Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Disleksia?

Posted by blogpmm on March 4, 2010

Tajuk : Apa itu Disleksia?

Pengarang: Sheila Devaraj & Samsilah Roslan

Penerbit: PTS Professional Publishing

Mukasurat: 140 halaman

Diulas oleh: HARYANI BINTI HASSAN (JKE)

Doktor Samsilah Roslan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia. Puan Sheila Christine Devaraj merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Tengku

Ampuan Jemaah, Klang dan juga Setiausaha Agung Persatuan Disleksia Peringkat Kebangsaan.

Mengapa terdapat kanak-kanak yang pintar tetapi sukar belajar? Buku ini menerangkan bahawa disleksia itu

bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.

Tetapi setiap penghidap disleksia itu mempunyai tahap masalah yang berbeza diantara mereka. Diantara ciri-ciri

penghidap disleksia adalah:

1. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk

2. Sering mungurang atau menambah huruf atau perkataan ketika membaca atau menulis sesuatu.

3. Mengalami kekeliruan pada huruf seperti b dan d serta p dan q.

4. Keliru diantara kiri dan kanan.

5. Kehilangan jejak semasa membaca seperti melompat bacaan dari baris pertama ke baris ketiga, melihat tulisan

menjadi kecil dan besar, tulisan seperti berpusing.

6. Kesukaran mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.

7. Kurang kosentrasi semasa membuat sesuatu kerja atau tidak dapat menghabiskan sesuatu kerja sehingga

habis.

Disleksia adalah penyakit yang tidak boleh diubati tetapi boleh dirawat dengan beberapa kaedah. Penulis

mencadangkan langkah-langkah mudah bagi membantu kanak-kanak disleksia menguasai kemahiran penting

dalam meningkatkan keyakinan diri.

Masalah mengingat perkataan, fonologi, ingatan jangka pendek dan kesedaran sintak adalah antara masalah yang

dikupas oleh penulis di dalam buku ini. Simptom dan masalah identifikasi di peringkat pra sekolah, sekolah rendah,

menengah dan dewasa turut diketengahkan. Mengenali jenis disleksia juga dapat membantu pembaca mencari

teknik-teknik berkesan bagi menangani penghidap disleksia.

Buku ini juga memberi contoh-contoh tentang penghidap disleksia yang telah berjaya menjadi orang ternama

seperti Albert Einstein, Da Vinci, Whoopy Gooldberg dan Bill Gates. Ini membuktikan bahawa penghidap disleksia

bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian juga membuktikan bahawa tahap kecerdasan
intelektual penghidap disleksia adalah normal dan tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan dan

pendengaran.

Kanak-kanak disleksia ini perlu diberi peluang dan sokongan yang tinggi untuk mengelakkan perasaan rendah diri

menguasai diri mereka agar mereka boleh menjadi orang yang berjaya seperti beberapa orang ternama yang

menghidap disleksia.

Buku ini sesuai dibaca oleh ibu bapa dan juga pendidik untuk mencari idea dan menambah nilai kreatif dalam

proses pembelajaran dan pengajaran untuk pelajar dan juga anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai