Anda di halaman 1dari 48

PROSA MODEN

Prosa Moden

• Cerpen, drama dan novel merupakan tiga


genre yang terkandung dalam genre
moden.
Cerpen
• Cerpen merupakan gabungan dua
perkataan iaitu cerita dan pendek.
• Cerpen ialah cereka atau cerita rekaan
dalam bentuk prosa.
• Cerpen menjadi popular seiring dengan
perkembangan media cetak.
• Cerpen memaparkan tentang sikap,
pemikiran dan pandangan penulis dalam
karyanya.
Sambungan cerpen
• Cerpen menggambarkan tentang sesuatu
zaman sama ada masalah ekonomi,
sosial, pendidikan dan politik.
• Teknik pengolahan cerpen adalah
berbeza.
• Sebuah cerpen mengandungi 500 hingga
18000 patah perkataan.
• Sebuah cerpen yang baik mengandungi
1500 hingga 5000 patah perkataan.
Sambungan cerpen
• Oleh sebab bilangan patah perkataan cerpan
terhad, ia tidak boleh mengemukakan banyak
persoalan dan menjangkau latar masa yang
lama.
• Cerpen hanya mengemukakan satu kejadian
atau satu peristiwa sahaja dan hasilnya hanya
satu kesan sahaja.
• Cerpen biasanya memusatkan perkembangan
watak hanya kepada beberapa orang sahaja.
Sambungan cerpen
• Kesan cerpen biasanya dapat di lihat
daripada emosi pembaca.
• Cerpen mempunyai tema, plot, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar masa dan
latar tempat serta sudut pandangan
penulis.
Kategori cerpen berdasarkan
ukuran panjang pendeknya.
• Cerpen panjang yang disiarkan secara
bersiri dalam majalah atau akhbar. Bentuk
sebegini terdapat sebelum Perang Dunia
Kedua.
• Bentuk cerpen pascaperang sepeti “Teks”
karya Shahnon Ahmad dan “Rumah Kedai
di Jalan Seladang” karya A.Samad Said.
• Cerpen pendek (cerpen mini)
Tema
• Dalam cerpen ada tema.
• Tema ialah persoalan pokok yang hendak
di sampaikan oleh penulis kepada
pembaca.
• Dalam sebuah cerpen hanya ada satu
tema sahaja.
Persoalan
• Merupakan beberapa persoalan sampingan
yang terdapat dalam cerpen.

• Latar dalam cerpen


• Latar agak terhad, singkat dan cakupnya tidak
luas.
• Perlu meninggalkan kesatuan kerana tema dan
plotnya satu.
• Dalam cerpen ada latar tempat, latar masa dan
latar masyarakat.
Watak dan perwatakan
• Watak-watak dalam cerpen tidak ramai.
• Merupakan pengerak kepada plot dan
jalan cerita.
• Watak terbahagi kepada dua iaitu yang
berperanan sebagai watak pratogonis atau
watak antagonis.
Plot cerpen
• Merupakan jalan cerita sesbuah cerpen.
• Plot ada dua jenis iaitu kronologi – mengikut
urutan atau tidak kronologi.

• Gaya Bahasa
• Bahasa yang digunakan dalam cerpen.
• Sama ada mudah difahami atau tidak, pemilihan
kata-kata bersesuaian atau tidak.
• Menggunakan bahasa yang bagaimana.
Gaya bahasa
• Ada juga mengguna unsur-unsur bahasa seperti
metafora, personifikasi, simile dan sebagainya.
• Contoh cerpen “Menatap Wajahnya” karya Siti
Hajar Mohd Zaki.
• Metafora: kasihku tertumpuh melebihi selautan
buat cikgu………
Ada manik putih menenpias pipiku….
• Personifikasi: …….. Masing-masing mengepung
perasaan yang bergelora…. Hati ini selalu
memberontak…
……….sambungan cerpen..
• Simile: Seluruh kekuatanku teragut bagaikan
seorang……….
Aku anak emas Cikgu Balqis.

