Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 1 (PENULISAN ESEI)

Pengenalan

Isi Kandungan
Konsep, ciri-ciri, faktor-faktor mempengaruhi Disleksia

Menurut Fadhilah Fitri (2009), perkataan disleksia berasal daripada bahasa Yunani “dys”
bermaksud kesulitan untuk dan “lexis” bermaksud huruf. Pengkaji Choong Lean Keow (2009)
dalam buku “Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku” mentakrifkan “disleksia” sebagai
kesukaran menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan
bahasa. Konsep disleksia dibuktikan melalui pernyataan daripada Jacinta F. Rini, M.Psi dari
Hermawan Consulting dengan menerangkan bahawa disleksia atau gangguan yang berupa
kesukaran membaca adalah disebabkan oleh kelainan neurologis. Gejalanya iaitu kemampuan
membaca kanak-kanak berada bawah kemampuan yang sepatutnya dengan mempertimbangkan
tingkat kecerdikan, usia dan pendidikannya. Kehadiran murid disleksia lazimnya tidak disedari oleh
guru disebabkan mereka mempunyai tahap kecerdasan mental yang searas ataupun melebihi
murid biasa. Oleh yang demikian, kita sebagai warga pendidik perlulah memerhatikan ciri-ciri
kanak-kanak disleksia melalui 4 aspek iaitu umum, pengamatan dan tingkah laku, kecelaruan
pandangan dan penglihatan serta kemahiran motor. Secara umumnya, perkembangan pertuturan
dan bahasa murid disleksia adalah lambat. Jadi, kemahiran mengeja, membaca amat lemah.
Contohnya mereka akan keliru dengan perkataan yang hampir sama seperti “b” dan “d”.

Mereka akan menghadapi masalah membaca yang lambat dan mempunyai


tulisan yang kurang bagus.

Anak dengan disleksia suka mengurangi atau


menambahkan kata ketika sedang membaca.
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf “p”
dianggap “q” dan huruf “b” dianggap “d”.
Sering membalik kata-kata, misalnya buku dibaca
“duku”, bau dengan “buah”, buta dengan “batu”, dan
lainnya
Pengidap disleksia selalu terjadi pada pasangan
kembar atau bayi yang lahir tidak cukup bulan.
Suka menukarkan pemahaman konsep, misalnya,
bingung terhadap pemahaman konsep atas dengan
bawah, depan dengan belakang, dan sebagainya.
Kadang-kadang juga disertai artikulasi suara gagap.
Sering juga disertai kesalahan eja dan kesalahan tulis.
Misalnya, jika didiktekan kata pagar, mungkin ditulis
“papar”. Kesalahan tulis ini juga mencakup ketidak-
mampuan untuk membuat tulisan indah, sering
tulisannya tidak terbaca. Gangguan ini akan berlanjut
sampai anak meningkat dewasa.

Anda mungkin juga menyukai