Anda di halaman 1dari 3

Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu riwayat

Beberapa lamanya dalam kerajaan,

Raja di desa Negeri Kembayat

Baginda duduk bersuka-sukaan,

Dikarang fakir dijadikan hikayat

Datanglah beroleh kedukaan,

Supaya menjadi tamsil ibarat

Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri,

Datanglah kepada suatu masa,

Sultan halifah akas bestari,


Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Melayanglah unggas dari angkasa,


Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Maksud Setiap Rangkap


Rangkap 1
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat.Kisah itu ditulis oleh
seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
Maksud:Riwayat-kisah //fakir-miskin /aku // Tamsil-contoh
Rangkap 2
Di Negera Kembayat terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga seorang
yang elok. Baginda melayani para pedagang yang beragama Islam di negerinyadengan adil.
Maksud:Bestari-cekap // bahari- elok // melimpah-baik hati // ngadil-adil // senteri-
Rangkap 3
Raja itu sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman
tanpa menghadapi kesukaran. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan perkara yang akan
berlaku pada masa yang datang.
Maksud:Empu-ahli membuat keris // perkasa-berani // temasya-pemandangan
Rangkap 4

Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, pemaisuri bagindatelah
hamil.
Rangkap 5
Sepanjang raja memerintah negerinya dengan suasana yang aman dan gembira,Pada suatu hari,
Negeri Kembayatdikejutkan dengan berita sedih apabila raja telah mangkat.
Maksud: Kedukaan-kesedihan // takhta-
Rangkap 6
Pada suatu hari yang lain, NegeriKembanyat telah diserang oleh burung garuda yang kuat dan
terbang dari angkasa.Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan di Negeri
Kembayat.
Maksud:Melayanglah-terbang // unggas- // Gurda-Guruda // binasa-musnah
Rangkap 7
Burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat hingga
menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara(). Rakyat lintangpukang menyelamatkandiri masing-masing.
Maksud:Gemparlah-Meriuhkan. // menyambar- menangkap sambil terbang // bahana-bunyi
kuat // mulia- // hina-// gundah-gelana -sedih
Rangkap 8
Di istana, rakyat datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana
yang bising, baginda yang garang dan tidak prihatin untuk melihatkan situasi itu dan
menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.
Bentuk
~Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.
~Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris.
~Bilangan kata dalam setiap baris hampir Sama, iaitu tiga hingga lima patah kata.
~ Rima akhir syair ini ialah aaaa.
Tema
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara.
Persoalan
~Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.
~ Tanggungjawab seorang pemimpin.
~Keadilan dan kesaksamaan.
~Kasih sayang terhadap ahli keluarga.

Nilai
~Nilai tanggungjawab.
-Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbirnegerinya
dengan sempurna.
~Nilai kebijaksanaan.
-Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang bijak dan cekap memimpin rakyat.
~Nilai keadilan
-Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil kepada rakyat
termasuklah kepadadagang senteri.
~Nilai kasih sayang.
-Contohnya, Raja Negeri Kembayat amat menyayangi isterinya yang berhamil.
Pengajaran
~Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab diberikan olehrakyat dengan
amanah.
~Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun, dan membuat segala perancangantugas
itu terhasil dengan baik.
~ Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil tanpa
menbezakankedudukan.
~Kita haruslah memupuk sifat kasih sayang terhadap ahli keluarga untuk melahirkan keluargga
yang bahagia.
Gaya bahasa
Repetisi
-Rangkap 4,baris 3
~Beberapa hari beberapa bulan
Simile
-Rangkap 8, baris 2
~Mendengar gempar seperti perang
Anafora
-Rangkap 6, baris 1 & rangkap 7, baris 1
~ Datanglah kepada suatu masa
~ Datanglah menyambar suaranya bahana
Penggunaan bahasa istana
~baginda, permaisuri, takhta

Anda mungkin juga menyukai