Anda di halaman 1dari 11

SYAIR NUR ALAM

SYAH LELA PUTERA


PENGENALAN
A. Syair ini diklasifikasikan
sebagai syair sejarah. Ini
berdasarkan ciri-cirinya,
iaitu menceritakan tentang
sebuah kerajaan di negeri
tertentu
B. Unsur mitos seperti
kesakitan juga ditonjolkan
SYAIR / MAKSUD
1 Adapun fakir mengarangnya ini,
Bukan kerana hendak dipuji,
Wallah tidak sekali-kali,
Kerana melainkan hati sendiri.

A Peyair dengan ikhlas mengarang syair ini


tanpa mengharapkan pujian.
2 Terlebih dahulu fakir berkata,
Kepada pembaca saudara beta,
Mana-mana terkhilaf tutur dan kata,
Ampun dan maaf dipinta.

B Penyair memohon maaf andainya terdapat


kesalahan atau keterlanjuran kata dalam
syairnya.

3 Tiadalah fakir berpanjang peri,


Dengarkan encik satu seturi,
Apalah konon sebuah negeri,
Jenaka Asyik gelar diberi.

C Syair ini mengisahkan negeri Jenaka Asyik.


4 Negerinya indah khabar rencana,
Aturan pekan semuanya kena,
Beberapa rakyat menteri perdana,
Termasyhur khabar ke mana-mana

D Negaranya aman dan makmur hingga terkenal di


mana-mana.

5 Kotanya kukuh bukan kepalang,


Berlapis dengan besi dituang,
Beberapa hulubalang yang garang-garang,
Takluknya banyak tidalah kurang.

E Kotanya kukuh dan dikenali oleh hulubalang yang


gagah berani. Oleh sebab itu, banyaklah jajahan
6 Sangat termasyur nama negeri,
Banyaklah masuk dagang senteri,
Mahligai indah tiada terperi,
Bertatahkan emas bersalut pudi.

F Lantaran kemasyurannya, banyaklah pedagang


yang berkunjung ke negeri tersebut. Istana
baginda juga tersegam indah.

7 Diladal Bahri nama rajanya,


Sakti pendekar lagi beraninya,
Segala raja-raja takut kepadanya,
Serta denagn adil murahnya.

G Raja negeri Jenaka Asyik yang bernama Sultan


Diladal Bahri, seorang yang berani, menpunyai
kesakitan, adil, pemurah dan ditakuti oleh raja-
8 Adapun Sultan Diladal Bahri,
Sangatlah pandai memerintah negeri,
Dikasihani sekalian hulubalang menteri,
Apatah lagi dagang senteri.

H Sultan Diladal Bahri pandai memerintah dan amat


dikadihi oleh rakyat jelata. Para pedagang yang
berkunjung ke negeri Lenaka Asyik tutur
mengasihi Sultan Diladal Bahri.

Anda mungkin juga menyukai