Anda di halaman 1dari 10

Cerita rakyat

Ciri-ciri sastera rakyat


• Cara Penyampaian dan Perkembangan Melalui Tradisi Lisan.
• Sastera rakyat ialah sastera lisan iaitu sastera yang dituturkan. Hasil karya-karya ini
berkembang atau disampaikan daripada seorang kepada seorang, dari satu generasi
kepada satu generasi dan seterusnya melalui semua pertuturan. Dengan kata lain,
sastera lisan ( rakyat) berkembang tidak melalui media tulisan.

• Sastera lisan ( rakyat) diwariskan kepada generasi yang seterusnya, dari satu zaman
ke satu zaman berikutnya, dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara lisan dari
mulut ke mulut.

• Dalam proses penurunan inilah berlaku tokok- tambah, penyesuaian, perubahan pada
bahagian-bahagian tertentu cerita untuk disesuaikan dengan kehendak situasi tempat.
• Menjadi Hak Milik Bersama Masyarakat
• Sastera lisan hidup dan berkembang di kalangan masyarakat.
Sastera ini dianggap sebagai milik masyarakat kerana tidak
pernah diketahui siapa pengarang.
• cerita-cerita diciptakan dalam bentuk seni sastera untuk
menarik perhatian.
• Masyarakat menghabiskan masa rehat mereka untuk
mendengar cerita-cerita lisan atau mendengar cerita- cerita
yang disampaikan oleh tukang-tukang cerita.
• Penat lelah bekerja pada waktu siang hari terubat dengan
mendengar kehebatan, kecantikan, kesaktian kisah anak-anak
raja yang sangat istimewa itu.
• Cerita- cerita ini menjadi kegemaran dan menghiburkan.
• Bersifat Sejagat (universal)
• Sastera lisan menjadi milik masyarakat antarabangsa. Sastera
ini membawa mesej yang boleh diterima oleh masyarakat
sejagat. Sastera lisan juga terdapat di mana-mana dan
adakalanya mempunyai persamaan.
• Fungsi Sastera Lisan ( sastera Rakyat)
1. Sastera Lisan sebagai alat hiburan
• Cerita-cerita ini menjadi kegemaran dan menghiburkan.
Begitu juga dengan cerita-cerita jenaka. Unsur-unsur lucu
yang ditimbulkan dalam cerita-cerita jenaka dengan pelbagai
bentuk kelucuan, memberi “ ruang rehat”, geli hati yang
membawa mereka tertawa kegirangan.
2. Sebagai “ Alat” mengajar dan mendidik
• Hasil- hasil sastera lisan adalah bersifat didaktik iaitu
megandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada
masyarakat tradisional. Cerita- cerita lisan ini terselit nasihat,
pengajaran, teladan yang sangat berguna sebagai panduan ke
arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya, anak-anak
yang dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur,
sombong
4. Sebagai Alat perhubungan atau komunikasi

• Sastera lisan, terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi


menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan
hajat. Misalnya, dalam adat perkahwinan, orang Melayu
menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak
pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun
digunakan sewaktu adat merisik berlangsung, adat meminang dan
ketika majlis persandingan.

5. Sebagai kata “ Adat Peraturan dan Pantang Larang”

• Sesetengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sesuatu kemestian


undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah
kata-kata tersebut menjadi “ pantang larang” dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai