Anda di halaman 1dari 44

PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

JENIS PROSA TRADISIONAL


TAJUK 3
(Cerita Binatang dan Cerita Jenaka)

1.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami isi
kandungan prosa tradisional. Dalam unit ini, pelajar akan dipandu untuk
memahami bagaimana cerita binatang dan cerita jenaka boleh dimanifestasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Pemulihan sekolah rendah.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan dan menjelaskan konsep, ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa


cerita binatang dalam prosa tradisional.
ii. Menganalisis dan menghuraikan konsep, ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa
cerita jenaka dalam prosa tradisional.

JENIS PROSA TRADISIONAL

Cerita Binatang Cerita Jenaka

o Konsep
o Ciri-ciri
o Jenis-jenis
o Gaya bahasa

Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 3

26
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

1.3 Cerita Binatang

Cerita binatang Melayu adalah merupakan sastera rakyat (sastera lisan) yang
disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi
yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua, sama usianya
dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi
daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi
hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal
usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu
mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi, binatang
diceritakan dan berinteraksi dengan manusia.

Kesusasteraan Melayu telah banyak diwarnai oleh pengaruh Hindu terutamanya di


Tanah Melayu. Keadaan ini begitu ketara sekali, bermula dalam kurun pertama
lagi, antara buktinya terdapatnya batu berhala dan tulisan Pallava dari Pantai
Coromandel (India), peninggalan di Borneo, inskripsi siva, (Indo-China) dan
Lembah Bujang (Kedah). Pengaruh Hindu ternyata sudah berkubu di sini,
pendapat ahli sejarah R.O.Winstedt.

Apakah yang dimaksudkan dengan cerita binatang?

Cerita binatang boleh dianggap unik dan ia merupakan sebagai cabang sastera
rakyat. Cerita binatang amat berpengaruh dan berfungsi serta mempunyai motif
tertentu dalam masyarakat tradisional. Biasanya lebih primitif sesuatu masyarakat
itu lebih berpengaruh carita binatang kepada masyarakat tersebut, keadaan ini
berlaku kerana rangsangan daripada pengalaman masyarakat dan pengaruh alam
sekitarnya. Dalam cerita binatang fokus ditumpukan kepada watak-watak binatang
tertentu. Binatang yang dikisahkan itu mestilah boleh bertindak, bercakap, berfikir
dan bertingkah laku seperti manusia biasa. Kadang-kadang watak binatang
tersebut lebih pintar daripada manusia dan boleh berhujah secara rasional.

27
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Aktiviti 1:
Fikirkan dan bincang dalam kumpulan, tiga peranan penting Sang
Kancil:

i. Peranan Sang Kancil mengalahkan binatang yang lebih kuat


dan besar
ii. Peranan Sang Kancil sebagai hakim
iii. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil dan
lemah

"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya
Sang Kancil berjaya menyeberangi sungai

Dalam konteks cerita binatang di Tanah Melayu, cerita yang terkenal dan telah
kerap kali dibukukan ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam cerita tersebut watak
Sang Kancil “licik” mempermain-mainkan binatang lain. Kadang-kadang binatang
yang dipermain-mainkan oleh Sang Kancil itu lebih besar dan kuat, ada juga
cerita yang mengisahkan Sang Kancil dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil
daripadanya. Di akhir cerita Sang Kancil telah insaf dan ia menjadi hakim yang
arif lagi bijaksana dan selalu dipuji oleh raja.

28
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

1.4 Konsep Cerita Binatang

Cerita binatang mula bertapak di Benua India, kemudian tersebar ke Benua Asia,
Eropah dan termasuklah Amerika Latin. Di setiap kawasan cerita binatang
terhasil dengan sendirinya berdasarkan kesesuaian naluri keinginan dan
fenomena yang berlaku di sekitarnya. Oleh itu hampir setiap bangsa di dunia ini
mempunyai cerita binatangnya sendiri sebagai sebahagian daripada cerita rakyat
mereka masing-masing. Dalam sesuatu cerita binatang itu biasanya berlaku
komunikasi antara binatang dengan binatang serta antara manusia dengan
binatang. Sifat-sifat binatang yang bertingkah laku seperti manusia ini pernah
disebut ‘anthropomorsphism’

Suasana konflik dan kehidupan antara binatang itu dimanusiakan sehingga


kadang-kadang kita terlupa tentang watak binatang yang sebenarnya. Hal ini
berlaku kerana watak-watak utama adalah terdiri daripada binatang-binatang
juga. Mesej yang disampaikan juga tersembunyi pada watak-watak binatang
tersebut.

Dalam masyarakat tradisional cerita binatang sengaja diceritakan untuk


memenuhi sesuatu muslihat tertentu. Hal ini bukan merupakan sesuatu yang luar
biasa tetapi menjadi asam garam dalam kehidupan sastera rakyat. Ternyata apa
yang tersurat dalam masyarakat yang belum mencapai tahap tamadun biasanya
mengandungi idea yang tersirat. Kebanyakkan cerita binatang mengandungi
unsur-unsur sinis. Melalui binatang sifat manusia disindir, dan sindiran itu
selalunya amat kena pada tempatnya. Situasi ini sengaja dilakukan untuk
memberi nasihat dan memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh
anggota masyarakat secara tidak langsung, ianya amat berkesan sekali. Sindiran
ini dikiaskan pula melalui watak-watak binatang tersebut.

Sifat dan perlakuan seperti tamak, mementingkan diri sendiri, suka menipu dan
sifat-sifat keji yang lain selalu dikalahkan pada akhir cerita. Secara tidak

29
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

langsung persoalan-persoalan ini mendorong pembaca supaya menjauhkan


sifat negatif tersebut.

Semua aspek dalam kehidupan dikisahkan dalam cerita binatang ini, tetapi
tumpuan difokuskan kepada ‘memanusiakan’ watak-watak binatang. Tema
manusia yang tidak tahu membalas budi terdapat juga persamaan di beberapa
tempat tertentu, misalnya di negeri Perak terdapat kisah buaya yang tidak tahu
membalas jasa, di mana ada seekor kerbau yang baharu sahaja menolong
buaya tersebut dari menemui maut, tetapi selepas buaya tersebut berjaya
dilepaskan oleh kerbau tadi, buaya terus menangkap kaki kerbau dan ingin
memakannya. Mesej yang sama juga terdapat dalam kalangan masyarakat
tradisional di Kedah dan Negara China. Binatang yang tidak tahu membalas jasa
bukannya buaya tetapi watak tersebut dipegang oleh harimau, manakala watak
yang mahu membuat jasa bukanlah lembu tetapi manusia.

Cerita binatang yang terkenal di India ialah cerita Jataka, Pancatantra,


Sukasaptati dan Katha Sarit Sagara. Di Jawa pula terkenal dengan cerita Sang
Kancil yang dikarang ceritanya oleh Kiyai Rangga Amongsastera pada tahun
1978 dan Serat Seloka Darma hasil karya Pengeran Arya Sastraningrat pada
1891. Di Sunda watak cerita binatang dipegang oleh kera bukannya kancil,
manakala di Aceh terdapat dua puluh enam cerita binatang dan peranan utama
dipegang oleh watak pelanduk. Pelanduk juga terdapat dalam cerita binatang di
Campa, Annam dan Kemboja.

30
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita Sang Kancil mengandungi dua puluh cerita dan dikarang oleh Daeng
Abdul Hamid dari Perak, dalam cerita Sang Kancil banyak memaparkan ciri-ciri
cerita binatang yang sesuai dijadikan cerita teladan kepada murid-murid dalam
kelas. Cerita Sang Kancil dapat dikategorikan kepada tiga peranan Sang Kancil
yang berlainan perwatakkan iaitu:

1. Peranan Sang Kancil mengalahkan binatang yang lebih kuat dan besar;

a. Ia berjaya melepaskan kaki kerbau yang digigit buaya.


b. Ia berjaya menipu harimau dengan mengambil daging rusa.
c. Ia berjaya menipu harimau supaya memukul sarang tebuan.
d. Ia berjaya menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau sebagai
makanan Nabi Sulaiman.
e. Ia berjaya menipu harimau dan lidah harimau disepit buluh.
f. Ia berjaya menipu harimau supaya melilitkan ular yang dikatakannya
tali pinggang Nabi Sulaiman.
g. Ia berjaya memperdayakan buaya supaya timbul dan berbaris dalam
sungai supaya ia dapat menyeberang.

2. Peranan Sang Kancil sebagai hakim;


a. Ia dapat menyelesaikan perselisihan faham antara seorang saudagar
dengan bapa kanak-kanak kerana mencium bau masakan makanan.
b. Ia dapat menyelesaikan perbalahan seorang peminjam beliung yang
tidak mahu memulangkannya kepada tuan punya beliung tersebut.

3. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil dan lemah;
a. Ia ditipu oleh bangau ketika menyeberangi sungai di atas kerak nasi. Ia
tenggelam bersama kerak nasi.
b. Ia kalah dalam perlumbaan dengan siput.
c. Sang Kancil juga ditempelak oleh agas kerana kebodohannya sendiri.

31
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Sebuah lagi cerita binatang yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini Hikayat
Pelanduk Jenaka, cerita ini merupakan cerita binatang yang tertua (1736) dan
terbitan asalnya mengandungi sepuluh cerita. Kisahnya hampir sama dengan
cerita Sang Kancil. Seekor pelanduk yang kecil tetapi cerdik yang boleh
menewaskan segala binatang di rimba. Pada permulaan cerita, pelanduk
memperolehi kekuatan dengan menggosok badannya dengan getah pohon ara.
Ada pula setengah-setengah cerita menyebut ia mendapat kekuatan dengan
cara berguling dalam serbuk lalang. Beberapa persoalan penting dalam cerita
pelanduk yang boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Cerita pelanduk mendamaikan kambing dan harimau yang bermusuhan.


2. Cerita pelanduk yang memperdayakan raksaksa dan membunuhnya kerana
mengganggu binatang-binatang di rimba.
3. Cerita pelanduk yang menewaskan binatang-binatang yang lebih besar dan
kuat
seperti gajah, singa dan buaya.
4. Cerita pelanduk menipu kera dan menyebabkan kera tersebut menerajang
sarang lebah.
5. Cerita pelanduk menjadi masyhur dan dihormati kerana kepintarannya.

1.4.1 Ciri-ciri Cerita Binatang

Cerita binatang menekankan beberapa ciri yang menjadikan cerita


binatang digemari dan diaplikasi dalam kelas oleh kalangan guru-guru di
sekolah rendah, iaitu bermula seawal kelas prasekolah, sekolah rendah,
program Pendidikan Pemulihan dan program Pendidikan Khas . Ciri-ciri
cerita binatang antaranya:

 Aspek perwatakan yang diutarakan boleh menjadi teladan terutama


hal-hal yang dianggap positif. Sebaliknya cerita yang dianggap
bertentangan atau negatif selalu pula dijadikan sempadan.

32
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

 Cerita binatang mempunyai tema, biasanya cerita binatang


bertema dalam bentuk cerita pendek berunsur teladan (fables).
 Menekankan aras pemikiran tinggi, bentuk cerita yang berciri
sindiran iaitu mesej secara tersirat, memerlukan pembaca berfikir
untuk mengaitkan mesej tersebut dengan teladan yang hendak
disampaikan.
 Cerita binatang dari satu segi berfungsi sebagai hiburan semata-
mata. Hal ini bertepatan dengan motif cerita dalam sastera rakyat
sebagai escapism. Ia boleh dikesan daripada unsur kelucuan yang
terselit pada watak binatang tertentu.
 Unsur tipu muslihat (trickster) sering menjadi motif penceritaan.
Ianya tergambar dalam diri dan tingkah laku watak binatang yang
ditonjolkan.

1.4.2 Pemilihan ciri-ciri cerita binatang yang sesuai untuk murid-murid pendidikan
pemulihan

1. Isi karya

Mana-mana cerita binatang, isi karyanya adalah mengenai binatang-binatang


yang diberikan sifat-sifat manusia biasa. Binatang-binatang ini biasanya
digambarkan hidup dalam suatu kelompok dan boleh bertutur, berfikir atau
bertindak seperti manusia.

Contohya jelas dalam Hikayat Sang Kancil di mana isi karyanya adalah
mengenai binatang yang diberi sifat seperti manusia biasa. Cerita binatang
ini mengambil watak pelaku yang diberi sifat manusia seperti bertutur, berfikir
dan memainkan peranan yang tertentu.

33
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

2. Plot/susunan cerita

Bagi mana-mana cerita binatang, plot/susunan ceritanya tersusun dengan


teratur kerana cerita akan bermula dengan bahagian pengenalan diikuti
dengan bahagian perkembangan cerita dan diakhiri dengan bahagian
penyelesaian cerita. Setiap cerita binatang mempunyai masalah yang
diselesaikan yang tertumpu di bahagian perkembangan cerita. Bahagian
penyelesaian cerita biasanya watak utama berjaya menyelesaikan masalah
tersebut.

Terdapat sesetengah cerita binatang yang mempunyai episod/siri tertentu.


Setiap episod dalam cerita ini merupakan sebuah cerita yang lengkap iaitu
bermula dengan bahagian pengenalan, bahagian perkembangan dan
bahagian akhir. Walau bagaimanapun, watak utama dalam siri/episod ini
masih pada binatang yang sama. Hal ini jelas dalam cerita Hikayat Sang
Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.

Kesimpulannya, plot bagi cerita binatang terdiri daripada 3 bahagian iaitu:

a. Bahagian pengenalan
b. Bahagian perkembangan
c. Bahagian penyelesaian

Contohnya jelas dalam cerita Katak Membunuh Gergasi. Plotnya bermula


apabila Gergasi membuat kekacauan di dalam hutan sehingga menganggu
kehidupan haiwan-haiwan lain. Cerita terus berkembang apabila katak
merancang untuk membunuh Gergasi apabila berlaku kematian dalam
kalangan kelompoknya ketika Gergasi cuba melarikan diri ke hutan kerana
khuatir rumahnya akan runtuh. Cerita ini tamat apabila, Katak dan rakannya
berjaya membunuh Gergasi tersebut.

34
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

3. Watak dan perwatakan

Secara keseluruhannya, mana-mana cerita binatang, watak-watak yang


memainkan peranan penting ialah binatang. Binatang ini diberi sifat seperti
manusia biasa, hidup dalam kumpulan dan mempunyai peranan masing-
masing. Dari sini, lahirlah watak utama dan juga watak sampingan dalam
cerita binatang. Dalam masyarakat Melayu Tradisional, watak binatang yang
paling popular ialah Sang Kancil dan Pelanduk. Watak ini berperanan
sebagai watak utama dalam cerita tersebut.

Selain watak binatang, terdapat juga watak manusia untuk membantu


perkembangan cerita tetapi watak manusia ini tidak diutamakan. Selain itu,
terdapat juga sesetengah cerita yang menggambarkan watak nabi iaitu Nabi
Sulaiman a.s. yang dikatakan memahami bahasa binatang.

Contohnya jelas dalam cerita Katak Membunuh Gergasi. Watak utamanya


merupakan seekor binatang iaitu Katak yang digambarkan mempunyai akal
fikiran yang bijak apabila merancang membunuh gergasi. Manakala, watak
sampingan dalam cerita ini harimau, ular dan sebagainya yang turut
membantu dalam rancangan katak membunuh gergasi.

4. Latar

Latar tempat bagi cerita binatang adalah melibatkan latar di hutan


belantara atau kawasan-kawasan yang berkaitan dengan tempat tinggal
binatang tersebut. Hal ini bermakna latar tempat bagi cerita binatang adalah
di alam nyata. Latar masanya adalah melibatkan zaman dahulu dan latar
masyarakatnya adalah merangkumi masyarakat masyarakat/kelompok
binatang yang biasanya mempunyai ketua.

Contohnya jelas dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi di mana latar


tempatnya adalah di dalam hutan belantara yang merupakan kawasan
tempat tinggal binatang-binatang tersebut. Manakala, latar masanya adalah
pada zaman dahulu dan latar masyarakatnya melibatkan sekelompok
binatang yang terdiri daripada seorang ketua (katak) yang mempunyai
kepintaran dalam membunuh gergasi.

35
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Rumusannya ciri-ciri cerita binatang amat sering diselitkan motif dedaktif, bercirikan
hiburan, sindiran, tipu muslihat dan teladan.

Aktiviti 2:
Bincangkan bagaimana keterampilan bercerita boleh
direalisasikan dalam kalangan murid pendidikan pemulihan di
sekolah. Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan
dan dibentangkan di hadapan kelas.

1.4.2 Jenis-jenis Cerita Binatang

Cerita
Asal Usul

Jenis-jenis
Cerita
binatang

Cerita jenis
“Beast Epic”
Cerita jenis atau Epos
Fabel binatang

Rajah 1.2: Jenis-jenis Cerita Binatang

36
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita yang mengisahkan perlumbaan Sang Kancil dengan Siput

Secara perbandingannya cerita binatang terdapat banyak persamaan antara


satu tempat dengan tempat yang lain. Cerita yang mengisahkan perlumbaan
sang kancil dengan siput, terdapat juga dalam kalangan masyarakat tradisional
di Tanah Melayu, Jawa, India dan Eropah. Perbezaan yang ketara hanyalah dari
aspek watak yang memegang peranan tersebut. Di negara India sebagai contoh
mengisahkan perlumbaan antara kura-kura dengan burung garuda (kenaikkan
Wisnu) manakala di Eropah pula kisah perlumbaan antara kura-kura dengan
arnab. Jenis-jenis cerita binatang dikategorikan berdasarkan perwatakkan atau
peranan binatang tersebut dalam cerita rakyat.

Jenis-jenis cerita binatang dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Cerita Asal Usul :


Iaitu cerita yang mengisahkan mengenai asal usul kejadian binatang atau
kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing
bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak mendongkak ke atas, kenapa
belakang kura-kura menjadi retak dan kenapa burung puyu tidak berekor. Selain

37
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

daripada menerangkan sifat yang wujud pada binatang itu, cerita jenis ini juga
mengisahkan tentang asal usul sesetengah tempat mendapat nama, seperti
cerita bagaimana asal usul negeri Melaka mendapat nama. Menurut cerita
sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan
gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun
dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai
untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman
itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan
yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda memerintahkan supaya sebuah
negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama
pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.

Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan


gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut

2. Cerita Jenis Fabel :


Iaitu cerita pendek yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran, biasanya
berwatakkan binatang, bercorak memberi teladan atau dinamakan cerita
perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi kritikan terhadap masyarakat dan
sindiran terhadap tingkah laku manusia. Oleh sebab cerita-cerita jenis ini
mencerminkan falsafah atau pemikiran yang tinggi, gaya penyampaian cerita
jenis ini dibuat melalui unsur lucu, gurau senda dan menggembirakan. Contoh-
contoh cerita fable ialah cerita Anjing dengan Bayang-bayang, Tikus menolong

38
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Harimau, Arnab berlumba dengan Kura-Kura, Katak Membunuh Gergasi, dan

sebagainya.

Cerita Anjing dengan bayang-bayang

Cerita
Cerita Anjing
Anjing dengan
dengan bayang-bayang
Bayang-bayang

Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang


besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke
rumahnya sambil menggonggong tulang itu.

Dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi di sebuah


sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke
arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya
yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang.

Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan


menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing
itu basah kuyup dan tulang dalam mulutnya terlepas ke
dasar sungai.

Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang


rugi.

39
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

3. Cerita jenis “Beast Epic” atau Epos Binatang


(kisah pahlawan yang diturunkan dari mulut ke mulut) :
Cerita jenis ini merupakan cerita binatang yang amat terkenal dalam masyarakat
Melayu. Ia juga sejenis cerita yang bermotifkan kebijaksanaan untuk
memperdayakan binatang yang lain. Cerita binatang jenis ini terdapat dalam
kalangan berbagai-bagai bangsa di dunia. Dalam kalangan bangsa Red Indian
Amerika binatang yang dianggap bijak dan pintar ialah anjing serigala (coyote)
sebagai watak penting dalam cerita binatangnya, bagi orang Eropah dan
Amerika ialah musang (Reynard the fox) dan arnab (brer rabbit). Binatang-
binatang tersebut biasanya bertindak memperdayakan binatang-binatang lain
yang lebih besar dan lebih kuat. Bagi masyarakat Melayu ialah Sang Kancil,
bangsa Sunda pula ialah kera, dalam kalangan orang-orang Toroja, Sulawesi
watak binatangnya dinamakan Ngasi atau kera hutan dan sebagainya.

Reynard the Fox

Cerita epik adalah paling popular kerana berdasarkan ceritanya seperti Hikayat
Sang Kancil, dan Hikayat Pelanduk Jenaka.

40
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Bagi Hikayat Sang Kancil terdapat beberapa cerita/kisah dalam karya ini:
a. Sang Kancil Menipu Buaya
b. Sang Kancil Menipu Harimau
c. Sang Kancil Berlawan Minum Air dengan Gajah.
d. Sang Kancil menyelesaikan pergaduhan antara Kerbau dengan Buaya
e. Sang Kancil menyelesaikan masalah peminjam beliung
f. Sang Kancil Menyelesaikan Perbalahan antara Saudagar
g. Sang Kancil Berlumba dengan Siput
h. Sang Kancil tertipu dengan Buaya

Rumusannya setiap bangsa di dunia mengenali cerita dongeng tentang binatang


atau disebut juga sebagai mergastua. Cerita binatang adalah salah satu bentuk
cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususnya di
kalangan kanak-kanak. Cerita-cerita binatang yang dihasilkan dalam sastera
kanak-kanak Melayu bukanlah semata-mata berfungsi sebagai alat hiburan.
Tetapi masyarakat Melayu dapat memahami jiwa kanak-kanak mereka melalui
penghasilan genre cerita ini. Cerita-cerita yang dihasilkan sarat dengan nilai-nilai
murni sesuai sebagai wadah untuk mendidik kanak-kanak.
1.4.3 Gaya Bahasa

Aspek gaya bahasa ialah aspek penting dalam karya sastera. Bahasa ialah
penentu utama yang menyebabkan karya sastera menjadi indah dan istimewa.
Gaya bahasa atau unsur keindahan merupakan cara seseorang pengkarya itu
menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan
tema dan persoalan dalam sesuatu karya yang menjadi pemikirannya. Daripada
gaya bahasa atau unsur keindahan yang digunakan oleh pengkarya, akan
terpancarlah keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca.
Gaya bahasa atau unsur keindahan merangkum semua aspek bahasa seperti;

41
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Pemilihan Kata

Pembinaan Penggunaan
Ayat Aspek Bahasa Kiasan

Pembinaan
Frasa

Rajah 1.3: Aspek Bahasa

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005b: 9), secara umumnya gaya bahasa
yang bermacam-macam yang terdapat dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif
itu dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis, iaitu gaya bahasa perbandingan,
pertentangan, pengulangan, dan penyirnaan.

Jenis Gaya
Bahasa

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Gaya Bahasa Gaya Bahasa


Perbandingan Penyirnaan Pertentangan Pengulangan

Rajah 1.4:Jenis-jenis Gaya Bahasa

42
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Gaya Bahasa Perbandingan

Gaya bahasa perbandingan ialah bentuk bahasa perbandingan yang indah yang
digunakan untuk menambahkan kesan dan makna tertentu dengan cara perbandingan
sesuatu perkara dengan perkara lain antaranya:

i. Metafora, iaitu pemakaian kata atau ungkapan yang menerbitkan makna yang
lain daripada makna tersurat atau penggunaan kata-kata untuk menyatakan erti
yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan).
ii. Personifikasi, iaitu penginsanan atau pemberian sifat-sifat manusia kepada
sesuatu benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang
tidak bernyawa atau idea yang abstrak.
iii. Simile, iaitu perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu
perbandingan atau sesuatu yang dianggap sama dengan menggunakan kata
seperti "bak", "laksana", "seperti'', "umpama", "penaka", "ibarat", "macam",
"bagai", dan "serupa".
iv. lmejan ialah gaya bahasa perbandingan, iaitu pemakaian kata atau beberapa
kata yang menghasilkan efek atau kesan melalui penggunaan pancaindera
seperti melalui pendengaran, penglihatan, atau perasaan.
v. Pleonasme atau nama lain ialah tautologi, iaitu penggunaan kata yang berlebih-
lebihan dan tidak perlu dalam ayat. Kata-kata yang berlebih-lebihan itu sekiranya
digugurkan dan dibuang daripada struktur ayat, penyirnaan itu tidak menjejaskan
makna ayat.

Gaya bahasa perbandingan digunakan dalam gaya bahasa cerita binatang, mengikut
kesesuaian situasi dalam cerita binatang tersebut.

Gaya Bahasa Pertentangan

Gaya bahasa pertentangan ini bermaksud bentuk bahasa yang mengemukakan makna
yang berlawanan dengan makna yang sebenarnya. Tiga jenis gaya bahasa
pertentangan yang diketengahkan:

43
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

i. Hiperbola, iaitu sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu
perkara secara berlebih-lebihan atau melampau waima daripada segi jumlahnya.
Ukuran atau sifatnya untuk menekankan sesuatu pandangan, idea, atau peristiwa.

ii. lnversi atau anastrof, iaitu sejenis gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan
pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim atau gaya
bahasanya yang menyongsang struktur kata, frasa, atau klausa dalam ayat.

iii. Paradoks, iaitu sejenis gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata
dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dan
pendapat umum atau realiti. Hal ini bermakna paradoks memaparkan suatu
keadaan atau suasana yang berlawanan.

Bukan semua gaya bahasa pertentangan terdapat dalam gaya bahasa cerita binatang.

Gaya Bahasa Pengulangan

Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi unsur-unsur


pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang dianggap penting
unmk menghasilkan kesan dan memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai,
ada lima jenis gaya bahasa pengulangan sahaja iaitu:

i. Aliterasi, iaitu sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama
pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden,
prosa tradisional, atau prosa moden.

ii. Anafora, iaitu gaya bahasa pengulangan perkataan pertama pada setiap baris
atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh
kesan tertentu.

44
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

iii. Asonansi, iaitu sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama.
Terdapat enam jenis bunyi vokal dalam Bahasa Melayu tetapi dalam penulisan
bunyi ini diwakili oleh lambing-lambang 'a', 'e', 'i', 'o', dan 'u'.

iv. Epifora, iaitu sejenis gaya bahasa pengulangan kata, frasa, beberapa kata pada
akhir baris atau ayat yang berturutan. Gaya bahasa ini terdapat dalam lagu
dalam cerita Bangau Oh Bangau Mengapa Engkau Kurus.

v. Rima, iaitu bunyi yang sama pada huruf akhirnya atau kata akhir dalam sesuatu
rangkap yang terdapat dalam puisi seperti pantun, syair, gurindam atau susunan
bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir dalam
sesuatu baris atau serangkap puisi. Dalam konteks cerita binatang, jika guru
pemulihan menyelitkan unsur rima, ia akan mendatangkan rasa seronok kepada
kanak-kanak.

Gaya Bahasa Penyirnaan

Gaya bahasa penyirnaan turut disentuh, iaitu:

Sinkop, iaitu pengguguran huruf sisipan atau suku kata sisip bagi perkataan atau
dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan.
Walau bagaimanapun, kesemua jenis gaya bahasa yang tersebut guru pemulihan
perlu susun berdasarkan keselarasan aras kesukaran mengikut aras kognitif murid .
Hal ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai gaya bahasa itu secara
berperingkat-peringkat mengikut keupayaan aras kognitif.

Apabila membincangkan gaya bahasa aspek-aspek berikut perlu diperhatikan:


1. Senang atau susah bahasa yang digunakan
2. Sama ada berbentuk prosaik atau tidak
3. Ungkapan-ungkapan yang indah atau puitis
4. Ketepatan pemilihan kata-kata
5. Unsur-unsur kata pinjaman
6. Pengulangan kata

45
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

7. Unsur perlambangan atau simbolik


8. Metafora
9. Unsur personifikasi atau perorangan
10. Hipabola atau bahasa berlebihan
11. Unsur perbandingan atau simile
12. Unsur imejan
13. Bahasa paradoks
14. Unsur mainan bunyi asonansi dan aliterasi

1.4.4 Gaya Bahasa Cerita Binatang

Cerita binatang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami.
Kadang-kadang diselitkan dengan beberapa puisi Melayu lama. Hal ini dikaitkan
dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat kanak-kanak.

Contohnya:
Maka sembah Raja Gajah "Ya Tuan Syeikh, bilakah kiranya binatang-binatang itu akan
sampai ke mari".

46
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting diberi
perhatian sewaktu memilih buku cerita kepada murid-murid. Cara pengarang memilih
kata-kata dan ayat untuk mengaitkan plot dapat memberi keseronokan sewaktu
membacanya.

Gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita
menjadi logik dan diminati oleh murid-murid. Murid-murid tidak sukakan cerita yang
terlalu deskriptif, tetapi cerita yang mengandungi rima-rima tertentu dapat menarik
perhatian mereka. Buku cerita yang mengandungi lagu-lagu tertentu juga memberikan
keseronokan kepada murid-murid. Oleh itu pilihlah buku cerita yang mengandungi ayat-
ayat mudah kerana ayat kompleks yang panjang membosankan murid kerana sukar
difahami. Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan. Cerita binatang adalah cerita
rakyat yang amat mudah untuk disampaikan kepada murid-murid pemulihan, guru
pemulihan perlu kreatif dalam penyampaian cerita binatang dan antara impaknya ialah
menambah perbendaharaan kata murid pemulihan.

1.5 Cerita Jenaka


Cerita jenaka merupakan sejenis cerita rakyat yang bahannya ceritanya diambil
daripada kehidupan masyarakat biasa dan boleh terdiri dariapad episod yang
lengkap.
Cerita jenaka bermuat kisah-kisah kejadian lucu yang ditimbulkan oleh
perlakuan-perlakuan watak yang bodoh lagi lurus, dan kadang-kala cerdik.
Cerita jenaka merupakan salah satu genre sastera rakyat yang berbentuk naratif.
Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam
kesusasteraan lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah seperti
“Merry Tales”, “Tall
Tales”, “Droll Talles” dan lain-lain. Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh
dunia bukan sahaja mempunyai persamaan pada motif atau isi ceritanya, tetapi
juga dalam maksud dan bentuk cerita. Semua cerita jenaka ini mempunyai tujuan
yang sama iaitu sebagai hiburan, tauladan dan sindiran. Pada kebiasaannya
cerita jenaka berkisar pada seorang watak jenaka atau lucu.

47
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita Jenaka Yang Terkenal

Cerita Pak Pandir Cerita Pak Kaduk

Cerita Lebai Malang Cerita Si Luncai Cerita Pak Belalang

Rajah 1.5: Contoh Cerita Jenaka

1.5.1 Konsep Cerita Jenaka

Cerita jenaka, penceritaannya tentang pelaku atau watak di dalamnya yang pintar serta
bodoh. Melalui watak pintar dapat kita lihat tipu muslihat watak ketika menghadapi
masalah. Cerita ini diceritakan juga sebagai hiburan, pengajaran dan kritikan social.
Antara kritikan sosial yang lazim dikisahkan termasuklah sindiran terhadap golongan
raja yang bukan semuanya pintar atau bijak malah antaranya yang bodoh. Unsur-unsur
tipu muslihat dalam cerita bertujuan untuk menyelamatkan diri, mengenakan musuh,
ataupun menguji kebolehan musuh.

Cerita jenaka berlatarkan rakyat biasa. Watak-watak utamanya ialah manusia biasa,
bukan golongan bangsawan atau raja-raja. Latar tempatnya ialah kawasan perdesaan.
Masyarakat Melayu lama menjadi latar masyarakat cerita jenaka. Subgenre ini
mengisahkan tindakan-tindakan watak yang menimbulkan kelucuan.

Antara faktor yang menimbulkan kelucuan ialah:

i. Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar. Contohnya, Pak Pandir dan
Pak Belalang.
ii. Kewujudan unsur-unsur kebetulan di dalam cerita.

48
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

iii. Kelucuan yang ditimbulkan plot cerita.


iv. Kewujudan permainan kata-kata yang melucukan.

Antara beberapa contoh termasuklah cerita tentang watak-watak yang berikut:

Watak bodoh-pintar-Pak Pandir

Watak bodoh-malang-Pak Kadok dan Lebai Malang

Watak pintar-Pak Belalang dan Si Luncai

Watak berangan-angan-Mat Jenin

1.5.2 Ciri-ciri Cerita Jenaka

1. Isi karya

Mana-mana cerita jenaka Melayu, isi karyanya adalah mengandungi unsur


kelucuan yang dapat menimbulkan gelak ketawa dalam kalangan pendengar
atau pembaca ceritanya. Kelucuan dalam cerita jenaka ini terhasil berdasarkan
peristiwa atau sifat-sifat lucu yang terdapat dalam cerita tersebut. Kelucuan
dalam cerita ini akan menimbulkan rasa geli hati dan seterusnya menimbulkan
rasa gembira dan seterusnya menghiburkan para pendengar atau pembaca
cerita jenaka.
Contohnya dalam cerita Pak Pandir di mana isi ceritanya tentang kelucuan pada
watak Pak Pandir, kelucuan semasa dia tidak boleh berfikir dan bertindak secara
logik. Dia membuat keputusan untuk memandikan bayinya dengan air panas
tanpa berfikir panjang. Selain itu, kelucuannya turut terserlah semasa Mak Andeh
meminta Pak Pandir membeli lembu.

2. Plot/susunan cerita
Mana-mana cerita jenaka, plop ceritanya adalah tersusun bermula dengan
bahagian permulaan cerita diikuti oleh perkembangan cerita dan diakhiri dengan
bahagian penyelesaian cerita. Namun, terdapat sesetengah cerita jenaka yang

49
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

mempunyai episod/siri tertentu dan setiap episod adalah sebuah cerita yang
lengkap (ada bahagian awal, bahagian perkembangan dan bahagian akhir cerita.
Walaubagaimanpun, watak utama dalam cerita tersebut masih menggunakan
watak yang sama.

Contohnya pada cerita Pak Kaduk. Susunan plot bagi cerita tersebut bermula
dengan Pak Kaduk yang tinggal keseorangan di desa telah menerima undangan
daripada raja untuk menyabung ayam. Ceritanya diakhiri dengan nasib malang
Pak Kaduk yang jelas dilihat pada kekalahannya menyabung ayam dengan raja.

Cerita Pak Kadok

Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja


kerana mempercayai kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam
yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak
tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelanjang bulat
kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka
ayamnya menang. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan
yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai
kerana terpaksa melawan arus. Setibanya di rumah, isterinya
menyindir, dipukulnya sampai mati.
Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia memasang layar perahu,
tetapi angin berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut
sahaja. Dalam cerita Pak Kadok, segala segi kebodohannya
diringkaskan dalam gurindam.

50
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Gurindam Pak Kadok

“Adohai Malang Pak Kadok


Ayamnya menang, kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran.
Mudek menungkah surut
Hilir menungkah pasang.
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan.
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandung duduk.”
(Cerita jenaka oleh R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock)

3. Watak dan perwatakan

Biasanya dalam cerita jenaka, watak utamanya adalah dari golongan


bawahan/rakyat biasa. Nama watak yang diberikan adalah melambangkan
sesuatu sifat. Contohnya:

a. Sifat bodoh-sial yang terdapat pada watak Lebai Malang


b. Sifat pintar-bodoh terdapat pada watak Pak Kaduk
c. Sifat pintar terdapat pada watak Si Luncai dan Pak Belalang

Selain watak utama dalam cerita jenaka Melayu terdapat juga watak-watak lain
sebagai pembantu dan juga memberi gambaran yang lebih jelas tentang
masyarakat Melayu Tradisional. Dalam sesetengah cerita jenaka Melayu
terdapat juga penggunaan watak raja tetapi watak raja tidak diberi keutamaan
dan tidak ada sifat-sifat luar biasa pada raja.

Dalam cerita jenaka Melayu juga, gambaran atau perwatakan watak adalah
dinyatakan secara jelas terutama dari segi gambaran fizikal untuk melahirkan
unsur lucu. Contohnya gambaran fizikal bagi watak Si Luncai yang digambarkan
mempunyai punggung tonggek, perutnya yang besar, kepalanya botak dan
pendek. Gambaran ini menambahkan lagi unsur humor dalam cerita tersebut.

51
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

4. Latar

Latar tempat bagi mana-mana cerita jenaka Melayu adalah berlaku di bumi nyata
kerana cerita jenaka hanya melibatkan golongan biasa/bawahan iaitu golongan
petani dan juga nelayan. Namun, terdapat sesetengah cerita jenaka yang
mengaitkan sedikit latar di istana. Cerita jenaka juga mengambil masa yang
pendek/singkat sahaja.

Latar masa bagi cerita jenaka Melayu ialah zaman dahulu kala. Manakala, latar
masyarakatnya pula lebih menekankan golongan bawahan dan digambarkan
mereka hidup dalam satu kelompok.

Contohnya dalam cerita Pak Kaduk, di mana latar tempatnya adalah di sebuah
desa yang merupakan tempat tinggal Pak Kaduk iaitu di perkampungan
masyarakat Melayu Tradisional dan di kawasan istana raja.

Aktiviti 3
Dalam kumpulan masing-masing, bincangkan keberkesanan penggunaan
cerita Nujum Pak Belalang, lakonan pelakon terkenal Almarhum Tan Sri
P.Ramlee dan Almarhum A.R. Tompel dalam filem Abu Nawas, dijadikan
bahan untuk menyampaikan cerita jenaka kepada murid pemulihan, dan ini
merupakan strategi guru pendidikan pemulihan memperkenalkan Sastera
Melayu dalam kalangan murid pemulihan.

1.5.3 Jenis-jenis Cerita Jenaka

Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis:

i. Cerita Jenaka Tempatan


Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan
isu tempatan dari segi watak, latar dan persoalan.

52
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Contoh:
Cerita Pak Pandir, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Kaduk, Cerita Pak
Belalang dan Cerita Si Luncai.

ii. Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar


Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi)
kerana masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut.
Contoh:
Cerita Mat Jenin ( Hindu ) sama dalam versi Hindu Panchatantra dan juga
hikayat 1001 malam, mengikut versi Hindu Brahmin berangan-angan dengan
talam tepungnya dijual serta diganti dengan ternakan supaya dapat
berkahwin. Oleh kerana isteri Brahmin tidak pandai memasak, lalu dipukulnya
dengan tanggak, rupa-rupanya pukulan itu terkena talam menyebabkan
tepung tumpah. Dalam versi Melayu pula, Mat Jenin memanjat pokok sambil
berangan-angan ingin membeli ternakan tetapi akhirnya terjatuh kerana
kononnya hendak memeluk puteri raja. Dalam Hikayat Kalilah dan Daminah
(terjemahan Abdullah Munsyi 1835) terdapat cerita tentang angan-angan
seorang Brahman dengan takar tepungnya, hingga akhirnya takar itu jatuh dan
tepungnya terbuang. Tetapi cerita Mat Jenin dengan pokok kelapa, adalah
sesuai dengan alam Melayu dan diterima oleh masyarakat Melayu. Cerita Abu
Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam ) berasal dari Timur Tengah.

Cerita Musang Berjanggut berasal dari Parsi, dianggap sebagai cerita jenaka
yang tinggi mutunya dan lebih menggelikan hati. Cerita ini mencampur-
adukkan unsur-unsur kepintaran, kebodohan dan tipu helah untuk melepaskan
diri. Cerita ini juga mengagungkan kaum wanita yang dengan kepintarannya
dapat menewaskan beberapa orang lain. Jika diteliti ceritanya, timbullah
kiasan dan tamparan hebat kapada kaum atasan dan pembesar-pembesar
negeri supaya jangan melakukan sesuatu sewenang-wenangnya.

53
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita Abu Nawas berasal dari Parsi dan amat dikenal di kalangan masyarakat
Melayu. Yang menjadi unsur hiburan dan gelak ketawa bukanlah hanya
kepintaran Abu Nawas sahaja, tetapi ialah juga perbuatan dan tingkahlakunya,
yang akhirnya dapat membodohkan sesiapa sahaja yang mengemukakan
masalah atau menguji kepintarannya. Antara cerita-cerita mengenai Abu
Nawas yang termasyhur, ialah:

1. Abu Nawas Membilang Bintang Di Langit,


2. Abu Nawas Mencari Lembu Pandai Berkata-kata,
3. Abu Nawas Mengangkat Masjid dan Menunjuk Pusat Bumi.

Kononnya Abu Nawas benar-benar hidup di kota Baghdad dalam zaman


gemilang kerajaan Parsi.

Dalam cerita jenaka seperti Pak Pandir dan Pak Belalang dikaitkan dengan
cerita Hindu Tua Katha Sarit Sagara, namun masih terdapat jurang perbezaan
secara kecil, dalam cerita Pak Belalang terdapat belalang dalam tangan raja,
manakala dalam sastera Hindu pula ialah katak.

1.5.4 Gaya Bahasa Cerita Jenaka

Cerita jenaka jalan bahasanya mudah, cerita tidak terlalu panjang dan isi
ceritanya penuh dengan kelucuan, terdapat juga cerita berbingkai yang
menceritakan kisah-kisah lucu. Kelucuan yang diceritakan selalunya kejadian
sehari-hari yang mudah difahami oleh pendengar cerita.

Menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah difahami. Hal ini
dikaitkan dengan cerita jenaka yang dikhususkan untuk peringkat kanak-kanak.

54
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Contohnya jelas dalam cerita Pak Belalang yang menggunakan bahasa Melayu
klasik tetapi mudah difahami. Antara bahasa klasik yang digunakan ialah “ada
yang mencuri parit, membaiki batas-batas mana-mana yang parit dirosak”.
Selain itu, terdapat penggunaan bahasa Arab dalam cerita tersebut. Contohnya
maka sembah Pak Belalang “Daulat Tuanku, titah Patik junjung, Allah Ta’ala...”

Aktiviti 4

Fikir dan hasilkan cara penceritaan yang sesuai dalam kelas pemulihan
dengan berbantukan bahan seperti topeng dan puppet dalam penyampaian
cerita jenaka dan dapat membuatkan murid berfikir walaupun watak dalam
cerita jenaka “bodoh”, tetapi ada kepintarannya yang membolehkan mereka
hidup selesa.

Rumusan
Subgenre ini berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menghibur, mengkritik
masyarakat, memberi pengajaran dan menggambarkan sistem sosial dalam
masyarakat Melayu lama.

Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti cerita binatang,
cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman yang disampaikan dalam
bentuk formal dan tidak formal. Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang
popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting dalam masyarakat
berkenaan. Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya sesuatu masyarakat melalui
bahasa lisan yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama
dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan
susunan nilai sosial masyarakat tersebut.

55
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita binatang dan cerita jenaka berunsur pengajaran antaranya perlu berwaspada,
perlu berusaha menyelesaikan masalah, jangan bersikap takbur, jangan menipu,
bantulah rakan yang memerlukan pertolongan, gunakan akal sebaiknya ketika bertindak
dan perlu bijak merancang strategi untuk menyelesaikan masalah.

Guru pemulihan yang menggunakan prosa tradisional sebagai bahan dalam pengajaran
dan pembelajaran perlu kreatif dan berdaya inovasi untuk menghasilkan bahan
pengajaran berunsur sastera, tetapi bahan tersebut perlu mengikut aras kognitif murid.
Cerita jenaka dan cerita binatang amat dekat dengan jiwa kanak-kanak, guru
memanupulasi bahan tersebut dalam bentuk didik hibur untuk dihayati dan di samping
itu dapat menerapkan unsur pengajaran dan teladan dalam kelas pemulihan.

56
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

JENIS PROSA TRADISIONAL


TAJUK 2
(Cerita Penglipur lara)

Sinopsis

Bahagian ini mengandungi konsep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa Tradisional
khususnya cerita Penglipur Lara. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda
mengetahui perkara-perkara berikut:
2.1 Konsep
2.2 Ciri-ciri
2.3 Jenis-jenis
2.4 Gaya Bahasa

Hasil Pembelajaran

i.Membuat rumusan tentang konsep cerita penglipur lara.


ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri ,jenis-jenis dan gaya bahasa dalam cerita
penglipur lara.

2.0 Cerita Penglipur Lara

2.1 Konsep

Cerita Penglipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat
Melayu lama. Cerita ini dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances) atau fairy-
tales, folktales atau merchen. Cerita ini biasanya mengisahkan raja-raja dan putera-
puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya mengandungi unsur
pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib Osman, 1974).

Menurut Ismail Hamid (1987), ‘Lipur’ bermaksud ‘hibur’ dan ‘lara’ bermaksud
‘duka’ atau ‘kesedihan hati’. ‘Penglipur Lara’ bermaksud ‘penghibur hati yang duka’ atau
penghibur hati yang sedih.

57
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita penglipur lara juga dikenali sebagai ‘folklore’. RO Winstedt menamakan cerita
penglipur lara sabagai roman rakyat ( folk ramances ).
Cerita penglipur lara ialah cerita roman yang mengandungi unsur ‘adventure’.
Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan puteri-puteri,
kemewahan, kesaktian, serta kejadian-kejadian luar biasa.
Dalam masyarakat Minangkabau, cerita penglipur lara dikenali sebagai ‘kaba’.
Cerita penglipur lara terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita
ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Keunikan itu jelas dari segi
cerita, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.

Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya penyampaian,


lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai dikenali sebagai Tok
Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini bersempena nama-nama alat
muzik yang digunakan semasa mempersembahkan cerita.

Antara cerita Penglipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam Deman, Hikayat
Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal,
Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat
Raja Ambong, Cerita-cerita Gembang, Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit,
Raja Mahadong Bongsu, Awang Lutong dan Hikayat Terung Pipit.

2.2 Ciri-ciri cerita penglipur lara

1. Diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman.


2. Bertemakan percintaan wira dengan wirawati dengan unsur pengembaraan,
peperangan dan sebagainya
3. Ceritanya berpusatkan dalam kalangan putera atau puteri raja
4. Ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian awal (sebelum pengembaraan atau
kelahiran), bahagian tengah (semasa pengembaraan) dan bahagian akhir
(selepas pengembaraan atau penyelesaian)
5. Kaya dengan unsur-unsur alam super natural dan kuasa sakti

58
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

6. Berlakunya pengembaraan yang bertolak dari mimpi atau niat.


7. Terdapatnya watak manusia dan bukan manusia (jin)
8. Kemenangan sentiasa dipihak putera atau puteri raja
9. Menjadi milik bersama kerana nama penulis atau pengarang tidak dinyatakan.
10. Banyak menggunakan bahasa istana
11. Mengandungi unsur mitos dan legenda.
12. Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya maka,
sebermula, al-kisah, arakian dan sebagainya.
13. Mengisahkan tentang pengembaraan anak-anak raja yang penuh dengan
kehebatan dan keperkasaan
14. Kebiasaannya cerita akan berakhir dengan kegembiraan dan kemenangan
kepada wira atau wirawati.

2.3 Jenis-jenis cerita penglipur lara

Walaupun cerita-cerita penglipur lara berasal daripada tradisi lisan, namun sebahagian
besar cerita-cerita tersebut telah dibukukan. Usaha membukukan pada mulanya telah
diusahakan oleh Pawang Ana. Antaranya cerita penglipur lara yang telah dibukukan
ialah ;
 Hikayat Malim Deman
 Hikayat Awang Sulung Merah Muda
 Hikayat Malim Dewa
 Hikayat Raja Budiman
 Hikayat Seri (Raja) Rama

Selain daripada hikayat tersebut di atas, terdapat juga cerita penglipur lara dari
Minangkabau yang juga terkenal dalam masyarakat Melayu. Antaranya ialah ;
 Cerita Sabai Nan Aluih
 Cerita Si Umbuik Muda
 Cerita Nan Tunggu Magik Jabang

59
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerita-cerita penglipur lara lain, juga tekenal dalam masyarakat Melayu dan
diusahakan pengumpulannya dalam bentuk buku. Antaranya ;
 Hikayat Raja Sulaiman
 Hikayat Selampit
 Cerita Raja Dewa (dari Kelantan)
 Cerita Awang Gembang

Salah satu keistimewaan cerita penglipur lara ialah cerita-cerita ini disampaikan oleh
tukang-tukang cerita atau penutur cerita. Dalam menyampaikan cerita, visual amat
dipentingkan. Pendengar tertarik dengan gaya tukang-tukang cerita atau penutur
bercerita. Irama, gerak laku, kefasihan serta cara berpakaian dan perhiasan yang
dipakai oleh penyampai cerita juga menjadi perhatian. Pancaindera mata dan telinga
penting untuk menikmati cerita-cerita penglipur lara. Alat-alat bunyian seperti rebab,
biola dan batil sering digunakan bagi mengiringi persembahan.

2.4 Gaya Bahasa

Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan, oleh itu unsur-unsur irama seperti
rentak, tekanan dan turun naik nada suara adalah penting. Antara gaya bahasa yang
sering digunakan ialah:

a. Rangkap ulang (runs)


Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-ulang
pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan
pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. Kebiasaannya digunakan untuk
menggambarkan kecantikan seseorang anak raja, kehebatan, mengisahkan perjalanan,
perayaan diraja dan kejadian-kejadian luar biasa yang lain.

Dalam Hiakayat Raja Donan, digambarkan sambutan rakyat terhadap perayaan


diraja sempena perkahwinan wira dan wirawati.

60
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Yang capik datang bertongkat


Yang buta meraba-raba
Yang tua leka bertanya
Yang kecil terambil lintang
Yang jarak bertolak-tolakan
Yang pendek tinjau-meninjau
Yang kurap mengekor angin
(Hikayat Raja Donan)
b. Pantun
Contoh pantun yang digunakan dalam cerita Puteri Bongsu berpantun meratapi
dirinya ketika tidak dipedulikan oleh suaminya, Malim Deman.

Ada kain songket permata


Tenun Puteri Galoh Kencana
Ada lain buangkan beta
Kerana beta dagang yang hina

c. Bahasa perbandingan
Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan
wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. Misalnya,
untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh
dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan
sebagainya.

e. Penceritaan dalam bentuk prosa (naratif) diselang-selikan dengan bahasa puisi yang
indah dan berirama (‘runs’).

f. Kesan penggunaan bahasa puisi itu berupaya menimbulkan keindahan (estetika)


kerana bahasa berirama indah dari segi pemilihan kata seperti kata-kata perbandingan
atau kiasan , kata perbandingan dari segi ulangan bunyi, rima dan sebagainya.

61
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

g. Berkesan dapat menggambarkan suasana yang berbagai-bagai seperti sedih,


gembira, terharu, bahagia dan lain-lain.
h. Keindahan dari sudut gaya penyampaian dan disampaikan mengikut irama.

Aktiviti 1:
Sila buat nota ringkas tentang konsep penglipur lara dan ciri-cirinya
dalam bentuk lembaran grafik.

Aktiviti 2
Secara berkumpulan, anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang sinopsis cerita-cerita Penglipur lara dan
perincian ciri-ciri yang terdapat dalam cerita penglipur lara tersebut.

62
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

JENIS PROSA TRADISIONAL


TAJUK 4
(Cerita Mitos dan Cerita Legenda)

Sinopsis

Bahagian ini mengandungi konsep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa Tradisional
khususnya cerita mitos dan cerita legenda. Secara umumnya, topik ini akan
membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
4.1 Konsep
4.2 Ciri-ciri
4.3 Jenis-jenis
4.4 Gaya Bahasa

Hasil Pembelajaran

i. Membuat rumusan tentang konsep cerita mitos dan legenda.


ii. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa cerita
mitos dan legenda.

4.3 Mitos

4.3.1 Konsep

Mitos ialah sejenis sastera lisan yang paling tua. Mitos dianggap sebagai cerita yang
pernah terjadi dan bersifat suci oleh masyarakat yang melahirkannya. Cerita mitos
dianggap mulia kerana ada kaitannya dengan nilai dan ciri-ciri keagamaan yang
menjadi pegangan dan diyakini oleh sesuatu bangsa yang mendukungnya. Oleh sebab
itu, cerita mitos dianggap dapat menyatukan masyarakat dan dapat menyemai
semangat dan kesedaran.

Menurut Taib Osman, cerita mitos biasanya menceritakan tentang kisah dewa-
dewa dan tuhan. Sementara C. Hooykaas dalam bukunya Penyedar Sastera
menyatakan cerita ini bersifat keagamaan dan mengandungi unsur-unsur ajaib iaitu
merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau keturunan.

63
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Menurut William R. Bascom, mitos ialah prosa rakyat yang dianggap oleh
kolektifnya sebagai benar-benar terjadi dan suci (keramat). Tokohnya terdiri daripada
golongan para dewa atau makhluk setengah dewa. Peristiwa yang berlaku pula terjadi
di alam yang bukan kita kenali sekarang walaupun kisah yang berlaku adalah asal
terjadinya alam semesta, dunia atau manusia pertama. Mitos juga mengandungi cerita
asal bermulanya kehidupan dan kematian, bentuk khas binatang, bentuk topografi,
gejala alam, kisah petualang para dewa, percintaan mereka, hubungan kekerabatan
mereka, kisah perang dan sebagainya.
Dalam konteks cerita rakyat Melayu, mitos itu ialah:
“Cerita-cerita yang dianggap benar-benar pernah terjadi dan bersifat suci
. Tokoh atau watak yang terlibat dalam mitos adalah orang halus, para dewa
atau separuh dewa. Peristiwa yang diceritakan pula terjadi pada masa
lampau
dan bukan di dunia yang kita kenali kini.”
(Zaliha Sharif dan Jamilah Hj. Ahmad, Kesusteraan Melayu Tradisional,
DBP, 1993, hlmn. 106)

Mitos menerangkan tentang:

i. asal kejadian makhluk alam serta sifat-sifatnya atau tabiat makhluk


ii. asal kejadian manusia atau sifat-sifatnya
iii. asal kejadian tempat atau nama tempat
iv. asal kejadian fenomena alam

4.3.2 Ciri-ciri cerita mitos

Ciri-ciri cerita mitos ialah:

a. Cerita, kejadian dan perkara yang berkaitan dengannya dipercayai benar-benar


terjadi oleh masyarakat pendukungnya.
b. Peristiwa yang berlaku walaupun aneh dan kadang-kadang aneh dan sukar
dimengertikan, tetapi sungguh bererti dan sangat penting kepada masyarakat
khalayaknya.

64
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

c. Dari segi strukturnya, mitos biasanya merupakan cerita yang sederhana yang
terdiri daripada beberapa motif dan plotnya mudah.
d. Cara penuturannya disertai dengan upacara yang tertentu dan hanya boleh
dituturkan oleh orang yang tertentu sahaja.
e. Masyarakat khalayak cerita mitos menganggap cerita-cerita yang terkandung di
dalamnya sebagai suci dan keramat.
f. Latar belakang masa yang terdapat dalam cerita mitos ialah berlaku pada zaman
lampau (distant past).
g. Tokoh-tokoh yang terdapat dalam cerita mitos biasanya berkaitan dengan
makhluk penting dalam pengertian budaya dan masyarakat khalayak termasuk
tuhan-tuhan, dewa-dewi, atau makhluk lainnya seperti penunggu, jembalang dan
sebagainya.
h. Cerita mitos merupakan lambang kepada masyarakat khalayak kerana
ketahanannya bergantung kepada kekuatan, kepercayaan dan penerimaan
masyarakat khalayaknya.

4.3.3 Jenis-jenis

Cerita mitos terbahagi kepada empat jenis iaitu :


i. Cerita Mitos Rasmi
Cerita ini ialah mengenai tuhan yang merupakan suatu sandaran kepercayaan.
Dasar kepercayaan ini dijadikan mitos apabila dimasukkan ke dalam sesebuah cerita.
Contohnya dalam Hikayat Raja Khandak. Dalam hikayat ini, tuhan meurunkan malaikat
membantu Nabi Muhammad saw bagi menentang tentera kafir di bawah pimpinan Raja
Khandak. Tujuan memasukkan watak-watak tuhan, Nabi Adam, Nabi Muhammad itu
adalah untuk menarik perhatian dan meyakinkan masyarakat terhadap hikayat tersebut.

ii. Cerita Mitos Popular


Selalunya mengisahkan tentang tokoh dewa, separuh dewa atau separuh tuhan
yang dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Misalnya Ikan Nun dikatakan sebagai
binatang yang telah menyelamatkan Nabi Nuh. Dalam Hikayat Si Miskin, ikan ini
dikatakan telah menyelamatkan Marakarmah yang dicampakkan ke dalam laut.

65
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

iii. Cerita Mitos Politik


Mengisahkan sesorang tokoh kebangsaan yang dianggap sebagai manusia
agung kerana mempunyai hubungan dengan manusia-manusia isimewa atau dengan
tuhan. Tokoh-tokoh ini kemudiannya mendapat tempat istimewa dalam sesebuah
negara atau kerajaan. Contohnya, dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, dikatakan Merah
Silu memeluk agama Islam terus daripada Nabi Muhammad yang menemui baginda di
dalam mimpi.

iv. Cerita Mitos Asal-usul


Lazimnya, mengisahkan tentang sesuatu kejadian luar biasa yang mana dari situ
timbulnya kepercayaan hendak mendirikan dan menamakan sesuatu tempat.
Contohnya, nama Melaka diambil sempena dengan kejadian pelanduk yang
menendang anjing buruan raja dan kebetulan tempat raja berteduh di bawah pokok
bernama Melaka.

4.3.4 Gaya Bahasa

Gaya bahasa di dalam cerita mitos oleh gaya bahasa klasik yang menggunakan diksi
klasik seperti hatta, maka dan sahaya di samping pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab.
Struktur ayat lebih kepada susunan ayat pasif.

4.4 Legenda

4.4.1 Konsep

Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin, ‘Legendrus’ yang bermaksud


sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi popular dan
diguna pakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu lagi.
Menurut James Dananddjaja, legenda adalah prosa rakyat yang dianggap oleh
yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang sungguh-sungguh pernah terjadi.

66
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Robert A Georges dalam American Folk Legend, menyatakan legenda ialah


sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi pada masa
lampau atau masa terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya.

Dr. Ismail Hamid (1987) mendefinisikan cerita legenda sebagai sejenis prosa
klasik yang dianggap oleh penuturnya sebagai cerita benar. Cerita legenda adalah
bercorak sekular, tidak mengandungi unsur-unsur kesucian seperti mitos.

Menurut Zaliha dan Jamilah (1993):


“Cerita prosa rakyat yang ditokohi manusia yang ada kalanya memiliki
sifat-sifat luar biasa dan dibantu oleh kuasa atau makhluk ajaib. Cerita-cerita
legenda juga dipercayai pernah benar-benar berlaku terjadi oleh penuturnya
dan masyarakatnya tetapi dianggap suci.Legenda bersifat keduniawi, terjadi
pada masa yang belum begitu lama dan bertempat di dunia.”

4.2.2 Ciri-ciri cerita legenda


Ciri-ciri cerita legenda ialah:
a. Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam
masyarakat pendukunnya. Misalnya pembentukan Gunung Jerai di Kedah yang
dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri raja yang berkelahi yang
kemudiannya ditegur oleh Sang Kelembai.

b. Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang benar-benar
wujud dalam sejarah bangsa tersebut.
c. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang
istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan, kegagahan yang luar biasa dan
sebagainya, yang biasanya diingati secara berpanjangan oleh masyarakat
kolektifnya.
d. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam masyarakat
pendukungnya.

67
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

e. Cerita legenda sangat jelas unsur tempatannya kerana mengandungi nilai


sejarah tempatan.
f. Latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya masa
lampau tetapi ada hubungkait antara masa silam dengan masa kini.

4.2.3 Jenis-jenis cerita legenda


i. Legenda tokoh
Legenda tokoh meliputi tokoh pemimpin, tokoh pahlawan dan tokoh pendosa.
Legenda tokoh sering memfokuskan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap
pahlawan yang membanggakan masyarakat dan sesuatu bangsa. Hang Tuah,
misalnya, tergolong dalam legenda tokoh. Si Tanggang pula dianggap sebagai
tokoh pendosa.

ii. Legenda Nama Tempat


Legenda nama tempat adalah berkaitan dengan kewujudan nama-nama tempat
seperti nama Alor Gajah yang dikaitkan dengan kesan laluan gajah di tempat
yang bencah. Kelahiran nama tempat itu dianggap wajar kerana ada kaitan
dengan binatang yang besar dan kuat.

iii. Legenda Keagamaan


Lagenda keagamaan dikaitkan dengan cerita-cerita nabi dan tokoh agama dan
alim ulama. Bagi cerita yang berkaitan dengan alim ulama, sering dikaitkan
dengan konsep keramat yang dihubungkan dengan kubur tokoh-tokoh
berkenaan. Cerita-cerita yang tergolong dalam lagenda jenis ini ialah cerita Nabi
Allah Sulaiman, Nabi Allah Khidir,Saidina Ali dan cerita-cerita yang dikaitkan
dengan ulama terkemuka tempatan seperti makam Habib Noh di Singapura.

iii. Legenda Memorat


Lagenda memorat dikaitkan dengan cerita-cerita tentang pengalaman seseorang
berhubung dengan sesuatu kepercayaan, khususnya yang berkaitan dengan
alam ghaib, hantu, dan sebagainya.

68
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Walau bagaimanapun, dalam hal pengelompokan legenda ini, Harun Mat Piah dan
rakan-rakan dalam buku mereka, Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Kedua,
menjelaskan bahawa secara umumnya legenda dalam masyarakat Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga kelompok besar dengan beberapa pecahan kecil dalam setiap
kelompok seperti yang berikut ;

a) Lagenda Orang Perseorangan


- Tokoh kepimpinan/pahlawan
- Tokoh agama/lagenda pendosa/keramat
- Tokoh urusan pencarian harta/keduniaan
-
b) Legenda Nama-nama Tempat
- Berunsur historiografik
- Berunsur tokoh istimewa
- Berunsur tanda-tanda alam
- Berunsur cerita orang tua-tua

c) Lagenda Alam Ghaib (Memorat)


Memorat atau sesuatu pengalaman peribadi seseorang berhubung
dengan sesuatu kepercayaan, khasnya tentang alam ghaib, hantu dan
sebagainya.

Aktiviti :
Buat nota ringkas ciri-ciri cerita mitos dengan cerita legenda dalam
bentuk pengurusan grafik.

Renung dan fikirkan:


Bincangkan sejauh mana anda bersetuju kehebatan ‘Hang Tuah’
sebagai tokoh legenda Melayu. Kaitkan juga unsur mitos yang terdapat
dalam cerita tersebut.

69

Anda mungkin juga menyukai