Anda di halaman 1dari 34

PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

70
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

1.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami isi kandungan
prosa moden. Dalam unit ini, pelajar akan dipandu untuk memahami bagaimana prosa
moden boleh dimanifestasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Pemulihan sekolah rendah.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menjelaskan konsep, ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa dalam prosa moden.
ii. Menghuraikan konsep, ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa dalam prosa moden.

PROSA MODEN

Konsep
Ciri-ciri
Jenis-jenis
Gaya bahasa

Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 5

1.3 Konsep Prosa Moden

Prosa moden adalah karangan prosa yang timbul setelah mendapat pengaruh sastra atau
budaya Barat. Prosa ialah sebarang bentuk tulisan, atau karangan, atau pengucapan yang
tidak mempunyai corak atau irama tertentu. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden
cerpen, novel dan skrip drama.

Kesusasteraan Melayu moden, sama ada di Malaysia atau Indonesia bermula dengan Abdullah
Munsyi (1796-1854). Pada tahun 1838 terbitlah Kisah Pelayaran Abdullah karyanya dalam
beberapa hal telah membawa pembaharuan serta begitu menyumbang daripada tradisi sastera
sebelumnya. Zubir Usman dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Indonesia (1916) menyebut,

71
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

“Abdullah Munsyi sebagai pengarang Melayu pertama keluar daripada kebiasaan yang
melanggar dan mematahkan tradisi yang sudah turun temurun memalingkan penanya daripada
menceritakan kisah-kisah ghaib atau khayalan”.

1.4 Ciri-ciri Prosa Moden

Ciri-ciri prosa secara umum sebagai berikut:

a. Bentuknya bebas

Prosa memiliki bentuk yang tidak terikat oleh bait, rima, baris. Bentuk prosa umumnya dalam
bentuk rangkaian kalimat-kalimat yang membentuk paragraf-paragraf seperti dongeng,
tambo, hikayat dan sebagainya.

b. Bahasa

Bahasa dalam prosa dipengaruhi oleh bahasa lain baik Melayu atau bahasa barat.

c. Tema

Menurut Harry Shaw, tema ialah “the central and dominating idea in litery work”. Manakala
makna yang sering digunakan dalam pembicaraan sastera ialah persoalan pokok yang cuba
diketengahkan oleh pengarang. Daripada persoalan pokok itu akan terbit persoalan
sampingan yang lain.

1. Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya
sama ada cerpenis, novelis, penyair, penyajak atau penulis skrip drama bagai
mendasari karyanya.
2. Tema hanya ada satu sahaja dalam sesebuah karya.
3. Dalam usaha mengumpulkan, memilih dan menyusun bahan-bahan bagi sesuatu
karya, temalah yang menjadi panduan kepada pengkarya.
4. Tema sesuatu karya boleh jadi tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi
dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.
5. Itulah sebabnya tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya
itu dibaca dan dihayati seluruhnya.
6. Banyak perkara yang dapat dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan,
perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam dan sebagainya.

72
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

d. Perkembangan

Perkembangan prosa dipengaruhi oleh perkembangan masyarakat yang statis maupun


dinamis.

e. Pengarang

Prosa memiliki pengarang baik yang diketahui ataupun yang tidak (anonim).

f. Cara penyajian

Prosa dapat disajikan baik dalam bentuk lisan atau tertulis.

g. Pesan/amanat

Prosa memiliki pesan moral yang akan disampaikan kepada pembaca atau
pendengar.

h. Urutan peristiwa atau kejadian

Prosa memiliki alur atau jalan cerita dalam menggambarkan suatu kejadian baik itu alur
maju, mundur ataupun campuran.

i. Tokoh cerita

Dalam prosa menggunakan tokoh sama ada tumbuhan, haiwan atau manusia yang
diceritakan di dalamnya.

j. Latar/setting

Dalam menceritakan suatu kejadian dalam prosa menggunakan latar sama ada latar waktu,
latar tempat atau suasana.

1.5 Jenis-jenis Prosa Moden

Cerpen

73
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas, panjangnya
antara 500 hingga 15,000 patah kata. Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai, terutamanya
melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya dan
sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang berpusat pada
sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen
mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan pertalian
ceritanya tidaklah kompleks. Ciri-ciri cerpen antaranya sebuah cerita atau kisah berbentuk
prosa, menonjolkan hanya satu kesan, mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa dan
cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen ‘Segeluk Air’ tulisan
Khadijah Hashim.

Drama

Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para
pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut. Aksi dan dialog
penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Drama cuba
menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi
dan dialog para watak. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud
‘gerak’. Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang untuk dipentaskan.
Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti pula. Itulah sebabnya
sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat
untuk memikat perhatian penonton. Ciri-ciri drama isu konflik, aksi fizikal atau mental dan
jangka waktu persembahan yang terbatas.
Jenis Drama
 Komedi
 Tragedi
 Opera
 Pantomin
 Tragedi komedi
 muzikal

Novel

74
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Ada pelbagai pengertian yang diberikan untuk novel. Namun secara umumnya novel
bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Menurut Kamus Dewan novel
didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa yang biasanya panjang dan kompleks juga
berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut Hashim Awang novel adalah
prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan
dalam suatu masa tertentu untuk melahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik. Contoh
novel yang terkenal ialah novel Siti Nurbaya, Ranjau Sepanjang Jalan, Salina, Hari-Hati
Terakhir Seorang Seniman, Seorang Tua Di Kaki gunung dan lain-lain.

Secara khususnya pula, novel merupakan suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa
yang benar-benar berlaku atau yang imaginatif dengan penyertaan watak yang kesemuanya
digarap menurut suatu pola tertentu. Novel berbeza daripada cerpen dari segi panjangnya dan
penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu watak. Selain itu, peristiwa-peristiwa dan latar
yang terkandung dalam novel pun tidak terhad dengan mengambil jangka waktu yang panjang.
Seterusnya perjalanan cerita dalam novel lebih kompleks daripada perjalanan cerita dalam
cerpen.

Merupakan jenis sastera yang disampaikan dalam bentuk prosa yang dikenali sebagai cereka..
Novel dan cerpen mempunyai unsur-unsur sastera yang perlu dikongsi. Misalnya sesebuah
novel tidak berlaku dalam kekosongan melainkan mempunyai ruang dan waktu-waktu yang
tertentu. Setiap novel mempunyai pelaku untuk menggerakkan cerita. Pelaku dalam novel
dinamai watak. Unsur ketiga dalam novel ialah plot atau jalan cerita. Plot terlihat peristiwa yang
melibatkan watak-watak dalam perspektif ruang dan waktu yang tersendiri. Novel dihasilkan
bukan sekadar menyampaikan cerita tetapi turut menyampaikan pesanan atau amanat yang
menjadi pokok persoalan yang dinamai tema.

Unsur-unsur ini tidak akan wujud jika bahasa yang menjadi media untuk diketengahkan tidak
disampaikan dalam karya tersebut. Oleh itu pengarang perlu mempunyai satu gaya tertentu
bagi menyampaikan cerita hingga wujud unsur-unsur dalam kesatuan bagi sesebuah cerita
dalam kesepaduan.

Menurut Rahman Shaari, novel ialah karya fiksyen yang panjang, didalamnya terdapat watak-
watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen lain. Ceritanya mengandungi konflik, percubaan
menyelesaikan konflik dan denoument (penyelesaian)

75
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Menurut Hashim Awang, novel terbahagi kepada beberapa jenis:

 Novel Perwatakan: contoh Rentong (Shahnon Ahmad, 1968)


 Novel Psikologi: contoh Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan, 1983)
 Novel Peristiwa: contoh Putra Gunung Tahan (Pak Sako, 1967)
 Novel Penyiasatan: Trajedi 13 Disember (Zulkaranin Isnin, 1981)
 Novel Sejarah: Bukit Kepong (Ismail Ahmad, 1990)
 Novel Sosial: Salina (A. Samad Said, 1969), Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad,
1969)
 Novel Politik: Juara (S. Othman Kelantan, 1976)
 Novel Satira: Shit (Shanon Ahmad, 1998)

Aktiviti 1

Fikirkan dan bincang dalam kumpulan, tiga ciri penting Prosa Moden:

Tema
Persoalan
Amanat

1.6 Gaya Bahasa Prosa Moden

Merupakan teknik yang paling penting dalam penghasilan karya novel. Gaya bahasa disebut
juga sebagai style. Pengarang perlu mengambil perhatian dalam menentukan gaya bahasa
yang sesuai. Contoh gaya bahasa ialah:

Personifikasi
Memberikan sifat manusia kepada benda, keadaan atau suasana. Contohnya, “angin waktu
menyapa jendela”.

Metafora
Membandingkan sesuatu dengan keadaan yang. Mempunyai dua perkataan. Salah satu
daripadanya adalah konkrit dan satu lagi adalah abstrak iaitu tidak nyata atau menjadi
pembanding. Contohnya, “pohon-pohon menghijau embun bergantung dihujung daun”.

76
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Simile
Membandingkan sesuatu dengan jelas. Menggunakan perkataan seperti, bagai, umpama,
ibarat, bak dan laksana. Contohnya “ibarat si kera mendapat bunga”.

Paradoks
Melibatkan pertentangan yang dapat memberikan kebaikan. Contohnya, “aku mati dalam
hidup”.

Hiperbola
Membawa kepada pernyataan yang berlebih-lebihan. Untuk menekankan suatu pandangan,
pemikiran sera perasaan. Contohnya, “telinganya tajam, kecil, warna batu besi, tompok-tompok
putih berbunga di perut, dahi talamnya menerima jalur”

Inversi
Bahasa terbalik sehingga menyimpang daripada tatabahasa. Contohnya, “yang mengajar
makna berani katanya”. Sepatutnya diungkapkan sebagai “yang mengajar katanya makna
berani”.

Metonimi
Kata-kata melambangkan status atau pangkat seperti “mahkota” melambangkan kedaulatan
raja dan “tiga calit” bermaksud sarjan.

PENUTUP

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan organisasi tertentu untuk melestarikan

perkembangan sastera seperti sokongan mengadakan sayembara dan peraduan-peraduan

tertentu serta geran-geran untuk membiayai penerbitan hasil karya. Namun, masih terdapat

hambatan-hambatan dan faktor-faktor dalaman yang diluar jangkauan yang mempengaruhi

perkembangan sastera Melayu. Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam usaha

memartabatkan sastera Melayu telah menggubal Pro Forma Seni Bahasa dan Sastera Dalam

Pendidikan Pemulihan, kursus yang diambil oleh pelajar opsyen Pendidikan Pemulihan

Semester Lapan. Guru pemulihan disaran supaya lebih kreatif dalam menyampaikan dan

77
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

menerapkan kurikulum berunsur sastera dalam kurikulum pemulihan. Antara cadangan aktiviti

bersandarkan sastera ialah, dalam aktiviti bercerita, drama pendek dalam kelas dan penulisan

hasil karya yang jalan ceritanya mudah dikarang. Tanggungjawab mengembangkan sastera

Melayu terletak di atas setiap individu. Terpulanglah kepada kita untuk memanfaatkan peluang

yang tersedia ada agar generasi akan datang akan dapat terus mewarisi pusaka Melayu ini.

78
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

PROSA MODEN
TAJUK 6
Cerita/Novel Kanak-kanak

1.1 Sipnosis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami isi kandungan
prosa moden berkaitan cerita/novel kanak-kanak. Dalam unit ini, pelajar akan dipandu
untuk memahami bagaimana prosa moden boleh dimanifestasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Pemulihan sekolah rendah.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

iii. Menjelaskan konsep, ciri-ciri, struktur binaan cerpen dan cerita/novel kanak-kanak
dan gaya bahasa dalam cerita/novel kanak-kanak.
iv. Menghuraikan konsep ciri-ciri, struktur binaan cerpen dan cerita/novel kanak-kanak
dan gaya bahasa dalam cerita/novel kanak-kanak.

PROSA MODEN
Cerita/Novel Kanak-kanak

Konsep
Ciri-ciri
Struktur binaan cerpen dan
cerita/novel
kanak-kanak
Gaya bahasa

Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 6

1.3 Konsep Cerita/Novel Kanak-kanak

Fungsi sastera kanak-kanak yang biasa dan sama fungsinya dengan kebanyakkan genre
sastera adalah berfungsi sebagai bahan hiburan. Hal ini kerana bahan yang dibaca oleh
seorang kanak-kanak itu mampu menghiburkan hati mereka. Contohnya cerita jenaka. Selepas
membaca atau mendengar cerita jenaka seorang kanak-kanak itu akan ketawa dan gembira

79
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

kerana kelucuan yang wujud dalam cerita jenaka tersebut. Oleh itu fungsi sebagai alat hiburan
menjadi fungsi tetap dan ada pada setiap genre sastera tidak terkecuali juga sastera kanak-
kanak. Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarna;
dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk
menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan yang demikian sangat penting kerana kebolehan
membaca banyak bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihat Hal
ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas
bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik.

1.4 Ciri-ciri Cerita/Novel Kanak-kanak

Ciri-ciri cerita/novel kanak-kanak secara umum sebagai berikut:

i. Cerita/novel sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan kanak-kanak


dengan bahasa sastera. Misalnya sastera kanak-kanak menggunakan konsep cerita
binatang yang berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-
kanak. Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak.
Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang secara semulajadinya menyukai haiwan
dalam dunia realiti. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera
jika watak haiwan ini dipindahkan ke alam karya penulisan dalam bentuk cerita atau
novel.

ii. Cerita/novel sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya


imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak . Ia diransang sewaktu mereka mengikuti
plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca.

iii. Cerita/novel sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya. Masyarakat zaman
dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional tidak mempunyai media
hiburan untuk individu masyarakatnya. Oleh itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam
bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayaknya. Lazimnya hasil-hasil
sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik. Secara tidak
langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur.

80
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

iv. Cerita/novel kanak-kanak memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan


wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita lisan telah
menjadi medium yang penting untuk memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan
dijadikan panduan kepada setiap individu masyarakatnya. Hal ini dapat dilihat dalam
sastera kanak-kanak melalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai
watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan
tentang akibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita “Anjing
dengan Bayang-bayang”. Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan, namun ia
pada akhirnya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita
tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri interaktif dan dapat memberi kesan pada
jiwa kanak-kanak.

v. Cerita/novel kanak-kanak berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak


pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil
sastera kanak-kanak ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman,
saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang. Kesedaran
terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-kanak lagi.
cerita/novel kanak-kanak berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar
mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada
nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka.
Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai dan budi
pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jelaslah
bahawa sastera kanak-kanak bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri
sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni.

vi. Cerita/novel kanak-kanak berfungsi sebagai keperluan material atau kebendaan.


Keperluan material ini menggambarkan keadaan kehidupan fizikal yang serba lengkap
dan istimewa khususnya dari segi material. Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang
dengan gambaran tempat kediaman istana atau rumah yang bangunannya besar dan
indah dengan bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan. Selain itu, putera-puterinya
digambarkan kacak dan cantik rupawan dengan hiasan permata gemerlapan, pakaian
cantik dan berwarna-warni serta majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah
dalam suasana yang gilang-gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari segala
pelosok negeri. Jamuan yang dihidangkan pula pelbagai aneka. Hal ini dapat dilihat

81
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

dalam cerita Puteri Kayangan dan cerita Alladin dan Lampu Ajaib. Ia mencabar proses
imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan
sendiri. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak mampu berfungsi sebagai salah satu
keperluan material.

Rumusannya Cerita/novel kanak-kanak bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan tetapi
turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang menghasilkan karya
sastera kanak-kanak mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya
tersebut. Hal ini disebabkan golongan kanak-kanak ini adalah golongan yang mudah diberi
pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan.”
Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak perlu mempunyai unsur yang dapat
membentuk keperibadian kanak-kanak sebagai generasi yang mulia dan bermoral. Maka karya
sastera kanak-kanak hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan
tersebut.

1.5 Struktur Binaan Cerita/Novel Kanak-kanak

Cerita/novel kanak-kanak ialah cerita panjang dalam bentuk prosa yang memaparkan
kepelbagaian kisah hidup masyarakat sama ada peristiwa itu benar-benar berlaku atau secara
imaginasi penulis sahaja.

Tema dalam sesebuah novel lebih menarik, luas dan berkisar kepada ragam kehidupan
manusia. Novel sudah menjadi bahan bacaan popular dalam kalangan pembaca terutama
golongan remaja kerana temanya lebih berkisar kepada alam remaja.

Kemantapan aspek struktur dalam cerita/novel kanak-kanak ialah mengandungi nilai-nilai


positif, pengajaran-pengajaran, dan unsur kemanusiaan yang utuh dapat menonjolkan kekuatan
watak-watak dalam novel. Persoalan-persoalan yang ditonjolkan juga menggunakan hubungan
dan kasih sayang. Jelas, kasih sayang tidak terhad sesama manusia, malah haiwan juga
mempunyai naluri kasih sayang yang luar biasa. Perwatakan watak utama yang menyayangi
semua yang ada dalam dunianya walaupun dia sendiri yang menderita wajar diteladani oleh
pembaca khususnya golongan kanak-kanak yang sebaya.

82
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Binaan cerita kanak-kanak adalah cerita sederhana yang kompleks. Wacananya baku dan
berkualiti tinggi, tetapi binaan cerita tidak rumit di samping itu, pengalihan pola pemikiran orang
dewasa kepada dunia kanak-kanak, jiwa dan sifat kanak-kanak menjadikan cerita kanak-kanak
digemari. Dengan kata lain, cerita kanak-kanak adalah tentang kehidupan kanak-kanak dengan
segala aspek yang mempengaruhi mereka.

Sebuah cerita sebenarnya dimulai dari tema. Pengarang cerita kanak-kanak akan menjadikan
moral antara landas sesuatu cerita untuk kanak-kanak. Namun, amanat ini harus dijalin secara
menarik sehingga anak-anak tidak merasa membaca sebuah buku moral atau khutbah agama.
Pembaca dihidangkan sebuah cerita yang menarik dan menghiburkan dan dari bacaan itu
kanak-kanak (atau orang dewasa) dapat memamahi tentang pesanan yang hendak
disampaikan pengarang. Umumnya, tema yang dinyatakan secara terbuka dan tersurat kurang
dapat menarik minat pembaca.

Binaan dalam cerita /novel kanak-kanak adalah watak dalam cerita tersebut. Secara umum,
watak dapat dibahagi dua, iaitu watak utama (protagonis) dan watak lawan (antagonis). Watak
atau tokoh utama dalam cerita ini biasanya disertai watak-watak sampingan yang umumnya ikut
serta dan menjadi sebahagian daripada cerita. Watak utama ini mendapat perhatian paling
istimewa jika dibandingkan dengan watak-watak sampingan. Karakternya digambarkan secara
lengkap, sebagaimana manusia sehari-hari. Di samping itu, sering pula dihadirkan watak datar,
iaitu watak yang ditampilkan secara satu sisi (baik atau jahat) sehingga dapat melahirkan
tanggapan memuja ataupun membenci dari para pembaca.

Perkembangan karakter watak penting dengan berlakunya peristiwa yang mengandungi dilema.
Di mana jalan cerita dapat membawa perubahan dalam dilema atau kekusutan keadaan oleh
ketokohan watak utama, sehingga mampu membawa perubahan dan watak utama muncul
sebagai hero atau ada watak-watak dalam cerita sebagai antagonis yang dibenci .

Pemilihan latar dalam cerita atau novel kanak-kanak adalah penting. Peristiwa-peristiwa di
dalam cerita dapat dibangun dengan menarik jika penempatan latar waktu dan latar tempatnya
dilakukan secara tepat. Karena latar berhubungan dengan watak dan watak pula berkaitan erat
dengan karakter. Bangunan latar yang baik menunjukkan bahwa cerita tertentu tidak dapat
dipindahkan ke kawasan lain kerana latarnya tidak menunjang watak dan peristiwa-peristiwa
khas yang hanya terjadi di suatu latar tertentu sahaja. Dengan kata lain, latar menunjukkan
keunikan tersendiri dalam rangkaian kisah sehingga mampu membangun watak-watak spesifik

83
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

dengan sifat-sifat tertentu yang hanya ada pada kawasan tertentu tersebut. Dengan demikian,
tampak latar memperkuatkan watak dan menghidupkan peristiwa-peristiwa yang dibina di
dalam alur, menjadikan cerita spesifik dan unik.

Alur cerita atau jalan cerita atau situasi dalam cerita, merupakan perkara yang dititik beratkan
dalam menulis cerita atau novel kanak-kanak. Alur menuntut kemampuan utama pengarang
untuk menarik minat pembaca. Dengan kata lain alur cerita dapat dikatakan sebagai rentetan
peristiwa yang terjadi di dalam cerita. Alur dapat dibina secara lurus, di mana cerita dibangun
secara kronologis. Peristiwa demi peristiwa berkaitan langsung satu sama lain hingga cerita
berakhir. Alur juga dapat dibangun secara episodik, di mana cerita diikat oleh episod-episod
tertentu, setiap episod ditemukan oleh pemasalahan dalam cerita, klimaks, dan kesudahannya.
Khususnya pada cerita-cerita yang panjang, alur episodik ini dapat memikat pembaca untuk
mengetahui kesudahan sesuatu misteri dalam cerita tersebut.

Sebuah cerita tidak mungkin menarik tanpa peristiwa dan konflik. Peristiwa-peristiwa yang
terjadi menimbulkan konflik tertentu, seperti konflik pada diri sendiri (person-against-self);
konflik watak dengan orang lain (person-against-person); dan konflik antara watak dan
masyarakat (person-against-society). Dengan jalan cerita yang kemas dan dapat mengaitkan
dengan peristiwa-peristiwa yang sinkronis dengan konflik umumnya akan dapat meyakinkan
kanak-kanak dan ini menjadikan mereka senang, takut, sedih, marah, dan sebagainya. Dengan
bantuan bahasa yang memikat, kanak-kanak merasa teruja untuk terus membaca.

1.6 Gaya Bahasa Cerita/Novel Kanak-kanak

Binaan cerita atau novel kanak-kanak yang lain ialah gaya bahasa yang digunakan dalam
cerita. Gaya bahasa dapat menentukan keberhasilan sebuah cerita. Secara tradisional
dikatakan bahwa keberhasilan sebuah cerita bukan pada apa yang dikatakan, tetapi bagaimana
mengatakannya. Kalimat-kalimat yang sesuai dibaca; ungkapan-ungkapan yang baru dan
hidup; unsur suspen yang menyimpan kerahasiaan; pemecahan persoalan yang rumit, namun
penuh dengan tanda tanya, pengalaman-pengalaman baru yang ada nilai-nilai kemanusiaan,
dan sebagainya merupakan muatan gaya bahasa yang membuat kanak-kanak terpesona untuk
membaca bahan cerita atau novel kanak-kanak. Bersama elemen lain seperti penggunaan
sudut pandangan yang tepat, pembukaan dan penutup yang memberi kesan tertentu, gaya
bahasa adalah salah satu kunci yang menentukan berhasil atau gagalnya sebuah cerita.

84
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Aktiviti 1

Fikirkan dan bincang dalam kumpulan, ciri-ciri penting dalam menghasilkan


cerita atau novel untuk kanak-kanak yang dapat merangsang pemikiran aras
tinggi kanak-kanak

Penutup

Kanak-kanak memiliki dunia tersendiri yang jauh berbeza dengan kehidupan orang dewasa.
Masa kanak-kanak adalah tahap awal untuk mengenal berbagai macam perkara. Demikian juga
dengan sastera, meski pun kanak-kanak cenderung menyukai gambar yang ada di dalam buku
namun mesej daripada buku yang dibaca juga dapat disampaikan oleh orang dewasa.
Hakikatnya sastera kanak-kanak membincangkan tentang kehidupan, tentang berbagai
persoalan hidup manusia, tentang kehidupan pada umumnya yang semuanya diungkapkan
dengan cara yang khas melalui cerita atau novel kanak-kanak yang dikrang istimewa untuk
kalangan pembaca yang terdiri daripada kanak-kanak.

Selain itu, bahan sastera kanak-kanak yang dihasilkan memiliki nilai personal terhadap
perkembangan emosi, intelektual dan imaginasi kanak-kanak. Sastera kanak-kanak juga
mengandungi nilai pendidikan untuk membiasakan kanak-kanak membaca. Sastera juga
menawarkan berbagai bentuk kisah yang merangsang kanak-kanak untuk berbuat sesuatu.
Kanak-kanak yang fantasinya baru berkembang dan menerima segala macam cerita, termasuk
cerita tersebut masuk akal atau pun tidak.

Guru pendidikan pemulihan perlu bijak memanupulasi bahan sastera untuk menarik perhatian
murid-murid pemulihan membaca buku-buku cerita atau novel yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid-murid pemulihan. Jalan cerita yang tidak terlalu kompleks untuk difahami
kurang sesuai, tetapi klimaks cerita untuk kanak-kanak perlu berakhir dengan gembira, supaya
kanak-kanak berasa gembira dan terhibur membaca cerita-cerita yang akan membuatkan
mereka terus ingin membaca.

85
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

PROSA MODEN
TAJUK 7
DRAMA KANAK-KANAK

Sinopsis

Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara


berikut:
1.1 Konsep drama kanak-kanak
1.2 Ciri-ciri drama kanak-kanak
1.3 Gaya bahasa dan penulisan drama kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN

i. Menghuraikan konsep drama kanak-kanak


ii. Mencirikan drama kanak-kanak
iii. Membincangkan gaya bahasa dan penulisan drama kanak-kanak

1.0 Drama Kanak-kanak

Konsep Ciri-ciri

Drama
Kanak-kanak

Gaya Bahasa dan Penulisan

86
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

1.1 Konsep Drama Kanak-kanak

Drama berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau
melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan
perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya
dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama
didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka
yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai
komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan
melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan
seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah
drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-
elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain
elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni
muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan
penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan
maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca
secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip
drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan
ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.

Alam kanak – kanak penuh dengan imaginasi , mereka suka meniru dan melakonkan semula
watak – watak yang mereka perhatikan disekitar mereka . Lakonan juga mampu menggalakkan
mereka berkomunikasi dan belajar bermain peranan . Antara aktiviti yang boleh dijalankan
untuk aspek ini adalah seperti bermain boneka , bermain masak – masak , melakonkan watak
binatang , contohnya dalam lagu “ Bangau Oh Bangau ” , menyampaikan pantun ,
menyampaikan puisi dan sebagainya .

Melalui drama kanak-kanak guru pemulihan boleh melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang boleh merangsang murid-murid pemulihan mempertingkat kebolehan
penguasaan bahasa mereka. Teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip

87
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

sesebuah cerita di hadapan kelas, tetapi jika keyakinan diri mereka masih rendah murid
pemulihan boleh membaca di hadapan guru dengan bimbingan. Drama mengutamakan
penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami,
menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid
lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan, untuk murid
pemulihan catatan mungkin setakat tema cerita, watak utama dan bahagian-bahagian lain yang
difikirkan relevan dan mengikut tahap kognitif murid, supaya murid seronok dengan aktiviti
drama.

1.2 Ciri-ciri Drama Kanak-kanak

Ciri-ciri Drama

Skrip Aksi
Teks sesebuah cerita Gaya lakonan watak

Pelakon
Murid yang melakonkan teks

Skrip
Berbeza dengan prosa dan puisi/sajak, drama memerlukan skrip. Dalam skrip terdapat dialog-
dialog dan arahan yang sepatutnya diucapkan oleh pelakon. Dalam konteks murid pemulihan
guru boleh menyediakan skrip untuk beberapa babak dan tidak terlalu panjang, supaya murid
boleh mengingat skrip tersebut.

Pelakon
Skrip yang dipentaskan memerlukan pelakon, dalam kelas pemulihan guru boleh memberikan
peranan pelakon kepada murid mengikut pengamatan guru terhadap kebolehan seseorang
murid, untuk melakonkan aksi mengikut arahan skrip.

Aksi
Aksi ialah gerak laku seseorang pelakon berdasarkan arahan yang terdapat dalam skrip,
pelakon merupakan watak dalam skrip berkenaan. segala gerak laku, pemikiran dan
perwatakan adalah berdasarkan watak dalam skrip. Guru pemulihan kadang-kala akan berasa

88
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

terkejut apabila mendapati ada antara murid pemulihan yang boleh beraksi dengan baik dalam
drama. Kecenderungan dan minat menyebabkan murid boleh beraksi dengan baik.

Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar
mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang
meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama
kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body
language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa
mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan
improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar
belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan.

Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri berikut:

 Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan
dipentaskan.
 Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.
 Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang
diwujudkan.
 Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.
 Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam
plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
 Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam
plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.
 Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.
 Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa
dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya
masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

89
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Jenis-jenis drama

Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:

 Tragedi – sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira
utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan
kisahnya menemui tragedi itulah yang utama.
 Komedi – Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan.
Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya.
Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh
berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan
kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.
 Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada
persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca
atau penonton.

Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat
kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton
yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem
atau televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat
“tetap” dan kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan
(dilakonkan) di atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian
kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan
juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan
antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang
membezakannya daripada drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio
dan drama televisyen.

Struktur Drama

Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act
structure). Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga drama moden dan
lakon layar filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian.

90
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan,


dewasa dan akhir hayatnya.

Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini
demikian kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama.
Ia akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa
asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering
dikatakan sebagai “writers block”. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan.
Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam
menghasilkan cerita.

Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum
memulakan penulisan skripnya ialah:

 Fokus
 Logik
 Perwatakan.

Fokus

Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi
memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk
linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan
menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa
pertimbangan. Yang utama adalah dengan mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar,
sifat dan perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara
keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya.

Logik

Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita
sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat
mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama
sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu?
Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti

91
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya,
perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur.

Watak dan Perwatakan

Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita
untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang
menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang
menggerakkan plot cerita. Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak
sampingan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya
sesebuah drama mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong
idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini
akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik
dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong
protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.

Elemen Drama

Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:

Tema/Pemikiran

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati
cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam
skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca
naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok
ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan
sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat
menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut.
Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu
berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan
oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks.

92
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Plot

Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina
melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui
dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Konflik memainkan peranan yang cukup
penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan
ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga
kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Penulis perlu
memahami bahawa dalam sesebuah persembahan drama, usaha menarik perhatian penonton
dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting. Sebuah plot
mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens dan di sinilah kesemua binaan
dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina
(tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir
mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling
penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot
yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar
dan mendatar.

Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip.
Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, “Apa
yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan
berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya
tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak
balas kepadanya?”

Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip supaya pembaca
atau penonton dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama. Seseorang
mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun dalam sebuah
skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang menang
dalam perlumbaan antara arnab dan kuara-kura . Apabila penonton atau pembaca telah
mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu
kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut
akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul.

93
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek.
Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh
itu, sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini
akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap
adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum
struktur drama tersebut.

Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu
peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan
sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri.
Oleh itu, seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar
watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.

Latar

Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan
melalui latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah
terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa,
cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem
atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap
dari satu babak ke satu babak yang lain.

Babak

Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat
dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

Adegan

Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

94
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Bahasa

Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu,
bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah
drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang
disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan
mudah difahami supaya berkesan kepada penonton.

Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan
penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama
akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah
boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan
yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut, Cuma dalam kalangan murid
pemulihan keterlaluan menggunakan dialek dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan. Kekuatan
sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal
mengucapkan dialog secara jelas, tiada unsur humor dan menarik akan sukar menarik
perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam
mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

Ekonomi, emosi dan keseimbangan

Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam


semua elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam
membentuk corak dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan
bergantungan antara satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis
skrip ialah faktor ekenomi. Hai ini demikian kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang
elemen masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu, faktor masa perlu diberikan
perhatian. Selain itu, drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian kerana sesebuah
drama itu dihasilkan untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal
komunikasi kemanusiaan. Jika faktor ekonomi menjadi beban kepada guru untuk melaksanakan
projek drama, guru boleh mengatasinya dengan hanya mengadakan drama berbajet rendah
dan diadakan di pentas sekolah sahaja.

95
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

1.3 Gaya Bahasa dan Penulisan Drama Kanak-kanak

Gaya bahasa dikaitkan dengan ragam bahasa sastera, iaitu stilistik. Seseorang menggunakan
kemampuan linguistik untuk mengkaji pemakaian bahasa dalam karya sastera. Inilah yang
menyebabkan mengapa kebanyakan orang mengelakkan diri daripada membuat kajian stilistik.
Gaya bahasa, sebagaimana bahasa, sentiasa berkembang.

Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan
pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka.

Berikut diberikan beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam skrip drama untuk kanak-kanak:

a. Diksi

i. Bermaksud pemilihan kata

ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan,
latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka bersesuaian dengan kanak-kanak iaitu
kata-kata yang ringkas dan mudah difahami.
Diksi

Tema dan Latar Watak Mesej


persoalan

b. Ayat

i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya

ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya
yang diolahnya, untuk kanak-kanak ayat yang digunakan tidak perlu terlalu berbunga-
bunga,tetapi ayat yang berkisar dalam kehidupan harian akan lebih mudah difahami.

96
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

c. Personafikasi

i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda-benda
lain

ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan

iii. Antara contoh-contoh personafikasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir melambai-
lambai dan rumput menari-nari ditiup angin, untuk menyesuaikan dengan pemahaman kanak-
kanak boleh menggunakan personafikasi yang biasa dengan alam sekeliling mereka, seperti
bunyi itik kuek-kuek tepukan tangan mereka.

d. Simile

i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu perkara.

ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing, kurus macam lidi dan bagai aur
dengan tebing

e. Metafora

i. Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis

ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran

f. Hiperbola

i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar

ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi

97
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

g. Sinkope

i. Bermaksud penyingkatan kata

ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

h. Rima

i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada
dua baris dalam puisi

ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir

i. Asonansi

i. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi

ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal beruk, lekuk .

j. Aliterasi

i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi

ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k dalam baris ‘Dua tiga kucing berlari, mana nak
sama Si kucing Parsi’

k. Perlambangan

i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau
peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang lebih mendalam,

ii. Contohnya hijau melambangkan anak yang masih mentah, kuning melambangkan pemikiran
yang tidak bersih

98
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Renung dan fikirkan :


Cuba anda fikir-fikirkan aktiviti drama yang memerlukan kostum dan skrip
yang ringkas untuk murid pemulihan, ia bertujuan membawa kelainan
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Aktiviti:
Secara berpasangan, layari laman web berkaitan drama kanak-kanak yang pernah
dipentaskan di Istana Budaya kongsikan bersama-sama dengan rakan yang lain.
Bincangkan ciri dan gaya bahasa dalam drama tersebut.

99
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

PROSA MODEN
TAJUK 8
Biografi

Sinopsis

Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara


berikut:
1.4 Konsep biografi
1.5 Ciri-ciri biografi
1.6 Jenis biografi
1.7 Laras bahasa biografi

HASIL PEMBELAJARAN

i. Menghuraikan konsep biografi


ii. Mencirikan biografi
iii. Membincangkan jenis biografi
iv. membincangkan laras bahasa biografi

1.0 Biografi

Konsep Ciri-ciri

Biografi

Laras Bahasa Jenis

100
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

1.1 Konsep Biografi

Biografi berasal dari bahasa Yunani bermaksud catatan hidup. Kata ‘biografi’ ialah cantuman
kata ‘bios’ yang bererti hidup dan ‘graphien’ yang bermaksud catatan atau tulis. Dengan kata
lain, biografi ialah cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang.
Tokoh di dalam karya biografi biasanya terdiri daripada pemimpin yang berjasa kepada
masyarakat. Lawan kepada biografi ialah autobiografi, iaitu karya yang mencatat tentang diri
sendiri.

1.2 Ciri-ciri Biografi

Antara ciri-ciri biografi:


 Kisah riwayat hidup seseorang, berbentuk beberapa baris kalimat sahaja, namun ada
juga biografi dihasilkan dalam bentuk sebuah buku.
 Mencatat informasi-informasi penting dan ditulis dengan lengkap.
 Biografi ditulis dengan gaya cerita yang menarik.
 Kebanyakkan biografi ditulis secara kronologis.
 Biografi adalah suatu kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang yang
bersumber pada subjek rekaan (non-fiction / kisah nyata).
 Ciri-ciri sebuah penulisan biografi, bukan sekadar mengisahkan riwayat tokoh dan
kejayaan dalam bidang pekerjaan seseorang tokoh, tetapi juga menceritakan tentang
perasaan tokoh dalam mengharungi kehidupan dan pengalaman peribadi tokoh.

1.3 Jenis Biografi

Ada beberapa macam biografi, iaitu biografi dapat ditakrifkan sebagai satu catatan sejarah
seseorang atau tokoh, baik itu ditulis oleh orang lain dengan keizinan tokoh tersebut atau ditulis
oleh dirinya sendiri, penulisan biografi biasanya adalah perjalanan hidupnya ,karier tokoh
tersebut, hingga mencapai kecemerlangan dalam bidang tertentu sama ada ketika tokoh masih
hidup atau pun setelah meninggal dunia.

Jenis Biografi :

 Autobiografi

101
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Menulis biografi sendiri di kenali sebagai Autobiografi, yang mencatat perjalann hidup
sendiri. Contohnya Hikayat Abdullah yang ditulis oleh Abdullah Munsyi(1849) dan
Hikayat Nakhoda Muda (1788) .
 Biografi.
Ditulis oleh orang lain, berdasarkan keizinan tokoh dan cara penulisan biografi ini
adalah:

- Authorized biography, iaitu biografi yang penulisannya mendapat keizinan dan


kebenaran daripada tokoh.
- Unauthorized biography, iaitu biografi yang ditulis oleh seseorang tanpa
pengetahuan atau keizinan daripada tokoh, biasanya keadaan ini kerana tokoh
tersebut telah meninggal dunia.

 Perjalanan hidup atau karier tokoh

Isinya berupa perjalanan hidup tokoh yang lengkap atau sebahagian hidupnya yang
paling memberi kesan kepada masyarakat. Perjalanan karier tokoh daripada awal
hingga akhir dalam bidang kerjayanya hingga mencapai kejayaan.

1.4 Laras Bahasa

Antara penanda bidang atau disiplin ilmu ialah laras bahasa. Hal ini kerana lain bidang ilmu,
maka akan lain pula laras bahasa. Pengarang tidak boleh sewenang-wenang menggunakan
istilah. Kesilapan menggunakan istilah atau ayat akan menyebabkan makna tersasar. Dalam
bahasa Inggeris, istilah laras dikenali sebagai ‘register.’ Istilah ini dipopularkan oleh Thomas
Bertram Reid pada tahun 1956. Sebelum itu, Straumann (1935) pernah mengkaji Newspaper
Headlines: A study in linguistic method dan Savory (1967) yang mengkaji The Language of
Sciene. Yang dimaksudkan laras ialah ragam bahasa atau variasi bahasa. Ragam penggunaan
bahasa adalah berbeza antara satu bidang ilmu dengan satu bidang ilmu lain. Selain itu,
terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan wujud kepelbagaian laras, seperti situasi,
tajuk, persekitaran, status sosial, kerahsiaan isu, genre, geografi, bentuk penyampaian dan
sebagainya. Dalam wacana ini memandai khalayak memahami bahawa faktor bidang ilmu
sebagai penyebab wujud kepelbagaian ragam bahasa.
S. Nathesan (1995) mengkategorikan tiga aspek membina laras, iaitu (a) aspek Leksis, (b)
aspek tatabahasa, dan (c) aspek ketenunan. Leksis bermaksud komponen-komponen bahasa

102
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

yang membina istilah atau ayat. Ia terdiri daripada kata (kosa kata / pembendaharaan kata),
istilah pinjaman dan istilah bukan pinjaman (bahasa). Tatabahasa merujuk aturan bahasa atau
sistem bahasa seperti pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat.

Laras Bahasa Dalam Penulisan Biografi

Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam
bahasa. Dengan wujudnya pengetahuan berkaitan sesuatu laras, seseorang pengguna bahasa
seperti guru dan murid sekolah, akan menggunakan laras yang sesuai bagi menyampaikan
buah fikiran atau maklumat dengan tepat kepada sasaran. Selain itu juga, pengetahuan
berkaitan laras akan memberi pendedahan kepada guru , laras bahasa wujudnya dan terdapat
pelbagai variasi bahasa dalam menyampaikan maklumat kepada murid. Dengan menggunakan
laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang
difahami. Dalam penulisan biografi memperlihatkan laras bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Renung dan fikirkan :


Fikir dan tuliskan biografi seorang tokoh terkenal, yang boleh menjadi
sumber inspirasi untuk memotivasikan murid pemulihan.

Aktiviti:
Secara berpasangan, layari laman web berkaitan biografi tokoh, catatkan
ketokohannya dari sudut kerjaya yang ada kaitan dengan peribahasa ‘belakang
parang diasah lagikan tajam, inikan pula manusia....’

103

Anda mungkin juga menyukai