Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Cerita Binatang

Cerita binatang merupakan sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan atau sastera rakyat
Melayu. Ia juga dikenali sebagai cerita Mergastua. Watak binatang ini dapat bercakap,
berfikir dan bertindak seperti manusia. Dalam cerita binatang, watak manusia hanya sebagai
pembantu atau orang yang bodoh, diperdayakan oleh binatang.

Kepentingan cerita binatang ialah memaparkan nilai dan pengajaran kepada


masyarakat pembaca untuk mendidik masyarakat sekitarnya sehingga kepada generasi
akan datang. Antaranya cerita yang melibatkan watak Sang Kancil. Nilai kebijaksanaan
Sang Kancil telah menunjukkan kebijaksanaan amat diperlukan oleh seseorang dalam
menjalani kehidupan di dunia ini supaya dapat menangani masalah penipuan yang semakin
berleluasa dalam zaman kecanggihan teknologi ini. Jenayah penipuan bukan sahaja berlaku
dalam kalangan masyarakat silam namun perkara seperti ini seringkali terjadi dalam
masyarakat sehingga kini. Oleh yang demikian, melalui cerita binatang, masyarakat dapat
mengambil ikhtibar dan pengajaran di samping menghargai kelahiran sastera rakyat ini.

Seterusnya, menyampaikan kritikan kepada golongan tertentu. Perkara ini jelas


digambarkan dalam cerita anjing dengan bayang-bayang yang memaparkan sikap manusia
yang tamak selalu rugi. Ketamakan yang membawa padah kepada manusia seharusnya
dihindari supaya dapat melahirkan sikap toleransi, bersatupatu, bertolak ansur dan
bertanggungjawab.

Cerita binatang juga menggambarkan corak kehidupan masyarakat kepada generasi


kini. Tindak-tanduk binatang adalah dikursuskan untuk mengkritik masyarakat silam secara
halus bagi membuktikan bahawa masyarakat Melayu pada masa silam mempunyai
kebijaksanaan dan nilai luhur yang tinggi dalam membentuk keperibadian cucu-cicit mereka.

Anda mungkin juga menyukai