Anda di halaman 1dari 9

SASTERA EPIK

NILAI INSAN
SASTERA EPIK
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa sastera epik yang juga disebut sebagai sastera
pahlawan. Genre sastera ini bersifat sejagat, iaitu terdapat dalam kebanyakan karya sastera di
dunia. Sastera Rom, Yunani, Jerman dan Inggeris mengemukakan konsep kepahlawanan yang
sama dalam hasil karya epiknya, misalnya watak Archilles, Hercules dan Theseus. Sastera epic
mementingkan nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Unsur peribadi yang mulia dan
murni, penuh sifat kemanusiaan dan pengabdian diri terdapat dalam diri tokoh yang menjadi
watak utama dalam karya sastera tersebut. Tokoh tersebut diberikan gambaran secara berlebih-
lebihan sehingga menjadikannya sempurna dan disanjung oleh anggota masyarakat. Ada
kalanya, pahlawan tersebut dikatakan tidak mati, tetapi masih hidup sehingga ke zaman
sekarang seperti Hang Tuah. Jika dimatikan pun adalah kerana mereka merupakan makhluk
biasa yang diciptakan oleh tuhan dan pengarang tidak dapat menolak kebenaran tersebut. Genre
kesusasteraan Melayu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu epic kebangsaan yang
diwakili oleh Hikayat Hang Tuah dan epic berunsur Islam seperti Hikayat Muhamad
Hanafiah dan Hikayat Amir.
SINOPSIS: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan Laksamana untuk pergi ke Patani bagi membeli empat
ekor gajah jantan dan dua ekor gajah betina. RajaMelaka juga berhasrat untuk mengalahkan negeri baru iaitu
Petani di Benua Siam. Namun Laksamana memberitahu sukar untuk mengalahkan negeri tersebut kerana
kedudukannya yang strategik. Lalu Raja Melaka menitahkan Bendahara mengutuskan surat untuk
Laksamana hantarkan ke Patani.
            Lalu Laksamana dan Maharaja Setia belayar dengan angkatannya menuju ke Benua Siam. Setelah
beberapa lamanya, maka mereka sampai ke negeri Patani. Laksamana turun melihat bandar dan kotanya,
sememangnya sukar dialahkan oleh musuh kerana keadaan yang strategik dan kehebatan kotanya. Setelah
selesai mereka meneruskan perjalanan dan sampailah ke Benua Siam. Mereka disambut dengan dentuman
bedil meraikan kedatangan pelawat. Lalu laksamana meminta orang bandar tersebut menghadap
Syahbandar. Lalu Syahbandar memberitahu Oya Bagelang dan masuk menghadap Phra Cau. Lalu Phra Cau
arahkan surat diarak masuk menghadap.
            Semasa Syahbandar menjemput Laksamana, dia memaklumkan Laksamana perlu menghadap Phra
Cau dengan seorang diri dan perlu merangkak ikut cara adat Patani. Namun, Laksamana tidak mahu berbuat
demikian kerana dia ada penyakit ditubuhnya. Lalu Phra Cau izinkan Laksamana berjalan dan berkeris
seperti adat Raja Melaka ia menghadap. Lalu Laksamana dan Maharaja Setia menghadap Phra Cau dan
dibacalah utusan Raja Melaka berkehendakan gajah. Dan tersangat kagum Phra Cau kerana Laksamana
boleh berbahasa Siam dengan fasih lalu diberikan persalinan.
SINOPSIS: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
Setelah berapa lama Laksamana tinggal di Benua Siam, maka Phra Cau telah menitah 7 pendekar Jepun
berlawan dengan Laksamana. Tujuh Pendekar Jepun itu sangat angkuh dan bongkak. Laksamana marah
dengan kata-kata Pendekar Jepun yang merendah-rendahkan Laksamana dan hulubalang Melayu. Maka
Pendekar Jepun berlawanlah dengan Laksamana. Lalu Laksamana turun dan berlawan dengan Pendekar
Jepun itu, Pendekar Jepun memarang Laksamana lalu ditangkis oleh Laksamana. Lalu Laksamana
memarang semula putus telinga Jepun itu, lalu mengamuk Jepun itu dan naik ke balairung tetapi
Laksamana terjun dan turun memarang lagi putus hidung Jepun itu, lalu dilawannya putus bahu dan
akhirnya Jepun itu diparang Laksamana terbelah dua kepalanya. Maka Pendekar Jepun itu matilah. Maka
mengamuklah semua pendekar Jepun itu, berlawanlah dengan Laksamana dan 5 orang Pendekar Jepun
mati dan dua lagi lari menuju ke Kemboja.
            Lalu Phra Cau ucap syabas kepada Laksamana. Phra Cau telah meraikan Laksamana dengan
santapan. Laksamana juga memberi hadiah kepada Phra Cau iaitu Siput Gendaga. Keesokkan harinya
Laksamana memohon diri kerana telah berjanji sekadar 40 hari sahaja datang ke Patani dan sampai masa
untuk berangkat pulang.
            Lalu Phra Cau menitahkan Oya Bagelang membalas surat dan hantarkan kepada Raja Melaka serta
diberikan sepuluh ekor gajah iaitu enam ekor untuk Raja Melaka dan empat ekor untuk Laksamana kerana
membalas jasa bakti Laksamana menyelamatkan Phra Cau dari pendekar Jepun yang mengamuk dan
Khianat. Lalu Laksamana turun dan mula belayar.
SINOPSIS: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
Maka dua Jepun yang lari Kemboja itu meminta bantuan di sana dan akan menghalang laluan pelayaran
Laksamana dengan bantuan dari pasukannya di Kemboja. Semasa dalam perjalanan pelayaran itu, lalu
Jepun menyerangkan dan menghalang Laksamana, maka dibedilnya ke arah Laksamana dan
rombongannya. Lalu Laksamana amuk dan mati semua Jepun itu. Maka dilihat Laksamana akan perahu
Jepun penuh dengan emas, perak, dan harta terlalu banyaknya. Lalu diambil Laksamana isi ke perahu
belayar menuju Kuala Melaka.
            Setelah beberapa hari maka sampai Laksamana ke Melaka. Lalu disambut oleh Syahbandar dan
Bendahara. Diceritakanlah dari awal hingga akhir kepada Raja Melaka. Gajah yang besar dinamai Pudi
Manikam dan seekor lagi Permata Sailan. Beberapa ketika maka Raja Melaka ingin merajakan anakanda
Baginda Raden Bajau di Bukit Seguntang dan Laksamana dititahkan membantu merajakan anaknda
Baginda. Lalu Raden Emas Ayu hamil dan dapat anak perempuan, manakala Tun Teja hamil dapat putera
lalu dinamakan yang pertama Puteri Gunung Ledang, yang tengah Sultan Mahmud dan bongsu Sultan
Muhammad.
TEMA: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
Sastera epik bertajuk “Hang Tuah Diutus ke Siam” bertemakan jalinan hubungan
diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Hal ini dapat dilihat
apabila Laksamana Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka untuk diutuskan ke Benua
Siam bagi membeli enam ekor gajah. Di Benua Siam, Laksamana disukai oleh Raja
Phra Cau kerana pandai bertutur dalam bahasa Siam dan bijak berlawan menewaskan
musuh sehinggakan cadangan Laksamana agar Raja Siam menjamu rakyatnya
dengan gendana dipersetujui oleh Raja Siam. Laksamana juga telah dianugerahkan
dua kali persalinan atas khidmat bakti kepada Benua Siam dan turut menghadiahkan
10 ekor gajah, iaitu enam ekor kepada Raja Melaka dan empat ekor kepada
Laksamana.
PERSOALAN: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
1. Persoalan kepentingan hubungan diplomatik sesebuah negara dengan negara lain. Hubungan diplomatik ini penting
dalam memastikan kestabilan politik dan ekonomi antara sesebuah negara. Contohnya, hubungan diplomatik Melaka
dengan Siam terjalin apabila Laksamana Hang Tuah diutuskan ke Benua Siam untuk membeli gajah dan Laksamana juga
seorang yang fasih bertutur dalam bahasa Siam dan dikagumi oleh Raja Phra Cau. Maka hasilnya hubungan antara Siam
dan Melak lebih akrab dan rapat.
2. Persoalan keberanian seorang Laksamana, hal ini terbukti apabila Hang Tuah berjaya mengalahkan 7 pendekar Jepun
yang mengamuk di Balairung Raja Phra Cau dan dapat menewaskan pendekar Jepun dari Kemboja yang menyekat kapal
mereka ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka.
3. Persoalan tentang kebijaksanaan. Contohnya, Hang Tuah bijak dalam melakukan helah. Hang Tuah telah melakukan
helah bahawa dia mempunyai penyakit dan tidak boleh masuk menghadap Raja Siam dalam keadaan merangkak. Selain
itu, Hang Tuah juga telah menguasai bahasa Siam menyebabkan Raja Siam menghadiahkan satu persalinan cara Siam
kepadanya.
4. Persoalan tentang ketangkasan dalam bertarung. Ketangkasan bermain senjata sebagai contoh Raja Phra Cau
menyuruh pendekar Jepun bermain senjata dengan Laksamana Hang Tuah sebagai pertunjukan. Akhirnya Hang Tuah
menang dalam perlawanan tesebut.
5. Persoalan tentang kesetiaan dan ketaatan kepada raja atau pemerintah. Hang Tuah bersetuju untuk menjadi utusan
Raja Melaka ke Siam. Hang Tuah telah menjalankan tugasnya kepada Raja Melaka dengan baik.
6. Persoalan mencintai dan menghormati adat dan budaya bangsa. Hang Tuah tetap mempertahankan cara masuk
menghadap Raja Phrau dengan cara adat Melaka bukannya cara Siam yang merangkak. Ini menunjukkan jati diri yang
tinggi dan menunjukkan Hang Tuah amat tegas dalam adat dan peraturan.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. 3. 7 PENDEKAR JEPUN
i. Seorang Laksamana Melaka i. Pendekar Jepun dari Kemboja
ii. Seorang yang berani dalam tindakan. ii. Seorang yang angkuh dan sombong
iii. Seorang yang bijaksana membuat keputusan iii. Tewas dalam perlawanan dengan Laksamana
iv. Seorang yang taat setia kepada pemerintah dan negara iv. Pihak yang membuat huru hara di balairung
v. Seorang yang tangkas dalam berlawan dan bermain keris Raja Phra Cau
vi. Seorang yang fasih bertutur bahasa Siam
vii. Seorang yang tegas dan menyanjung tinggi adat dan 4. OYA BAGELANG
budaya bangsa i. Pembesar kepada Raja Phra Cau
viii. Seorang yang berpegang pada janji dan menurut perintah ii. Seorang yang menurut perintah dan setia

2. RAJA PHRA CAU 5. RAJA MELAKA


i. Raja Siam di negeri Patani i. Pemerintah negeri Melaka
ii. Mempunyai negeri yang kuat dan kukuh ii. Mengutuskan Laksamana ke Siam untuk
iii. Mempunyai banyak gajah membeli enam ekor Gajah
iv. Seorang yang mengagumi Laksamana Hang Tuah yang
tangkas berlawan 6. BENDAHARA
v. Seorang yang menghormati adat dan peraturan negara lain i.      Pembesar Melaka
ii.     Menulis surat untuk diutuskan ke Benua Siam
iii.    Seorang yang taat dan setia
Bina satu peta pemikiran tentang perwatakan
Laksamana Hang Tuah.

Anda mungkin juga menyukai