Anda di halaman 1dari 3

BMM 3110 AYAT PASIF PENSYARAH EN ISHAK BIN AYUB NAMA AHLI KUMPULAN

AHMAD SAUFI BIN ARSHAD AHMAD ZUKI BIN YUSOFF ABD HALIM BIN OMAR

1. Golongan Ayat Pasif

Terbahagi kepada 3

Ayat pasif

dengan imbuhan kata kerja pasif.

Ayat pasif dengan kata ganti
diri pertama dan kedua.

Ayat pasif dengan perkataan kena
yang hadir

sebelum kata kerja.

2.. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini merupakan ayat
yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter- Subjek Kata
kerja pasif Oleh + frasa nama Keterangan Ikan itu dimakan oleh kucing semalam
Buah itu dipetik oleh ayah sebentar tadi Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang Tahi
ayam itu terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai

3.

Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di , kata

sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas

kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau
struktur ayat.

Ayat-ayat di atas, boleh menjadi:

Ikan itu sudah dimakan kucing semalam.

Buah itu dipetik ayah sebentar tadi.

Batu
itu tersepak Ali ketika pulang

Namun demikian sekiranya
binaan oleh +FN itu terletak jauh daripada

kata kerja, maka
oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut:

Ikan itu
sudah dimakan semalam oleh kucing. (betul)

Ikan itu sudah
dimakan semalam kucing. (salah)

Buah itu telah dipetik
sebentar tadi oleh ayah. (betul)

Buah itu telah dipetik sebentar
tadi ayah. (salah)

4. Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter- , kata sendi nama
oleh tidak boleh digugurkan misalnya: Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.
(betul) Batu itu tersepak Ali ketika pulang (salah) Tahi ayam terpijak oleh adik
semasa berjalan ke kedai.(betul) Tahi ayam terpijak adik semasa berjalan ke kedai.
(salah) Untuk ayat pasif di atas semua bahagian binaan oleh + FN boleh juga
digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan tekanan.
Contohnya: Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. Ikan itu sudah dimakan

semalam. Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah.. Buah itu dipetik sebentar
tadi. Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang. Batu itu tersepak ketika pulang.

5. Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan
ber- dan ke.an. Dalam ayat berberntuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak
diiperlukan. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama
objek orang ketiga. Kata gantinama diri orang pertama dan orang kedua
mempunyai bentuk ayat pasif yang berlainan. Subjek Predikat Budak itu
bermandikan peluh. Mereka keletihan sepanjang hari. Surat ibunya belum berjawab.
Orang ramai ketakutan

6. Ayat pasif dengan kata gantinama diri orang pertama dan kedua Untuk ayat pasif
bentuk ini kata gantinama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini
demikian kerana kata gantinama diri orang pertama dan kedua tidak boleh
menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata gantinama diri orang pertama
dan kedua yang hadir dihadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh
ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti
saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata ringkas ialah
ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya: Subjek Frasa kerja pasif dengan
gantinama diri pertama/kedua Keterangan Kerja itu sudah saya selesaikan semalam
Makanan itu belum aku rasai lagi Makanan itu belumku rasai lagi Hutang itu akan
engkau jelaskan sepenuhnya Hutang itu akan kau jelaskan sepenuhnya

7. Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut: Saya telan gula-gula
itu. Yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa : Gula-gula itu saya telan.
Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap Saya telan
gula-gula itu. Sebagai ayat aktif iaitu sama seperti ayat Saya menelan gurla-gula
itu. Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan cara menyebutkan keduadua ayat itu kelalui intonasi

8. Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena Ayat pasif jenis ini mengandungi
perkataan kena diahdapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan
oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh berikut: Subjek Kena
Kata kerja dasar Oleh + frasa nama Pencuri itu kena tangkap oleh polis Dia kena
tipu oleh pemuda itu Mereka kena hasut oleh anasir luar

Anda mungkin juga menyukai