Anda di halaman 1dari 24

T

e*\

\ v % r- &
r

<!,

'i

Bahagian Perkhidmateim Pembaca & Ru


Perpustahamra Tum _Afedul Rasak
Institiut Teknologi MAKA
Shab Alara

SelaogoG.

TOSTAT

SEK/J6EMA

*ZU4A>4H

Di

>I3Ef

P/VVJJ/\M<S> * < A L U A . I ^ A K /

"SAfZAVJA^

OLEH
MALIKE-]
SENIBENA TAHUN AKHIR
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SELANGOR

POTOSTAT TtDAEC DHBEWARKAN

Bahagian Peikhidmatan Pssmhaca & RwpteaB


Perpustakaam T i m Abdul iiazoh
Jnstitiut Teknologi M A R A

Shah Alam
Selaasos

Untuk ayah yang b e r p e r g i a n . . .


Semoga d i c u c u r i Allah a t a s rohnya
Untuk bonda s e r t a a d i k - a d i k . . .
Yang s e n t i a s a mendoakan
Untuk i s t e r i . . .
Yang sentiasa memberi galakan

COPYRIGHT UiTM

Perpusta--"
l o g i jylARA
^ery"- . ut . T eei m ologi -

lnsti

PENGHARGAAN

Mam

Alhamdulillah - Syukur kepada Illahi yang telah memberi


ketenangan dan kesabaran pada hambaNya*

Setinggi penghargaan ingin disampaikan kepada penyelia


saya Encik Abdul Ghani Mohd. Desa, Ketua Kursus Senibina,
atas tunjuk ajar beliau dalam membantu menyiapkan kertas
kajian ini.

Ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Museum Negeri


Sarawak terutaraanya Encik Lucas Chin (Pengarah Museum
Negeri Sarawak), Tuai-tuai rumah dan penghuni rumah panjang
Benuk, Nyala, Sibat dan Tungku, pegawai-pegawai di Jabatan
Arkib Negara dan pegawai-pegawai di Perpustakaan Perbandaran
Kuching yang telah turut memberi sumbangan. Begitu Juga
kepada individu-individu lain yang nama mereka tidak dapat
disebutkan satu persatu di sini. Kepada mereka diucapkan
berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama sepenuhnya
dalam memberi segala butir-butir dan maklumat yang
dikehendaki dan memberi perangsang dalam menjayakan kertas
kajian ini.

MALIKE BIN MAHLI


KURSUS DIPLOMA SENIBINA TAHUN 4
KAJIAN SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR.
19hb. Julai, 1984.

, (i)
COPYRIGHT UiTM

...i

0.02

I S I KANDUNGAN

0.01
0.02
0.03

1.00

Pengenalan
Bidang Kajian
0bjektif Kajian
Method Kajian
Maaalah Kajian

Kaum Iban Di Sarawak


2.10
2.20
2.30

3.00

i
ii
iv

PENDAHULUAN
1.10
1.20
1.30
1.40
1.50

2.00

Penghargaan
Isi Kandungan
Apendix

Penghijrahan Iban
ke Sarawak
Masyarakat Iban
Adat-adat Kaum Iban

3
5
7
8
10
11
12
13

Orang Iban dan Rumah Panjang

16

3.10
3.20

19
22

Tuai Rumah
Tuai Burong

4.00

Sejarah Kewujudan Rumahpanjang

25

5.00

Pembinaan Rumahpanjang

28

6.00

Penganalisaan Ruang Dalam Rumah


Panjang
6.10
6.20
6,30
64o

Bilik
Sadau
Ruai
Tanju

35
43
47
50

7.00

Adat Berpindah Ke Rumah Baru

58

8.00

Upacara Mandi Rumah

62

COPYRIGHT UiTM
(ii)

...iii/-

9.00

Kosimpulan

65

10.00

BibliRraphi

67

Senibena k
Nobember, 198^.

COPYRIGHT UiTM
(iii)

...iv/|PjPJ|p||jjp^gpgp>i.iiu_ui

0.03

Appendix I

COPYRIGHT
( i v ) UiTM

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Di tengah-tengah kepesatan pembangunan kota, di tengahtengah kesibukan manusia mengejar kebendaan dan kemajuan
dan di tengah-tengah hutan 'batu* yang tumbuh bak cendawan
selepas hujanj kita tidak seharusnya melupakan sama sekali
kesenian anak peribuml yang terperosok jauh di pinggir
kota.

Sungguhpun sekarang, projttk-projek perumahan kian berkembang


maju terutamanya di sakitar bandar-bandar besar dengan
berbagal-bagai rekabentuk yang menarik, begitu Juga dengan
gedung-gedung perniagaan yang menjulang tinggi namun
senibina tempatan jangan sekali-kali diketepikan.

Oleh itu, seperti sekarang di tengah-tengah manusia sibuk


mempersoalkan 'senibina Malaysia' saya ingin membawa saudara
pembaca nun jauh ke pinggir rimba, ke Sarawak, negeri yang
terkenal dengan 'Land of Head Hunters'- tanah pemburu kepala
manusia.i. Oi negeri ini terdapat suatu senibina anak
tempatan yang kita panggil RUMAH PANJANG.

(1)
COPYRIGHT UiTM

...2/-

RUMAH PANJANG 1 sekali kita sebut akan segera terbayang


di kepala kita akan bentuknya yang memanjang di bawah satu
bumbung beratap nipah.

Oi dalamnya boleh memuatkan ber-

puluh-puluh keluarga yang mempunyai beratus-ratus ahli.


Mereka sentiasa taat dan patuh di jagaan seorang ketua
yang dipanggil sebagai tuai rumah.

Apa yang menarik berkenaan rumah panjang ini ialah


sungguhpun ianya begitu ringkas dan 'straight forward'
bentuknya, tetapi ianya mengandungi seribu aatu rahsia dan
pantang larang yang mesti dipatuhi sebelum dan seaudah
ianya didirikan.

Oleh itu kajian dan analisa ini kesemuanya mengenai rumah


panjang ini sendiri untuk pengetahuan dan pertimbangan
kita bersama.

(2)
COPYRIGHT UiTM

...3/-

1.2

BIDANG KAJIAN

Oalam mengkaji serta membuat penganalisaan mengenai


sesuatu perkara terutama sekali berkenaan dengan senibina
sesebuah kaum, pembacaan serta pendedahan yang luas perlu
ada mengenai tajuk kajian kita tersebut. Oleh itu, untuk
tujuan pengkajian ke atas rumah panjang ini terutama
sekali dari sudut senibinanya, beberapa usaha telah saya
buat seperti mengadakan lawatan-lawatan serta temuduga
dengan tuai-tuai rumah yang berkenaan.

Kajian ini akan meliputi cara hidup masyarakat Iban. Ini


akan merangkumi asal-usul mereka, kepercayaan mereka,
pekerjaan mereka, pantang-larang mereka dan sebab-sebab
penghijrahan mereka ke tanah barul

Kajian juga di buat

mengenai proses pembinaan rumah panjang ini. Ianya


merangkumi proses-proses pemilihan tapakbina, pembersihan
tapak, penyediaan bahan-bahan pembinaan, kerja-kerja
mendirikan rumah panjang itu sendiri dan pantang larang
yang dikenakan semasa kerja-kerja tadi dijalankan.

Seterusnya ialah kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang


berlaku seraasa mereka mula hendak berpindah ke rumah
panjang yang baru siap tadi.

Ini merangkumi adat-adat

raereka berpindah dan adat-adat mandi rumah iaitu dilakukan


selepas mereka menduduki rumah tersebut.

(3)1

COPYRIGHT UiTM

...V-

AJchir sekali, tumpuan akan saya buat atas penganalisaan


mengenai ruang-ruang yang ada dalam rumah panjang ini,
Ini akan meliputi perbincangan mengenai fungsi-fungsi
ruang dan kepentingannya bagi masyarakat Iban.

Dengan

bidang kajian yang telah saya gariskan secara ringkas


seperti di atas, diharapkan ianya boleh menjadi suatu
perbendaharaan baru yang paling berharga bagi para ahli
senibina tempatan khasnya yang cintakan kesenian bangsa
yang tulini

CO
COPYRIGHT UiTM

...5/-

1.3

OBJEKTIP KAJIAN

Objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisa serta


menghargai nilai-nilai senibina yang ada pada sesebuah
rumah panjang.

Selama ini kita memandang rumah yang

panjang hanya semata-mata sebagai sebuah rumah biasa


sahaja tanpa mengetahui nilai-nilai seni yang berharga
disebaliknya.

Seterusnya kita akan dedahkan para pembaca kepada konsepkonsep penggunaan ruang dalam rumah panjang ini serta
proses-proses yang diambil semasa mendirikannya.

