Anda di halaman 1dari 10

AYAT PASIF

Golongan Ayat Pasif


Terbahagi kepada 3

1.Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.


2.Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama dan ke
3.Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir
sebelum kata kerja.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.


Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya
mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-

Subjek

Kata kerja Oleh +


pasif
frasa
nama

Keteranga
n

Ikan itu

dimakan

oleh kucing semalam

Buah itu

dipetik

oleh ayah

sebentar
tadi

Batu itu

tersepak

oleh Ali

ketika
pulang

Tahi ayam
itu

terpijak

oleh adik

semasa
berjalan ke
kedai

Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di ,


kata
sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya
selepas
kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna
atau struktur ayat.
Ayat-ayat di atas, boleh menjadi:
a.Ikan itu sudah dimakan kucing semalam.
b.Buah itu dipetik ayah sebentar tadi.
c.Batu itu tersepak Ali ketika pulang
Namun demikian sekiranya binaan oleh +FN itu terletak
jauh daripada
kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan
contoh berikut:
Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. (betul)
Ikan itu sudah dimakan semalam kucing. (salah)
Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah. (betul)

Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja


pasif ter- , kata sendi nama oleh tidak boleh
digugurkan misalnya:
Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.(betul)
Batu itu tersepak Ali ketika pulang (salah)
Tahi ayam terpijak oleh adik semasa berjalan ke
kedai.(betul)
Tahi ayam terpijak adik semasa berjalan ke kedai.
(salah)
Untuk ayat pasif di atas semua bahagian binaan
oleh + FN boleh juga digugurkan. Keadaan ini
berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan
tekanan. Contohnya:
Ikan itu sudah dimakan semalam oleh
kucing.
Ikan itu sudah dimakan semalam.
Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh
ayah..

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang


mengandungi imbuhan ber- dan ke.an. Dalam ayat berberntuk
begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diiperlukan.
Subjek

Predikat

Budak itu

bermandikan peluh.

Mereka

keletihan sepanjang
hari.

Surat ibunya

belum berjawab.

Orang ramai

ketakutan

Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan


frasa nama objek orang ketiga. Kata gantinama diri orang
pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif
yang berlainan.

Ayat pasif dengan kata gantinama diri orang pertama dan kedua
Untuk ayat pasif bentuk ini kata gantinama diri diletakkan di
hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata
gantinama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima
kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata gantinama diri
orang pertama dan kedua yang hadir dihadapan kata kerja
dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas.
Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya,
aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata
ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau.
Contohnya:
Subjek

Frasa kerja pasif dengan


gantinama diri pertama/kedua

Keterangan

Kerja itu

sudah saya selesaikan

semalam

Makanan
itu

belum aku rasai

lagi

Makanan
itu

belumku rasai

lagi

Hutang itu

akan engkau jelaskan

sepenuhnya

Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut:


Saya telan gula-gula itu.
Yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa :
Gula-gula itu saya telan.
Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan
menganggap
Saya telan gula-gula itu. Sebagai ayat aktif iaitu sama
seperti ayat
Saya menelan gurla-gula itu.
Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan cara
menyebutkan
kedua-dua ayat itu kelalui intonasi

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena


Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena diahdapan kata
kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN
boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh berikut:
Subjek

Kena

Kata kerja Oleh +


dasar
frasa
nama

Pencuri itu

kena

tangkap

oleh polis

Dia

kena

tipu

oleh
pemuda itu

Mereka

kena

hasut

oleh anasir
luar

Sekian, terima kasih