Anda di halaman 1dari 9

Title/Question

: How was your understanding of cultural and contextual


consideration of the work developed through your interaction
oral?

Novel

: Lorong Midaq

Lorong Midaq hasil nukilan Naguib Mahfouz adalah sebuah novel yang banyak dikaji
oleh pengkaji sastera dan diterjemah ke pelbagai bahasa. Novel ini berlatar belakangkan
Mesir dan diterbitkan pada tahun 1947. Terdapat pelbagai budaya masyarakat arab yang
ditonjolkan pengarang dalam novel ini. Hasil perbincangan bersama rakan-rakan tentang
budaya masyarakat arab, saya amat tertarik untuk mengkaji budaya berpolitik masyarakat
arab.
Naguib Mahfouz menggambarkan budaya berpolitik masyarakat arab melalui watak
sampingan, iaitu Ibrahim Farhat yang merupakan calon pilihan raya dan telah datang ke
Lorong Midaq untuk berkempen. Sebuah pavilion telah dibina sebagai persiapan beliau
berkempen dan banyak gambar poster ditampal didinding. Sambil diiring pengiring, Ibrahim
berjalan di sepanjang Lorong Midaq sambil mengangkat tangan tinggi di atas kepala. Beliau
juga memberi salam dan sedikit ucapan kepada penduduk Lorong Midaq, dengan hasrat
untuk menyemai persahabatan. Selain itu, Ibrahim telah menyediakan hiburan buat penduduk
Lorong Midaq, dimana bacaan Al-Quran, nasyid, syair, dan tarian gelek telah
dipersembahkan. Calon pilihan raya sememangnya akan berusaha sehabis baik untuk
mempromosi diri sendiri dalam berkempen. Mereka akan berkenal-kenalan dengan rakyat.
Tujuan kempen ini adalah untuk rakyat lebih mengenali bakal pemimpin mereka dan dapat
mengundi calon yang paling layak.
Seterusnya, Naguib Mahfouz juga menonjolkan budaya rasuah dalam politik
masyarakat arab. Hal ini dapat dilihat ketika Ibrahim Farhat berkempen. Beliau telah
memberi hadiah gula-gula ketika beriring, dan membelanja teh. Contoh lain dapat diambil
1

apabila Ibrahim menawarkan Tuan Kirsha lima belas paun untuk sokongan, Kirsha malah
meminta dua puluh paun. Jelaslah disini bahawa politik masyarakat arab mengamalkan
rasuah sebagai budaya mereka. Untuk contoh yang lebih tepat, Tuan Kirsha digambarkan
pengarang sebagai seorang yang akan menyokong sesiapa yang sanggup membayar lebih.
Keadaan yang menyokong budaya rasuah ini sebenarnya salah satu faktor terjadinya rasuah
kerana pemimpin tidak akan memberi rasuah sekiranya orang yang diberi menolak.
Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat arab zaman kini, budaya berkempen
masih diamalkan sehingga kini, begitu juga dengan budaya rasuah. Satu kajian oleh sebuah
media Mesir menunjukkan kadar rasuah di negara itu telah meningkat pada tahun lepas.
Malaysia juga antara negara yang tidak lepas daripada budaya rasuah dalam politik, malah
Malaysia berada di kedudukan lebih atas daripada Mesir dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun
2014.
Kesimpulannya, budaya kempen dalam berpolitik amatlah bagus kerana rakyat boleh
mengenali bakal pemimpin dengan lebih dekat. Namun, amalan rasuah merupakan perkara
yang tidak patut dijadikan amalan kerana ia menunjukkan sikap tidak amanah dan tidak jujur.
Pemimpin yang bagus bukanlah yang memberi rasuah. Pemimpin yang bagus akan mendapat
undian daripada rakyat seikhlasnya.

(398 words)

Research Question

: Sejauh manakah peperangan mempengaruhi kritikan sosial yang


terdapat dalam novel Lorong Midaq?

Novel Lorong Midaq karya Naguib Mahfouz telah ditulis pada tahun 1947 dan
banyak diterjemah ke pelbagai bahasa untuk dikaji oleh pengkaji sastera. Novel ini berlatar
masakan beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua. Peperangan tersebut banyak memberi
kesan dan banyak mempengaruhi aspek-aspek kehidupan dalam novel ini, termasuklah aspek
kritikan sosial. Kritikan sosial, menurut Hashim Awang, adalah salah satu jenis kritikan
sastera yang memaparkan realiti kehidupan dalam karya sastera. Kritikan sosial juga adalah
cerminan kehidupan dalam karya dan boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat yang lain. 1
Pemaparan kritikan sosial dalam sesebuah karya sastera juga sebagai satu teguran penulis
untuk masyarakat yang disampaikan melalui para pembaca kerana kritikan sosial adalah
medium untuk menghubungkan penulis dan para pembaca. 2Secara jelas, kritikan sosial
bersifat negatif dan patut dijadikan tauladan dan diambil pengajaran. Novel Lorong Midaq
sememangnya banyak menceritakan tentang aspek moral masyarakat lorong tersebut yang
negatif serta berbeza-beza corak kehidupan melalui pelbagai watak sama ada watak utama
mahupun watak sampingan.
Perang Dunia Kedua yang terjadi telah menyebabkan terbentuknya
masyarakat yang tidak amanah dan tidak jujur dalam menjalankan perniagaan. Ketika
peperangan berlaku, aktiviti perniagaan menghadapi masalah apabila import dari India
disekat. Namun begitu, bagi Salim Alwan, peperangan telah membuka pintu keuntungannya
apabila dia mula bergiat aktif dalam pasaran gelap, yang akhirnya menjadikannya pedagang
kaya yang berjaya. Hal ini dapat dirujuk melalui petikan berikut:
1 (Jamaluddin)
2 (Kritik Sosial terhadap Karya Sastera)
3

Keadaan dalam masa perang memberi keyakinan kepada Salim Alwan


tentang kebijaksanaan perniagaan dalam barang-barang yang pada masa
lalu tidak menarik perhatiannya, misalnya, teh. Oleh itu, dia telah aktif
dalam pasar gelap dan telah mengaut keuntungan yang amat banyak.
(Lorong Midaq: 94)
Dalam menunjukkan konteks kesan peperangan, pengarang memulakan petikan dengan frasa
Keadaan dalam masa perang dan diikuti kata hubung oleh itu untuk menunjukkan kesan
yang berlaku ketika waktu peperangan. Penggunaan teknik pemerian oleh pengarang dalam
petikan juga adalah sesuai kerana gambaran terperinci tentang apa yang berlaku dapat
diceritakan. Selain itu, fokus pengarang juga dapat dikesan dengan jelas. Sebagai contoh,
petikan diatas jelas memfokuskan akan kesan peperangan dengan adanya frasa oleh itu,
yang menunjukkan adanya sebab dan kesan. Pasaran gelap bermaksud kegiatan perniagaan
secara haram untuk mengelak daripada peraturan tertentu khususnya peraturan kerajaan
supaya barang kawalan atau barang larangan dapat dibawa masuk untuk diniagakan. 3
Perbuatan Salim Alwan yang mengamalkan perniagaan pasaran gelap merupakan kritikan
sosial kerana penglibatan dalam pasaran gelap membuktikan peniaga bersikap tidak amanah
dan tidak jujur dalam urusan berniaga. Hal ini sebenarnya akan menyusahkan para peniaga
yang lain dari segi peluang perniagaan. Walaupun penglibatan dalam pasaran gelap ini
hasilnya menguntungkan, tetapi tetap salah sama ada di sisi undang undang ataupun agama
yang mana rata-rata penduduk Lorong Midaq beragama islam. Hendaklah dijauhi akan
perbuatan ini kerana perbuatan yang salah tidak menjamin kehidupan yang baik malah
akhirnya akan membinasakan kita jua di hari kelak,
Selain itu, peperangan juga telah membentuk masyarakat Lorong Midaq yang
mengamalkan rasuah dalam politik. Rasuah dalam politik dapat dilihat diamalkan oleh
Ibrahim Farhat serta sebahagian penduduk Lorong Midaq, termasuklah Tuan Kirsha. Ibrahim
Farhat, yang merupakan calon pilihan raya telah datang ke Lorong Midaq untuk berkempen
3 (Black Market)
4

dan telah memberi rasuah dengan memberikan hadiah gula-gula serta membelanja penduduk
minum teh. Tindakannya ini adalah supaya penduduk Lorong Midaq mengundinya sebagai
wakil rakyat dan seterusnya memenangi pilihan raya. Dalam memaparkan kritikan sosial ini,
Naquib Mahfouz menggunakan kedua-dua watak iaitu pemberi dan penerima rasuah. Dengan
itu, kritikan sosial tentang rasuah dalam politik ini amatlah jelas ditimbulkan penulis dan
mudah dikesan para pembaca kerana rata-rata watak mengamalkannya. Amalan rasuah ini
juga adalah salah satu amalan negatif yang menunjukkan sikap tidak amanah dan tidak jujur.
Rasuah sebenarnya sangatlah perlu dielakkan kerana boleh mendatangkan kesan yang padah.
Hal ini kerana dengan menerima rasuah, kita bersetuju melakukan apa sahaja yang diminta
oleh pemberi rasuah walaupun kadang kala terpaksa mempertaruhkan hidup atau nyawa
orang lain, semata-semata demi harta dan wang. Dalam petikan pemerian dibawah, penulis
jelas menunjukkan latar masyarakat Lorong Midaq yang mengamalkan rasuah dalam politik.
Sejak itu pula dia hanya menjadi pemerhati politik saja sepertimana dia
menjadi pemerhati lain-lain barang dagangan yang menguntungkan, dan
dia menjadi penyokong sesiapa yang sanggup membayar lebih.
(Lorong Midaq: 233)
Petikan tersebut merujuk kepada Tuan Kirsha, dimana frasa sanggup membayar
lebih dalam petikan merujuk kepada nilai rasuah yang tinggi. Tuan Kirsha dahulunya pernah
aktif dalam bidang politik dan terlibat dalam peperanan atau pertempuran antara Armenia dan
Yahudi. Akibat dari pengalaman lampau, Tuan Kirsha berpegang bahawa mana-mana
pemberi rasuah yang menawarkan rasuah yang tinggi maka itulah yang akan diundinya. Ini
sedikit sebanyak menunjukkan bbahawa amalan rasuah dipengaruhi kisah lampaunya yang
pernah terlibat dengan peperangan. Sesungguhnya, menerima wang rasuah yang banyak
hanya memberi kegembiraan yang sementara, dan jika disabit undang-undang, akan
dikenakan hukuman. Tambahan pula, masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap mereka
yang terlibat dengan rasuah.

Seterusnya, Perang Dunia Kedua juga menyumbang dalam pembentukan


masyarakat yang mengamalkan meminum arak. Kritikan sosial ini diperlihat Naguib
Mahfouz melalui watak Hussain. Petikan dibawah adalah dialog Hussain yang jelas
menunjukkan dia mula meminum arak apabila bekerja dengan tentera Inggeris sewaktu
Perang Dunia Kedua:
Bagaimana kau boleh tinggal dengan orang-orang Inggeris dan tidak
minum? Alangkah bodohnya kau? Alkohol adalah menyegarkan dan ia baik
untuk otak. Mari.
(Lorong Midaq:385)
Dialog tersebut diucapkan Hussain kepada Abbas ketika mereka sedang berjalan
bersama dan tiba di tempat yang dinamakan daerah Yahudi. Abbas dan Hussain sebelum ini
bekerja dengan tentera Inggeris sebelum kedua-duanya kembali ke Lorong Midaq setelah
peperangan tamat. Disebabkan pekerjaannya itu, Hussain telah terpengaruh dengan amalan
meminum arak yang sememangnya merupakan budaya masyarakat barat. Beberapa nama
kedai meminum arak juga disebut dalam novel ini. Antaranya adalah Bar Vita, dan Vinces
Bar. Bukti lain yang terdapat dalam novel adalah ketika Hamida sedang bersuka-ria bersama
tentera Inggeris sambal meminum arak. Dalam memaparkan kritikan sosial ini, pengarang
dengan bijak menimbulkan isu ini dalam beberapa watak utama dan watak sampingan yang
jelasnya mengamalkan budaya barat. Perkara ini terang menunjukkan bahawa masalah ini
merupakan masalah utama dalam masyarakat Lorong Midaq. Arak atau alkohol sangatlah
tidak baik untuk kesihatan. (Black Market)4. Orang yang mabuk arak juga cenderung dan
terdedah kepada bahaya. Ringkasnya, pergaulan dengan masyarakat barat mampu
mempengaruhi diri dengan amalan-amalan yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Akhir sekali, pembentukan golongan pelacur wanita juga adalah kesan daripada
peperangan yang berlaku. Seperti yang boleh dilihat, Ibrahim Faraj telah memperdaya
4 (Kesan Penagihan Alkohol, 2003)
6

Hamida denngan kata cinta untuk menjadikannya pelacur. Ibrahim Faraj juga mempunyai
sebuah sekolah dimana semua gadis dan wanita dilatih untuk menjadi pelacur. Terjadinya
kegiatan ini adalah kerana wujudnya tentera-tentera British dan Amerika yang mengamalkan
aktiviti ini. Bukti adalah seperti diberi dalam petikan novel di bawah:
Sabar, sabar. Pegawai-pegawai tentera Amerika dengan senang hati akan
membayar lima puluh paun bagi seorang anak dara!
(Lorong Midaq, 346)
Perang dunia kedua yang berlaku menyebabkan adanya tentera-tentera British dan
Amerika sebagai sebahagian latar masyarakat dalam novel ini. Kehadiran mereka dilihat
Ibrahim Faraj sebagai suatu peluang untuk mendapatkan wang. Hal ini berikutan budaya
mereka yang mengamalkan pelacuran telah membuatkan Ibrahim Faraj untuk bersedia
memberi khidmat dengan menyediakan pelacur-pelacur wanita.

Akttiviti pelacuran ini

sebenarnya amatlah bertentangan dengan norma masyarakat Mesir, namun menjadi ikutan
akibat percampuran budaya barat sewaktu era Perang Dunia Kedua. Meskipun salah disisi
undang-undang dan agama, segilintir individu masih mahu melibatkan diri dalam aktiviti
pelacuran ini tanpa memikirkan kecenderungan akibat buruk yang bakal berlaku kerana
hasilnya yang menguntungkan. Dalam novel ini, penulis Naquib Mahfouz bijak
mengetengahkan kesan buruk aktiviti pelacuran ini melalui watak Hamida dan Abbas.
Hamida yang telah terjerumus untuk menjadi pelacur kini hilang maruah dirinya sebagai
perempuan. Dia juga kehilangan ibu, tunangnya serta kehidupan suci di Lorong Midaq
meskipun serba kekurangan. Selain itu, penglibatannya dalam pelacuran juga menjadi sebab
utama Abbas terbunuh. Seterusnya, penulis juga menekankan kesan buruk aktiviti pelacuran
ini dalam perwatakan watak Ibrahim Faraj yang bijak menipu gadis-gadis untuk dijadikan
pelacur demi kepentingan tersendiri. Jadi jelaslah disini bahawa kegiatan pelacuran banyak
membawa kesan negatif kepada diri sendiri, dan juga boleh membahayakan orang-orang di
sekeliling.
7

Setelah menganalisis beberapa kritikan sosial dalam novel Lorong Midaq yang
terkesan daripada peperangan yang berlaku, dapatlah disimpulkan bahawa peperangan
menyebabkan berlakunya percampuran budaya yang boleh mempengaruhi masyarakat
sekitar. Semua kritikan sosial ini lazimnya memberi gambaran sebenar tentang sikap dan
budaya masyarakat arab. Tetapi, pengkaryaan novel ini hanyalah terbatas kepada masyarakat
yang tinggal di Lorong Midaq, dan tidak boleh digeneralisasikan kepada masyarakat Mesir
secara umumnya. 5Masyarakat perlu bijak untuk menapis segala budaya luar dan mengikut
hanya yang baik dan positif sahaja. Walaupun ada sesetengah budaya luar yang tampil
mengguntungkan, kita mestilah berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan wang dan harta
sehingga sanggup mengamalkan sikap negatif dan menggadaikan maruah. Segala kritikan
sosial yang terdapat dalam novel ini hendaklah diambil iktibar dan dijauhi. Seiring dengan
tujuan sebenar kritikan sosial ditulis dalam sebuah novel iaitu untuk menegur masyarakat
sekeliling, para pembaca novel Lorong Midaq juga perlu bermuhasabah dan melakukan
refleksi diri agar suasana masyarakat harmoni dapat dicapai bersama. Masyarakat perlu
bersama-sama berganding bahu membanteras seluruh aspek negatif yang ada.
(1461 words)

5 (Omar, 2009)
8

Bibliography
Black Market. (n.d.). Retrieved November 2015, from www.Investopedia.com:
http://www.investopedia.com/terms/b/blackmarket.asp
Jamaluddin, A. (n.d.). Pewajaran Akal Fikir: Kritikan Sastera. Retrieved November
2015, from A.Amin Jamaluddin's Blog:
https://aminjamaluddin.wordpress.com/pewajaran-akal-fikiran-kritikansastera/
Kesan Penagihan Alkohol. (2003, September). Retrieved Februari 2016, from
www.prn.usm.my:
http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/2003/penawar49.ht
ml
Kritik Sosial terhadap Karya Sastera. (n.d.). Retrieved Februari 2016, from
khaerulsobar.wordpress.com:
https://khaerulsobar.wordpress.com/pengetahuan-umum/kritik-sosialterhadap-karya-sastra/
Mahfouz, N. (1988). Lorong Midaq. (A. Hussain, Trans.) Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Omar, H. C. (2009). Kelestarian Bidang Penterjemahan. Institut Terjemahan &
Buku Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai