Anda di halaman 1dari 15

SANG

PUISI MODEN

GEMABALA KUDA
Karya Mohd Hashim Othman
VIDEO SAJAK

https://youtu.be/OoJ2xJ7M7_4
SANG GEMBALA KUDA
3)Dia lelaki sang gembala kuda
1) Dia lelaki bergelar perkasa hanya mengenal pantas tunggangan
dengan cemeti keberanian di tangan tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda   
rembat angkuhnya memacu takut
hanya tahu mengejar kehebatan
menghalau kuda-kuda di padang tanpa menghitung kesakitannya
berebutan memburu kandang. dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!  
Dia lelaki sang gembala kuda
2) Rumput dan jerami terhidang
hanya mengenal pantas tunggangan
adalah kanun janji kesetiaan 
tanpa membaca keletihannya
dimamah rakus kala lapar
dia lelaki sang gembala kuda   
tak peduli nasib diri setelah kenyang
hanya tahu mengejar kehebatan
jadi tunggangan memburu rakan.
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!  
MAKSUD SAJAK (1)
Rangkap 1: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang
dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan
kuda-kuda itu sambal menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke
kandang.

Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan
dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib
mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
MAKSUD SAJAK (2)
Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala
kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan
kepayahan. Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat
maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.

Rangkap 4: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan
larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu
mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda hhanya
mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.
TEMA
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya
terhadap kuda-kuda tunggangannya. Berbekalkan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani,
penjaga kuda Berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga
kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa
mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.
PERSOALANAN

1. Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan.


2. Ketegasan dalam memimpin.
3. Penganiyaan terhadap haiwan.
4. Kepatuhan menurut pemerintah.
5. Keberaniaan menempuh cabaran dan rintangan.
6. Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah.
7. Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.
BENTUK SAJAK
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap kedua ada lima
baris, rangkap ketiga ada sebelas baris, dan rangkap keempat ada lapan baris.
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata
setiap baris.
5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
6. Rima akhir sajak ini bebas/tidak sama; abcdd, abcab, aabccadecc, abaabacc.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI (1)

. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris


yang dibentuk adalah puitis. Contohnya: 4. Penggunaan metafora. Contohnya:
(a) Rimba perburuan
(a) Rembat angkuhnya memacu takut – rangkap 1,
(b) Paya penindasan
baris 3 (c) Cemeti durjana
(b) Meredah onak di rimba perburuan – rangkap 3, 5. Personifikasi. Contohnya:(a) Rembat angkuhnya
baris 5 memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Pacuannya diiringi seribu
2. Epifora. Contohnya, perulangan kata keberanian – rangkap 3, baris 4
ditunggangi – rangkap 4, baris 7 dan baris 8.
3. Repetisi atau perulangan. Contohnya:
Ditunggangi dan ditunggangi – rangkap 4, baris 8.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI (2)
9. Unsur bunyi:
6. Hiperbola. Contohnya: (a) Asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:
i. sesekali suaranya lebih gempita
Dimamah rakus kala lapar – rangkap 2,
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak
baris 3 tiga kali.
7. Sinkope. Contohnya: ii. menentang semua kebobrokan
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e
Tak peduli nasib diri setelah kenyang – sebanyak tiga kali.
rangkap 2, baris 4 (b) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
i. ditunggangi dan ditunggangi!
8. Inversi. Contohnya: Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan
dsebanyak tiga kali.
Dan kuda-kuda itu ditunggangi – rangkap 4,
ii. dia melampar muslihat
baris 7 Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan
msebanyak dua kali
Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan
NADA
Sajak ini bernada sinis. Nada sinis sesuai dengan sajak “Sang Gembala Kuda” yang
menyatakan sikap mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga
menganiayai dan mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
NILAI
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya, penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya
dengan mengurus makan dan minum secara baik.
2. Nilai keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya detika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4. Nilai kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda
tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
5. Nilai kepatuhan. Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.
2. Kita mestilah berani mengahadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
3. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat
dikecapi akhirnya.
4. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.
5. Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
BAHAN RUJUKAN

http://bahasamalaysiatingkatan4.blogspot.com/p/a.html
SEKIAN
TERIMA
KASIH DAN
JUMPA LAGI

Anda mungkin juga menyukai