Anda di halaman 1dari 15

MENGKAJI BAHASA MOTIVASI DALAM NOVEL TENGGELAMNYA KAPAL VAN

DER WIJCK KARYA HAMKA

Kata kunci pada tajuk di atas ialah *Motivasi.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji bahasa motivasi yang terdapat dalam novel Tenggelamnya
Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Kajian ini mendeskripsikan jenis motivasi dalam novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck serta menyenaraikan contoh petikan yang mengandungi
unsur bahasa motivasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif-deskriptif iaitu berdasarkan
analisis kandungan teks pada novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka ini
tanpa berpandukan kepada mana-mana teori linguistik atau kesusasteraan. Kemudiannya
mendeskripsikan atau menjelaskan jenis motivasi dan juga menyenaraikan contoh petikan
yang mengandungi unsur bahasa motivasi dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
karya Hamka. Hasil analisis menunjukkan terdapat lima jenis motivasi iaitu motivasi kasih
sayang, motivasi cinta, motivasi keluarga, motivasi diri sendiri dan motivasi sahabat serta
telah menyenaraikan contoh petikan yang mengandungi unsur bahasa motivasi dalam novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka bagi membuktikan bahawa memang
terdapat unsur bahasa motivasi dalam novel ini.
Kata kunci: Motivasi, novel, novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

1.0 PENGENALAN
Teks yang dipilih ialah karya agung. Karya agung merupakan karya yang disanjungi tinggi
oleh sesetengah bangsa yang mana ia dapat meninggalkan kesan mendalam terhadap
masyarakat melalui aspek kesenian, ilmu, falsafah, nilai budaya dan sosial yang
membolehkannya tersemat di dalam jiwa masyarakat. Hal ini demikian kerana, ciptaan klasik
ini bukanlah semata-mata lembaran lama yang bertulis tetapi kandungannya yang memiliki
pemikiran dan mesej yang kreatif untuk disampaikan kepada pembaca melalui bahasa yang
indah. Sehubungan dengan itu, penulis menekankan karya penulisannya dalam bentuk
penceritaan atau naratif yang diisi dengan pengalaman hidup, unsur-unsur keindahan dan
pelbagai gambaran seperti idealisme, nilai, pandangan hidup, adat budi, kesedaran moral,
nilai keintelektualan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Hasil ciptaan hadir
dalam bentuk hikayat- hikayat, kitab undang-undang, surat-surat rasmi, dan sebagainya.
Selain itu, penghasilan karya agung Melayu telah mencerminkan keindahan bahasa
dan garapan idea yang bernas oleh penulis terdahulu. Hal ini demikian kerana, menurut Andri
Wicaksono (2014:3), sesebuah karya dicipta pengarang untuk dinikmati, dihayati, dan
dimanfaatkan bagi khalayak (pembaca). Oleh sebab itu, garapan idea penulis sudah tentu
menyelitkan sesuatu yang bernilai dan berguna kepada pembaca sama ada dalam bentuk
nasihat, pandangan dan falsafah atau sindiran dan kritikan. Oleh sebab itu, karya agung
Melayu menjadi satu wadah kepada penulis untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca.
Dalam konteks kali ini, karya yang dipilih adalah hasil karya Haji Abdul Malik Karim
Amrullah atau lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Hamka. Hal ini dikatakan demikian
kerana, karya-karya beliau sangat masyur dan terkenal sehinggakan karya-karyanya dikenali
bukan sahaja di Indonesia Malah sehingga ke seluruh Nusantara. Sebagai contohnya,
1
“Tenggelamnya Kapal Van der Wijck”, “Terusir”, dan “Di Bawah Lindungan Ka’bah”.
Karya Hamka dapat diterima baik masyarakat Melayu kerana memiliki keaslian yang
tersendiri di mana menghubungkaitkan budaya Melayu di samping agam Islam sebagai
panduan utama.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka lahir di Nagari
Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatra Barat, Indonesia pada 17 Februari
1908 dan wafat pada 24 Julai 1981. Beliau adalah seorang penulis dan ulama terkenal
Indonesia. Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab
'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka
merupakan ketua Majlis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang
terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman
penjajahan Belanda. Namun begitu, Semua kejayaan beliau bermula pada ketika beliau
berumur 10 tahun, ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung
halamannya Padang Panjang. Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab.
Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau menubuhkan Persatuan Hindia
Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji
Indonesia.
Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai
cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. Beliau
melancarkan penentangan terhadap khurafat, bida'ah, thorikoh kebatinan yang menular di
Indonesia. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah
Muhammadiyah. Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front
Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Oleh hal yang
demikian, di sebalik kejayaan Hamka terdapat pahit dan getir yang membolehkan beliau
menghasilkan karya-karyanya yang terkenal seperti “Tenggelamnya Kapal Van der Wijck”,
“Terusir”, dan “Di Bawah Lindungan Ka’bah” di mana setiap daripada karyanya ini memiliki
tarikan dan kelainan tersendiri.
Tenggelamnya kapal Van Der Wijck, merupakan novel yang berkisarkan tentang
Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia
dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima penduduk kampung itu. Apabila dia sudah
menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke tanah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai
orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu
wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga
Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka
berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta. Cinta itu yang baru pucuk,
rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat,
membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga,
Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit
cinta, dan berhujung pada tenggelamnya.
Karya-karya Hamka tidak dapat dinafikan kerana setiap daripadanya memberikan
kesan emosi terhadap pembaca dan segala mesej dapat disampaikan dengan jayanya. Oleh hal
yang demikian, pengkaji ingin mengetengahkan definisi bahasa motivasi dan unsurnya yang
terkandung dalam novel-novel tersebut.

2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Kesusasteraan adalah bidang ilmu kemanusiaan yang terangkum pelbagai unsur, antaranya
falsafah, gambaran kehidupan, nilai-nilai pendidikan, nasihat-nasihat untuk diteladani selain
untuk tujuan berlibur (Ariff Mohamad, 2019). Hashim Awang (1985:3) menjelaskan sesuatu
hasil karya sastera itu mestilah menerapkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni yang dapat
diteladani oleh pembaca dan masyarakat. Menurut beliau lagi antara fungsi paling utama
sastera Melayu adalah untuk mengajar dan menghibur. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan
mengkaji bahasa motivasi yang terdapat dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
karya Hamka ini dan secara tidak langsung membuktikan bahawa teks yang dipilih ini juga
boleh dijadikan teladan melalui bahasa motivasi ini kepada pembaca.
3.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Kajian ini dilakukan berdasarkan rujukan artikel daripada kajian lepas. Artikel tersebut
bertajuk Motivasi dalam Novel Di Bawah Langit Madani Karya YF. Rijal. Artikel ini telah
ditulis oleh Ernita Handayani, Mohd Harun dan juga Rostina Taib serta diterbitkan di
Universitas Syiah Kuala dari Acheh Indonesia. Artikel yang dihasilkan ini bertujuan
mendeskripsikan jenis motivasi dalam novel Di Bawah Langit Madani karya YF. Rijal dan
faktor-faktor yang mendasari munculnya motivasi tersebut. Penelitian ini termasuk penelitian
kualitatif-deskriptif. Pendekatan yang digunakan dalam penelitian ini adalah pendekatan
tekstual. Sumber data penelitian ini diperoleh dari novel Di Bawah Langit Madani karya YF.
Rijal. Pengumpulan data dilakukan dengan teknik dokumentasi. Hasil analisis data
menunjukkan bahwa ada dua jenis motivasi yang terkandung dalam novel Di Bawah Langit
Madani karya YF. Rijal, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik
didasari oleh keperluan, harapan, dan minat. Adapun motivasi ekstrinsik didasari oleh
dorongan keluarga, lingkungan, dan imbalan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif kajian berikut:
i. Mengkaji bahasa motivasi dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der wijck karya
Hamka
ii. Menyenaraikan contoh petikan dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
yang mengandungi bahasa motivasi

5.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif iaitu berdasarkan analisis kandungan
teks pada tiga novel terpilih secara bebas tanpa berpandukan kepada mana-mana teori
linguistik atau kesusasteraan. Bagi melengkapkan kajian, pengkaji juga telah menggunakan
rujukan dari buku, kamus, dan sebagainya. Hal ini telah memudahkan lagi kerja untuk
menyiapkan kajian ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

3
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Definisi Konsep
Umumnya, Motivasi dapat ditakrifkan sebagai kajian yang dibuat secara sistematik dan
saintifik terhadap penggerak kepada kemahuan dan keinginan manusia untuk berjaya atau
untuk mencapai sesuatu tujuan disebut motivasi. Istilah motivasi berasal daripada perkataan
Latin movere yang bermakna bergerak. Dalam Kamus Besar Arab Melayu (2006) pula,
motivasi disebut dengan kata tunggal (da:fi’) dan kata jamak pula (dawa:fi’) yang bererti
dorongan. Istilah motivasi memberi makna mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu
tingkah laku. Oleh itu, ia bertepatan dengan dua kata yang membentuk istilah motivation iaitu
motive dan action. Justeru, motivasi boleh diertikan sebagai sebagai dorongan untuk
melakukan tindakan bagi tujuan tertentu.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan motivasi sebagai keinginan
yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha
atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Motivasi, menurut
pandangan Wan Rafaei Abdul Rahman (1991), ialah satu set proses yang bertenaga kepada
tingkah laku seseorang itu dan menghala tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat.
Lantaran itu, konsep motivasi bukan setakat melibatkan sesuatu keperluan dan keinginan
yang menggerakkan tingkah laku atau pembelajaran seseorang, bahkan juga dari segi hala
tuju yang diambil oleh seseorang itu untuk memuaskan keperluan dan keinginannya.

6.2 Strategi bentuk penyampaian Bahasa motivasi dalam teks novel terpilih
6.2.1 Motivasi sebuah nilai kasih saying hingga nafas terakhir
Kasih sayang adalah suatu sikap saling menghormati dan mengasihi semua ciptaan Tuhan
baik mahluk hidup mahupun benda mati seperti menyayangi diri sendiri sendiri berlandaskan
hati nurani yang luhur. Kasih ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat,
pengorbanan dan kudrat dicurah siang dan malam, memberi segala kudrat yang ada dan tidak
mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari
kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan. Tidak dapat dinafikan bahawa
kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak,
tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak
hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya. Kasih sayang dalam sebuah
kehidupan sangat penting untuk membina sebuah hubungan yang harmoni. Kasih sayang
sesama insan sangat penting dalam menjalani sebuah kehidupan. Kasih sayang yang tak
boleh di nafikan ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang tak pernah berbelah bagi.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anak melebihi segalanya Di dalam novel ini banyak unsur
kasih sayang seorang ibu terhadap anak diselitkan. Betapa tingginya kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya walaupun telah lama terpisah. Kasih sayang terhadap seseorang yang
mempunyai silaturahim dengan kita tumbuh mencanak dalam diri tanpa disemai benih adalah
fitrah dari Tuhan. Kasih sayang yang timbul boleh membina hubungan yang harmoni.
Contoh petikan daripada novel yang mengandungi motivasi ini ialah melalui Zainuddin yang
berkata ibunya sering berkata semangatnya boleh dikatakan telah mengikuti ke perkuburan.
Ibunya juga tak lekang dan selalu bercerita ketika akan tidur. Menceritakan kebaikan
ayahnya.ibunya telah menunjukkan kepadanya beberapa doa dan bacaan yang menjadi wirid
dari almarhum ayah semasa mendiang hidup,menghamparkan pengharapan yang besar-

4
besaran kepada Tuhan seru sekalian alam. Bukti yang dapat diambil dalam novel tentang
kasih nya Mak Asiah terhadap suaminya ialah :
“Meskipun masa ibumu muda dan ada juga dua tiga orang dari kalangan saudagar-
saudagar atau orang-orang berpangkat memintanya menjadi isteri. Tetapi semuanya ditolak.
Semangat boleh dikatakan telah mengikuti ke perkuburan”
(Tenggelamnya kapal Van Der Wijck,2017,13)

6.2.2 Motivasi Cinta “Hidup ini umpama fantasi, jadikan ia realiti”


Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya,
perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perseorangan, rela
berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup
ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran,
persepsi dan sikap. Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta
bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak
yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci
mungkin. Cinta itu kadangkala ia sekadar saja, kadang boleh membawa kepada cinta yang
suci dan juga boleh membawa kepada kebencian. Jangan takut menghadapi cinta kerana
Tuhan yang menghadirkan perasaan cinta itu menyediakan seribu satu rasa dan makna. Cinta
yang suci boleh membawa ke syurga jika ia di landasan yang betul. Cinta itu harus
diperjuangkan walaupun takmampu dimiliki. Cinta itu fitrah yang dimliki oleh setiap
manusia, fitrah yang tak dapat disingkapkan lagi.
Sebagai contoh, di dalam novel Tenggelamnya Kapal Vander Wijck. Zainuddin merupakan
seorang pemuda yang tiada kedudukan yang hebat dan tiada harta tetapi nilai cinta yang
ditunjukkan terhadap hayati sangat luar biasanya. Walaupun tidak mempunyai harta dan
kedudukan yang ternama tetapi zainuddin juga manusia biasa yang mempunyai ftrah ingin
mencintai dan dicintai. Cintanya sungguh suci. Zainuddin selalu meluahkan dan menyatakan
rasa cintanya terhadap hayati. Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta
itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya
jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak
tepat. Zainuddin percaya bahawa cinta itu tidak perlu dibuktikan dengan kebendaan dan harta
yang melimpah ruah. Zainuddin yakin cinta yang suci yang diperjuangkan untuk hayati.
Contoh petikan kata-kata zainuddin yang diambil dari Tengelamnya Kapal Van Der Wijck
ialah :
“Cinta itu iradah Tuhan dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas
tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang
kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerusakan. Tetapi
jika ia hinggap kepada hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keiklasan dan
ketaatan kepada illahi”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,55)

5
“Cintaku kepadamu telah memenuhi hatiku telah terjadi sebagai nyawa dan badan adanya.
Dan selalu saya berkata, biar Tuhan mendengarkan bahawa engkaulah yang akan menjadi
suamiku kelak, jika tidak sampai di dunia. Biarlah di akhirat.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,69)

6.2.3 Motivasi keluarga penting dalam kehidupan


Keluarga bermaksud seisi keluarga yang mengandungi suami, isteri, dan anak-anak. keluarga
memainkan peranan penting dalam membangunkan kesejahteraan, pengasuhan dan
pendidikan dasar anggota-anggota keluarga (Fahruddin, 2005). Pada budaya masyarakat,
tanggungjawab penjagaan, perawatan dan pengauhan anak dibebankan kepada institusi
keluarga (Nock, 1992). Jika kita lihat pada zaman sekarang, keluarga kebanyakannya
mengalami perubahan yang drastik. Sesebuah institusi keluarga mengalami pelbagai masalah
terutamanya di dalam masalah sosial. Modernisasi masyarakat membawa impak ke atas
pembetukan nilai-nilai sosial baru mengenai intitusi keluarga. Simon (1996) mengatakan
manusia pada ketika ini mulai memetingkan keindividuan serta terlalu memberi penekanan
kepada ekonomi. Dalam konsep ini kita dapat lihat bahawa intitusi keluarga sekarang yang
tidak berapa kukuh kerana mereka sangat mementingkan ekonomi berbanding keakraban
sebuah perhubungan keluarga. Namun sebaliknya, perhubungan keluarga adalah sangat
penting dimana sesama keluarga mempunyai tempat kepergantungannya sendiri, melalui
komunikasi juga kita dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga. Keluarga yang
mempunyai keutuhan dan keakraban yang baik sudah tentu akan mewujudkan kehidupan
sesebuah keluarga yang harmoni dan baik. Keluarga adalah sangat penting kerana keluarga
adalah tempat paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan sedih, gembira dan sebagainya.
Contoh petikan yang diambil daripada novel ini yang mempunyai unsur motivasi keluarga
yang bahagia kerana di dalam petikan tersebut ada menyatakan tentang perilaku isteri ayah
Zainuddin seorang yang setia. Di dalam isu kekeluargaan ini, sifat kesetiaan itu adalah sangat
penting bagi mewujudkan keharmonian sesebuah rumah tangga kerana melalui sifat yang
setia itu ia akan memberikan kemanisan yang ikhlas melalui pasangan tersebut, melalui sifat
setia itu juga akan melahirkan pelbagai kenangan manis bersama pasangan tersebut. Jika
salah seorang daripada pasangan mempunyai sifat curang, sudah tentu sesebuah keluarga itu
tidak akan hodup dengan bahagia kerana kasih sayang nya telah dianiyai. Dengan adanya
sifat setia itu telah lahirnya seorang hamba Allah yang baik bernama Zainuddin. Zainuddin
juga mempunyai sifat yang baik seperti ibunya iaitu seorang yang sangat setia dengan
cintanya dan mempunyai niat yang ikhlas untuk mengahwini seorang wanita bernama Hayati.
“Tiga dan empat tahun dia bergaul dengan istri yang setia itu, dia beroleh seorang anak
laki-laki, anak tunggal, itulah dia, Zainuddin, yang bermenung di rumah bentuk Mengkasar,
di jendela yang menghadap ke laut di Kampung Baru yang dikisahkan pada permulaan
cerita.”
(Tenggelamnya kapal van der wijck,2014,10)

6
Melalui contoh petikan yang kedua secara umumnya menyatakan tentang sifat kasih sayang
di dalam keluarga, menyatakan bahawa ibunya telah dicabut nyawa dan kembali ke alam
baka. Dalam situasi ini kita dapat lihat bahawa pengorbanan ibunya yang bertarung nyawa
untuk melahirkan anaknya iaitu Zainuddin dan ibu Zainuddin berjuang dan melawan
menghadapi maut kerana sewaktu itu Zainuddin maih kecil. Kasih sayang ibu terhadap
seorang anaknya iaitu tiada tandinginya. Melalui sifat kasih sayang itulah akan melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Di dalam petikan itu juga menyatakan bahawa
ayahnya hampir menjadi gila kerana isterinya meninggal dunia. Di ini kita dapat lhat bahawa
betapa sayngnya ayahnya terhadap isterinya, mereka sangat berkasih kasihan antaran satu
sama lain, mereka hidup dengan keadaan yang sangat bahagia walapun hubungan mereka
tidak direstui oleh ibu dan bapa mereka. Apa yang penting dalam mewujudkan keharmonian
rumah tangga ialah dengan mewujudkan nilai kasih sayang terhdap sumi isteri dan anak-
anak.
“Tidak beberapa saat kemudian, ibumu pun hilanglah, kembali ke alam baka, menemui
Tuhannya, setelah berbulan-bulan berjuang menghadapi maut, karena enggan meninggalkan
dunia sebab engkau masih kecik”.
Air mata Zainuddin mengelanggang mendengarkan hikayat itu, Mak Base meneruskan pula.
Bingung sangat ayahmu sepeninggal ibumu. Mereka belum lama bergaul, baru kira-kira
empat tahun, dan sangat berkasih-kasihan. Sekarang kudrat Allah merampas ibumu dari
tangannya. Hampir dia jadi gila memikirkan nasib yang menimpa dirinya. Kerap kali dia
termenung seorang, kerap dia pergi berziarah di waktu matahari hendak turun ke kuburan
ibumu di Kampung Jera.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,11)

Melalui contoh petikan yang ketiga ialah tentang dimana kehidupan keluarga yang tidak
pernah mengira hutang budi. Saat ayah Zainuddin merasakan bahawa dia akan pergi buat
selamanya, beliau sangat risau tentang khidupan anaknya selepas ketiadaan beliau disisi
anaknya nanti. Penjagaan itu akan di ambil alih oleh Mak Base, di dalm situasi ini ia jelas
menunjukkan bahawa Mak Base yang merelakan diri untuk menjaga Zainuddin sehingga
usianya tua. Mak Base akan melayan Zainuddin seperti anaknya sendiri. Mak Base sangat
tinggi dengan sifat tangunggjawab nya, walaupun Zainuddin itu bukan anaknya sendiri tetapi
dengan sifat belas kasihan beliau akan menjaga Zainuddin tanpa berkira apa pun. Walaupun
sudah besar Mak Base tidak akan mengukit tentang tenaga yang diberikan untuk menjaga
Zainuddin. Di dalam konsep kekeluargaan yang sebenar untuk mencapai tahap kebahagiaan
hidup ialah dengan mengelakkan daripada sifat berkira dan mengukit. Kerana sifat itu akan
memberi kesan yang mendalam terhadap individu tersebut dan merasakan dirinya seakan
disisih dan seperti tidak ada seiapa yang menyayanginya.
“Rupanya beberapa bulan sebelum mati, sudah ada juga gerak dalam hatinya bahwa dia
takkan lama hidup lagi.
Sehingga dia pernah berkata ‘kalau saya mati pula, bagaimana Zainuddin, Base?’
‘Saya yang akan mengasuhnya Daeng” jawabku.
‘Ya, tapi harta peninggalanku agaknya tidak banyak, tentu Udin memberati engkau’.
‘Jangan bicara demikian Daeng, apa yang aku makan, itulah yang akan dimakan
Zainuddin’.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,13)

7
Seterusnya, melalui contoh petikan keempat pula ialah ianya bersifat teguran sesama adik
beradik. Di dalam petikan menunjukkan bahawa dengan teguran itu mampu menjaga kita
daripada maruah yang tercemar, jangan disebabkan trend terkini kita terlalu taksub dan
mengikut apa kata hati. Teguran yang diberikan itu adalah menanda kan kasih sayang abang
terhadap adiknya. Inilah fungsi keluarga yang sebenarnya dengan teguran juga kita dapat
menilai diri sendiri sama ada perubahan pakaian itu akan membawa kepada kebaikan atau
keburukan, demi menjaga aib adiknya itu beliau mengur adiknya terlebih dahulu supaya tidak
diperkatakan orang ramai di luar sana.
“Mana baju kurungmu? Bukankah adinda orang Dusun! Saya bukan mencela bentuk
pakaian orang kini, yang saya cela ialah cara yang telah berlebih-lebihan, dibungkus
perbuatan ‘terlalu’ dengan nama ‘mode’. Kemaren adinda pakai baju yang sejarang-
jarangnya hampir separoh dada adinda kelihatan, sempit pula gunting lengannya, dan
pakaian itu yang di bawa ke tengah-tengah ramai.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,56)

Di dalam alam rumah tangga mahupun alam kekeluargaan setiap pasangan seharusnya
mempunyai kasih sayang yang ikhlas dan asli untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan
berkekalan di antara suami dan isteri. Melalui contoh petikan ini, Aziz tidak mempunyai cinta
yang ikhlas terhadap Hayati sehinggakan Aziz mengabaikan Hayati dengan pantas. Hayati
seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya Aziz, tetapi Aziz malah merasa semakin
bosan dengan Hayati, tanpa cinta yang ikhlas sememangnya akan menyebabkan seeorang itu
tidak akan merasa gembira dengan perkahwinannya. Ini akan menyebabkan keruntuhan
rumah tangga antara pasangan suami isteri. Untuk menwujudkan keluarga yang bahagia dan
harmoni ianya adalah berpunca daripada pasangan suami isteri tersebut, bagaimana seorang
isteri dilayan disitulah muncullah keberkatan sesebuah keluarga itu. Jika sang isteri dilayan
dengan penuh pengabaian maka rumah tangga itu akan menjadi lebih murung dan suram.
Kian lama kian terasalah oleh Hayati kesepian diriya. Bahwa ia hidup dikelilingi oleh
tembok yang pucat, tak berteman dan berhandai, kecuali air mata dan ratapnya. Insaflah dia
sekarang bahwa pertaliannya dengan Aziz, bukan pertalian nikmat yang dirasainya seketika
dia mulai kenal kepada Zainuddin dahulunya. Mulai dari sedikit ke sedikit terasa olehnya,
bahwa di antara jiwanya degan jiwa dan haluan suaminya, ialah pertemuan di antara
minyak dengan air.
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,107)

8
6.2.4 Motivasi terhadap diri sendiri melalui pengalaman
Tingkah laku manusia tidak berlaku kebetulan tetapi digerakkan, di dorong atau
dimotivasikan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada diri seseorang manusia.
Dorongan tingkah laku manusia yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman
seperti aspek kerohanian dan keagamaan serta faktor luaran iaitu persekitaran dan
komunikasi yang berkesan (Ahmad Zabidi Razak, 2006). Motivasi yang tinggi dalam budaya
kerja atau budaya organisasi sangat berperanan membantu peningkatan tingkahlaku
seseorang pekerja supaya melibatkan dirinya secara aktif dalam pekerjaan dan menjadi
pekerjaan yang cemerlang. Seterusnya, melalui pengalaman juga dapat memberi motivasi
kepada diri sendiri dimana melalui pengalaman itu juga dapat mematangkan tingkah laku dan
pemikiran seseorang itu.
Contoh petikan yang terdapat dalam novel ini secara jelasnya melalui pengalamannya telah
memberi motivasi terhadap diri sendiri dimana sebelum beliau dimasukkan ke dalam penjara
beliau sangat menurut kata hati dan terlalu lembut dengan penduduk di situ, jadi untuk
mengelakkan perkara tersebut mengulangi, beliau menjadikan pengalaman itu sebagai
motivasi beliau sendiri dimana beliau menjadi lebih melawan kata hati dan tidak terlalu
lembut dengan orang sekeliling kerana ia akan menimbulkan serik terhadapnya. Melalui
situasi ini juga dengan disebabkan oleh wataknya yang terkini menampakkan lebih garang
telah memberikan ketakutan kepada orang lain yang tidak mengenalnya. Melalui pengalaman
ini, seseorag individu dapat memberi kematangan sebagai motivasi kepada diri sendiri.
“Sebenarnya, kejagoan dan kekejaman seseorang itu bukanlah semuanya lantaran tabiat
sejak kecil. Sebetulnya Pendekar Sutan hanya seorang yang bertabiat lemah lembut, lunak
hati. Kalau bukan kerana lunaknya tidaklah akan selama itu dia menahan hati menghadapi
kekerasan mamaknya. Tetapi, tangan yang terdorong bermua, dan pergaulan di dalam
penjara yang bersabuh nyawa, yang keselamatan diri bergantung kepada keberanian.
Memaksa dia melawan bunyi hati kecilnya, dia menjadi seorang yang gagah berani, disegani
oleh orang-orang rantai yang lain. Di samping itu, dia seorang yang setia kepada kawan,
pendiam, pemenung. Diam dan menungnya pun menambah ketakutan orang-orang yang
tidak kenal kepadanya.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,9)
Contoh petikan yang seterusnya secara jelas menampakkan bahawa motivasi yang hadir di
dalam diri ini melalui pengalaman seseorang dan pengalamannya sendiri. Ketika di dalam
penjara beliau telah mengenali dengan seorang lelaki bernama Kismo, beliau menceritakan
pahit manis sebuah kehidupan kepada Pendekar Sutan. Melalui penceritaan itu juga dapat
menambah sedikit untuk Pandekar mengharungi hari-harinya dimuka bumi ini. Namun begitu
Kasimo juga telah dijadikan sebagai tuan guru Pandekar selama di dalam penjara, kerana
Kasimo mempunya ilmu batin yang sangat kuat. Apabila sudah keluar daripada penjara
kemudian Pandekar akan menjadi lebih matang dan tidak mudah percaya dengan kata-kata
manusia.
“Ketika dia mulai dipenjarakan, umurnya baru kira-kira 20 tahun. Kebetulan di dalam
penjara dia telah dapat bergaul dengan orang asal Madura, yang telah lebih 40 tahun
dipenjara, bernama Kismo, buangan seumur hidup. Rambutnya telah putih, tetapi meskipun
demikian lama dia dalam penjara, dan telah banyak negeri yang didatanginya, belum pernah
dia melupakan jalan kesucian, rupanya dia banyak menaruh ilmu batin. Kepadanyalah
Pandekar Sutan banyak berguru.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,10)

9
Melalui contoh petikan yang ketiga pula, Zainuddin telah membuat satu teater yang melatar
belakangkan tentang kehidupan beliau, daripada teater tersebut beliau ingin menunjukkan dan
memberi motivasi secara halus betapa sukarnya untuk menghadapai dengan permainan
perasaan, sebagai manusia jangan terlalu berharap dengan cinta manusia sebaliknya kita
haruslah berharap dan berdoa kepada Allah S.w.t. Melalui teater tersebut juga Zainuddin
ingin menunjukkan bahawa cinta itu tidak mematikan dan mematahkan semangat untuk terus
hidup, malah ianya adalah kunci bagi membangkitkan semangat di masa akan datang. Teater
tersebut mendapat sambutan yang sangat meriah daripada penonton kerana mempunyai jalan
cerita yang menarik dan secara tidak sedar dapat membantu orang di luar sana untuk tidak
berputus asa hanya kerana putus cinta.
“Titel cerita ialah ‘Berbalik Pulang’ suatu hikayat yang mengandung banyak pengajaran
dan ibarat, bagaimana seorang anak muda yang terlalu menurutkan angan-angan,
menyangka bahwa perempuan yang dicintainya itu sesuci-suci dan secantik-cantik
perempuan yang ada dalam dunia. Kemudian baru dia insaf bahwa dia tertipu, bahwa
antara khayal dengan hakikat itu selalu berlawanan. Dia insaf, dia kembali pulang ke dalam
ketenteramannya.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,105)

Seterusnya, melalui contoh petikan dalam novel ini ialah berkait rapat dengan motivasi yang
belajar daripada pengalamannya sendiri. Zainuddin ialah seorang lelaki yang sangat
sayangkan kekasihnya Hayati, tetapi selepas Zainuddin keluar daripada kampung tersebut
Hayati telah dilamar oleh seorang bangsawan bernama Engku Aziz. Perkahwinan itu telah
membuatkan Zainuddin sangat kecewa dan lemah seperti orang gila. Tidak makan beberapa
hari, mahupun seteguk minuman pun sukar untuk Zainuddin telan. Kekecewaan yang
dialaminya telah membuatkan Zainuddin bangkit dan meluaskan kuasanya sebagai seorang
penulis yang berjaya yang memikat hati pembaca. Ilham Zainuddin akan kembali apabila
beliau mengenangkan nasibnya yang dulu yang diusir oleh orang kampung dan telah
ditinggalkan oleh Hayati. Lantaran begitu, karya-karya penulisannya berdasarkan
pengalaman yang terjadi olehnya pada masa lalu yang menyebabkan beliau jatuh merundung
hingga tiada siapa yang membantunya kecuali keluarga muluk.
“Dia duduk bersunyi-sunyi seorang dirinya, hanya sekali-kali yang ditemani Muluk,
mengenangkan nasibnya. Seakan-akan dihamparkannya di mejanya daftar sengsara yang
telah ditempuhnya sejak kecilnya, lalu kepada kecewanya dalam percintaan semasa tinggal
di Sumatera Barat. Bilamana kenangan itu sampai kepada Hayati, kepada janji dan sumpah
setianya, masa dia terusir dari Batipuh, sampai kepada perkahwinan Hayati, dan surat-
suratnya, dan akhirnya kepada semasa dia sakit di Padang Panjang, dia pun menarik nafas
panjang. Kadang-kadang lantaran mengingat itu, timbullah inspirasi yang bergelora dari
semangatnya seakan-akan itulah yang menyebabkan datangnya ilham yang bertubi-tubi
kepadanya di dalam menyusun hikayat.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,110)

10
Melalui contoh petikan ini jelas menunjukkan bahawa kekesalan yang dialami oleh Aziz.
Sepanjang Aziz sakit dan tidak terurus ketika berada di rumah Zainuddin, Aziz telah
diperurus oleh isterinya Hayati, Zainuddin dan Muluk. Semenjak kejadian itu, Aziz berasa
kesal dengan perlakuannya pada masa lampau dimana beliau sangat kuat berjudi, kaki
perempuan dan sebagainya. Selepas Aziz dilanda kemiskinan sebegini Aziz menjadi kesal
dengan perbuatannya yang lalu. Aziz telah menanam niatnya yang baru dan telah
memotivasikan diri nya daripada pengalaman yang lampau dimana Aziz ingin keluar dari
rumah itu dan ingin mencari pekerjaannya yang baru. Lalu apabila beliau sudah dapat kerja
beliau akan mengambil Hayati semula. Motivasi daripada pengalamannya dan kelakuannya
yang lampau membantu beliau untuk menjadi lebih baik dalam mencari pekerjaan yang halal.
“Sudah terlalu banyak kesalahan saya dari kecil, dari semasa muda, sampai kepada
beristeri. Waktu inilah kesalahan itu saya bayar. Pahit balasan Tuhan yang harus saya
telan! Sekarang saya tobat, saya hendak memilih jalan yang lurus. Sebab itu, saya masih
akan meminta lagi pertolongan saudara.
‘Kalau ada kesanggupan pada saya!’
Saya telah melarat sekarang, saya dan isteri saya. Saudara yang telah menyambut dalam
rumah saudara sekian lamanya. Hal ini saya tidak boleh derita lama. Di kota Surabaya,
saya pun lebih masa malu. Sebab itu lepaslah saya berangkat mencari pekerjaan lain ke luar
kota Surabaya. Saya akan pergi sendiriku lebih dahulu. Dimana pekerjaan dapat, saya kirim
kabar segera, supaya istriku dapat menurutku ke sana”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,114)

6.2.5 Motivasi sahabat yang setia

Di dalam novel ini diselitkan unsur-unsur nasihat dan nilai yang baik oleh seorang sahabat
boleh di ambil ikhtibar sebagai pembaca. Nasihat yang membawa kearah kebaikan kepada
semua dan kepada diri sendiri sangat berguna untuk masa hadapan. Sahabat adalah orang
yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah.
Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan
hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang
banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Sahabat adalah
seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan,
meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan
kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan
sentiasa melindungi kita. Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama
dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah
orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka
adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi
kita.Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada
bersama kita.Seorang sahabat sejati yang sudah lama tidak berhubung dan tidak bertanya
khabar tapi nilai persahabatan dalam diri masih utuh. Selepas ahli keluarga dan saudara mara,
sahabat merupakan orang yang terdekat dengan kita. Kadangkala, sahabat juga telah
dianggap seagai seahagian daripada ahli keluarga.

11
Contoh petikan yang terdapat dalam novel melalui persahabatan Hayati dan Khadijah yang
berlainan latar belakang. Hayati yang berasal dari kampung, tinggal di dusun denga keadaan
bersederhana, hidup dalam rumah yang dilindungi adat dan berbentuk kuno. Kehidupan di
kampung yang aman itu menyebabkan jiwanya biasa dalam ketenteraman, berlainan sekali
dengan pembawaan Khadijah dan lingkungan keluarganya. Khadijah pula orang kota, tinggal
di rumah bentuk kota, kaum kerabatnya pun telah dilingkungi oleh pergaulan dan hawa kota.
Namun hal ini tidak menjadi halangan buat mereka untuk kekal bersahabat. Khadijah sudi
menolong Hayati untuk bertemu dengan kekasihnya Zainuddin. Khadijah menawarkan
rumahnya sebagai tempat tinggal sementara ingin bertemu dengan Zainuddin. Hayati
menyatakan dalam suratnya kepada Zainuddin bahawa Khadijah merupakan sahabat yang
setia.
“Dibuatnya sepucuk surat kepada Zainuddin.
Lepas nafasku yang sesak rasanya, sebab saya telah diberi izin oleh mamak ke Padang
Panjang, buat lamanya 10 hari iaitu selanra pacuan kuda dan pasar keramaian. Saya akan
tinggal di rumah sabahatku Khadijah, seorang sahabat yang setia. Alangkah beruntungnya
kita, jika kita dapat bertemu mukapada tiap-tiap hari pacuan dan keramaian, untuk
mengobat hati kita dan menghilangkan gundah yang bersarang. Agaknya hari Jum’at saya
akan ke kota.”
(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,2014,51)

12
6.3 Analisis peratus unsur bahasa motivasi dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijck karya Hamka.
Berdasarkan dapatan kajian, berikut merupakan jadual dan carta pai peratusan yang terdapat
dalam novel ini.

Bil Jenis motivasi Jumlah contoh petikan


.
1. Nilai “kasih sayang hingga nafas terakhir 1
2. Cinta “Hidup ini umpama fantasi, jadikan ia realiti” 2
3. Keluarga penting dalam kehidupan 5
4. Terhadap diri sendiri berdasarkan pengalaman 5
5. Sahabat yang setia 1
Jadual 1 Jenis motivasi dan bilangan petikan.

Analisis peratus bahasa motivasi dalam novel


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
7% 7%
Motivasi Nilai

14%

Motivasi Cinta

36%
Motivasi Keluarga penting
dalam kehidupan
Motivasi terhadap diri
sendiri berdasarkan
36% pengalaman
Motivasi Sahabat yang setia
Carta pai peratusan bahasa motivasi dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis motivasi yang terdapat dalam novel Tenggelamnya
Kapal Van Der Wijck karya Hamka iaitu motivasi nilai “kasih sayang hingga nafas terakhir”,
motivasi cinta “Hidup ini umpama fantasi, jadikan ia realiti”, motivasi keluarga penting
dalam kehidupan dan motivasi terhadap diri sendiri berdasarkan pengalaman. Jadual diatas
juga menunjukkan bilangan contoh petikan berdasarkan setiap motivasi. Carta pai diatas pula
menunjukkan peratusan bahasa motivasi yang terdapat dalam novel yang dipilih berdasarkan
jenis-jenis motivasi. Motivasi nilai kasih sayang hingga nafas terakhir dan motivasi sahabat
yang setia adalah jenis motivasi yang paling rendah peratusnya iaitu 7% sahaja. Manakala
motivasi keluarga dan motivasi terhadap diri sendiri pula menunjukkan jumlah peratusan
yang paling tinggi bersamaan dengan lima contoh petikan yang terdapat dalam novel.

13
7.0 KESIMPULAN
Sebuah karya yang hebat terdapat dalam novel dapat memperlihatkan keunggulan pengarang
dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. Karya seperti mesej, nilai budaya, pandangan
hidup, nilai ilmu, teknik mengarang dan seni bahasa dapat mencetuskan idealisme penulis
dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, sememangnya banyak strategi penggunaan bahasa
yang pelbagai yang bertujuan untuk menarik minat pembaca untuk menelaah novel ini.
Dalam buku yang dicipta ini lebih banyak daripada mengkaji Bahasa motivasi di sesebuah
novel. Misalnya, strategi bahasa motivasi yang sangat banyak boleh kita kaji seperti melalui
konteks kekeluargaan, percintaan, persahabatan, kasih sayang dan motivasi terhadap diri
sendiri melalui pengalaman. Dalam kajian ini kami dapat memahami iaitu Bahasa motivasi
bukan sahaja digunakan untuk mendorong diri-sendiri sahaja, tetapi juga dapat digunakan
dalam konteks yang lain.

14
RUJUKAN

Andri Wicaksono (2014).: Pengkaji Prosa Fiksi. Yogyakarta: Penerbit Garudhawaca: Jakarta,
Indonesia

Ariff Mohamad (2019). Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Perak: Muhibbah
Publication

Ernita Handayani, Mohd Harun dan Rostina Taib (2017). Motivasi dalam Novel Di Bawah
Langit Madani: Jurnal Ilmiah Mahasiswa Jurusan PBSI Vol. 2 No 1; Januari 2017:67-
76. Acheh, Indonesia: Universitas Syiah Kuala.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Khalid, Osman and Awang Mat dahan, Hasan Basri and Al-muhammadi, Abdul Halim and
Chik, Abdul Rahman. (2006). Kamus besar Arab-Melayu dewan. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (2014). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. PTS
Pulishing House: Selangor, Malaysia

Wan Rafaie Abdul Rahman. (1991). Motivasi dan Psikologi: Anda Boleh Menjadi Pelajar
Cemerlang. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Motivasi Diri dan
Pembelajaran Berkesan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai