Anda di halaman 1dari 12

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

FCE3900

TUGASAN 1: ULASAN INSTRUMEN

(PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK MENGINTEGRASIKAN


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN)

PROF. MADYA DR. TAJULARIPIN BIN SULAIMAN

DAYANG NORASIKIN BINTI DATU KAMARUDDIN

182950

BACELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN)


PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK MENGINTEGRASIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

1. Apakah konstruk yang diukur oleh alat kajian tersebut? Apakah tujuan
pengukuran instrument tersebut dijalankan? Apakah kepentingan
instrument tersebut?

Dalam kajian ini, terdapat konstruk yang akan diukur iaitu pemboleh ubah tidak
bersandar dan pemboleh ubah bebas. Konstruk yang akan diukur bagi kajian ini
ialah peranan pusat sumber untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran konstruk ini
dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan pusat sumber yang terdapat di
sekolah dalam proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini, semua pihak umum mengetahui
bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah amat
penting dalam semua bidang sama ada untuk hal peribadi mahu pun pekerjaan.
Sebagai contoh, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi adalah amat penting dalam membantu penyampaikan
maklumat pembelajaran dengan lebih pantas, mudah dan pelbagai. Oleh yang
demikian, instrumen ini boleh mengukur sejauh mana kemahiran teknologi
maklumat dan kamunikasi yang di miliki oleh pihak guru dan pelajar. Sebagai
tambahan, kemahiran penggunaan perisian yang terdapat dalam computer juga
adalah salah satu perkara yang hendak diukur dalam kajian ini. Tujuan
pengukuran ini dilaksanakan adalah kerana ingin mengetahui sejauh mana tahap
kemahiran yang dimiliki oleh para guru. Selain itu, tujuan pengukuran juga boleh
mengkaji peranan pusat sumber sekolah untuk mengintegrasikan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah
kerana pusat sumber merupakan satu tempat yang membolehkan guru dan pelajar
datang berkunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu subjek. Oleh
yang demikian, pihak pusat sumber sudah semestinya berperanan untuk
menyediakan satu ruang bagi menempatkan komputer serta kelengkapan lain
untuk membantu pelajar dan guru mengakses internet. Kajian ini juga boleh
mengukur sejauh mana pihak pusat sumber membantu guru dan pelajar dalam
usaha untuk memupuk sikap minat kepada teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) agar dapat meningkatkan kemahiran mereka. Kekerapan pemggunan
interner juga dapat diukur melalui instrumen ini terutamanya pihak guru. Mengkaji
adakah penggunan perisian dalam computer dpat digunakan dengan kerap atau
pun tidak. Sebagai contoh, dalam proses menyediakan kertas soalan, membuat
slide persembahan (power point) dan banyak lagi. Di samping itu, bagi dapatan
instrumen terdapat banyak kepentingan yang boleh dilihat antaranya ialah dapat
mengenalpasti tahap kemahiran para guru mahupun pelajar dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini adalah kerana, teknologi maklumat
dan komunikasi adalah amat penting kepada masyarakat masa kini sama ada
dalam negara atau secara global umumnya. Kemahiran penggunaan internet
mahupun perisian dalam computer dapat dikaji dengan menyediakan instrument
atau pun soal selidik kepada guru dan pelajar di sekolah. Hasil daripada dapatan
tersebut, sama ada terdapat ramai guru dan pelajar yang telah mahir atau tidak
dalam peggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan membantu
mewujudkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Selain itu, dapatan
kajian juga dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan berlakunya
kelemahan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Selanjutnya, kepentingan dapatan kajian juga
dapat melihat kekerapan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam kalangan guru. Penggunaan perisian dalam computer yang dapat
membantu para guru memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Peranan pusat sumber dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penyediaan
panduan penggunaan perisian computer, penyediaan tenaga pakar dalam
membantu guru untuk mengitegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
P&P, dan banyak lagi kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pusat sumber
sekolah.
2. Adakah terdapat sub-kontruk dalam instrument tersebut? Terangkan. Kritik
sub-konstruk tersebut dari sudut positif dan negative. Adakah pengukuran
sub-konstruk tersebut berjaya mewakili konstruk secara keseluruhan.
Bagaimana sub-konstruk mampu untuk mengukur konstruk?

Dalam kajian ini terdapat beberapa sub-konstruk yang berkaitan dengan konstruk
secara terus dan tetapi tidak mampu mengukur konstruk tersebut secara
keseluruhan. Sub-konstruk yang terdapat dalam instrument ini adalah pada
bahagian mengenalpasti tahap kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antara sub-
konstruknya adalah kemahiran asas pengoperasian computer, perisian
pemproses perkataan, perisian hamparan elektronik (MS Excel), perisian
persembahan (MS Power Point) dan penggunaa internet. Sub-konstruk yang
dinyatakan dalam instrument soal selidik tidak dapat mengukur konstruk secara
menyeluruh iaitu peranan pusat sumber sekolah untuk mengentegrasikan
teknologi maklumar dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sub-
konstruk yang dinyatakan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru
dalam penggunaan ICT dan tidak menjurus kepada pengentegrasian ICT itu
sendiri. Sub-konstruk yang dinyatakan hanya dapat mengukur sejauh mana tahap
kemahiran para guru untuk menggunakan ICT dengan lebih maju untuk dijadiakan
sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seterusnya,
tahap kemahiran yang dinyatakan adalah antara kemahiran pada tahap asas dan
tidak didedahkan lagi kepada kemahiran yang lebih tinggi. Jika dibandingkan
antara tahap kemahiran ICT dengan pengentegrasian ICT dalam P&P, dua
perkara ini adalah berbeza. Hal ini demikian kerana, tahap kemahiran ICT hanya
mampu mengukur kemahiran menggunakan alatan, perisian dan sebagainya.
Manakala, pengentegrasian ICT dalam P&P adalah merupakan salah satu kaedah
yang ingin diterapkan dalam diri para guru untuk lebih maju dalam penggunaan
ICT dalam P&P mereka. Hal ini demikian kerana, melalui pengentegrasian ICT,
guru akan menjadi lebih berinovasi dan berdaya maju untuk menarik minat pelajar
dalam proses P&P mereka. Selain itu, pengentegrasian ICT dilakukan adalah
disebabkan oleh penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini
adalah sangat penting dan setiap orang harus mengetahuinya. Ini kerana,
penggunaan ICT dalam kehidupan secara umumnya akan membantu
memudahkan kerja, mendapatkan maklumat dengan pantas, pelbagai dan
menjimatkan tenaga. Oleh yang demikian, sub-konstruk yang dinyatakan dalam
instrument soal selidik tidak dapat mengukur konstruk secara menyeleluruh. Sub-
konstruk hendaklah diubah dan digantikan dengan sub-konstruk yang lebih sesuai
dan seterusnya mampu mengukur konstruk secara menyeluruh.
3. Ulas setiap item yang terdapat dalam instrument. Cadangkan
penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap item tersebut. Nyatakan
nilai kebolehpercayaan alat kajian dan terangkan.

Dalam instrument soal selidik yang saya telah pilih, terdapat banyak item yang
telah dimyatakan. Item yang yang paling banyak adalah 40 item dan item yang
paling sedikit adalah 7 item. Item yang dimasukkan ke dalam soal selidik adalah
bersesuaian dengan tajuk kajian yang dilaksanakan. Pada bahagian
mengenalpasti tahap kemahiran ICT, item yang disenaraikan sangat berpadanan
dengan tajuk. Sebagai contoh, bagi menguji tahap kemahiran menggunakan
perisian pemproses perkataan, soalan yang agak mudah dan jelas dinyatakan
adalah mengubah saiz fon, mengubah jenis fon dan banyak lagi. Selain itu, bagi
menguji tahap penggunaan internet, soalan yang diberikan adalah menghantar
emel, melayari internet dan lain-lain. Manakala pada bahagian, meninjau
kekerapan menggunakan ICT dalam P&P, terdapat satu item yang agak tidak
sesuai dengan kehendak soalan, misalnya berkongsi data dengan rakan setugas
melalui rangkaian internet. Hal ini demikian kerana, perkongsian data yang
dinyatakan dirasakan tidak sesuai dengan kehendak soalan yang menyatakan
kekerapan menggunakan ICT dalam P&P. perkongsian data mungkin digunakan
untuk hal peribadi atau digunakan untuk tujuan melakukan kerja yang belum
selesai di bilik guru. Seterusnya, pada bahagian peranan pusat sumber sekolah
terhadap pengintegrasian ICT dalam P&P juga terdapat item yang tidak sesuai
dengan kehendak soalan. Antaranya terdapat item yang dinyatakan bersifat
negative dan tidak berpadanan dengan peranan yang seharusnya dilakukan oleh
pusat sumber sekolah iaiitu PSS tidak pernah mengadakan sebarang program
bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan guru. Item yang negatif telah
dimasukkan secara tidak teratur akan menyebabkan responden mengalami
kekeliruan untuk menjawab soalan dengan baik. Selain itu, terdapat juga item-item
yang disenaraikan melibatkan guru dan pelajar. Hal ini kerana, bahagian soalan
yang sebelum ini hanya berfokuskan guru sahaja, tetapi apabila pada bahagian
peranan PSS pelajar telah dimasukkan. Oleh yang demikian, ingin dikatakan
bahawa penyediaan soal selidik dan seterusnya item yang disenaraikan tidak
teratur dan meyebabkan responden mengalami kekeliruan sedikit ketika menjwan
soal selidik yang diberikan. Sebagai contoh, PSS menyediakan ruang kepada
pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan kemudahan ICT
dan banyak lagi. Item yang tidak berapa sesuai yang telah dimasukkan ke dalam
instrument hendaklah disesuaikan dengan kehendak soalan. Misalnya, item yang
bersifat negatif yang dimasukkan secara tiba-tiba dalam satu soal selidik yang
kebanyakannya mengandungi item-item yang positif hendaklah dipisahkan. Hal ini
kerana, apabila responden menjawab soal selidik yang diberikan, mereka akan
mengalami kekeliruan dan dirasakan tidak sesuai dengan soalan. Selain itu, item
juga hendaklah pelbagai atau pun tajuk yang dinyatakan hendaklah menyatakan
secara jelas sampel yang hendak dikaji. Hal ini disebabkan, responden atau pun
pembaca akan keliru sekiranya melihat kepada instrument soal selidik yang
samar-samar dan tidak berfokus kepada sampel kajian.
4. Kritik skala yang boleh digunakan oleh instrument tersebut? Adakah ia
bersesuaian?

Dalam instrument soal selidik kajian yang saya telah pilih, terdapat 3 bahagian
soalan yang disediakan yang menggunakan skala ordinal dan satu bahagian yang
menggunakan skala nominal. Skala yang digunakan dalam instrument soal selidik
ini adalah sesuai bagi setiap bahagian soalan yang diberikan. Hal ini demikian
kerana, soalan bagi setiap bahagian adalah berlainan iaitu bahagian kemahiran
ICT, kekerapan menggunakan ICT dan peranan pusat sumber sekolah terhadap
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Skala yang digunakan
pada bahagian mengenalpasti tahap kemahiran ICT adalah tidak mahir, kurang
mahir, mahir dan sangat mahir, manakalah pada skala bahagian kekerapan
menggunakan ICT dalam P&P ialah tidak pernah, jarang-jarang, kadang-kadang,
dan kerap dan seterusnya pada bahagian peranan pusat sumber terhadap
pengintegrasian ICT dalam P&P adalah sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang
setuju, setuju dan sangat setuju. Di samping itu, pada bahagian demografi pula,
skala nominal yang digunakan adalah lelaki/perempuan, umur, agama, bangsa
dan lain-lain. Skala yang digunakan pada bahagian demografi adalah antara skala
yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai resposden. Oleh
yang demikian, skala tersebut adalah sangat bersesuaian dengan soalan.
Manakala skala yang digunakan pada bahagaian mengenalpasti tahap kemahiran
juga adalah bersesuaian kerana soalan yang dinyatakan misalnya kurang mahir,
mahir dan lain-lain. Hal ini dapat membantu responden memahami secara terus
soalan tanpa keraguan. Hal ini kerana, antara item yang baik adalah item yang
ringkas dan padat serta mudah difahami. Soalan yang dinyatakan bersuaian
dengan skala yang disediakan, sebagai contoh menggunakan tetikus (mouse),
menggunakan papan kekunci, dan banyak lagi. Manakala soalan pada bahagian
meninjau kekerapan menggunakan ICT dalam P&P juga menggunakan skala
yang bersesuaian dengan soalan yang dinyatakan iaitu tidak pernah, jarang-
jarang, kadang-kadang dan kerap. Antara soalan yang diberikan adalah mencari
maklumat tentang tajuk pelajaran melalui World Wide Web (www) dan banyak lagi
soalan. Akhir sekali, pada bahagian soalan peranan pusat sumber dalam
pengintegrasian ICT dalam P&P, skala yang digunakan ialah sangat tidak setuju,
tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju. Skala yang digunakan pada
bahagian ini adalah antara skala yang biasa digunakan oleh pengkaji. Skala yang
digunakan juga adalah kurang bersesuaian dengan soalan-soalan yang diberikan.
Sebagai contoh, PSS menyediakan panduan penggunaan peralatan dan
kemudahan ICT untuk mencari maklumat. Pada pandangan saya, skala yang
sesuai digunakan adalah ya atau tidak. Hal ini kerana skala tersebut lebih jelas
dan mudah untuk responden memahami soalan dan seterusnya menjawab soal
selidik.
5. Terangkan penskoran yang digunakan untuk mengintegrasikan dapatan
statistik bagi instrument tersebut. Tunjukkan jadual penskoran.
6. Secara keseluruhannya, nyatakan pandangan anda terhadap instrument
soal selidik tersebut dan sumbangan kepada bidang yang dikaji.

Secara keseluruhan, instrument soal selidik yang saya pilih adalah besesuaian
dengan kajian yang hendak dilaksanakan. Namun begitu, berdasarkan
pemerhatian saya terhadap instrument tersebut, sampel kajian lebih banyak
berfokus kepada pihak guru. Item-item yang terdapat dalam soal selidik
kebanyakannya bertanyakan soalan kepada pihak guru, misalnya pada bahagian
kekerapan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh soal selidik adalah menyediakan kertas soalan/peperiksaan
menggunakan perisian pemproses perkataan (MS Word), membangunkan sendiri
slaid persembahan Power Point untuk tujuan pengajaran dan banyak lagi. Pada
pandangan saya, adalah lebih baik jika pengkaji memasukkan sekali soalan soal
selidik untuk ditujukan kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana, penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi adalah menyeluruh bagi semua peringkat
umur. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, para pelajar
juga akan terlibat secara langsung dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi. Para pelajar juga akan menggunakan ICT dalam pembelajaran
mereka, oleh yang demikian pihak pengkaji juga boleh meyediakan soalan soal
selidik yang berkaitan dengan kemahiran dan kekerapan menggunakan ICT dalam
pembelajaran mereka. Manakala sumbangan instrument soal selidik yang telah
disediakan oleh pengkaji kepada bidang pendidikan serta teknologi maklumat dan
komunikasi adalah dapat membantu mendapatkan maklumat mengenai tahap
kemahiran guru dalam penggunaa ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Hal ini seterusnya dapat membantu mencari jalan penyelesaian
sekiranya terdapat masalah dalam penggunaan ICT dalam kalangan guru.
Seterusnya, pengetahuan mengenai penggunaan tekonologi maklumat dan
komunikasi dapat dikembang dalam kalangan pendidik agar menjadi seorang guru
yang berinovasi dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Di samping itu, pihak pusat sumber sekolah turut dapat membuat
penambahbaikan dalam penyediaan kemudahan ICT untuk kegunaan warga
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai