suaranya bahana? [3 markah]
Maksud datanglah menyambar suaranya bahana ialah bunyi geroda itu
amat kuat dan tidak keruan.

(ii) Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang yang menghadapi bencana?
Kemukakan tiga pendapat anda. KBAT [3 markah]
Pada pendapat saya, tiga perkara yang wajar dilakukan oleh seseorang
yang berhadapan dengan sesuatu bencana adalah dengan berdoa agar
musibah ditempuhi akan diganti dengan perkara yang lebih baik. Dia juga
perlu berusaha untuk menyelamatkan nyawanya. Akhirnya, dia harus
berfikiran rasional dengan tidak bertindak di luar kewarasan.

(iii) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair itu. [3 markah]
Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair itu ialah pertamanya
keadilan, iaitu bersikap adil terhadap semua orang yang datang ke negeri
baginda. Nilai yang kedua ialah kebijaksanaan, iaitu memerintah negeri
dengan bijaksana sehingga beroleh kemakmuran.
Praktis Berformatkan SPM 3
Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. Gempar ini apakah kurang.

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)


(i) Gambarkan keadaan yang berlaku ketika geroda menyerang negeri
itu. [3 markah]

(ii) Sekiranya anda ditugaskan oleh raja untuk membunuh geroda itu,
sanggupkah anda melaksanakan tugas tersebut? KBAT [3 markah]

(iii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam syair ini. [3 markah]
Jawapan
(i) Gambarkan keadaan yang berlaku ketika geroda menyerang negeri itu.
[3 markah]
Keadaan yang berlaku ketika geroda menyerang negeri itu ialah rakyat
menjadi gempar. Suasana pula menjadi amat bising. Negeri pula musnah
sepenuhnya.

(ii) Sekiranya anda ditugaskan oleh raja untuk membunuh geroda itu,
sanggupkah anda melaksanakan tugas tersebut? KBAT [3 markah]
Saya sanggup melaksanakannya kerana tugas itu dapat mengelakkan
negeri saya daripada binasa. Saya juga dapat menyelamatkan banyak
nyawa rakyat. Selain itu, saya ingin menunjukkan kesetiaan kepada raja.

(iii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam syair ini. [3 markah]
Tiga pengajaran yang terdapat dalam syair ini pertamanya kita mestilah
menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah dengan adil. Seterusnya,
kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki tanpa melupakan
kemungkinan akan ditimpa kesusahan pada kemudian hari. Akhirnya, kita
wajar membina kehidupan yang baharu selepas ditimpa sesuatu musibah.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai