Anda di halaman 1dari 42

BMS 3022 : KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK :

Nama Pensyarah : Dr. Mohd Rashid Md Idris Nama Nombor Matrik

Nurul Syazwana Binti Zalkapli Nur Syahida Binti Mohd Lukman

D20111047671 D20111047504

Sinopsis I LA GALIGO

Sambungan
Beliau kemudiannya mendapat dua orang anak kembar iaitu Lawe atau La Ma'dukelleng atau Sawerigading (Putera Ware') dan kembarnya, seorang anak perempuan bernama We Tenriyabeng. Kedua-dua kembar itu tidak membesar bersama dan kemudian Sawerigading, yang pada mulanya menganggap bahawa We Tenriyabeng tidak mempunyai hubungan darah dengannya, ingin berkahwin dengannya. Tetapi disebabkan ini adalah suatu larangan, dia meninggalkan Luwu' dan bersumpah tidak akan kembali. Dalam perjalannya ke Kerajaan Cina, beliau telah mengalahkan beberapa pahlawan termasuklah pemerintah Jawa Wolio iaitu Setia Bonga. Sesampainya di Cina, beliau berkahwin dengan Datu Cina iaitu I We Cudai.

Sambungan

Ringkasan Salasilah I la Galigo

ADAT RESAM PERKAHWINAN

PANTANG LARANG
UPACARA PERKAHWINAN DALAM I LA GALIGO

PAKAIAN PENGANTIN

AMALAN DAN KEPERCAYAAN

JUADAH

ADAT RESAM PERKAHWINAN Terdapat upacara mandi suci kepada pengantin, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci dalam teks. Sebagai contoh,
Pesta perkahwinan We Tenribalobo dilanjutkan. Upacara permandian suci pun berlangsung. (I La Galigo, 1993:347) Di Mario pengantin wanita dimandikan dengan suatu upacara, hal ini diulangi pada keesokan harinya. Bersamaan dengan itu We Tenridio melakukan mandi suci. We Tenriawaru diberi berpakaian secara tertentu dan kemudian masuk. (I La Galigo, 1993:366) Pesta perayaan dan upacara-upacara perkahwinan We Tenribalobo dijalankan terus. Keesokan harinya dengan upacara air mandi dibawakan kepadanya. Cakkeralangi tanpa terlihat turun dari kayangan di dalam istana manurungitu, hanya ada terdengar suara gemersik, ia tiba pada saat upacara bersiram sedang berlangsung. Terpukau oleh kecantikan We Tenribalobo ia menyatakan kepada temannya keinginannya untuk kawin dengan We Tenribalobo. (I La Galigo, 1993:352-353)

Lazimnya, terdapat sekatan antara pengantin lelaki untuk berjumpa dengan pengantin perempuan. Sebagai contoh,

Pengantin laki-laki mendekat, ditahan (menurut adat yang dilazimkan) oleh La Massaguni. Pelangi turun di tengah-tengah orang banyak dengan We Remmamporo untuk mengatakan bahwa We Tenribalobo tidak ada; (I La Galigo, 1993:348)
Mereka dikehendaki untuk mencari pasangan yang mempunyai keturunan atau darah yang sama sahaja. La Sengngemponga ingin memperoleh kepastian apakah La Tenripale, tunangan We Tenribalobo, berdarah putih. Jikalau seandainya hal itu tidak demikian, maka ia akan membunuh La Tenripale. (I La Galigo, 1993:350)

Adat berjumpa suami, selepas dikahwinkan.


Setibanya di dekat We Remmamporo, ia melihat We Tenribalobo dalam kecantikan yang sempurna, ia diberi berpakaian yang indah oleh saudara sepupunya. Ada terjadi upacara-upacara, sama dengan sebuah upacara perkahwinan di bumi akan tetapi dengan cara kayangan, Sawerigading dan isteri, I La Galigo serta keluarga-keluarga dekat selanjutnya muncul pula. Menyusul adegan bahawa wanita yang baru kawin harus digerakkan mengatasi rasa malunya dan menatap suaminya (sebagaimana pada setiap akad nikah). (I La Galigo, 1993:349) dan Pesta perayaan itu dilanjutkan. Orang-orang sedang bersiap-siap (setelah perkahwinan/akad nikah dilaksanakan) memberikan semangat kepada pengantin wanita untuk menanggalkan rasa malunya dan menatap wajah suaminya. (I La Galigo, 1993:356)

PAKAIAN PENGANTIN

Pakaian pengantin tidak dinyatakan secara terperinci di dalam teks I La Galigo. Namun, teks tersebut menyatakan bahawa, pengantin diberi pakaian pengantin yang mahal dan ada juga pakaian pengantin yang diturunkan dari kayangan. Sebagai contoh, Sawerigading menyuruh menyembelih kerbaukerbau, keluarga dan handai-taulan datang berkumpul, dayang-dayang memakaikan We Tenribalobo pakaian-pakaian yang mahal. (I La Galigo, 1993:351)

JUADAH

Juadah utama untuk dijamu kepada segala rakyat yang hadir pada hari upacara perkahwinan juga tidak dinyatakan secara jelas. Sebagai contoh, Sawerigading menitahkan kepada La Pananrang untuk menyembelih kerbau-kerbau untuk suatu upacara jamuan makan. (I La Galigo, 1993:345) orang-orang bumi sangat kagum kepada tariantarian orang-orang kayangan itu dan mereka menikmati makanan kayangan (I La Galigo, 1993:347)

AMALAN DAN KEPERCAYAAN


Mereka mengamalkan amalan menyabung ayam sesama keluarga, sahabat dan sebagainya. Masyarakat dalam I La Galigo memandang tinggi kejaguhan seseorang di gelanggang sabung ayam. Sebagai contoh, Sawerigading serta keluarganya pergi menyambut tamu-tamu dari Duniabawah-tanah dan dari kayangan itu. Mereka membawa ayam aduan. Ada diadakan adu ayam, hanya I La Galigo dan saudara-saudara sepupunya yang berbaur dengan dewa-dewa yang turun dari kayangan itu. (I La Galigo, 1993:343) Mereka juga mengamalkan tarian daripada bissu pada hari upacara perkahwinan. Sebagai contoh, I la Galigo bersuka hati melihat keindahan-keindahan istana itu. Sawerigading dan keluarganya berkeliling. Bissu-bissu dari kayangan melakukan upacara-upacara. We Tenribalobo dibimbing ke bilik bintang tiga. Malam pun tiba dan pelita-pelita pun dinyalakan. La Pananrang menyuruh menyembelih kerbau-kerbau untuk pesta jamuan makan. (I La Galigo, 1993:345)

Terdapat amalan yang dilakukan sekiranya pengantin lelaki ingin bertemu dengan pengantin perempuan seperti sekatansekatan oleh pihak pengantin perempuan. Sebagai contoh,
Di sana ada air jernih; La Tenripale harus membungkuk melihat dalam sebuah wadah kecil ke tempat yang dalam dan mencari calon isterinya di tempat itu. Tindakan We Rebbaguttu ini dianggap sebagai hambatannya terhadap pengantin pria. (I La Galigo, 1993: 354)

[ Termasuk dalam upacara-upacara perkahwinan, bahwa pengantin pria, pada upacara akan naik ke rumah calon isterinya, setapak demi setapak dihambat oleh orang-orang di sekitar pengantin perempuan. Hambatan-hambatan itu harus diatasi oleh pria-pria yang membimbing pengantin pria itu dengan memberikan hadiah-hadiah.]

Satu lagi amalan yang menjadi tulang belakang kepada orang bugis ialah siri (malu, menjaga maruah). Ini bermaksud jika seseorang dari keturunan bugis dikhianati oleh orang mereka sendiri, mereka tidak segan silu untuk menuntut kembali hak yang telah dikhianati tersebut. Mereka akan melakukan kekerasan untuk menuntut kembali hak mereka. Sebagai contoh, Ratu pun pergilah mendapatkan anaknya dalam kamar tidurnya, tak sepatah kata pun diperolehnya dari anaknya; dalam keadaan bingung berdirilah ia dekat anaknya. Menurut ingatannya, tidaklah pernah ia berbuat sesuatu yang bertentangan dengan keinginan anaknya. Akhirnya meletuslah dari mulut I We Cudai, bahwa ia tidak suka akan orang Luwu itu. La Sattumpugi berkata kepada kedua orang puteranya, La Tenriranreng dan La Makkasau: Apakah kalian setuju atau tidak, aku takkan menentang kehendak I We Cudai. Apakah ia seorang bissu pejabat istana, sehingga aku akan memaksanya melakukan sesuatu yang ia tak kehendaki? Aku akan mengirim kembali mahar. Apakah karena itu akan timbul peperangan, atau negara akan runtuh, itu bukan soal, aku tidak akan memaksa I We Cudai. Apabila kalian takut, menyeberang sajalah ke pihak Sawerigading. (I La Galigo, 1993:228)

Kepercayaan menggunakan objek sebagai bahan sembah dan kekuatan. Sangiampero membuka kotak sirihnya, mengeluarkan sebuah boneka kecil dari kotak itu, meletakkan boneka kecil itu di bawah kotak serta mengatakan agar La Tenridolo mengambilnya, dengan benda itu pengantin laki-laki dapat datang ke kayangan, benda itu dapat berguna baginya sebagai pedoman. (I La Galigo, 1993:349)

PANTANG LARANG
1. Pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk mengenal pasti jika anak perempuan tersebut masih belum mempunyai calon. Sekiranya belum, perbincangan akan terus dilakukan. Sawerigading mengirimkan La Pananrang, dengan berbekal hadiah-hadiah yang diperlukan untuk membuka pembicaraan, sebagai duta ke istana negeri Cina. Ia ditemani oleh Panrita Ugi. Setibanya di baruga ia diterima oleh kedua orang kepala rumah tangga istana. Mereka pergi ke istana mohon perkenan menghadap Raja La Sattumpugi. La Pananrang melaksanakan tugasnya dengan kata-kata tertera yang diberikan oleh Sawerigading kepadanya dengan pidato yang penuh dengan bunga-bungaan. Ia tidak hanya meminang I We Cudai saja, akan tetapi juga minta izin untuk tinggal di negeri Cina. (I La Galigo: 1993:222)

2. Mereka akan bertanya akan asal usul keturunan terlebih dahulu. I We Mamung mengingatkan bahwa apabila ada seorang calon yang datang dari seberang lautan, maka harus ditanyakan tentang asalusulnya. (I La Galigo, 1993:223) 3. Pihak lelaki akan ke rumah pihak perempuan untuk melamar, dan dalam upacara tersebut pihak perempuan harus terlibat dalam perbincangan mengenai mahar yang diingini. Sambil berpaling kepada Datu Tamanang dari Tempe (yang diundang hadir untuk didengar pertimbangannya), We Tenriabang mengungkapkan pendapatnya, bahwa baiklah kiranya pertunangan I We Cudai dengan Sawerigading dilaksanakan. Datu Tamanang menyahut, bahwa maharnya haruslah demikian besarnya, sehingga mengangkutnya dari kapal ke darat tiga bulan lamanya. (I La Galigo, 1993:223)

ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT BUGIS MASA KINI

- Suku kaum Bugis merupakan salah satu bangsa Melayu yang terdapat di Malaysia. - Mereka lebih tertumpu di kawasan Pantai Timur Sabah dan di Selatan Semenanjung Malaysia. - Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah ( Tawau, Semporna, Kunak, dan Lahad Datu ). - Suku kaum Bugis sebenarnya berasal dari Kepulauan Sulawesi di Indonesia. - Merupakan kaum terawal yang datang dan menetap di Tanah Melayu. - Suku kaum Bugis berhijrah ke Tanah Melayu telah menetap dan mendirikan institusi kekeluargaan serta melahirkan zuriat dan waris sehinggalah ke generasi sekarang. - Mereka juga mempunyai adat dan kepercayaan, tulisan dan bahasa yang tersendiri.

MASYARAKAT BUGIS DI MALAYSIA

PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS


Dalam masyarakat Bugis, tiada adat pertunangan. Bagi mereka yang paling penting ialah hari pernikahan. Suku kaum ini lebih suka menjalinkan hubungan perkahwinan dengan saudara terdekat manakala penceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai kerana meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama. Ibu baga kaum Bugis beranggapan pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan syak. Tapi terdapat majlis yang dilakukan mernyerupai adat bertunang. Tetapi mereka tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Majlis itu dikenali sebagai sebagai Mapendrek Doik yang bermaksud naik duit ( membawa wang hantaran ).

Dalam majlis tersebut, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangaan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja kerana wang hantaran telah diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung perbelanjaan majlis persandingan.

UNDANGAN PERKAHWINAN Kebiasaannya, masyarakat Bugis mengundaang orang ramai ke majlis perkahwinan dengan menggunakan khidmat dua orang wanita untuk memanggil. Memanggil merupakan cara yang menjadi kebiasaan kaum Bugis. Cara yang digunakan ialah mereka membawa dulang berisi rokok/gula-gula yang dibalut dengan kain, dan masih diamalkaan hingga kini. MALAM MAPPACI Lebih dikenali sebagai malam berinai, dan dilakukan pada malam sebelum hari pernikahan. Dilakukan di rumah pengantin perempuan dan ia khas untuk pengantin perempuan sahaja.

Dalam upacara mapacci, beberapa bahan digunakan, antaranya ialah: 1. 11 helai kain sutera Bugis yang membawa maksud untuk golongan bangsawan yang memberi maaksud penghormatan kepada bakal pengantin dan ia menunjukkaan orang Bugis mempunyai harga diri yang tinggi. 2. Daun pisang : membawa maksud kesinambungan, iaitu melalui perkahwinan boleh mengeratkan silaturrahim dan boleh membesarkan keluarga dengan pertaambahan zuriat.

3. Daun nangka : memberi maksud orang Bugis sentiasa berusaha dan bercitacita tinggi.
4. Beras : membawa maksud ahli keluarga mendoakan bakal pengantin akan hidup bahagia. 5. Lilin : membawa maksud keterangan kepada kehidupan baru untuk bakal pengantin.

6) Daun inai : membawa maksud kesucian. 7) Balasuji : iaitu sebuah kotak yang diperbuat dari bambu, bilangan dindingnya harus nombor ganjil. ( harus 5 atau 7 ). _______________________________________________________________ - Balasuji tersebut diisi dengan gula merah ataupun gula melaka, ubi kayu, nanas, tebu, nangka, kelapa muda setandan, kelapa tua sebiji, ikan kering, kulit kayu manis, pisang setandan. Kesemua barangan tersebut akan dilitupi kain sputih sepanjaang dua meter. - Balasuji tersebut akan dibawa oleh pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. _________________________________________________________________

- Bahan yang disediakan harus diletakkan di pelamin adat Bugis dan bersebelahan pengantin perempuan. - Seorang ketua ( biasanya bapa pengantin perempuan/ketua kampung/ahli keluarga)mengetuai majlis. - Upacara Mapacci dilaksanakan oleh ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga dan nama akan dipanggil satu persatu untuk mengadakan upacara ini. - Daun inai akan diletakkan kepada kedua-dua belah tangan pengantin perempuan dan akan berdoa untuk kelancaran majlis pada esok hari. - Setelah tamat majlis mapacci, pengelola majlis akan memberi nasihat kepada pengantin perempuan.

WANG HANTARAN - Sebelum majlis akad nikah dilakukan, upacara mengira duit hantaran akan dilakukan oleh keluarga perempuan, selepas itu dimasukkan ke dalam dulang digaul dengan beras, beberapa jenis bunga dan gula-gula.
MAJLIS PERSANDINGAN - Semasa persandingan, pengantin memakai pakaian tradisional Bugis. - Majlis ini menjadi kemestian bagi mereka kerana kemeriahan penting bagi kaum Bugis. - Pihak pengantin lelaki akan menyarungkan cincin sebagai tanda tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas 3-7 hari setelah majlis naik duit.

PAKAIAN PERKAHWINAN
Pengantin mengenakan pakaian tradisi iaitu baju Bodo, pakaian yang berasal dari daerah Bugis. Baju Bodo berwarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket. Baju Bodo ini dibuat dari kain organza dan dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas.

Pakaian pengantin tradisional masyarakat Bugis yang terkenal adalah baju kebaya labuh dan dipasangkan dengan kain sarung sebagai busana mereka. Kaum lelaki pula bergaya dengan baju sikap yang dilengkapi dengan tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis.

Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya, iaitu:

WARNA Jingga Jingga + merah Merah Putih Hijau

MAKNA Dipakai oleh kanak-kanak berumur 10 tahun. Gadis yang berumur 10 hingga 14 tahun. Wanita berumur 1 hingga 25 tahun. Digunakan oleh para inang dan dukun. Khas untuk wanita berketurunan bangsawan

Ungu

Digunakan oleh para janda.

Pakaian bodo untuk akad nikah

Pakaian untuk adat bali botting

Pakaian bodo untuk Adat mappetoa

Pakaian bodo untuk akad adat mappaci

Pakaian kaum karabat

Terdapat beberapa aksesori yang digunakan sebagai pelengkap atau penyeri. Antaranya ialah : Aksesori yang digunakan di bahagian kepala digelar Bando berwarna perak atau kuning cair yang diperbuat dari aluminium, dihiasi dengan motif-motif bunga dan daun di sepanjang cekak atau headgear.

Anting-anting yang digunakan sebagai perhiasan di telinga oleh kaum wanita Bugis.
Rantai ini memiliki 9 pecahan bunga yang disusun bagi menyerikan bahagian dada.

Pada bahagian pergelangan tangan pula akan dihiasi dengan Gelang Panjang (Tigerro Tedong)yang diperbuat dari aluminium berwarna perak atau kuning cair. Ikat Pinggang ( Salipi ) atau tali pinggang emas juga digunakan bagi melengkapkan dan memperkemaskan lagi ikatan kain sarong untuk pengantin. Salipi atau tali pinggang digunakan setelah tarian pooja mula diperkenalkan kepada khalayak.

Budaya /Adat Masyarakat Bugis dalam I La Galigo


Sabung ayam

Sambut kelahiran bayi

Keselamatan

Semasa hamil

Pembukaan hutan

Perasmian tempat baharu

Membakar daun

1)
-

Keselamatan
Keselamatan merupakan salah satu aspek penting bagi melindungi diri daripada perkara yang tidak diingini. Dalam epik I La Galigo, diceritakan betapa masyarakatnya amat mementingkan aspek keselamatan, terutamanya semasa pelayaran, contohnya :
Armada itu belayar pergi, sesudah tujuh hari tujuh malam mereka pun telah berada di Pujananting. To Pallaguna menitahkan menyembelih kerbau-kerbau korban dan memberi sajian kepada lautan dengan susunan seperti yang dikehendaki oleh I La Galigo (telur, sirih, beras).

( I La Galigo, 1993:389)

Selain itu, hal ini demikian dapat dilihat dalam bab I We Cudai dan Sawerigading bersiapsiap untuk belayar ke Luwu. Buktinya : Puang-puang itu muncul dengan pembantu-pembantunya, lalu menjalankan upacaraupacara bissu serta menyanyikan lagu-lagu pujaan demi keselamatan orang-orang yang akan berangkan ke negeri Luwu. ( I La Galigo, 1993:912)

Semasa berada di lautan, sekiranya berlaku sesuatu bala atau perkara yang tidak diingini, mereka akan mengadakan upacara, contohnya : mereka diserang oleh badai serta cuaca buruk yang diiringi guntur dan petir. We Tenridio,- dia memang seorang bissu memimpin upacaraupacara bissu, We Tenridio mempersembahkan telur, sirih, dan wenno (beras digoreng) sebagai sajian kepada lautan, sedang La Pananraang mempersembahkan seorang bulai sebagai korban. We Tenridio meruah Yang Maha Kuasa, menyerukan asal-usul Kayangannya dari kedua belah pihak (disebutkan). Dengan segera cuaca pun menjadi baik dan matahari pun kembali bersinar cerah lagi. ( I La Galigo, 1993:915)

Hal ini telah menyebabkan mereka begitu dengan upacara pemujaan dan korban yang telah dilakukan.

2) Pembukaan tempat baru(Hutan) - Dalam epik I La Galigo ini, terdapat upacara atau adat tertentu yang dilakukan sebelum pembukaan tempat baharu, terutamanya pembukaan hutan. - Hal ini dapat dilihat pada dalam epik ini, iaitu apabila Sang Burung turun membawa pesan kepada Sewarigading. Sang Burung memperoleh pesan untuk turun terlebih dahulu ke bumi dan menyampaikan pada Sewarigading supaya ia menyuruh menebang kayu dan mempersembahkan korban, (yang ditetapkan secara terperinci) terdiri daripada manusia dan hewan; kerbau-kerbau sembelihan harus terlebih dahulu dihiasi, lalu dituntun mengelilingi negeri. (I La Galigo, 1993:250 ) 3) Pembakaran Daun - Masyarakat yang digambarkan dalam epikI La Galigo merupakan masyarakat yang sering mengamalkan pembakaran daun. - Sebagai contohnya, apabila mereka merindukan seseorang atau ahli keluarga mereka, mereka akan membakar daun.

We Tenriabeng menitipkan hadiah-hadiah, untuk Sawerigading dedaunan. Apabila ia sangat merindukan hadiah, untuk kedua orang tuanya, lalu dedaunan itu diakarnya, maka arwah kedua orang tuanya atau dia akan hadir didekatnya ( I La Galigo, 1993:250 ) Selain itu, untuk menjauhkan mala petaka juga, mereka akan membakar daun . Contohnya : We Mauddara inang pengasuh-pengasuh, membakar dedaunan, dan sebagainya untuk menjauhi petaka ( I La Galigo, 1993:278)

4)
-

Perasmian Tempat
Pada kebiasaanya, sebelum mereka menetap atau mendiami sesebuah tempat yang baharu, uapacara tertentu akan dilakukan. Dalam karya I La Galigo ini, kita dapat melihat bahawa Sawerigading telah meminta para bissu untuk melakukan beberapa upacara sebagai menghargai negeri langit yang diturunkan. Saweriganding mengatakan kepada puwa matowa supaya disapukan darah ayam jantan tertentu pada tangga agung istana dsb; ( I La Galigo, 1993:254)

6) Semasa Hamil
Masyarakat Bugis mengamalkan adat semasa tempoh kandungan mereka berusia lima bulan dan juga tujuh bulan. Semasa kandungan berusia lima bulan, dukun-dukun akan dipanggil untuk melakukan upacara tertentu. Begitu juga semasa kandungan berusia tujuh bulan, buktinya : mempersembahkan korban kepada Sang Pencipta, agar I We Cimpau, yang tak lama lagi akan bersalin, melahirkan kelak dengan lancar dan selamat. Akhirnya, Sawerigading sendiri pun mempersembahkan korbannya. ( I La Galigo, 1993:268)

7) Menyambut Kelahiran Bayi - Pelbagai perkara dan juga upacara yang dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Dalam karya ini, Sawerigading telah mengarahkan pelbagai upacara dilakukan demi melancarkan proses kelahiran bayi. Sawerigading begitu sedih apabila melihat keadaan isterinya ( I We Cudai) begitu susah untuk melahirkan. Antara upacara yang dilakukan ialah : Banyaklah orang yang mempersembahkan korban kepada Sang Pencipta, kerbau dan wenno, diundangnya Sang Mahadewa tersebut untuk menyantap persembahan mereka serta dimohonkannya, agar sang bayi lahir dengan selamat . Apabila bayi lahir, tali pusatnya akan dipotong dengan sebilah kelewang pusaka (I La Galigo, 1993 : 268) Saweriganding memanggil sang bayi keluar, sambil menyebutkan pernyataan-pernyataan kasih sayang ( I La Galigo, 1993: 272 ) Selain itu, Sawerigading juga hendak mempersembahkan korban kepada Sang Pencipta supaya I We Cudai mudah melahirkan bayi mereka. Setelah bayi genap sembilan hari, sembilan Malam usianya, diadakanlah upacara mengarak tali pusatnya berkeliling istana . ( I La Galigo , 1993:274).

8) Sabung Ayam
Dalam kebudayaan Bugis sendiri sabung ayam merupakan kebudayaan telah melekat lama. Dalam kitab I La Galigo diceritakan bahwa tokoh utama dalam epik mitik itu, Sawerigading, kesukaannya menyabung ayam..
Dalam kitab I La Galigo ini, banyak terdapat cerita berkenaan sabung ayam, antaranya : I La Galigo dan tekman-temannya bersuka ria di gelanggang sabung ayam. ( I La Galigo, 1993:366) ia mendengar bahwa di Sunrariaja sedang diadakan sabung ayam secara besar-besaran, (I La Galigo, 1993:384) Budaya sabung ayam ini dapat dilihat dalam epik I La Galigo pada bab La Makkarodda dan La Makkasaung melaukan perkunjungan kehormat pada pamannya Aji Laide dan La Mappanganro Di Pujaananting . Buktinya : kedua orang lai-lai bersaudara itu ( Aji Laide dan La Mappanganro) pergi ke gelanggang adu ayam untuk bersenang-senang dengan mengadu ayam jantan. ( I La Galigo, 1993:884)

Pertandingan sabung ayam itu telah diadakan selama 10 hari. Di dalam satu pertarungan adu ayam antara Aji Laide dengan La Makkasaung, ayam jantan La Makkasaung yang menang. setelah pertarungan ini tamat,pertarungan-pertarungan yang berikutnya menyusul. ( I La Galigo, 1993:885) Bagi masyarakat mereka, sesiapa yang memenangi pertarungan ayam itu, dia akan dianggap sebagai orang yang hebat dan jaguh serta akan diminati oleh kaum wanita. Kaum wanita menyaksikan pertarungan-pertarungan itu dari istana dan wanita-wanita itu menaruh hati kepada La Makkarodda dan Makkasaung. ( I La Galigo, 1993:885)

Oleh sebab terlalu gemar akan pertarungan sabung ayam, mereka sanggup meyediakan tempat khas untuk aktiviti ini. Buktinya: Di atas loteng istana itu bahkan ada sebuah gelanggang adu ayam dalam bentuk yang sangat sempurna, gelanggang adu ayam itu dipergunakan untuk anak-anak para dewa mengadu ayam dan sebagainya. ( I La Galigo, 1993:920)

Kesimpulan
Secara rumusannya, teks I La Galigo merupakan antara naskah sastera suci yang menceritakan tentang orang-orang Bugis yang sakti dan dimuliakan. Teks ini juga dapat memperkenalkan kita tentang upacara-upacara tertentu yang dilakukan oleh masyarakat bugis terdahulu. Cerita ini juga dapat mengajar kita tentang tatacara kehidupan sehari-hari bermula dari peristiwa kelahiran, pijak tanah, perkahwinan, hinggalah urusan kematian yang diamalkan oleh masyarakat Bugis sehinggalah ke hari ini.

RUJUKAN
R. A. Kern (1993). I La Galigo (La Side dan Sagimun M. D., Terjemah). Yayasan Sulawesi Selatan: Gadjah Mada University Press. (Karya asli diterbitkan 1939, 1954 dan 1961) Creative Thinking (2012). Diperoleh pada Mac 13, 2014 daripada http://nielaohlalaracesbh.blogspot.com/ Creative Thinking (2012). Diperoleh pada Mac 14, 2014 daripada http://ilankilunk.blogspot.com/2012/02/i-la-galigo-kisah-sawerigading-jadi.html Creative Thinking (2011). Diperoleh pada Mac 13, 2014 daripada http://phesolo.wordpress.com/2011/12/02/sejarah-sabung-ayam-di-nusantarabukan-sekedar-permainan-semata/ Imam Shidiq Laewe (2010). Diperoleh pada Mac 29, 2014 daripada http://lagaligophinisi09.blogspot.com/

Creative Thinking (2013). Diperoleh pada Mac 29, 2014 daripada http://karyaagung234.blogspot.com/2013/05/prinsip-kesempurnaanberbahasadalam.html
Creative Thinking (2013) Diperoleh pada April 1, 2014 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/La_Galigo

Anda mungkin juga menyukai