Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1 (PENULISAN AKADEMIK)

Pengenalan
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat kita dalam pelbagai bidang. Selebih-lebih lagi bagi anak murid kita yang
masih setampuk darah, masih memerlukan penerapan ilmu yang luas demi masa depan
yang cerah. Oleh yang demikian, pendidikan merupakan tunjang dalam membina,
membentuk jati diri yang mulia. Pada era globalisasi ini, satu-satunya cara berkomunikasi
yang dikenal iaitu melalui bahasa. Menurut Depdiknas, Plato (2005) berpendapat bahawa
bahasa adalah ucapan yang berasal dari perasaan dan pemikiran manusia yang
disampaikan secara teratur dan dengan suara sebagai medium. Sementelahan, Walijia;
Syamsuddin, mentakrifkan bahasa sebagai alat berkomunikasi yang efektif dalam
menyampaikan pesanan, perasaan, idea dan pendapat satu pihak kepada pihak yang lain.
Secara rumusnya, bahasa dapat disimpulkan sebagai alat untuk berinteraksi ataupun
berkomunikasi bagi menyampaikan fikiran, gagasan, konsep mahupun perasaan.
Peristiwa-peristiwa zaman dahulu telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan
alat berkomunikasi bagi anak Malaysia sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-15 dengan gelaran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang haruslah ditanam, disemai ke dalam
sanubari anak murid kita khususnya murid pemulihan khas yang memerlukan kasih
sayang yang sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran bersosial,
keyakinan diri serta mengurangkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara rakyat
Malaysia yang berbilang kaum agar peristiwa 13 Mei tidak diulangi. Untuk mengelakkan
peristiwa yang menyedihkan berulangi, kerajaan amat menitikberatkan pendidikan
khususnya dalam unsur sastera bagi bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pengajaran
unsur sastera mampu memperkukuhkan konsep penguasaan murid di sekolah rendah
mahupun sekolah menengah dengan lebih efektif lagi efesien. Lebih penting lagi, ia amat
berkesan bagi murid pemulihan khas yang memerlukan pengajaran yang lebih
menyeronokkan. Secara tidak langsung, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
memberikan pendidikan yang sama rata kepada murid pemulihan khas dapat dicapaikan.
Konsep seni bahasa

Menurut Zahirah Aziz (2001) menyatakan bahawa konsep kesusateraan telah


digunakan dalam sistem pendidikan bagi mata pelajaran yang merangkumi bahasa.

“ Kesusasteraan ialah karya ciptaan yang mengungkapkan pengalaman dan perasaan


manusia. Oleh itu, murid boleh menghargai dan menghayati nilai estetika yang terdapat
dalam sebuah karya’’

Berdasarkan pernyataan yang berkait di atas, konsep seni bahasa terdiri daripada
perkataan “seni” dan “bahasa”. Menurut Ibn Khaldun, seni merupakan keindahan,
kebenaran dan kebaikan di mana terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.”
Sementelahan, Walijia; Syamsuddin, mentakrifkan bahasa sebagai alat berkomunikasi
yang efektif dalam menyampaikan pesanan, perasaan, idea dan pendapat satu pihak
kepada pihak yang lain. Maka dalam konteks kajian ini, seni bahasa merujuk kepada
pengaplikasian karya yang merangkumi unsur-unsur dan nilai-nilai keindahan dalam PdP
dan dapat disampaikan dengan kaedah ataupun bentuk yang menarik, menyeronokkan
mahupun memudahkan sesuatu pengajaran bagi murid pemulihan khas. Secara
ringkasnya, seni bahasa dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menggunakan
pendekatan yang menyeronokkan murid dan dapat digelar sebagai “didik” dan “hibur”.
Misalnya, nyanyian, lakonan, bercerita dan berpuisi. Dalam proses PdP dalam bahasa,
aspek seni bahasa merupakan komponen yang amat diberi perhatian dalam
menghulurkan tangan kepada murid pemulihan khas yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran terutamanya dalam kemahiran membaca. Kewujudan seni bahasa dalam
PdPC abad ke 21 dapat menerajui murid pemulihan khas memperolehi pengajaran yang
mengutamakan keseronokan pembelajaran tanpa membiarkan murid berasa tertekan
untuk menuntut ilmu. Walaubagaimanapun, pembelajaran yang mengutamakan
keseronokan masih tidak mengetepikan matlamat yang dirancang oleh KPM iaitu untuk
membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan
idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Ini membawa maksud bahawa
pembelajaran yang menarik diperlukan dalam PdP namun pengajaran haruslah mencapai
objektif yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran berdasarkan kepada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan strategi untuk
memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan
memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu turut ditekankan. Hal yang demikian
menyebabkan transformasi kurikulum turut dilaksanakan di sekolah rendah yang mana
akan memberikan fokus kepada kemahiran asas iaitu kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang lagi holistik yang
merangkumi aspek seni bahasa. Kebelakangan ini, kerajaan juga giat dalam
memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa dalam PdPC agar anak
murid kita dapat merealisasikan hasrat transformasi berkenaan khususnya murid
pemulihan khas yang memerlukan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik. Didik hibur
dalam konteks ini merujuk kepada mendidik sambil menghibur anak murid kita. Dalam
Kamus Dewan (2000), mentakrifkan “didik” sebagai pelihara, jaga dan ajar dengan
berwaspada manakala “hibur” membawa erti menyenangkan dan menggiringkan hati
seseorang. Oleh yang demikian, sebagai seorang pendidik, didik hibur perlu diterapkan
dalam PdPC agar konsep pengajaran dapat disampaikan dalam masa yang lebih singkat,
efektif lagi mudah kepada murid pemulihan khas yang selaras dengan pembelajaran abad
ke 21.

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) Aminudin Adam menjelaskan bahawa


kementerian menerapkan konsep ‘Fun Learning’ atau didik hibur yang tidak terhad kepada
pembelajaran dalam bilik darjah . Menurut beliau lagi, pendekatan didik hibur memberi
peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana menyeronokkan dan menyediakan
mereka dengan kemahiran komunikasi, kolaboratif dan pemikiran kritis serta kreatif.
Pernyataan tersebut dikuatkan lagi oleh Yahya (2012) yang menjelaskan bahawa suasana
pembelajaran yang menarik, kondusif dan menyeronokkan amat diperlukan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu, pembelajaran yang menyeronokkan
berkait rapat dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Hal ini turut disokong
oleh Yahya dan Dayang Raini (2011), memaparkan terdapat perbezaan yang signifikan
bagi min prestasi pemahaman bacaaan antara murid-murid berpencapaian sederhana
yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi komputer secara
interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran
menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. (lampiran)

Unsur Sastera Melayu


Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya asal yang
tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk
prosa tradisional ataupun puisi tradisional, novel, cerpen, drama, sajak bagi mengimbangi
JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial di samping memaparkan nilai
kemanusiaan dan citra masyarakat. Maka kesusasteraan Melayu haruslah dititikberatkan
dalam PdP agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan penuh keindahan malahan dapat
menarik perhatian , minat anak murid untuk memperoleh ilmu.

Sebenarnya, sastera Melayu mengandungi beberapa unsur-unsur yang tidak boleh


dikecualikan dalam PdP bagi murid pemulihan khas. Antaranya termasuklah tema,
persoalan, plot, watak, perwatakan ,sudut pandangan, teknik penceritaan, nilai-nilai murni
mahupun pengajaran dan juga gaya bahasa. Dalam karya sastera Melayu, tema dan
persoalan amat diperlukan. Hal ini demikian kerana tema merupakan idea pokok ataupun
isi utama yang ingin disampaikan oleh penulis dan lazimnya terdapat satu tema dalam
satu karya. Jadi, sekiranya murid ingin memahami jalan cerita dalam sesebuah cerita,
novel mahupun cerpen, unsur tema ini perlu diketahui terlebih dahulu. Sebaliknya,
persoalan dalam sastera Melayu merujuk kepada isi-isi kecil ataupun sampingan yang
menyokong hujah tema utama. Persoalan berlainan berbanding dengan tema yang hanya
terdapat satu sahaja, ia boleh dibahagikan kepada beberapa dalam satu karya.
Kewujudan persoalan yang pelbagai dalam sesebuah karya sastera bertujuan
menghidupkan dan mengukuhkan tema yang cuba disampaikan oleh pengarang.
Misalnya kisah Sang Singa dan Si Tikus merupakan salah satu contoh sastera yang
bertema haiwan. Bagi persoalan yang boleh diketengahkan iaitu keberanian Si Tikus
dalam menyelamatkan Sang Singa. Tema dan persoalan dalam sesebuah karya amat
diperlukan dalam PdP khususnya bagi murid pemulihan khas kerana ia berperanan dalam
melahirkan generasi muda yang mempunyai pemikiran kritis yang selaras dengan hasrat
pembelajaran abad ke 21.
Selain daripada itu, plot juga merupakan salah satu unsur sastera Melayu yang penting. Plot
merupakan jalan cerita yang menghubungkan antara perisitiwa dalam sesebuah cerita yang rapat
pertaliannya dengan gerak laku watak-watak dalam cerita. Secara ringkasnya plot merupakan urutan
cerita. Sekiranya murid dapat menguasai plot cerita malahan murid tersebut dapat memahami karya
sastera tersebut. Sebagai contoh, kisah Sang Singa dan Si Tikus dimulai dengan bahagian
permulaan iaitu Si Tikus tinggal dalam lubang, Sang Singa tinggal dalam hutan. Jalan cerita diterusi
dengan perkembangan apabila Si Tikus keluar dari lubangnya untuk mencari makanan dan secara
tidak sengaja terpijak Sang Singa yang sedang tidur dan menyebabkan Sang Singa marah
terhadapnya dan ingin makannya. Bahagian perumitan bermula apabila Si Tikus merayu Sang Singa
untuk melepaskannya dengan berjanji bahawa ia dapat menolong pada suatu hari ini. Situasi
tersebut telah menyebabkan Sang Singa berasa Si Tikus ini membuat lawak dan dihibur olehnya
lalu melepaskannya. Bahagian Klimaks tercapai apabila Si Tikus mendengar suara Sang Singa
meraum untuk meminta pertolongan. Pada saat tersebut, Si Tikus mengigitkan jaring perangkap
untuk menyelamatkannya. Pada bahagian peleraiannya, Sang Singa dan Si Tikus telah menjadikan
sahabat yang erat. Plot karya di atas telah menunjukkan bahawa plot dapat diklasifikasikan kepada
lima bahagian iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks dan juga peleraian. Kewujudan
plot penting dalam sastera Melayu khususnya untuk membantu murid pemulihan khas dalam PdP

kerana ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengingat kembali jalan cerita yang
terdapat dalam sesebuah karya malahan ini dapat memberi gambaran yang lebih panjang dalam
ingatannya. ( Merujuk pada rajah 1)
Rajah 1 : Bahagian plot

Bukan itu sahaja, watak dan perwatakan dikira sebagai unsur yang penting dalam
karya satera Melayu. Watak dalam konteks ini merujuk kepada aanusia atau pelaku dalam
cereka berbentuk naratif atau drama yang diberikan sifat-sifat tertentu termasuk perangai
dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya (dialog) dan apa yang mereka lakukan
(aksi). Manakala perwatakan pula merujuk kepada sifat-sifat fizikal atau mental, tabiat,
perilaku dan sifat keperibadian watak. Watak dan perwatakan dikira sebagai salah satu
unsur yang penting. Cuba fikirkan sekiranya murid tidak mengetahui watak dan
perwatakan dalam sesebuah karya, adakah murid tersebut mampu memahami jalan cerita
karya tersebut. Jawapannya amat ketara iaitu tidak, murid tidak dapat memahami jalan
cerita mahupun unsur sastera yang lain. Oleh itu penghafalan diperlukan oleh murid
pemulihan khas terhadap watak perwatakan dalam sesebuah karya sastera agar mereka
dapat memahami unsur karya sastera yang selanjutnya. Sebagai seorang pendidik, teknik
yang berkesan seperti penggunaan perisian-perisian “powerpoint” untuk mereka
permainan yang dapat menghibur dan mendidik anak murid diperlukan agar mereka dapat
memahami watak perwatakan dalam sesebuah karya sastera. Contohnya bagi kisah Sang
Singa dan Si Tikus, guru boleh merekakan watak dan perwatakan Sang Singa, Si Tikus
dalam permainan yang berunsur TMK iaitu teknologi, maklumat dan komunikasi agar
murid dapat belajar sambil main. Maka pembelajaran lebih berkesan dapat diwujudkan.
Bukan sekadar ia menonjolkan sifat dalam perwatakan tersebut, malahan ia juga dapat
memberi pengajaran kepada murid sama ada dalam bentuk tersirat mahupun tersurat.
Penggunaan karya sastera kanak-kanak iaitu cerita haiwan, murid pemulihan khas dapat
melakukan banding beza antara perbezaan kedua-dua watak. Dalam sesuatu penceritaan
sastera, watak antagonis dan protagonis sangat penting untuk diselitkan bagi
menimbulkan sikap ingin tahu murid terhadap pengakhiran cerita tersebut.

Tambahan pula, unsur nilai-nilai murni dan pengajaran yang diterapkan juga
haruslah bersesuaian dengan tahap murid-murid khususnya murid pemulihan khas yang
lemah dalam penguasaan kemahiran membaca. Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
(2009), masalah gejala sosial disiplin murid didapati semakin hari semakin serius. Menurut
Lihanna Borhan (2001), murid-murid sering dikatakan tidak pandai membuat
pertimbangan nilai, tidak berakhlak. Data bilangan kes salah laku murid di sekolah jelas
memaparkan gejala keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan murid-murid. (KPM ,
2012). (Merujuk pada rajah 2)
Jadual 2 : Data bilangan kes salah laku disiplin murid

Berdasarkan data tersebut, kita dapat menginsafi bahawa betapa serius masalah
keruntuhan moral murid pada abad ke 21 ini dan tindakan perlu diambil dengan serta
merta agar murid dapat dipupuk, diterapkan dengan nilai-nilai murni yang terpuji bagi
melahirkan insan yang mulia dan mampu mengiringi negara menjadi lebih maju. Pertama
sekali, pendidikan merupakan tunjang utama dalam membina, membentuk insan yang
mulia dengan menyuburi, menanam anak murid dengan nilai-nilai yang terpuji. Tanpa
penerapan nilai-nilai dan pengajaran yang terpuji maka kita tidak dapat menunaikan hasrat
kerajaan untuk membentuk insan yang seimbang dari segi JERIS. Dengan sedemikian,
maka para pendidik berperanan penting dalam menyuburi anak murid. Unsur nilai-nilai
murni dan pengajaran boleh diterapkan melalui karya sastera agar dalam PdP murid
belajar sambil main dapat menginsafi dan menyedari nilai-nilai yang tersirat dalam karya
tersebut. Sebagai contoh, kisah Sang Singa dan Si Tikus menyedari murid-murid haruslah
mengenang jasa orang lain yang telah menghulurkan bantuan kepada kita semasa kita
dalam berada dalam kesusahan. Bukan itu sahaja, dalam kisah tersebut juga
menggalakkan murid untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan
bantuan kita. Jadi dalam kehidupan seharian, murid mengetahui semasa terserempak
orang tua yang ingin melintas jalan, maka murid perlu memimpinnya. Dengan pengajaran,
nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan sastera, murid dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian agar dapat hidup dengan lebih harmoni.
Gaya bahasa juga merupakan unsur yang penting kerana bahasa yang digunakan
dalam menyampaikan maklumat terhadap murid mestilah mudah difahami. Dalam sastera,
penerapan puisi-puisi Melayu tradisional seperti pantun juga sangat penting untuk
memberi pendedahan kepada murid pada peringkat awal mengenai seni bahasa Melayu.
Berpandukan kepada kisah Sang Singa dan Si Tikus , terdapat juga aspek seni bahasa
yang dapat diselitkan seperti pantun nasihat. Gaya bahasa yang dipilih mestilah
bersesuaian dengan tahap kefahaman murid pemulihan khas . Dengan menggunakan
sastera sebagai salah satu medium dalam membantu murid pemulihan khas , bahasa
Melayu akan menjadi lebih menarik.

Kesantunan Berbahasa
Menurut Asmah (2000) dalam Model kesantunan, kesantuan berbahasa ditakrifkan
sebagai bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan mahupun
rasa tersinggung. Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa adalah
penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantuan
berbahasa amat penting tidak kira dalam kehidupan seharian. Dengan wujudnya
pendidikan maka baru dapat lahirkan insan yang mempunyai bersopan santun semasa
berbahasa. Jadi kesantunan berbahasa diperlukan dalam pengajaran pendidikan
pemulihan khas agar anak murid dapat berbudi pekerti, bersopan santun semasa
menggunakan bahasa. Bukan sekadar itu, anak murid pemulihan khas juga dapat
menggunakan bahasa Melayu yang tepat untuk berkomunikasi dengan orang lain agar
tidak dipandang rendah, diejek oleh orang lain disebabkan penggunaan bahasa pasar.
Kita sering melihat fenomena kontemporari dan trend yang memperlihatkan kesantunan
ketika berbahasa tidak diamalkan sepenuhnya dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
Sebagai warga pendidik, penerapan unsur sastera merupakan langkah awal dalam
menyekat tular perkara tersebut dalam kalangan murid-murid. Berpandukan kepada
pernyataan tersebut, maka wajarlah kesantunan berbahasa ini dititikberatkan dalam
subjek bahasa Melayu.

Ciri-ciri kesantunan berbahasa yang harus diterapkan dalam pengajaran murid


pemulihan khas iaitu kata sapaan, gelaran, kata ganti nama dan ungkapan bertatasusila.
Kata sapaan dan gelaran merupakan sistem pangglan yang digunakan untuk memberi
salam kepada seseorang agar tidak dikutuk tidak meghormati orang yang lebih uzur
daripada kita. Murid pemulihan khas kadang kala tidak disukai oleh orang yang lebih tua
disebabkan mereka berasa anak murid kita tidak menghormati mereka. Jadi untuk
mengelakkan senario ini berlaku secara berterusan, guru haruslah memberikan didikan
kepada mereka melalui bahan sastera. Kata sapaan yang digunakan dalam cerita
tersebut pula ialah ‘Tuan’ iaitu merujuk kepada kata sapaan ketika Si Tikus meminta Sang
Singa melepaskannya. Bagi penggunaan kata gelaran pula, dalam penceritaan semula
karya sastera, bahasa gelaran yang digunakan adalah seperti Raja Rimba merujuk
kepada singa yang kuat. Kata gelaran yang digunakan adalah tidak menyinggung mana-
mana pihak yang digelar, malah menunjukkan keperibadian watak tersebut. Dalam dunia
pendidikan sebenar sering kali kita lihat permasalahan murid-murid yang sering mengejek
dan menggelar rakan-rakan mereka dengan perkataan yang tidak sopan. Melalui
penerapan sastera dalam pengajaran, masalah ini juga dapat diatasi.

Ungkapan bertatasusila menunjukkan bahawa ungkapan yang dituturkan


mempunyai nilai-nilai bahasa yang tinggi dan tidak mempunyai unsur sindiran kepada
pendengar. Ciri-ciri ini perlu dideahkan kepada murid pemulihan khas melalui pengajaran
seni bahasa dan sastera. Sebagai contoh, dalam penceritaan semula kisah-kisah teladan,
bahasa yang digunakan meliputi kepada keperluan keempat-empat aspek dalam
kesantunan berbahasa. Dalam kisah Sang Singa dan Si Tikus, kata ganti nama yang
digunakan ialah kau, kamu, dan saya. Penggunaan kata ganti juga perlu dilihat kepada
situasi-situasi tertentu. Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama ini sangat
penting dalam kalangan murid pemulihan supaya mereka tidak salah menggunakan kata
ganti nama ketika bertutur kepada umum.

Kesantunan berbahasa telah menjadi berdarah daging dan menjadi lambang jati diri
bangsa Melayu sejak zaman berzaman. Pendek kata, orang Melayu sudah sekian lama
disinonimkan denan kesantunan dalam berbahasa dan perlakuan. Jadi demi
kelangsungan jati diri bangsa Melayu yang unggul dan gemilang, semestinya setiap
lapisan masyarakat terus menyemarakkan penggunaan bahasa yang santun dalam
kehidupan seharian dan tindakan ini perlu dimulai daripada para pendidik untuk
menerapkan sifat yang mulia ini kepada anak murid kita agar mereka dapat menggunakan
bahasa yang betul lagi tepat untuk bergaul, berkomunikasi dengan orang lain tanpa diejek,
dipinggir dan dapat menjadi insan yang berbudi pekerti dan mampu menerajui negara kita
ke persada dunia dan mampu bersaing dengan negara yang maju demi maruah negara.
Kesimpulannya, bahan sastera tidak dapat dikecualikan dalam membimbing,
mendidik anak murid khususnya murid pemulihan khas. Hal ini demikian kerana mereka
merupakan sehelai kain putih yang menunggu jemari untuk mencorakkannya.

Yang korik itu kendi,

Yang Merah itu saga;

Yang baik itu budi,

Yang Indah itu bahasa.

Konsep seni bahasa


Unsur sastera Melayu
Kesantunan berbahasa
Kepentingan unsur di atas

Bahasa - seluruh dunia (komunikasi, salah faham dikurangkan)


Bahasa - utk memudahkan berkomunikasi, pendidikan amat penting

Menurut tokoh… persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting dlm


merangsangkan pembjran lebih efektif. Pembljran dlm suasana yg menyeronokkan dpt
meningkatkan keberkesanannya. Seni bhs dpt mewujudkan insan sebegini.

Konsep seni bahasa- definisi (menurut….) prinsip….


Kepentingan konsep seni bahasa - pembelajaran selaras dgn abad ke-21.
Cth pemblrjan you unsur didik hibur….
BBM
Murid pemulihan khas - simpton khasnya bagi murid….
lebih senang bljr, melalui didik hibur

Anda mungkin juga menyukai