Kita

sodia maklum bahaws masyarakat Iban kaya dengan adat resam


dan pantang-larangnya sendiri, oleh itu tidak menjadi
suatu kehairanan jika semasa mendirikan rumah panjang inl
juga terikat dengan berbagai-bagai pantang-larang yang
tersebut tadi.

Secara tidak langsung kita juga akan ter-

dedah kepada segala adat resam dan pantang-larang masyarakat


Iban, sebuah masyarakat yang kurang kita kenali selama ini.

Selepas mengkaji rumah panjang ini secara menyeluruh, kita


akan dapat memahami bahawa di sebalik bentuknya yang ringkas
dan memanjang itu sebenarnya telahraembuahkannilai-nilai
yang berharga seperti ikatan kejiranan yang kuat, kerjasama
dan bertolong bantu, lindung melindungi antara satu sama
lain dan sebagainya.

(5)
COPYRIGHT UiTM

...6/-

Matlamat-matlamat untuk melahirkan semangat bersatu padu


serta hormat menghormati antara jiran tetangga memang
sudah lama diharap-harapkan oleh kerajaan kita.

Kerajaan

telah menghabiskain berjuta-Juta ringgit untuk tujuan inl.


Tetapi tanpa kita sedari, dalam masyarakat kaum Iban yang
Jauh tersembunyi di tengah-tengah hutan yang liar, nilainilai ini sudah lama bertapak.

Konsep atau

rekabentuk

rumah teres yang banyak didirikan dalam kawasan-kawasan


perumahan sekarang sebenarnya lebih mirip kepada struktur
bentuk rumah panjang ini sendiri.

(',

COPYRIGHT UiTM

...7/-

1.4

METHOD KAJIAN

Usaha-usaha telah dibuat untuk mendapat pengetahuan yang


berhubung dengan rumah panjang, juga latar belakang kaum
Iban di Sarawak.

Satu kajian di perpustakaan telah

dibuat.

Demikian juga satu tinjauan telah dibuat di kawasan-kawasan


yang ada kena mengenai dengan kajian ini, khususnya rumah
panjang kawasan Sungai Sut. Hal ini di buat untuk melihat
dari dekat bentuk rumah panjang ini, pekerjaan-pekerjaan
mereka, pendapatan dan kehidupan sosial mereka.

Di dalam memenuhi keperluan pengumpulan data, rajah-rajah


dan peta-peta adalah diperolehi dari Jabatan Museum Negeri
Sarawak Juga dari Jabatan Arkib Negara cawangan Sarawak
serta perbadanan-perbadanan tertentu yang berhubung terus
dengan perkara kajian ini.

Perbincangan-perbincangan dan

temuduga-temuduga juga telah dibuat dengan pegawai-pegawai


yang tertentu dan orang-orang Iban mengenai perkara kajian
ini.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, gambar-gambar

telah diambil untuk memberi suatu gambaran yang lebih Jelas


mengenal keadaan kajian yang dibuat ini.

(7)
COPYRIGHT UiTM

...8/-

1.5

MASALAH KAJIAN

Kesulitan utama yang dihadapi ialah untuk pergi ke tempat


kajian.

Biasanya rumah panjang ini terletak jauh di

pinggir hutan maka pengangkutan untuk pergi ke situ sangatlah sukar. Tambahan pula untuk pergi ke situ memakan masa
berjam-jam dan kadang-kadang kita terpaksa bermalam di
tempat kajian. Pengangkutan yang paling sesuai untuk
ke tempat kajian hanyalah melalui sungai yang kadang-kadang
membuat perjalanan kita tergendala di tengah-tengah jalan
disebabkan oleh perkara yang tidak terduga seperti kerosakan
enjin atau kehabisan minyak.

Masalah lain yang dihadapi ialah semasa kita hendak


membuat temuduga dengan penghuni-penghuni rumah panjang ini.
Sebahagian besar daripada orang-orang Iban tidak dapat
bertutur atau memahami bahasa Malaysia, ini membuatkan
keterangan-keterangan yang di terima kurang lengkap.
Lagi pula, saya sendiri tidak dapat berbahasa dalaro bahasa
mereka semasa menemuduga, kalau tidak masalah ini pasti
tidak ujud.

Selain daripada itu rumah panjang yang agak berdekatan


dengan bandar-bandar besar atau perkampungan orang-orang
Melayu, telah banyak mengalami perubahan terutama sekali
dari segi penggunaan bahan-bahan moden untuk pembinaan

(8)'

COPYRIGHT UiTM

...9/-

rumah mereka seperti atap zing, lantai papan, dinding


bilik yang sudah dicat dan sebagainya.

Begitu juga

terjadi kepada ruang-ruang dalam rumah panjang tersebut,


banyak yang sudah diubah dari penyusunan biasa mengikut
ruang-ruang rumah orang Melayu.

Tidak kekurangan juga

bila terdapat ada yang sudah membuat rumah berasingan


dari rumah panjang mereka.

Ini adalah salah satunya

pengaruh-pengaruh kemodenan ke atas masyarakat Iban ini


dan ini juga merupakan masalah kepada kajian saya ini
kerana sukar bagi kita untuk membezakan antara yang tulen
dengan yang mendatang.

Akhir sekali walaupun banyak usaha dibuat tetapi banyak


masa terbuang, akibat daripada kesukaran-kesukaran untuk
mendapatkan maklumat dan data-data yang diperlukan.
Akhirnya, penulisan ini dibuat dalam jangka yang begitu
singkat sekali. Tentu sekali banyak kekurangan berlaku
terutamanya dari segi penganalisaan.

(9i>
COPYRIGHT UiTM

...10/-

2.0

IBAN DI SARAWAK

Sarawak mempunyai keluasan sebanyak 124,967 km. persegi


(47,000 batu persegi).

Tiga suku daripadanya adalah

ditutupi oleh hutan hujan tropikal dan seluruh negeri ini


mengalami iklim khatulistiwa.

Hujannya tinggi sepanjang

tahun iaitu antara 120 in. hingga 160 in. dan suhunya
sampai 90 F pada waktu siang dan humiditinya tinggi.

Penduduk-penduduk Sarawak adalah terdiri dari berbilang


kaum antaranya ialah Melayu, Iban, Melanau, Oayak Darat,
Kenyah, Kayan, Kelabit, Bisayah, Murut, Penan dan lainlain. Mengikut banci penduduk tahun 1980, Sarawak mempunyai
penduduk berjumlah 1.3 juta orang di mana kaum Iban adalah
merupakan kaum yang terbesar sekali iaitu 30.3% daripada1
nya.

Iban memang dikenali sebagai suatu kaum yang tinggal


di kawasan-kawasan pendalaman, sepanjang hulu-hulu sungai,
hutan-hutan tebal negeri Sarawak.

Hutan-hutan ini pula

penuh dengan perkara-perkara ganjil dan tidak terduga;

1. -Dewan Pameran Museum Sarawak, Banci Penduduk Sarawak


-Bagi Tahun 1980.

(1(|>P
COPYRIGHT UiTM

...11/-

ribut yang tiba-tiba, kayu-kayu tumbang, banjir, kehidupan


binatang-binatang buas dan reptilia, pertumbuhan dan
pereputan benda-benda hidup.

Oleh itu kehidupan serta

kepercayaan orang-orang Iban ini dipengaruhi sepenuhnya


oleh kejadian-kejadian di sekeliling mereka; mereka
percaya kepada bunyi burong yang boleh memberi amaran
baik atau jahat kepada mereka, mereka percaya adanya
tuhan, tanah dan kesuburan, Pulang Gana. mereka percaya
adanya petara. tuhan kejadian dan sebagainya.

Pekerjaan-pekerjaan orang Iban ini lebih kepada berburu


binatang dan bertanam padi.

Makanan utama mereka ialah

padi. Mereka akan menanam padi di lereng-lereng bukit


dan paya-paya, inipun bergantung kepada 'petunjuk* yang
diberikan oleh tuhan tanah kepada mereka.

Jika tanaman

padi mereka mendapat restu dari tuhan mereka nescaya


hasilnya akan berlipat ganda dan jika sebaliknya padi-padi
mereka akan diserang oleh penyakit-penyakit dan bermacam
bencana hingga hasilnya pun berkurangan.

PENGHIJRAHAN IBAN KE SARAWAK

Mengikut sejarah kaum Iban memasuki negeri Sarawak dari


hulu Kapuas melalui lurah Kumpang, iaitu merupakan salah
satu Jalan mudah menyeberangi sempadan.

\[

(n)

COPYRIGHT UiTM

Bila mereka

...12/-

sampai ke Kuala Kumpang, setengahnya menuju ke Lubok Antu


dan setengahnya lagi menuju ke Engkilili melalui Buntak.
Mereka sampai di Batang Lupar, tempat mereka menetap
kemudiannya yang dinamakan Batang Ai bererti sungai'.

Dari Batang Ai, orang-orang Iban ini pula berhijrah ke Ulu


Ai dan cabang-cabangnya; Mepi, Engkari, Delok dan Jinggin.
Mereka juga menetap di Sungai-singai Lemanak, Undup dan
Skrang.

Ini merupakan penempatan kaum Iban yang paling

tertua sekali di Sarawak.

Sekarang ini kaum Iban lebih

banyak di dapati di kawasan-kawasan Sebuyau, Ulu Ai, Milikan,


Saribas, Skrang, Lemanak, Urdup, Dau dan Balau.

MASYARAKAT IBAN

Iban merupakan kaum yang aggresif

yang bukan hanya menawan

musuh-musuh dan merampas harta-harta

mereka tetapi Juga

cuba meniru cara hidup musuh-musuh mereka. Contohnya,


rekabentuk ukiran (tattoo) pada badan mereka adalah inspirasi
yang mereka dapat dari suku kaum yang tinggal sekitar Ulu

Tom- Harrisson, The Sarawak Iban. The Sarawak Meseum


Journal, Vol.XIII, hal.4

(12)

COPYRIGHT UiTM

...13/-

Rejang dan Baram, begitu juga dengan tarian-perang, ajat.


i'

Burong kenyalang merupakan burong suci masyarakat Kayan,


sebaliknya dalam masyarakat Iban pun burung kenyalang ini
j

merupakan burong yang penting dalam upacara-upacara


pemujaan mereka.

(.1

Sungguhpun demikian, burong kenyalang


V

bukanlah merupakan burong suci masyarakat Iban kerana ia


boleh dibunuh dan dimakan dan bulunya dibuat perhiasan,
sebaliknya pemujaan roereka lebih tertumpu kepada Sengalang
Burong. tuhan kejadian yang menjelma kepada mereka dalam
bentuk lang (layang-layang)
Kaum Iban adalah dipercayai sudah lama mengamalkan penanaman
padi bukit iaitu sebelum mereka memasuki Sarawak lagi.
Pekerjaan tradisi ini bukan sahaja boleh membezakan kaum
Iban dari kaum-kaum lain yang sebelumnya tetapi juga
nerupakan faktor utama penghijrahan roereka ke Sarawak iaitu
untuk mencari suatu kawasan baru buat menanam padi.
membawa mereka hingga ke kawasan-kawasan

Ini

dalam bahagian

Ketiga dan seterusnya bahagian-bahagian lain seluruh


Sarawak.

ADAT-ADAT KAUM IBAN

Dalam tahun 1961, suatu mesyuarat telah diadakan di


Simanggang, Bahagian Kedua Sarawak, untuk menyemak berkenaan

(\i3)
COPYRIGHT UiTM

. ...iv-

dengan Adat Iban yang boleh diterima atau diiktiraf oleh


semua masyarakat Iban yang tinggal di sepanjang sungaisungai Batang Lupar, Saribas dan krian.

Ini memerlukan

perbincangan yang sah kerana ianya berhubung dengan sQalsoal kepercayaan dan cara hidup mereka.

Jadi, semua

wakil-wakil kaum Iban dari semua kawasan yang dimaksudkan


tadi dijemput hadir.

Sungguhpun setengah daripada wakil

wakil ke mesyuarat tersebut tidak pernah berjumpa sebelum


itu dan tiada sebarang perbezaan yang jauh dari segi
keterangan dan pendapat mereka berkenaan adat-adat yang
telah mereka amalkan di tempat masing-masing.

Legenda yang menceritakan berkenaan Pulang Gana dan sumpahan


padi adalah sama kepada kaum Iban di mana saja.

Begitu

juga dengan Sengalang Burong, upacara-upacara pemujaan,


adat-adat harian dan struktur masyarakat mereka.

Dari segi

asal-usul, amalan perubatan, tafsiran terhadap mirapi-mimpi,


dan lain-lain lagi juga adalah sama. Keberlainan hanya
terdapat pada amalan Timang Jalong, iaitu puncak atau
klimaks kepada upacara Gawai Antu, yang biasanya diamalkan
oleh masyarakat Iban yang tinggal di kawasan Saribas-Krian
tetapi masyarakat Iban yang tinggal di kawasan Ulu Ai
kurang mengetahuinya.

Ada dua kemungkinan hingga wujudnya keberlainan ini iaitu


samada Gawai Antu memang adat orang Iban dari dahulu kala,

tito
COPYRIGHT UiTM

...15/-

tetapi telah dilupakan dan tidak diamalkan oleh masyarakat


Iban di kawasan Batang Ai, ataupun sebaliknya, iaitu Gawai
Antu ini bukanlah asalnya adat orang Iban tetapi ianya
telah diambil dari kepercayaan-keper^cayaan suku kaum lain
yang telah lama wujud sebelum kedatangan mereka di Sarawak
oleh orang-orang Iban yang tinggal di kawasan SaribasKrian ini. Pendek kata, dengan adanya mesyuarat ini raereka
telah dapat mewujudkan satu keseragaman dalam adat mereka
yang boleh diikut oleh semua orang Iban sebagai suatu
undang-undang yang wajib dipatuhi.

(15)

COPYRIGHT UiTM

...16/-

3,0

ORANG IBAN DAN RUMAH PANJANG

Perkataan rumah panjang ini adalah lahir dari bentuk


rumah itu sendiri. Ia didirikan secara memanjang sematamata bertujuan untuk memuatkan seluruh keluarga kaum Iban
ini di bawah satu bumbung.

Mengikut setengah kajian mengatakan bahawa hampir kesemua


suku kaum etnik yang tinggal di Sarawak mendirikan rumah
panjang sebagai tempat mereka berteduh, yang berbeza
hanyalah dari segi bentuk dan saiz, kekuatan bahan yang
digunakan, pelan ruang dan cara-cara pembinaannya.

Walau

bagaimanapun kajian saya kali ini lebih memusatkan kepada


rumah panjang yang didirikan oleh suku kaum Iban diSarawak.

Bila orang Iban ini mendirikan rumah panjang, bererti


mereka sedang mewujudkan sebuah perkampungan ataupun lebih
tepat lagi sebuah negri. Ini berpandukan kepada penggunaan
perkataan oleh orang Iban sendiri bahawa rumah panjang ini
merupakan sebuah negeri untuk mereka, kami megai negri

1.

Derek Preeman, Report On The Iban, The Athlone Press


New Yoric, 1970 hal. 1

(<l&

COPYRIGHT UiTM

...17/-

roiosrAi"

Model rumah panjang menunjukkan s t r u k t u r


dengan j e l a s .

'+W<9-:*>'

\ /

>

SSOA^

yitig

tiang-tiangnya

'

*\

:i^H*r

Humah panjang Kampung Benuk, Bahagian Pertama Sarawak.


Sebahagian dari atap rumah panjang ini menggunakan
daun nipah/rumbia sementara sebahagian lagi beratapkan
zing iaitu sebagai pengaruh kemodenan.

(17)

COPYRIGHT UiTM

...18/-

kadiri yang bermaksud kami memegang atau memerintah negeri


sndiri.

Rumah panjang ini merupakan kriteria^utama dalam pembentukan


sosial masyarakat Iban kerana dalam rumah panjang inilah
bermulanya segala pantang larang dan peraturan hidup bermasyarakat terbentuk.

Dalam rumah panjang sebeginl, mereka

akan hidup bersama setiap masa, mempunyai hubungan kejiranan


yang kuat. Tiap-tiap keluarga dalam rumah panjang tersebut
sentiasa bersedia untuk membantu jirannya yang memerlukan
pertolongan atau bantuan mereka. Mereka sentiasa patuh
kepada ketua mereka yang dipanggil tuai rumah dan tuai
2

'

burong. Mengikut kajian oleh W.R.Geddes

mengatakan bahawa

dengan hidup cara begini, suku kaum Dayak telah dapat


raenyelesaikan beberapa raasalah sosial - bagaimana untuk
berdikari dan tidak pernah dijauhi oleh mesyarakatnya.
Oleh itu tidak hairanlah bahawa tidak pernah ada di antara
mereka yang cubaraembunuhdiri.
Bercakap berkenaan dengan jawatan tuai rumah dan tuai
burong, sebenarnya kedua-dua mereka ini memainkan peranan
penting dalam kehidupan masyarakat kaum Iban ini. Tugas

Rev William Howell, Dyak Custom In Force When Building


A House, Borneo literature Bureau, 1977 hal.31

2.

W.R.Geddes, Nlne Dayak Nights, Oxford University Press


Melbourne, 1957

(18)
COPYRIGHT UiTM

...19/-

Anda mungkin juga menyukai