Teknik Penceritaan
• Cara cerita disampaikan kepada pembaca.
• Imbas kembali.
• Teknik Dialog
• Teknik pemerian
Nilai dalam cerpen
• Setiap cerpen yang ditulis mempunyai nilai
tersendiri bertujuan untuk mendidik
pembaca.
• Contohnya nilai kemanusiaan, nilai
kemasyarakatan, nilai moral, dan nilai
keagamaan dan lain-lain.
Pengajaran dalam cerpen
• Setiap cerpen mempunyai unsur
pengajaran yang tersendiri.
• Bertujuan untuk memberi pengajaran
kepada pembaca melalui watak-watak
yang terdapat dalam cerpen.
Sudut pandangan penulis
• Cerpen mempunyai sudut pandangan
penulis di dalam.
• Penulis memberi pandangan berdasarkan
cerita yang ditulus
Drama
• Drama adalah sastera Melayu moden
yang berkembang atas dramatika iaitu
menggunakan dialog atau perbualan bagi
menyampaikan isi, mesej, tema atau kisah
yang hendak diceritakan.
• Drama berbeza dengan karya-karya lain
kerana ia tidak berakhir di atas kertas
sahaja.
• Drama boleh dilakonkan.
Sambungan drama
• Seperti cerpen dan novel, drama juga
mempunyai tema atau persoalan-
persoalan penting yang perlu diterokai dan
dihayati.
• Disamping itu drama juga mempunyai
pemikiran-pemikiran yang tersendiri
termasuk persoalan budaya dan adat.
Sambungan drama
• Drama merupakan genre sastera dalam
jenis cereka atau fiksyen.
• Kini banyak karya drama diterbitkan dalam
bentuk buku, ditayangkan melalui
televisyen atau diperdengarkan melalui
corong radio.
• Drama dianggap jenis sastera yang lebih
hampir dengan kita.
Sambungan drama
• Perkataan drama berasal daripada bahasa
Yunani yang bermaksud “gerak: atau
dalam bahasa lnggeris disebut “action”.
• Dahulu drama lebih terkenal dengan
panggilan “ sandiwara”.
• Drama dicipta untuk dipentaskan atau
dilakonkan.
• Drama memerlukan pelakon untuk
memainkan peranan watak.
Sambungan drama
• Barisan pelakon akan melakonkan aksi-
aksi yang telah ditetapkan dan melafazkan
dialog yang disediakan.
• Terdapat dialog berbentuk puisi,hingga
dinamakan drama puisi.
• Ada juga drama yang ditulis bukan dengan
tujuan untuk dipentaskan,tetapi hanya
untuk dibaca. Drama jenis ini dinamakan
drama bacaan.
Ciri – ciri drama
• Konflik:- ciri drama yang penting juga disebut
permasalahan.
• Konflik:- dapat mengambil beberapa bentuk
seperti kesalahan yang perlu diperbetulkan,
masalah yang perlu diselesaikan, musuh yang
perlu ditewaskan.
• Konflik:- semua yang melibatkan watak terpaksa
membuat keputusan.
• Konflik:- memerlukan aksi dan tindakan.
Tema dan Persoalan
• Dalam drama hanya ada satu tema
sahaja.
• Tetapi mempunyai beberapa persoalan
yang diketengahkan.
Plot
• Seperti cerpen dan novel drama juga
mempunyai plot sama ada mengikut
urutan iaitu kronologi atau tidak mengikut
kronologi, tidak mengikut urutan.
Watak dan Perwatakan
• Mempunyai watak seperti hasil karya yang
lain.
• Watak-watak yang terlihat dalam
sesebuah drama tidak begitu ramai.
• Contoh drama: “Jerat” karya Ria Asmira,
hanya melibat 5 watak sahaja. Lamin, ibu
bapanya dan kawannya Kudin dan Ujang.
Latar
• Dalam drama ada menggunakan dua latar iaitu
latar tempat dan latar masa.
• Kedua-dua latar ini menjelaskan kepada
penonton dan pembaca di mana adegan
tersebut berlaku.
• Contoh drama: “Jerat” karya Ria Asmira.
• Babak 1 : latar tempat ialah di rumah keluarga
Lamin. Manakala latas masa pula waktu tengah
hari.
• Babak 2 : latar tempat ialah di Bukit Tinggi iaitu
suasana dalam hutan. Latar masa pula waktu
siang.
Gaya Bahasa
• Bergantung kepada penulis gaya bahasa
yang bagaimana hendak digunakan.
• Drama adalah berbentuk dialog.
• Ada juga menggunakan unsur-unsur
bahasa seperti metafora, personifikasi,
simile, peribahasa dan sebagainya.
Nilai murni dan unsur pengajaran

• Dalam drama terdapat nilai murni dan


unsur pengajaran yang hendak
disampaikan oleh penulis.
• Contoh drama “Jerat” karya Ria Asmira.
Dalam drama ini terdapat nilai seperti
kemasyarakat, kemanusiaan dan agama.
NOVEL
• Novel merupakan sebuah karya penulisan yang
panjang dan mengandungi unsur-unsur yang
sama seperti cerpen.
• Iaitu tema, plot, perwatakan, latar masa dan
tempat, gaya bahasa serta sudut pandangan
penulis dan berkisar kepada persoalan-
persoalan kehidupan manusia dan
kemasyarakatan
• Dalam novel terkandung pengajaran menurut
sudut pandangan penulis tentang satu-satu
persoalan.
Novel
• Novel merupakan kisah rekaan panjang yang
ditulis dalam bentuk prosa dan memaparkan
pengalaman hidup manusia sebagai sumber
penulisan.
• Berbentuk cerita rekaan yang memaparkan
peristiwa yang berlaku atau yang dialami oleh
watak atau kisah khayalan yang dituliskan
secara kreatif dan menarik.
• Pengalaman hidup manusia yang pelbagai
ragam itu menjadi sumber novelis(penulis) untuk
menghasilkan karya imagenatif lagi kreatif.
Novel
• Novel biasanya lebih panjang daripada cerpen dan
memerlukan latar, watak dan masa yang lebih panjang.
• Misalnya novel untuk bacaan remaja, mengandungi
antara 25 000 hingga 40 000 patah perkataan, iaitu
antara 120 hingga 299 halaman A4.
• Novel Di hadapan Pulau karya A. Samad Said hanya
setabal 134 halaman tetapi novel Anugerah karya
Zaharah Nawawi (2005), setebal 1351 halaman.
• Apa yang penting ialah keupayaan penulis itu sendiri
mengungkapkan isi atau persoalan.
• Penerapan nilai murni atau pengajaran lebih diutamakan
berbanding dengan aspek keindahan bahasa.
Ciri-ciri Novel
• Ciri atau ciri dalaman novel bermaksud
aspek susunan atau aspek sastera yang
menjadi dasar penulisan novel berkenaan
• Novel yang baik dan bermutu sewajarnya
memperlihatkan ciri seperti
tema,plot,[urutan peristiwa],subplot,teknik
penceritaan,latar,gaya bahasa,watak dan
perwatakan,dan sudut pandangan untuk
dihayati oleh pelajar dan pembaca
Tema
• Tema merupakan idea utama atau persoalan
pokok yang mengawal karya sastera
• Misalnya,tema peperangan,percintaan atau
penyelewengan
• Dalam novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad
Said,tema utama ialah kesan buruk akibat
peperangan yang melahirkan pelbagai
persoalan lain seperti masalah
sosial,ekonomi,dan politik.
Plot [urutan peristiwa]
• Plot merupakan susunan peristiwa dalam novel atau
cereka yang menunjukkan cara pengarang menyusun
ceritanya
• Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara tertib
atau secara songsang,bergantung pada daya kreativiti
dan kemahiran pengarang berkenaan
• Dalam hal urutan peristiwa,pengarang kerap
menyelitkankan unsur ketegangan (suspens) untuk
menimbulkan minat pembaca agar terus menghayati
karyanya.
• Sebaliknya novelis seperti A.Samad Said, gemar
menggunakan plot yang yang kompleks seperti pada
novel Sungai Mengalir Lesu dan Daerah Zeni.
• Namun kebanyakkan pengarang menggunakan plot
yang bersifat kronologi dan mudah difahami.
Subplot
• Bermmaksud plot sampingan atau plot
tambahan kepada plot utama.
• Kebanyakan penulis novel menerapkan
unsur ini di dalam novel mereka untuk
menjadikan cerita mereka lebih menarik.
Teknik Penceritaan
• Pengarang menggunakan teknik penulisan
tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada
lhalayak pembaca.
• Teknik penceritaan yang biasa termasuklah
teknik dialog, teknik monolog dalaman, teknik
imbas kembali, teknik pemerian, dan teknik
laporan.
• Contohnya, novel Di Hadapan Pulau karya A.
Samad Said yang memperlihatkan pelbagai
teknik penceritaan.
Latar
• Latar merupakan keterangan yang berkaitan dengan
ruang ,waktu,tempat,budaya dan terjadinya aksi dalam
novel
• Novel Terminal Tiga karya Othman Puteh misalnya
menggunakan latar masa antara tahun 1994 hingga
1995,di samping menggunakan latar negeri Sabah dan
Kuala Lumpur [Semenanjung Malaysia] sebagai latar
tempat penceritaan.
• Namun begitu,latar tidak terbatas pada masyarakat
manusia, sebaliknya terdapat pengarang yang
menggunakan binatang sebagai latar penceritaan
• Contohnya,Marwilis Haji Yusuf menggunakan
masyarakat binatang seperti arnab dan pelanduk,
sebagai latar novelnya, Perlumbaan Kedua.
Gaya Bahasa
• Gaya bahasa adalah susunan perkataan yang digunsksn
olrh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan
serta fikiran dan maksud dalam penulisannya.
• Pengarang bertabggungjawab memilioh kosa kata yang
sesuai dengan keadaan dan penceritaan dan
menggunakan perkataan pilihan dengan wajar dan
berhati-hati.
• Matlamat pengarang untuk menghasilkan yang bukan
sahaja menggunakan kosa kata yang mudah, betul,
tepat dan ringkas tetapi juga menggunakan kosa kata
yang sopan, tidak bergaya bahasa lnggeris atau bahasa
Arab yang keterlaluan sehingga menenggelamkan
bentuk dan gaya bahasa Melayu.
Gaya Bahasa
• Sesuai dengan karya kreatif, penulis juga ada
menggunakan bahasa harian atau dialek untuk
mewujudkan kesan sebenar terhadap
penceritaan watak-watak tertentu dakam novel
• Contohnya Shahnon Ahmad menerusi novelnya
Ranjau Sepanjang Jalan, banyak menggunakan
dialek Kedah.A. Samad Said puloa
menggunakan beberapa patah perkataan
bahasa lnggeris seperti shelter yang bererti
kubu.
Watak dan Perwatakan
• Bermaksud pelaku untuk menggerakkan cerita menerusi
aksi dan dialog.
• Perwatakan bermaksud terknik seseorang pengarang
menggambarkan dan melukis sesuatu watak.
• Dalam novel biasanya diperlihatkan watak yang banyak
dan peristiwa yang pelbagai.
• Watak-watak ini boleh dipanggil utama, watak
sampingan, watak putih, watak hitam, watak pipih, watak
bulat watak dinamik atau statik.
• Maksudnya dalam novel terdapat pelaku baik, yang
jahat, yang mulanya jahat kemudian menjadi baik, yang
bercampur sekejap baik atau sekejap baik dan
sebagainya.
Sudut Pandangan
• Sudut pandangan merupakan cara pengarang
mempersembahkan bahan cerita atau kedudukan
pandangan pengarang dalam hal menggambarkan aksi
atau pelakuan sesuatu watak dalam cerita.
• Dalam penulisan penulis menggunakan beberapa sudut
pandangan untuk menggambarkan pemikiran dan tindak
tanduk watak.
• Contohnya sudut pandangan objektif, sudut pandangan
serba tahu dan sudut pandangan terhad. Antara unsur
yang kerap diutamakan pastinya sudut pandangan orang
pertama atau aku, sebagaimana yang terdapat dalam
novel Terminal Tiga karya Othman Puteh, dan novel Di
Hadapan Pulau karya A.Samad Said.
Nilai Murni dan Pengajaran
• Dalam setiap karya sememangnya ada nilai murni dan
unsur-unsur pengajaran diserapkan bertujuan untuk
mendidik pembaca.
• Antara nilai-nilai murni yang di serap ialah 17 nilai utama
iaitu baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan,
keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran,
kerajinan, kerjasama, kesedarhanaan, kesyukuran,
rasional, semangat bermasyarakat dan semangat
patriotisme.
• Contoh novel Pahlawan Pasir Salak karya Mohd. Ismail
Sarbini menampilkan keberaniaan sebagai nilai dan
pengajaran. Dalam novel ini penulis mengajar pembaca
agar berani mempertahankan tanah air daripada
penjajah,
Jenis Novel
• Terdapat beberapa jenis novel dan penjenisannya
bergantung kepada kandungan dan persoalan yang
dikemukakan oleh penulisnya.
• Penjenisan novel dapat dilihat sebagai berikut.
• 1. Novel sosial iaitu ceritanya menyentuh perkara yang
berkaitan dengan masyarakat yang memokuskan pada
beberapa seperti pendidikan, pergaulan, gejala sosial
dan ekonomi. Contohnya:
a) Salina karya A. Samad Said
b) Panas Salju karya Talib Samat
c) Terminal Tiga karya Othman Puteh
d) Julia karya Abu Hassan Morad
Jenis Novel
• 2. Novel Kekeluargaan iaitu ceritanya menyentuh hal-
hal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan.
Contoh novel:
a) Meniti Kaca karya Raja Sabaruddin Abdullah.
b) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.
c) Konserto Terakhir Karya abdullah Hussain
d) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed
Abdullah.
• 3. Novel Sejarah iaitu ceritanya berdasarkan peristiwa
sejarah yang pernah berlaku. Contoh novel:
a) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd. Ismail Sarbini
b) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
c) Merdeka! Merdeka! Karya A. Rahman Hanafiah
d) Bukit Kepong karya Ismail Johari
Jenis Novel
• 4. Novel Satira iaitu cerita berbentuk sindiran menerusi
penggunaan watak manusia dan watak bukan manusia. Contoh novel:
a) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusof.
b) Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad

• 5. Novel pengembaraan iaitu cerita berkisar kepada pengembaraan


watak. Contoh novel:
a) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf.
b) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain.
c) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh

• 6. Novel biografi iaitu cerita mengenai tokoh tertentu dan


penceritaannya dilakukan oleh orang lain yang disampaikan dalam
bentuk kreatif. Contoh novel:
a) Limpahan Darah di Sungai Semur karya Zakaria Salleh
b) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari.
c) Kanang: Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Noordin.
Perbezaan Novel dan Cerpen
• Novel :- panjang dan jumlah perkataannya melebihi
20,000.
• Novel mempunyai satu tema tetapi banyak persoalan.
• Mempunyai beberapa bab.
• Jumlah watak yang banyak dan perwatakannya lebih
terperinci.
• Novel memperlihatkan banyak peristiwa dalam pliotnya.
• Latar tempatnya banyak manakala latar masanya lebih
panjang dan latar masyarakatnya pelbagai
• Menggunakan satu atau lebih sudut pandangan.
Perbezaan Novel dengan Cerpen
• Cerpen:- Jumlah kosa katanya antara 1500 hingga 5000
dan tidak berbab.
• Cerpen menggunakan satu tema dan sedikit persoalan.
• Jumlah wataknya juga sedikit manakala perwatakannya
tidak terperinci.
• Sedikit sahaja peristiwa yang dipapar dalam plotnya.
• Latar tempatnya juga sedikit, latar masanya singkat dan
latar masyarakatnya terhad.
• Penggunaan unsur dan gaya bahasa agak terbatas.
• Pengarang menggunakan satu sudut pandangan.
BY: NCL IPBA

Anda mungkin juga menyukai