Anda di halaman 1dari 13

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

KONSEP PENGGUNAAN APLIKASI LUASAN REALITI (AUGMENTED REALITY)


DALAM PENDIDIKAN
Norabeerah Saforrudin
Jabatan Teknologi Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
norabeerah@ipgkbm.edu.my

ABSTRAK

Luasan realiti atau augmented reality (AR) membolehkan pengguna mensistesis objek maya ke dunia
sebenar secara masanyata. Teknologi ini juga dikenal pasti sesuai digunakan dalam pendidikan.
Walau bagaimanapun masih kurang kajian bagi mengenalpasti konsep penggunaan terhadap
teknologi ini. Oleh itu, satu kajian kualitatif telah dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti persepsi
guru dan pendidik guru terhadap teknologi luasan realiti ini sebagai media pengajaran dan
seterusnya membangunkan konsep penggunaan yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah kajian kes eksplorasi ini telah melibatkan 21 orang guru dan 14 orang
pendidik guru. Mereka ditemu bual menggunakan skedul temu bual separa berstruktur.
Berdasarkan temu bual, semua partisipan memberikan maklum balas yang amat positif dan
mengakui teknologi luasan realiti ini sesuai digunakan sebagai media pengajaran. Tujuh elemen
bagi konsep penggunaan aplikasi luasan realiti telah dikenal pasti dan konsep penggunaan yang
dibangunkan dalam kajian ini adalah (a) realiti luasan (AR) sebagai pengganti objek maujud; (b)
luasan realiti (AR) membantu dalam penerangan proses; (c) luasan realiti (AR) sebagai alat bantu
simulasi; (d) luasan realiti (AR) mampu menarik perhatian pengguna; (e) menggambarkan sesuatu
secara jelas, penerangan ataupun konsep yang abstrak; (f) mampu menjelaskan konsep ruang; dan
(g) sebagai pengganti eksperimen. Konsep penggunaan ini boleh digunakan sebagai panduan
kepada mereka yang berminat dalam pembangunan aplikasi berasaskan teknologi luasan realiti
atau menggunakan teknologi ini secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka
selaras dengan pendidikan abad 21.

Bidang Kajian: luasan realiti, guru dan teknologi, pengajaran abad 21, media pengajaran,
konsep penggunaan.

ABSTRACT

Augmented reality (AR) enables users to syntesise an object from the virtual world to the real world
in real time. It also has been identified to be suitable for used in education. However, studies that
particularly identify the usage concept of using this technology in education are still rare. Therefore,
this qualitative study was conducted with objectives to determine the perception of teachers and
teacher educators towards augmented reality as instructional media, and to develop a usage concept
that can be implemented when teaching and learning. This explorative case study involved 21
teachers and 14 teacher educators. They were interviewed by using an in-depth semi-structured
interview schedule. From the interview, all responses provided by the informants are very positive
and admitted that AR technology is suitable to be used as instructional media. Seven usage concepts
are identified in this study are (a) AR as replacement for the real object; (b) AR assist in explaining the
process; (c) AR assist in simulation; (d) AR able to atrract and engage user; (e) able to view and
explain abstract concept clearly; (f) able to explain spatial concept; dan (g) real experiment

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
348
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

replacement. The usage concepts discussed in this paper can be use as guidelines to those who are
interested in developing or using the AR application for teaching and learning.

Keywords : augmented reality, teacher and technology, 21st century teaching, instructional
technology, usage concept.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Luasan realiti atau augmented reality (AR) adalah variasi daripada teknologi realiti maya. Ia
membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek maya secara masa-nyata dan interaktif (Azuma,
2004; Kuo & Kuo, 2015). Justeru itu, kelebihan teknologi luasan realiti (AR) ini disarankan agar
digunakan dalam pendidikan oleh ramai penyelidik (Bacca, Baldiris, Fabregat, Graf, & Kinshuk, 2014;
Dunleavy & Dede, 2014). Malah teknologi ini juga telah diaplikasikan dalam perbagai bidang dalam
pendidikan antaranya seperti sains (Chiang, Yang, & Hwang, 2014; Norziha, 2014), matematik
(Elango, 2013), bahasa (Kucuk, Yilmaz, & Goktas, 2014; Meda, Kumar, & Parupalli, 2014), pendidikan
Islam dan kejuruteraan (Wei, Weng, Liu, & Wang, 2015) sebagai alat bantu mengajar guru dan alat
bantu belajar pelajar. Walau bagaimanapun, kajian yang lepas lebih memfokuskan kepada
pengaplikasian teknologi realiti luasan (AR) bagi sesuatu topik atau bidang sahaja tanpa
membincangkan tentang konsep atau bentuk yang sesuai yang boleh digunakan pengguna dalam
pengaplikasian teknologi luasan realiti (AR) dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai media
pengajaran. Konsep atau bentuk penggunaan yang sesuai bagi sesuatu media pengajaran amat
penting bagi membolehkan seseorang guru atau pengguna menggunakan sesuatu teknologi sebagai
media pengajaran dengan lebih efektif untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti persepsi guru dan pendidik guru
terhadap teknologi luasan realiti ini sebagai media pengajaran dan seterusnya membangunkan
konsep penggunaan yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini selari dengan
pendapat Gagne, Wager, Golas, and Keller (2005), bahawa tiada sebarang media pengajaran yang
lebih baik berbanding dengan media pengajaran lain, malah setiap media pengajaran mempunyai
kelebihan masing-masing dalam mewakilkan objek, fakta, idea, proses, aktiviti manusia, model
perwatakan, hubungan ruang atau dalam pembangunan kemahiran motor. Menurut pendapat
Gagne et al. (2005) lagi, dalam kebanyakan keadaan, gabungan beberapa strategi dalam penggunaan
media pengajaran tersebut amat membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Pendapat ini turut disokong oleh M. Billinghurst and Duenser (2012), di mana
mereka mendapati bahawa adalah lebih baik mengenal pasti bagaimana aplikasi berasaskan
teknologi realiti luasan (AR) paling sesuai digunakan dalam persekitaran pendidikan. Ini bukan hanya
membantu guru atau pendidik dalam memilih bentuk yang sesuai dalam penggunaan sesuatu
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, malah ia membantu pembangun aplikasi luasan
realiti berasaskan pendidikan membangunkan aplikasi yang bersesuaian dengan kehendak seorang
pendidik.

2. Aplikasi Luasan Realiti (AR) sebagai Media Pengajaran

Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa aplikasi realiti luasan (AR) dapat meningkatkan tahap
motivasi pelajar, memberikan impak positif terhadap pengalaman pembelajaran terutama bagi

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
349
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

pelajar lemah (Freitas & Campos, 2008). Malah aplikasi realiti luasan (AR) dapat membantu dalam
pembangunan pemikiran kreatif, meningkatkan kefahaman dan menukar paradigma kaedah
pembelajaran pelajar untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran (Huda Wahida et al., 2010).
Aplikasi realiti luasan (AR) juga, mampu memberikan pengalaman pembelajaran baharu yang
menyeronokkan dan menggalakkan pelajar melakukan eksplorasi kendiri berdasarkan tajuk yang
dipelajari (Kaufmann, 2006; Juan, Beatrice, & Cano, 2008). Kelebihan tersebut mampu menjimatkan
masa para pelajar menguasai sesuatu ilmu. Penggunaan aplikasi realiti luasan (AR) sebagai media
pengajaran dan pembelajaran memberikan alternatif kepada guru untuk menggunakan sebuah
media pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan berkesan (Huda Wahida et
al., 2010). Bagi situasi pengajaran yang memerlukan pelajar menggambarkan sesuatu objek yang
sukar diperoleh, teknologi realiti luasan (AR) membantu kognitif pelajar untuk memvisualisasi objek
tersebut melalui perwakilan objek maya 3 Dimensi (3D) atau 2 Dimensi (2D) (Dayang Noorasura &
Sazilah, 2011).

Kesan positif yang diperoleh melalui teknologi realiti luasan (AR) dapat membantu pembelajaran
disebabkan cirinya, iaitu membolehkan pengguna menggerakkan objek maya dan melihatnya dari
pelbagai sudut seumpama melihat dan memegang sebuah objek sebenar (Mark Billinghurst, 2002).
Teknologi realiti luasan (AR) dapat menyokong interaksi tanpa kelim (seamless) di antara
persekitaran maya dan persekitaran realiti. Teknologi realiti luasan (AR) juga, menggunakan antara
muka metafora dunia realiti bagi melakukan manipulasi menggantikan peranti input seperti tetikus
dan papan kekunci. Malah teknologi tersebut berupaya melakukan transisi antara realiti dan maya
secara lancar. Oleh itu, kewujudan ciri unik pada teknologi luasan realiti (AR) membolehkan
pengguna berinteraksi dengan objek maya secara masa nyata seolah-olah mereka memegang
sesuatu objek yang maujud. Ini dapat memberikan pengguna satu pengalaman realisme dan
bermakna.

Oleh itu, kewujudan teknologi realiti luasan (AR) dalam dunia pendidikan, berjaya menambah satu
lagi bentuk media pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif yang boleh dimanfaatkan oleh
para guru dan pelajar. Penggunaan aplikasi realiti luasan (AR) sebagai media pengajaran dan
pembelajaran, dapat mengubah cara bagaimana teknologi baharu digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dan pilihan alternatif yang boleh dimanfaatkan oleh guru. Penggunaan realiti luasan
(AR) sebagai media pengajaran dapat mengubah cara bagaimana teknologi digunakan dalam
pengajaran (Kesim & Ozarslan, 2012; Rasimah, 2014). Pemilihan untuk menggunakan aplikasi realiti
luasan (AR) sebagai media pengajaran dan pembelajaran juga, memberikan pilihan pendekatan dan
strategi kepada guru dan pelajar tentang satu pengalaman baharu. Antara contoh pendekatan dan
strategi termasuklah pembelajaran berasaskan pengalaman, pembelajaran berasaskan lokasi bagi
menggantikan dunia sebenar dan pembelajaran berasaskan situasi iaitu sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dalam konteks teknologi tersebut diaplikasikan (Maier, Tnnis, & Klinker,
2009; Desi Dwistratanti & Dayang Rohaya, 2010; Wojciechowski & Cellary, 2013; Ferrer-Torregrosa,
Torralba, Jimenez, Garcia, & Barcia, 2015).

Aplikasi realiti luasan (AR) menawarkan peluang kepada pelajar mempelajari sesuatu dengan
melakukan pergerakan terhadap objek fizikal seperti penanda dalam konteks sensor ruang yang luas
(Dunleavy, Dede, & Mitchell, 2009; Klopfer et al., 2011; Lin & Chang, 2015). Terdapat pelbagai kajian

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
350
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

yang menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dalam kajian tersebut berasa selesa untuk
memanipulasi aplikasi realiti luasan (AR) dengan melakukan pusingan terhadap penanda untuk
melihat objek maya dari perspektif yang berbeza (Wojciechowski & Cellary, 2013; Nifakos, Tomson,
& Zary, 2014; Wei et al., 2015). Hasil kajian juga, turut mendapati bahawa sebahagian pelajar
memilih untuk berinteraksi secara sentuhan dengan model fizikal berbanding model maya yang
disediakan (Chen, 2006; Vinumol, Chowdhury, Kambam, & Muralidharan, 2013). Jadinya, jelas
bahawa aplikasi realiti luasan (AR) merupakan suatu bentuk pengalaman baharu sebagai media
pengajaran dan pembelajaran alternatif dalam pendidikan yang menarik dan berkesan.

3. Metodologi Kajian

3.1 Kaedah Kajian

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian kes eksploratori. Temu bual bersemuka dilakukan
secara mendalam menggunakan skedul temu bual separa berstruktur. Demonstrasi menggunakan
aplikasi AR yang dibangunkan oleh penyelidik turut dilakukan. Selain itu, beberapa video yang
berkaitan dengan pengaplikasian teknologi luasan realiti (AR) dalam pendidikan yang dilakukan oleh
penyelidik lain yang diperoleh daripada laman YouTube turut ditunjukkan kepada partisipan.

3.2 Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 21 orang guru dan 14 orang pendidik guru daripada perbagai bidang samada
daripada bidang teknikal dan bukan teknikal. Guru-guru yang terlibat mengajar di sekolah rendah
dan menengah di sekitar Zon tengah di Malaysia, manakala pendidik guru terdiri daripada pensyarah
yang mengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus di Zon Tengah di Malaysia. Pensyarah yang
terlibat adalah daripada beberapa jabatan yang berbeza seperti jabatan teknologi pendidikan,
pendidikan teknikal, dan lain-lain. Pemilihan sampel guru adalah berdasarkan pengalaman mereka
dalam pengajaran di sekolah dalam bidang mereka. Manakala pemilihan pendidik guru berdasarkan
pengalaman mereka dalam melatih guru pra perkhimatan dan guru dalam perkhidmatan.
Berdasarkan kepada Wiersma and Jurs (2005), sampel yang dipilih dipercayai mempunyai maklumat
yang banyak dan bermanfaat bagi kajian dan saiz sampel adalah berdasarkan Merriam (2009), di
mana beliau mencadangkan bahawa pemilihan sampel baharu akan tamat apabila tidak ada lagi
maklumat baharu diperoleh daripada sampel seterusnya.

3.3 Analisis

Hasil pengumpulan data kualitatif telah dianalisis dengan menggunakan perisian nVivo. Senarai
konsep penggunaan aplikasi luasan realiti (AR) yang diperoleh daripada hasil temu bual telah
disemak dan disahkan oleh panel pakar dalam bidang teknologi pendidikan dan luasan realiti (AR).

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
351
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

4. Dapatan dan Perbincangan Kajian

4.1 Demografi Sampel Kajian

Jadual 1 merujuk kepada taburan demografi bagi partisipan yang terlibat dalam kajian ini. Terdapat
21 orang guru dari sekolah rendah dan menengah dalam pelbagai bidang samada teknikal atau
bukan teknikal. Semua guru yang terlibat mempunyai lebih daripada lima (5) tahun pengalaman.
Manakala pendidik guru yang terlibat adalah pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus di Zon
Tengah yang mengajar guru pra perkhidmatan dan dalam perkhimatan. Mereka mempunyai
pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun.

Jadual 1 : Demografi partisipan yang terlibat dalam kajian

Partisipan Bil. Peranan Pengalama Mengajar


Guru Teknikal dan 21 Mengajar di sekolah menengah dan sekolah Lebih daripada 5 Tahun
bukan Teknikal rendah

Pensyarah IPG 14 Mengajar guru pra perkhidmatan dan dalam Lebih daripada 15 tahun
perkhidmatan

4.2 Persepsi Guru dan Pendidik Guru terhadap Luasan Realiti (AR) sebagai media pengajaran

Semua partisipan memberikan maklum balas yang positif dan mengakui bahawa teknologi luasan
realiti sesuai digunakan sebagai media pengajaran dalam pendidikan terutama dalam pengajaran
dan pembelajaran. Walaupun semua partisipan yang terlibat tidak pernah melihat dan
menggunakan sebarang aplikasi berasaskan teknologi luasan realiti (AR) ini, namun pelbagai
cadangan yang menarik telah diberikan dalam mengaplikasikan aplikasi luasan realiti (AR) dalam
pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Konsep Penggunaan Aplikasi Luasan Realiti dalam Pendidikan

Dapatan kajian berasaskan konsep penggunaan luasan realiti (AR) ada kaitan dengan bagaimana
guru mengaplikasikan teknologi luasan realiti (AR) dalam pengajaran berdasarkan tajuk ataupun
mata pelajaran yang diajar. Pengaplikasian teknologi luasan realiti (AR) yang sesuai boleh
membantu guru dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang
disampaikan. Dapatan kajian ini turut diperoleh daripada kajian literatur dan pemerhatian
penyelidik terhadap beberapa aplikasi prototaip yang terdapat di laman YouTube selain dapatan
daripada temu bual dengan guru dan pendidik guru. Konsep penggunaan luasan realiti (AR) yang
telah dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

(a) Luasan realiti (AR) sebagai pengganti objek maujud

Salah satu ciri realiti luasan (AR) ialah kemampuan objek maya 3D berperanan seperti objek maujud.
Ini dapat dilihat apabila pengguna boleh memegang dan menggerakkan objek menggunakan tangan
seolah-olah objek yang sebenar. Ini bermakna, pengguna boleh melihat dalam pelbagai perspektif

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
352
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

objek 3D tersebut mengikut keperluan pengguna. Ciri tersebut membolehkan guru 'membawa'
pelbagai objek yang mempunyai pelbagai saiz dalam bentuk maya ke dalam kelas. Beberapa
pernyataan daripada responden kajian yang ditemu bual adalah seperti yang berikut.

Penyataan 1: TE2

berkaitan cakerawala bagaimana maklumat daripada cakerawala membantu menentukan


waktu solat.. anak bulan di bulan Ramadan... ia memang berbeza daripada video sebab kita boleh
lihat dari sudut berbeza, Contohnya Kaabah, di mana Makam Ibrahim, mana nak mula. Ia seperti
mereka (pelajar) berada di sana. Tiada lagi visualisasi yang abstrak. ...bagi sirah, seperti
peperangan, strategi di Badar dan Khandaq, ia boleh ditunjukkan bagaimana atau di mana parit
berkenaan...

Penyataan 2: TE1

...menunjukkan tempat untuk melontar (semasa menunaikan haji)

Kedua-dua peryataan oleh TE2 dan TE1 menunjukkan dapatan yang positif berkaitan luasan realiti
(AR) sebagai pengganti objek maujud.

(b) Luasan realiti (AR) membantu dalam penerangan proses

Realiti luasan (AR) mampu menunjukkan objek 3D dengan ataupun tanpa animasi, iaitu teknologi
tersebut mampu membantu guru menerangkan sesuatu proses. Apabila dipaparkan animasi
berasaskan sesuatu proses, pelajar dapat melihat dan mempelajari proses yang terlibat dalam
beberapa perspektif dan sudut pandang objek 3D tersebut. Pernyataan berikut adalah daripada
beberapa responden kajian berkaitan konsep tersebut.

Penyataan 1: TE2

kejadian manusia, daripada proses awal bayi... tidak seperti video, teknologi ini membolehkan
pelajar memegang dan menggerakkan objek sesuka mereka. Ini akan menyeronokkan pelajar dalam
pembelajaran.

Penyataan 2: GV1

...proses dalam aircond misalnya, pelajar boleh di'lihat'kan udara yang bergerak menggunakan
animasi dan teknologi ni bantu pelajar untuk lihat yang di dalam aircond tersebut. Sebelum-sebelum
ni memang susah. Kita minta pelajar bayangkan sahaja udara itu bergerak di setiap bahagian
mengikut laluan proses...

