Anda di halaman 1dari 24

JENIS-JENIS

NILAI
 Secara amnya nilai boleh digunakan
dalam tiga konteks:
1. Nilai Sifat : untuk menyatakan ketinggian
nilai sesuatu objek, contoh masa itu
emas.
2. Nilai Kadar : sesuatu seperti harga atau
markah, harga barang, berapa tinggi
penilaian ketua terhadap tugas
pekerjanya.
3. Nilai Aksiologi : berkaitan dengan falsafah
nilai, contoh: nilai budi yang tidak
terbatas seperti cincin perkahwinan.
JENIS-JENIS NILAI
 NILAI  NILAI INTRINSIK : kualiti
INSTRUMENTAL yang diterima atau ditolak
(EKSTRINSIK): kualiti semata-mata kerana ia baik
yang diterima atau atau buruk tanpa
ditolak sebagai alat mengambil kira kesannya
mencapai matlamat - Tidak bergantung kepada
- Bergantung kepada nilai lain utk mencapai
nilai lain untuk matlamatnya
mencapai matlamat - Nilai ini sendiri sebagai
- Contohnya berpura- matlamat akhir
pura rajin di depan - Contohnya hakim
ibunya untuk menjatuhkan hukuman
mengambil hati setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan oleh pesalah
 NILAI SUBJEKTIF :  NILAI OBJEKTIF :
Kualiti yang diterima kualiti yang bernilai
atau ditolak oleh atau sebaliknya yang
seseorang yang bebas daripada
memberikan pilihan peribadi
pandangan - Diterima atau ditolak
berdasarkan satu set
- Diterima atau
kriteria yang
ditolak mengikut
dipersetujui oleh
pandangan kebanyakan orang
seseorang individu
 NILAI RELATIF  NILAI MUTLAK
- Nilai yang diterima (ABSOLUTE)
atau ditolak oleh - Nilai yang harganya
sesuatu masyarakat tidak terikat dengan
untuk mencapai sesuatu kebiasaan
sesuatu matlamat bagi sesebuah
masyarakat masyarakat
- Berbentuk arbitary - Diterima umum
(tidak tentu), ‘tidak - Telah diuji atau
sempurna’ terbukti sebagai sama
- Berbeza-beza di antara ada baik atau buruk
masyarakat - Kekal sepanjang masa
- Boleh berubah di semua tempat serta
mengikut masa dalam hampir semua
norma masyarakat
Contoh nilai ekstrinsik:
 Mengebom Hiroshima untuk menamatkan
Perang Dunia ke 2
 Mengenakan hukuman bunuh kepada pengedar
dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran
dadah
Contoh nilai instrinsik:
 Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung
sampai mati kepada seorang pengedar dadah
semata-mata kerana kewajipannya berbuat
demikian mengikut undang2 yang ada bukan
kerana dia sendiri ingin membasmi kegiatan
pengedaran dadah.
Contoh nilai subjektif:
 Amerika menyerang Iraq- bagi Britain tindakan
ini wajar kerana keamanan jangka panjang
dunia supaya Iraq tidak meneruskan membuat
senjata nuklear tetapi bagi Perancis tindakan ini
tidak wajar kerana akan menyebabkan rakyat
Iraq yang tidak berdosa terkorban.
Contoh nilai objektif:
 Peperangan satu tragedi yang dahsyat
 Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri
kemanusiaan
 Buruh kanak2 adalah suatu kegiatan yang mesti
dihapuskan.
Contoh nilai relatif:
 Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga hanya
boleh dibina melalui ikatan perkahwinan
yang sah.

Contoh nilai mutlak:


 Hidup berkeluarga merupakan satu
amalan yang baik.
TEORI-TEORI ETIKA
TEORI ETIKA
ETIKA NORMATIF META ETIKA
 Merupakan kajian yang  Mengkaji tentang
berkaitan dengan sifat- masalah-masalah yang
sifat kelakuan yang unggul
atau ideal wujud dalam etika
 Nilainya seperti  Melibatkan perlakuan
bertanggungjawab, jujur, yang baik dijadikan
rajin ,menjaga kebersihan teladan dan yang
dll buruk harus dibaiki
 Seharusnya ada pada
 Mengkaji tentang
setiap individu
apakah perlakuan atau
 Ia merupakan satu
standard yang telah
motif di sebalik
diperakui oleh norma perlakuan itu terjadi
masyarakat
TEORI-TEORI ETIKA
1.0 Teori Teleologikal
- Bahawa nilai yang betul atau salah bergantung
kepada kesan sesuatu perbuatan.
- Keputusan terakhir bergantung kepada jumlah
bandingan perkara-perkara yang baik dan betul yg
dilakukan
- Maksudnya tindakan dan perbuatan yg banyak
mendatangkan kebaikan sahaja yg perlu
dilakukan.
- Teori ini amat mementingkan hasil akibat sesuatu
tindakan
- Contohnya teori ini mengatakan baik itu bukan
moral jika baik itu membawa lebih kpd kesulitan.
1.1 Teori Utilitarianisme
- Berkaitan dgn tindakan seseorang yg
berasaskan tujuan memaksimumkan
kebahagiaan dan keseronokan dan
kegembiraan untuk orang ramai.
- Kita kena memilih sesuatu tindakan yang
boleh menghasilkan kebaikan yg
maksimum ke atas sebanyak mungkin org
yg terlibat.
- Maksudnya sesuatu tindakan yg kita
lakukan dianggap sebagai bermoral apabila
tindakan tersebut menghasilkan
keseronokan yg maksimum. Sebaliknya
apabila menghasilkan kesakitan dianggap
sebagai tidak bermoral.
- Prinsip utiliti mengatakan bahawa sesuatu
tindakan itu adalah baik, betul, dan patut
sekiranya ia menggalakkan keseronokan
maksimum dan tindakan itu adalah buruk,
salah dan patut ditolak jika ia adalah
sebaliknya.
- Ringkasnya, sesuatu tindakan itu dianggap
bermoral apabila tindakan tersebut
menghasilkan keseronokan yang
maksimum, sebaliknya apabila ia
menghasilkan kesakitan dan penderitaan
maka ia dianggap tidak bermoral.
1.2 Teori Egoisme
- Hanya mengambil kira kepentingan diri
- Nilai itu dianggap baik jika
menguntungkan diri sendiri dan nilai itu
dianggap jahat jika sesuatu itu merugikan
diri
- Egoisme ini terbahagi dua:
a) Egoisme psikologi – bagaimana org
melakukan tindakan
-teori ini berpendapat semua org adalah
“selfish”
b)Egoisme etika – bagaimana mereka perlu
bertindak
- Teori ini mengatakan bahawa semua org
perlu “selfish”
- Kesimpulannya etika egoisme ini
menegaskan bahawa setiap individu
mempunyai kewajipan moral utk bertindak
dan mengambil keputusan dgn merujuk kpd
kepiawaian moral yg dapat meningkatkan
kebajikan diri iaitu mementingkan kehendak
diri dan keuntungan diri. Oleh itu prinsip ini
tidak akan dijadikan prinsip dan peraturan
sejagat.
2.0 Teori Deontologi
- Menolak teori Teleologikal.
- Teori ini menganggap bahawa sesuatu tindakan
bermoral akan melibatkan kesedaran diri dlm
menghadapi halangan-halangan atau peraturan
yg ditetapkan atas kepentingan antara diri dgn
kebaikan umum.
- Terbahagi kepada dua:
1) Teori deontologi peraturan – kepiawaian sesuatu
itu betul atau salah adalah terdiri daripada satu
atau lebih peraturan dan bukannya keseronokan.
- Peraturan merupakan asas dlm sesuatu tindakan
- Tindakan bergantung kpd sesuatu situasi yg
dirujuk pula kpd peraturan-peraturan.
2)Teori deontologi tindakan – semua
pertimbangan keputusan moral
adalah bersifat spesifik dan
menekankan kepada apa yg telah
berlaku atau bertindak mengikut
situasi.
Contoh: murid bergaduh dalam kelas,
guru leraikan dgn mendenda dan
sebagainya utk menyelamatkan
keadaan tanpa merujuk mana-mana
peraturan sekolah.
Perbezaan di antara teori deontologi
peraturan dan deontologi tindakan
Deontologi peraturan menegaskan bahawa
pertimbangan moral adalah ditentukan dgn
merujuk kpd perkara-perkara umum
seperti peraturan masyarakat atau prinsip-
prinsip tertentu manakala deontologi
tindakan pula menyatakan bahawa tidak
perlu utk membuat rujukan kpd prinsip
atau peraturan tetapi menegaskan bahawa
tindakan adalah satu persepsi yg terus
terang sama ada tindakan itu betul atau
salah.
a) Prinsip Kewajipan
 Salah satu prinsip deontologi peraturan yg
dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804)
 Prinsip ini menyatakan bahawa sesuatu pekerjaan
itu dilaksanakan semata-mata kerana pekerjaan itu
merupakan satu tanggungjawab
 Tanggungjawab sbg satu nilai utama dlm etika
kemoralan
 Semua org mesti mematuhi tanggungjawab mereka.
 Sesuatu tindakan tidak bernilai moral jika ia
berkaitan dgn kepentingan diri.
 Individu yg baik (dari segi moral) dgn tekad baik yg
mutlak ialah yg sentiasa berkelakuan atau bertindak
atas dasar kewajipan atau kerana menghormati
undang-undang.
b) Prinsip Eksistensialisme
 Prinsip ini menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti
berasaskan pilihan individu secara bebas.
 Manusia lahir tanpa tujuan, kemudian barulah ia
membentuk dirinya sendiri, apa yg akan jadi ke atas
dirinya adalah tanggungjawab dirinya sendiri
 Dia sendiri yg akan mencorakkan diri dan kehidupannya.
 Kelakuan dan kemahuan manusia itu membentuk moral
individu secara total dan mutlak dan alam semulajadi
tidak mempengaruhi langsung pembentukan kelakuan
individu.
 Pendidikan dpt mencorakkan individu dan memberi
kesedaran ttg kelakuan mulia.
 Nilai hanya merupakan sesuatu yg hakiki manakala
fikiran merupakan sumber nilai akal yg sempurna dan
melahirkan tingkah laku moral yg seimbang.
3.0 Teori Kemoralan Sosial
- Kemoralan tradisional merangkumi
nilai-nilai contohnya, berdikari, hormat-
menghormati, kerjasama dll yg
mementingkan masyarakat, bukan
individu sbg matlamat etika/kemoralan
- Cenderung mengaitkan peraturan
masyarakat dgn konsep etika
- Menjadi tanggungjawab setiap individu
utk mematuhi pemerintah sbg autoriti
moral
4.0 Teori Keperibadian Mulia
- Keperibadian mulia spt keadilan,
murah hati, keberanian, kejujuran,
kesabaran, kebijaksanaan memainkan
peranan penting dlm kehidupan moral
- Kecenderungan utk sesuatu tujuan,
tidak dihasilkan dlm individu oleh
alam tetapi menerusi latihan,
pengalaman hingga menjadi satu
kebiasaan, menyenangkan serta
menyeronokkan
- Moral virtue : mengajar kita
berkelakuan baik, dipelajari melalui
pengulangan, contoh dalam melatih
nilai berani, jujur, individu menjadi
lebih berani dan jujur
- Matlamat utama ialah menjadi baik
- Menekankan cara-cara ideal utk
individu menjadi baik
Sekian

Anda mungkin juga menyukai