Anda di halaman 1dari 5

BAB 3 : SANG GEMBALA KUDA

MAKSUD SAJAK

RANGKAP 1 :

- Penjaga kuda ialah seorang lelaki yang gagah . Berbekalkan keberanian yang dimilikinya ,
dengan angkuhnya di menghalau kuda dengan menggunakan cemeti untuk menaktkan kuda-
kuda yang sedang berada di padang agar segera pulang ke kandang .

RANGKAP 2 :

- Sementara itu , dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang
menjadikan kuda sentiasa setia . Setelah kenyang , kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib
mereka dijadikan tunggangan untuk memburu kuda-kuda yang lain .

RANGKAP 3 :

- Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring , penjaga kuda begitu
berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan .
Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah
yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala kekejaman .

RANGKAP 4 :

- Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencangnya tanpa mengambil kira
kepenatan kuda yang ditunggang nya itu . Penjaga kuda juga hanya mahu kuda boleh
membawa kemenangan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda yang ditungganginya itu .
Penjaga kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi penjaga
tanpa belas kasihan .

TEMA

Sajak ini bertemakan “ kekuasaan dan tugas penjaga kuda serta penganiayaan tenaga haiwan ” yang
dilakukan terhadap kuda-kuda tunggangannya . Berbekalkan kuasa yang dimiliki dan cemeti /
penyebat sebagai lambang kekuatan , dengan angkuhnya dan beraninya , penjaga kuda berjaya
menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang . Penjaga kuda hanya
mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan
nasib haiwan tunggangannya itu .

PERSOALAN

1. Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan .

2. Ketegasan ketika memimpin .

3. Penganiayaan terhadap haiwan .

4. Kepatuhan dan kesetiaan menurut perintah .


5. Keberanian menempuh cabaran dan rintangan .

6. Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah .

7. Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi .

BENTUK SAJAK

1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat .

2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap .

3. Bilangan barisnya tidak sama , iaitu :

a. Rangkap pertama ada lima baris .

b. Rangkap kedua ada lima baris .

c. Rangkap ketiga ada sebelas baris .

d. Rangkap keempat ada lapan baris .

4. Jumlah patah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama , iaitu antara tiga hingga enam
patah kata sebaris .

5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga lima belas suku kata .

6. Rima akhir sajak ini bebas / tidak sama : abcdd , abcab , aabcccadecc , abaabacc .

GAYA BAHASA dan UNSUR BUNYI

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis . Contohnya :

a. rembat angkuhnya memancu takut – rangkap 1 , baris 3 .

b. meredah onak di rimba pemburu – rangkap 3 , baris 5 .

2. Epifora . Contohnya :

a. Perulangan kata ditunggangi ! – rangkap 4 , baris 7 dan baris 8 .

3. Repetisi atau perulangan . Contohnya :

a. Ditunggangi dan ditunggangi ! – rangkap 4 , baris 8 .


4. Penggunaan metafora . Contohnya :

a. rimba pemburuan

b. paya penindasan

c. cemeti durjana

5. Personafikasi . Contohnya :

a. rembat angkuhnya memacu takut – rangkap 1 , baris 3 .

b. pacuannya diiring seribu keberanian – rangkap 3 , baris 4 .

6. Hiperbola . Contohnya :

a. dimamah rakus kala lapar – rangkap 2 , baris 3 .

7. Sinkope . Contohnya :

a. tak peduli nasib sendiri selepas kenyang – rangkap 2 , baris 4 .

8. Inversi . Contohnya :

a. dan kuda-kuda itu ditunggangi – rangkap 4 , baris 7 .

Sepatutnya : kuda-kuda itu ditunggangi dan

9. Unsur bunyi :

a. Asonasi ( perulangan bunyi vokal ) . Contohnya :

i. sesekali suaranya lebih gempita

Dalam contoh ini , terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak tiga kali .

ii. menentang semua kebobrokan

Dalam contoh ini , terdapat perulangan vokal e sebanyak empat kali .

b. Aliterasi ( perulangan bunyi konsonan ) . Contohnya :

i. ditunggangi dan ditunggangi !

Dalam contoh ini , terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak tiga kali .
ii. diam melempar muslihat

Dalam contoh ini , terdapat perulangan bunyi konsonan m sebanyak dua kali .

NADA

Sajak ini bernada sinis . Nada sinis sesuai sengan “ Sang Gembala Kuda ” yang menyatakan sikap
mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiaya dan mengabaikan
soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu .

NILAI

1. Nilai tanggungjawab . Contohnya :

 Penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus


makan dan minum secara baik .

2. Nilai keberanian . Contohnya :

 Penjaga kuda berani menempuh berbagai –bagai kepayahan dan rintangan sewaktu
menjaga kuda-kuda itu .

3. Nilai kebijaksanaan . Contohnya :

 Penjaga kuda bijak mengawal tungangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu
masuk ke kandang .

4. Nilai kegigihan . Contohnya :

 Penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan


walaupun terpaksa .

5. Nilai kepatuhan . Contohnya :

 Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda .

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab ketika melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh
ketua .

2. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa .

3. Kita perlulah gigih berusaha ketika melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat
dikecapi akhirnya .
4. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sebuah
organisasi .

5. Kita hendaklah bijak ketika merancang dan menjalankan tugas dengan baiknya dan
sempurnanya .

Anda mungkin juga menyukai