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
353
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

Jadinya, dapatan melalui kedua-dua peryataan oleh TE2 dan GV1, menggambarkan hasil dapatan
yang positif berkaitan kemampuan teknologi AR membantu dalam penerangan proses. Konsep
penggunaan ini turut disokong oleh hasil kajian lepas (Gimeno, Morillo, Ordua, & Fernndez, 2013)
iaitu dibangunkan sebagai aplikasi yang boleh memaparkan jujukan prosedur dan proses dalam
perindustrian.

(c) luasan realiti (AR) sebagai alat bantu simulasi

Dapatan berkaitan luasan realiti (AR) sebagai alat bantu simulasi boleh dilihat berdasarkan
pernyataan responden TE3 dan TE1. Menurut TE3, pengaplikasian konsep penggunaan dalam
simulasi, teknologi luasan realiti (AR) adalah sesuai untuk mengajarkan tajuk berkaitan ibadah.
Lazimnya, guru menggunakan teknik demonstrasi dan simulasi untuk mengajar pelajar tajuk yang
berkaitan ibadah. Guru juga boleh menggunakan video dan poster, walau bagaimanapun, dengan
luasan realiti (AR), sebagai alternatif dalam kaedah pengajaran, teknologi tersebut dapat membantu
guru mengajar secara lebih berkesan dan efisien. Ini adalah kerana, pelajar boleh melihat simulasi
3D dalam pelbagai perspektif dalam masa nyata. Pernyataan TE1 dan TE3 secara khusus adalah
seperti yang berikut:

Penyataan 1: TE1

penyembelihan ...mana urat yang perlu diputuskan... bagaimana untuk melontar batu semasa
melakukan haji

Penyataan 2: TE3

salah satu contoh bagi topik ibadah adalah mengambil wudu'... solat bagi orang sakit, sebelum ni
menggunakan MS PowerPoint, cuma gambar yang digunakan, tapi dengan 3D ini, lebih bermakna
lagi... tayamum, bagaimana menggerakkan tangan untuk bertayammum, tunjuk muka... pelajar
boleh lihat banyak kali (simulasi ini dengan sudut pandang berbeza) contoh lain, tawaf, korban,
ihram, bagaimana memakan pakaian ihram terutama lelaki. Kita boleh gerakkan model manusia
tersebut...

Jadinya, dapatan berkaitan dengan kedua-dua pernyataan tersebut oleh TE1 dan TE3,
menggambarkan hasil dapatan yang positif berkaitan penggunaan teknologi realiti luasan (AR)
sebagai alat bantu simulasi. Konsep penggunaan ini juga disarankan oleh kajian lepas (Ying, 2010;
Owaidah, 2015) kerana membolehkan pemerhatian dan pengujian dilakukan dengan membuat
simulasi proses yang terlibat tanpa melibatkan proses transformasi yang memakan masa.

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
354
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

(d) luasan realiti (AR) mampu menarik perhatian

Dapatan kajian ini melibatkan konsep penggunaan secara tidak langsung mempunyai perkaitan
dengan konsep penggunaan sebelum ini. Keunikan luasan realiti (AR) dan pengalaman baharu yang
akan dilalui oleh pelajar, akan meningkatkan perhatian mereka untuk memberikan tumpuan dan
terus fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Teknologi luasan realiti
(AR) mempunyai konsep penggunaan yang mampu menarik perhatian walaupun pembangun aplikasi
luasan realiti (AR) tidak bermaksud untuk menggunakan konsep penggunaan tersebut. Dapatan
kajian ini turut disokong oleh para penyelidik yang lepas (Huda Wahida, et al., 2010; Juan, et al.,
2008; Sumadio & Rambli, 2010). Walaupun mereka tidak menyatakan konsep penggunaan ini
sebagai salah satu konsep penggunaan aplikasi luasan realiti (AR), secara tidak langsung luasan realiti
(AR) memainkan peranan yang positif dalam aspek tesebut. Hal ini juga telah dibuktikan oleh
pernyataan dua responden kajian: TE2 dan TE3, seperti berikut:

Penyataan 1: TE2

memang baru sangat pelajar boleh lihat dalam pelbagai sudut pandang, boleh pegang dan
gerakkan objek... Ia akan menyeronokkan pelajar. Bukan mereka sahaja, kami pun (guru) rasa
seronok. (ketawa)

Penyataan 2: TE3

...dalam bahasa Arab, untuk memperkenalkan atau mengajar menulis huruf, bentuk, cara
menyebut... huruf dan objek boleh digerakkan dalam real time.

(e) Menggambarkan sesuatu yang abstrak atau konsep yang abstrak

Dapatan kajian berdasarkan konsep penggunaan luasan realiti (AR) dalam pelajaran sesuatu yang
abstrak adalah selari dengan dapatan oleh Shelton and Hedley (2002), untuk melatih pelajar melalui
latihan yang diberikan menggunakan aplikasi luasan realiti (AR) untuk meningkatkan kefahaman
yang betul dan mengurangkan salah fahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang abstak dalam
pelajaran yang disampaikan. Malah selepas lebih lima tahun kemudian konsep penggunaan tersebut
masih digunakan oleh kajian lain seperti Freitas and Campos (2008) dalam SMART (SysteM AR for
Teaching) iaitu sistem luasan realiti (AR) untuk pengajaran. Sistem tersebut digunakan untuk
membantu menerangkan sesuatu konsep abstrak dalam pengajaran. Seterusnya kajian Dayang
Noorasura and Sazilah (2011), turut menggunakan konsep penggunaan tersebut bagi mengajar
konsep prinsip D'Arsonval, komponen asas sebuah meter, mengukur rintangan litar dan penyusunan
komponen litar. Dapatan yang diperoleh oleh kajian yang dijalankan juga adalah positif.

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
355
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

(f) Mampu menjelaskan konsep ruang

Dapatan kajian berkaitan kemampuan teknologi luasan realiti (AR) menjelaskan konsep ruang,
membolehkan pengguna membuat pemerhatian dari sesuatu jasad ke partikel atom dengan
memasuki ke dalam objek tersebut. Hal ini adalah selari dengan dapatan oleh Ying (2010).
Tambahan pula, persekitaran luasan realiti (AR) membolehkan kecerdasan ruang, kemahiran
praktikal, pemahaman konsep dan aktiviti berasaskan pertanyaan dilakukan. Hal ini juga disokong
oleh penemuan kajian oleh Cheng and Tsai (2012) dan Wojciechowski and Cellary (2013). Hasil
dapatan yang diperoleh oleh kajian yang dijalankan adalah positif.

(g) Pengganti eksperimen

Eksperimen berasaskan teknologi luasan realiti (AR) membolehkan sesuatu yang abstrak menjadi
konkrit dan sesuatu yang kaku kepada hidup. Oleh itu, teknologi tersebut memberikan galakan
kepada pelajar untuk belajar secara kendiri dan belajar dengan melakukan eksperimen secara
kendiri terutamanya bagi eksperimen yang melibatkan proses yang kompleks sebelum mereka
melakukan eksperimen yang sebenar. Hal ini disokong oleh kajian Pengcheng, Mingquan, and
Xuesong (2011). Teknologi luasan realiti (AR) turut menyokong pembelajaran berasaskan situasi, di
mana pembelajaran berlaku dalam konteks sebenar akan diaplikasikan. Ini juga disokong oleh kajian
(Wojciechowski & Cellary, 2013). Hasil dapatan kajian berkaitan penggunaan teknologi luasan realiti
(AR) sebagai pengganti atau pemantap eksperimen adalah positif.

Berdasarkan dapatan dan perbincangan di atas, sesuatu aplikasi luasan realiti yang mempunyai
setiap elemen konsep penggunaan bergantung pada penggunaan model 3D yang sesuai, animasi
yang bermakna dan kreativiti pembangun aplikasi dalam menghasilkan aplikasi realiti luasan (AR)
tersebut.

5. Rumusan

Konsep penggunaan luasan realiti (AR) adalah bagaimana guru mengaplikasikan teknologi realiti
luasan (AR) dalam pengajaran berdasarkan tajuk ataupun bidang masing-masing. Pengaplikasian
teknologi realiti luasan (AR) yang sesuai boleh membantu guru meningkatkan kefahaman pelajar
tentang sesuatu pelajaran yang disampaikan. Rumusan dapatan kajian tentang konsep penggunaan
realiti luasan (AR) telah mengenal pasti tujuh (7) elemen, iaitu: (a) realiti luasan (AR) sebagai
pengganti objek maujud; (b) luasan realiti (AR) membantu dalam penerangan proses; (c) luasan
realiti (AR) sebagai alat bantu simulasi; (d) luasan realiti (AR) mampu menarik perhatian pengguna;
(e) menggambarkan sesuatu secara jelas, penerangan ataupun konsep yang abstrak; (f) mampu
menjelaskan konsep ruang; dan (g) sebagai pengganti eksperimen. Konsep penggunaan ini boleh
menjadi panduan kepada pembangun aplikasi realiti luasan (AR) dalam membangun aplikasi realiti
luasan (AR) bagi kegunaan pendidikan dan juga panduan kepada guru dalam pengaplikasian sesuatu
aplikasi luasan realiti (AR) dalam pengajaran dan pembelajaran.

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
356
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

Penghargaan

Kajian ini telah mendapat bantuan biasiswa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima
kasih kepada semua guru, pensyarah Instititu Pendidikan Guru dan panel pakar daripada Institut
Pengajian Tinggi yang terlibat.

Rujukan

Azuma, R. (2004). Overview of Augmented Reality. Retrieved from


http://portal.acm.org/citation.cfm?id=1103900.1103926. Retrieved on 31 May 2013.

Bacca, J., Baldiris, S., Fabregat, R., Graf, S., & Kinshuk. (2014). Augmented Reality Trends in
Education: A Systematic Review of Research and Applications. Educational Technology & Society,
17(4), 133-149. Retrieved from <Go to ISI>://WOS:000344455300009

Billinghurst, M. (2002). Augmented reality in education. Retrieved from


http://www.newhorizons.org/strategies/echnology/billinghurst.htm. Retrieved on 31 May 2013.

Billinghurst, M., & Duenser, A. (2012). Augmented Reality in the Classroom. Computer, 45(7), 56-63.
doi:10.1109/mc.2012.111

Chen, Y.-C. (2006). A study of comparing the use of augmented reality and physical models in
chemistry education. Paper presented at the Proceedings of the 2006 ACM International Conference
on Virtual Reality Continuum and Its Applications, Hong Kong, China.

Cheng, K.-H., & Tsai, C.-C. (2012). Affordances of augmented reality in science learning: suggestions
for future research. Journal of Science Education and Technology.
doi:http://dx.doi.org/10.1007/s10956-012-9405-9

Chiang, T. H. C., Yang, S. J. H., & Hwang, G. J. (2014). Students' online interactive patterns in
augmented reality-based inquiry activities. Computers & Education, 78, 97-108. Retrieved from <Go
to ISI>://WOS:000341675100010

Dayang Noorasura, A. T., & Sazilah, S. (2011, 10-12 June 2011). A model of mobile learning object
design for concept comprehension using reciprocal teaching strategies and augmented reality. Paper
presented at the Computer Science and Automation Engineering (CSAE), 2011 IEEE International
Conference on Computer Science and Automation Engineering (CSAE).

Desi Dwistratanti, S., & Dayang Rohaya, A. R. (2010, 19-21 March 2010). Preliminary Evaluation on
User Acceptance of the Augmented Reality Use for Education. Paper presented at the 2010 Second
International Conference on Computer Engineering and Applications (ICCEA).

Dunleavy, M., & Dede, C. (2014). Augmented Reality Teaching and Learning. In J. M. Spector, M. D.
Merrill, J. Elen, & M. J. Bishop (Eds.), Handbook of Research on Educational Communications and
Technology (pp. 735-745): Springer New York.

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
357
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

Dunleavy, M., Dede, C., & Mitchell, R. (2009). Affordances and Limitations of Immersive Participatory
Augmented Reality Simulations for Teaching and Learning. Journal of Science Education and
Technology, 18(1), 7-22. Retrieved from http://dx.doi.org/10.1007/s10956-008-9119-1.

Elango, P. (2013). Sistem Pemulihan Lembaran Kerja Bagi Nombor Negatif Berasaskan Realiti Luasan
(AR2WN2). (Phd), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ferrer-Torregrosa, J., Torralba, J., Jimenez, M. A., Garcia, S., & Barcia, J. M. (2015). ARBOOK:
Development and Assessment of a Tool Based on Augmented Reality for Anatomy. Journal of Science
Education and Technology, 24(1), 119-124. Retrieved from <Go to ISI>://WOS:000348374700010
http://link.springer.com/article/10.1007%2Fs10956-014-9526-4

Freitas, R., & Campos, P. (2008). SMART: a SysteM of Augmented Reality for Teaching 2nd grade
students. Paper presented at the Proceedings of the 22nd British CHI Group Annual Conference on
HCI 2008: People and Computers XXII: Culture, Creativity, Interaction - Volume 2, Liverpool, United
Kingdom.

Gagne, R. M., Wager, W. W., Golas, K. C., & Keller, J. M. (2005). Principles of Instructional Design
Fifth Edition: Thomson Wadsworth.

Gimeno, J., Morillo, P., Ordua, J., & Fernndez, M. (2013). An Easy-to-Use AR Authoring Tool for
Industrial Applications. In G. Csurka, M. Kraus, R. Laramee, P. Richard, & J. Braz (Eds.), Computer
Vision, Imaging and Computer Graphics. Theory and Application (Vol. 359, pp. 17-32): Springer Berlin
Heidelberg.

Huda Wahida, R., Fauziah, B., Harryizman, H., Ali Yusny, D., Haslina, M., & Norida, M. D. (2010).
Using Augmented Reality for Supporting Learning Human Anatomy in Science Subject for Malaysian
Primary School. Paper presented at the Regional Conference on Knowledge Integration in ICT
(INTEGRATION2010), Putrajaya.

Juan, C., Beatrice, F., & Cano, J. (2008, 1-5 July 2008). An Augmented Reality System for Learning the
Interior of the Human Body. Paper presented at the Advanced Learning Technologies, 2008. ICALT
'08. Eighth IEEE International Conference on Advanced Learning Technologies.

Kaufmann, H. (2006). The Potential of Augmented Reality in Dynamic Geometry Education. Paper
presented at the 12th International Conference on Geometry and Graphics (ISGG), Salvador, Brazil.

Kesim, M., & Ozarslan, Y. (2012). Augmented Reality in Education: Current Technologies and the
Potential for Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 47(0), 297-302.
doi:http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.06.654

Klopfer, E., Sheldon, J., Perry, J., Rosenheck, L., Squire, K., Mathews, J., . . . Dunleavy, M. (2011).
Augmented reality games: Place-based digital learning, Hong Kong.

Kucuk, S., Yilmaz, R. M., & Goktas, Y. (2014). Augmented Reality for Learning English: Achievement,
Attitude and Cognitive Load Levels of Students. Egitim Ve Bilim-Education and Science, 39(176), 393-
404. Retrieved from <Go to ISI>://WOS:000347273700033

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
358
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

Kuo, Y.-T., & Kuo, Y.-C. (2015). The Role of Augmented Reality and Its Application in Education and
Personalized Learning. Paper presented at the Society for Information Technology & Teacher
Education International Conference.

Lin, C. Y., & Chang, Y. M. (2015). Interactive augmented reality using Scratch 2.0 to improve physical
activities for children with developmental disabilities. Research in Developmental Disabilities, 37, 1-
8. Retrieved from <Go to ISI>://WOS:000349276200001

Maier, P., Tnnis, M., & Klinker, G. (2009). Dynamics in tangible chemical reactions. World Academy
of Science Engineering and Technology, 57, 8087.

Meda, P., Kumar, M., & Parupalli, R. (2014, 19-20 Dec. 2014). Mobile augmented reality application
for Telugu language learning. Paper presented at the MOOC, Innovation and Technology in
Education (MITE), 2014 IEEE International Conference on Innovation and Technology in Education
(MITE).

Nifakos, S., Tomson, T., & Zary, N. (2014). Combining physical and virtual contexts through
augmented reality: design and evaluation of a prototype using a drug box as a marker for antibiotic
training. Peerj, 2. Retrieved from <Go to ISI>://WOS:000347628400005

Norziha, M. M. Z. (2014). Aplikasi Sains Mikroorganisma untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran


berasaskan Pendekatan Realiti Luasan. (Phd), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Owaidah, A. A. (2015). Hajj crowd management via a mobile augmented reality application: a case of
The Hajj event, Saudi Arabia. (MSc), University of Glasgow, UK. Retrieved from
http://theses.gla.ac.uk/6330/

Pengcheng, F., Mingquan, Z., & Xuesong, W. (2011, 6-8 May 2011). The significance and effectiveness
of Augmented Reality in experimental education. Paper presented at the International Conference
on E -Business and E -Government (ICEE) 2011.

Rasimah, C. M. Y. (2014). Kejuruteraan Perisian Berkonsep Teknologi Realiti Campuran dalam


Aplikasi Pembelajaran Perubatan Regeneratif dan Kejuruteraan Tisu. (Phd), Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Shelton, B. E., & Hedley, N. R. (2002, 2002). Using augmented reality for teaching Earth-Sun
relationships to undergraduate geography students. Paper presented at the Augmented Reality
Toolkit, The First IEEE International Workshop.

Vinumol, K. P., Chowdhury, A., Kambam, R., & Muralidharan, V. (2013, 28-31 May 2013). Augmented
Reality Based Interactive Text Book: An Assistive Technology for Students with Learning Disability.
Paper presented at the Virtual and Augmented Reality (SVR), 2013 XV Symposium on Virtual and
Augmented Reality (SVR).

Wei, X. D., Weng, D. D., Liu, Y., & Wang, Y. T. (2015). Teaching based on augmented reality for a
technical creative design course. Computers & Education, 81, 221-234. Retrieved from <Go to
ISI>://WOS:000347606300021

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
359
e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education 2016

Wojciechowski, R., & Cellary, W. (2013). Evaluation of learners attitude toward learning in ARIES
augmented reality environments. Computers & Education, 68(0), 570-585.
doi:http://dx.doi.org/10.1016/j.compedu.2013.02.014

Ying, L. (2010, 20-22 Aug. 2010). Augmented Reality for remote education. Paper presented at the
Advanced Computer Theory and Engineering (ICACTE), 2010 3rd International Conference on the
Advanced Computer Theory and Engineering (ICACTE).

e-Proceeding of the 4th Global Summit on Education GSE 2016 (e-ISBN 978-967-0792-07-1).
14-15 March 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
360

Anda mungkin juga menyukai