Anda di halaman 1dari 10

Tip Pendidik Cemerlang

Posted by blogpmm on March 5, 2010

Tajuk: Tip Pendidik Cemerlang

Penulis: Mohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri dan

Azali Mohamed

Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Muka Surat: 140 halaman

Diulas oleh : HARYANI BINTI HASSAN (JKE)

Di dalam buku ini, penulis menjelaskan bahawa untuk mencapai kecemerlangan selain daripada faktor peribadi

pelajar itu sendiri terdapat beberapa faktor atau elemen lain yang memainkan peranan penting seperti peranan

pendidik dan persekitaran.

Buku ini merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia yang melibatkan seramai

420 pelajar daripada 15 buah fakulti dan 14 buah kolej kediaman.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini, terdapat 19 ciri utama yang perlu dimiliki oleh setiap

pendidik ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang. Antaranya ialah mempunyai pegangan agama yang kuat,

pemurah ilmu, berfikiran terbuka, bertanggungjawab, mempunyai penampilan menarik, berkeyakinan tinggi,

menghormati pelajar, menepati masa dan kreatif dalam pengajaran.

TIP 1: PEGANGAN AGAMA YANG KUAT

Setiap agama di dunia ini sentiasa menggalakkan penganutnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik

dengan ikhlas dan jujur.

Pendidik yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa memastikan setiap tugas dan tanggungjawab

yang telah diamanahkan kepadanya dilakukan dengan penuh komitmen dan tanpa ada perasaan menyesal,

mengeluh dan membebankan.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik amatlah mulia dan tinggi nilainya sekiranya tugas sekiranya tugas

dan tanggungjawab tersebut dilakukan dengan penuh komitmen dan jujur.

2. Setiap amalan dan tugas yang dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda

sama ada di dunia mahupun di akhirat.

3. Masa depan masyarakat dan bangsa adalah bergantung penuh kepada kecemerlangan dan kemajuan generasi

pelajar pada hari ini.

4. Sentiasa mencari peluang menambah ilmu agama ke arah kecemerlangan akademik pelajar menurut perspektif
islam atau nilai-nilai murni agama lain.

5. Menerapkan nilai-nilai akhlak yang mulia semasa menyampaikan ilmu seperti menugucap salam sebelum

memulakan pengajaran dan menghalalkan ilmu selepas tamam mengajar sesuatu subjek.

TIP 2: PEMURAH ILMU

Pendidik yang cemerlang lazimnya pemurah ilmu. Dia sentiasa bersedia mencurahkan ilmu untuk berkongsi

maklumat dengan pelajarnya tentang segala pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap cebis maklumat dan kemahiran yang diberikan kepada pelajar

dengan jujur dan ikhlas merupakan suatu amalan yang baik dan sangat dituntut oleh semua agama.

2. Perkongsian dan perbincangan ilmu dan kemahiran oleh pendidik ke atas pelajarnya tidak akan merugikannya

malahan memperkembangkan ilmu tersebut.

3. Matlamat utama seseorang pendidik adalah untuk mendidik dan melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya

saing. Oleh yang demikian pendidik haruslah bersedia untuk memberikan segala ilmu dan kemahiran yang ada

agar matlamat tersebut dapat dicapai dengan jayanya.

4. Ilmu yang diberikan seumpama api yang dicurahkan minyak. Semakin banyak ilmu yang dicurahkan maka

semakin berkembanglah ilmu pendidik tersebut.

TIP 3: BERFIKIRAN TERBUKA

Pendidik yang berfikiran terbuka akan mempertingkatkan prestasi akademik pelajar kerana mereka menjadi idola

pilihan pelajar. Dia juga akan sentiasa bersedia menerima komen serta kritikan daripada pelajarnya tanpa

perasaan marah. Nabi Muhammad s.a.w sendiri masih lagi menerima cadangan dan pandangan daripada

sahabatnya.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik haruslah peka bahawa setiap pelajar mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh membantu mereka

untuk berjaya. Kelemahan pendidik seperti tiadanya sifat keterbukaan boleh menjejaskan prestasi akademik

pelajar.

2. Mempraktikkan konsep menerima tanpa syarat. Pendidik yang mempraktikkan konsep menerima tanpa syarat.

Pendidik yang mempraktikkan konsep ini hendaklah menerima semua pandangan dan kritikan pelajar tanpa

sebarang syarat atau kriteria.

3. Sikap rendah diri dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna akan membantu setiap pendidik

untuk menerima pandangan orang lain, walaupun orang yang memberikan pandangan itu berkedudukan lebih

rendah atau usia yang lebih muda.


TIP 4: BERTANGGUNGJAWAB

Pendidik yang bertanggungjawab ialah pendidik yang menjalankan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh

dedikasi. Dia akan memastikan segala matlamat dan objektif tugasnya tercapai dengan cemerlang.

Tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh pendidik ialah pengajaran, penerbitan dan penyelidikan. Pendidik

yang bertanggungjawab akan memastikan ketiga-tiga matlamat ini dicapai dengan jayanya walaupun mereka

terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik perlu ingat bahawa tugas mengajar merupakan amanah utama yang perlu disempurnakan walaupun

ada tugas lain seperti perundingan dan penyelidikan.

2. Pendidik perlulah sentiasa bertanya kepada pelajar di akhir kuliah atau amali untuk menilai tahap kefahaman.

3. Pendidik juga perlulah sentiasa membuat persiapan kuliah dan amali dengan maklumat ilmu terkini supaya

pelajar tidak ketinggalan dari segi kualiti dan skop ilmu yang disampaikan.

TIP 5: PENAMPILAN MENARIK

Penampilan menarik merupakan kunci paling penting bagi seseorang pendidik untuk memenangi hati pelajar.

Penampilan imej pendidik itu dapat digambarkan melalui pemikiran, gaya, pertuturan gerak-geri dan penggunaan

bahasa.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Sentiasa menjaga kebersihan

2. Memiliki sahsiah yang positif dan optimis

3. Sentiasa bersangka baik dengan orang lain

4. Bersedia menerima kritikan dengan hati yang terbuka

5. Bersedia melakukan perubahan

6. Murah dengan senyuman

7. Berusaha memperbaiki kelemahan diri.

TIP 6: MENEPATI MASA

Pendidik yang cemerlang harus tahu dan lebih efisien dalam menepati masa demi kecemerlangan pelajar. Dia

mestilah mengutamakan pengurusan masa dari pelbagai aspek kerana ia akan menjadikan kehidupan pelajarnya

lebih teratur.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:


1. Tiba lebih awal dari masa yang telah dijadualkan

2. Menyediakan nota-nota subjek dan ulangkaji secara teratur sebelum waktu pengajaran

3. Membuat jadual masa yang efektif

4. Menggunakan masa dengan baik

5. Jangan bertangguh-tangguh

6. Manfaatkan masa yang ada

7. Menyusun perkara mengikut keutamaan

TIP 7: KREATIF

Daya imaginasi yang tinggi juga menjadi asas yang utama untuk menjadi pendidik yang kreatif. Pendidik

sedemikian gemar mencuba pendekatan yang baru dan menarik dalam menyampaikan ilmu. Situasi sedemikian

akan menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran tanpa menjemukan pelajar semasa mengikuti kuliah

dan amali yang disampaikan.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik mesti berani mencuba pelbagai teknik pengajaran

2. Pendidik baru perlulah bertanya kepada pendidik yang senior tentang kaedah mengajar

3. Pendidik perlu banyak membaca

4. Pendidik perlu sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar.

TIP 8: MERANCANG MENGAJAR

Perancangan yang teliti akan memastikan setiap waktu kuliah digunakan sebaik mungkin bagi tujuan

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Dengan adanya perancangan pengajaran, kandungan dan bahan

yang hendak disampaikan akan menepati kehendak sukatan pelajaran.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Mengetahui maklumat umum berkaitan dengan kelas seperti bilangan pelajar, nisbah pelajar lelaki dan

perempuan, tempat kuliah yang disediakan, waktu kuliah dijalankan, tempoh masa kuliah dijalankan dan purata

umur pelajar.

2. Mengenal pasti topik dan aktiviti supaya masa yang sesuai dapat digunakan secara optimum untuk

menggunakan strategi pengajaran yang sesuai.

3. Menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar seperti pengalaman dan pengetahuan yang pernah mereka lalui

atau pelajari sebelumnya. Ini dapat membantu pendidik mengaitkannya dengan pelajaran baru.

4. Menyediakan sumber yang bersesuaian dapat menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan.

5. Kaedah dan teknik pengajaran seperti perbincangan, seminar, forum, soaljawab dan latih tubi boleh dijalankan
mengikut kesesuaian topik yang diajar.

6. Pengurusan masa perlu dilakukan dengan baik agar bilangan waktu yang diperuntukkan sesuai dengan topik

yang diajar agar tidak berlaku tumpuan berlebihan kepada sesuatu tajuk sehingga mengabaikan tajuk kuliah yang

lain.

TIP 9: BERPENGALAMAN LUAS

Pendidik yang berpengalaman merupakan mereka yang mahir dengan penggunaan teknologi maklumat untuk

mengajar, boleh berkomunikasi dengan berkesan, bijak membuat soalan peperiksaan yang merangkumi skop

pengajaran dan berupaya membuat penilaian peperiksaan supaya pembahagian markah adil dan saksama.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Sentiasa berkongsi pengalaman dengan pendidik yang senior. Setiap pendidik perlu didampingi dengan seorang

mentor yang terdiri daripada pendidik senior.

2. Sentiasa mengambil peluang menghadiri seminar, bengkel dan majlis ilmu untuk menambahkan pengalaman

teknik penyampaian berkesan

3. Menghadiri majlis ilmu yang berkaitan dengan kemahiran kebijaksanaan emosi dan teknologi maklumat.

4. Mengikuti bengkel komunikasi berkesan dan asas kaunseling

5. Menghadiri majlis ilmu yang berkaitan dengan psikologi pendidikan dan penilaian pelajar.

TIP 10: MATLAMAT JELAS

Pendidik yang cemerlang sentiasa sedar akan tugas dan tanggungjawabnya sebagai penyampai ilmu melalui kuliah

dan amali walaupun mempunyai peranan lain seperti penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan.

Seseorang pendidik perlu terlebih dahulu mempunyai sumber ilmu yang sentiasa terkini dan peka dengan

perkembangan ilmu dan mempertingkatkan kualiti nota kuliah dan amali untuk disampaikan kepada pelajar.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Sentiasa muhasabah diri bahawa mereka merupakan pencari dan peneroka ilmu untuk disampaikan kepada

pelajar agar dapat meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan negara.

2. Sentiasa mencari dan menggunakan peluang untuk menambahkan ilmu yang boleh diperolehi melalui pelbagai

cara seperti membaca, berkongsi pengalaman, menghadiri majlis ilmu dan melayari internet.

3. Menyertakan pengetahuan dan penemuan hasil penyelidikan sebagai bahan pengajaran dengan

memperkenalkan hasil penerbitan penyelidikan kepada pelajar

4. Sentiasa bersedia memperkenalkan buku rujukan yang terkini dan baru diterbitkan kepada pelajar.

5. Sentiasa peka dengan misi dan visi universiti yang berkaitan dengan kemajuan akademik pelajar dan polisi

pembangunan pendidikan dan akademik negara.


TIP 11: BERKEYAKINAN TINGGI

Keyakinan yang tinggi amat penting bagi seseorang pendidik dalam menyampaikan maklumat atau syarahan

kepada pelajar. Pelajar dapat menilai sama ada seseorang pendidik tersebut telah bersedia untuk mengajar

ataupun bersikap sambil lewa ketika memulakan pengjaran.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik perlu memiliki kemahiran asas penyampaian pengajaran dengan mengikuti kursus yang berkaitan.

2. Latih tubi pengucapan awam hendaklah dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.

3. Pendidik juga mesti bijak menangani perasaan tidak yakin dengan mempelajari teknik bersenggang.

4. Semua pendidik dikehendaki mengikuti kursus pengajaran mikro yang dapat menambah keyakinan diri.

5. Persiapan awal amat penting kerana kerja pada saat akhir akan menimbulkan perasaan kurang keyakinan

semasa mengajar

6. Pendidik perlu sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

7. Pendidik perlu melafazkan ungkapan kata-kata yang optimistik.

TIP 12: MENGHORMATI PELAJAR

Menghormati pelajar bermaksud bahawa pendidik memahami kelakuan dan permasalahan yang dihadapi oleh

pelajar, tidak lokek dengan senyuman dan mudah untuk didekati oleh pelajarnya.

Pendidik merupakan ibu dan bapa kepada pelajar semasa di institut pengajian tinggi. Oleh yang demikian pendidik

seharusnya menjadikan diri mereka seperti berada dalam sebuah keluarga yang besar supaya mereka akan

sentiasa dihormati dan disayangi oleh pelajarnya.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Berikan sepenuh perhatian kepada pelajar

2. Selalu sebut nama pelajar ketika berhubung

3. Berterima kasih di atas penglibatan pelajar

4. Hormati pandangan pelajar

5. Lihat mata dan wajah pelajar ketika berbicara.

6. Tanamkan perasaan simpati ketika mendengar permasalahan pelajar

7. Menjadi pendengar yang baik

TIP 13: PEMBIMBING

Pendidik perlu menginsafi bahawa mereka bukan hanya penyampai ilmu teteapi juga sebagai pembimbing.

Pendidik yang berperanan sebagai pembimbing akan memastikan pelajar memahami kandungan kuliah dan amali
dengan sebaik-baiknya.

Untuk menjadi pembimbing yang baik, pendidik perlu merangsang, meyakinkan dan memberi sepenuh tumpuan

kepada keperluan pelajar yang sedang berhadapan dengan ilmu.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Seseorang pendidik perlu menguasai teknik berkomunikasi supaya dapat memberikan bimbingan untuk

kemajuan akademik pelajar.

2. Pendidik perlu memperoleh ilmu yang berkaitan dengan personaliti, tingkah laku dan psikologi remaja untuk

menghayati proses bimbingan yang akan disampaikan

3. Pendidik perlu memperoleh ilmu teknik memotivasi pelajar supaya pelajar sentiasa dibimbing melalui

rangsangan positif.

4. Sentiasa bersabar dengan kerenah pelajar untuk menjadi pendidik yang merupakan pembimbing. Pengetahuan

tentang tingkah laku pelajar remaja boleh membantunya berperanan sebagai pembimbing

5. Tidak mengharap pelajar berfikir sama taraf dengan tahap pemikiran pendidik yang berkelulusan tinggi

6. Menjalankan kelas bimbingan untuk memantapkan kefahaman pelajar.

TIP14: KOMITMEN TINGGI

Seseorang pendidik yang komited dengan profesionnya akan gigih berusaha mengajar dengan baik dan

menjalankan tugas yang lain dengan baik juga.

Pendidik yang komited juga akan memastikan persediaan untuk kuliah dan amali dilakukan dengan sebaik-baiknya

dan setniasa berusaha menguasai bahasa Inggeris supaya bijak berkomunikasi untuk menyampaikan ilmu dengan

baik. Penguasaan bahasa Inggeris pendidik mestilah pada tahap yang tinggi.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Sentiasa menilai diri untuk mengetahui kelemahan yang ada supaya setiap kelemahan ini dapat diubah menjadi

kekuatan.

2. Sentiasa merangsang diri untuk menjadi pendidik yang mempunyai komitmen yang tinggi dengan mengikuti

program motivasi dan penguasaan bahasa ilmu secara berkesan

3. Menghadiri program komunikasi berkesan secara berterusan

4. Membuat persiapan kuliah dengan sebaik-baiknya dan menambahkan mutu komunikasi persembahan kuliah.

5. Memantapkan kualiti bahan pengajaran dengan memberikan nilai tambah sekerap yang mungkin.

TIP 15: PENASIHAT AKADEMIK

Untuk menjadi penasihat yang prihatin seseorang pendidik perlulah menjadi pendengar yang baik, bersifat terbuka

dan menunjukkan imej mesra yang mudah didekati oleh pelajar.


Penasihat akademik sebaiknya bukan hanya menasihatkan tentang kursus yang perlu didaftar tetapi juga

meneroka dan mendalami segala permasalahan yang dialami oleh pelajar yang menyumbang kepada kualiti

pencapaian akademik mereka. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan asas teknik kaunseling dan tahu makna

di sebalik setiap bahasa badan dan pergerakan pelajar ketika pertemuan.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Menjadualkan pertemuan secara kerap dengan semua pelajar untuk mendapatkan maklumbalas tentang

kehidupan sebagai pelajar dan masalah yang dihadapi.

2. Mendapatkan maklumat seseorang pelajar yang bermasalah daripada pelbagai sumber seperti kawan karib

pelajar tersebut ataupun rekod akademik selain daripada pelajar itu sendiri.

3. Menyiapkan diri dengan teknik asas kaunseling dan kemahiran berkomunikasi.

4. Sentiasa peka dengan maklumat daripada Bahagian hal Ehwal Pelajar untuk mengetahui sumber bantuan seperti

kewangan untuk dimaklumkan kepada pelajar.

5. Banyak membuat bacaan tambahan untuk mendapatkan ilmu sebagai sumber bahan untuk penasihatan seperti

teknik menghadapi stres, teknik belajar dan menjawab soalan peperiksaan.

TIP 16: PEKA

Pendidik perlulah peka kepada tuntutan perubahan yang berlaku sama ada di luar ataupun dalam persekitaran ke

arah pembentukan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab, berkebolehan dan berdaya saing.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Seseorang pendidik perlu mempunyai sikap keterbukaan dalam membincangkan segala isu yang disampaikan.

Sikap ini akan dapat menonjolkan imej pendidik yang peka untuk membantu pelajar

2. Seseorang pendidik perlu mengetahui perubahan yang berlaku disekelilingnya dan juga pelajarnya.

3. Seseorang pendidik perlu menghormati isu-isu yang diketengahkan oleh pelajarnya kerana pelajar merupakan

aset dan klien pendidik.

TIP17: KOMUNIKASI BERKESAN

Dalam konteks universiti, berkomunikasi ialah proses bagaimana pendidik menyampaikan pengetahuan dan juga

berkongsi pengalaman dengan pelajarnya dengan lebih berkesan.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik perlu menggunakan bahasa yang jelas dan tepat.

2. Perancangan yang rapi dapat membantu pendidik menyampaikan maklumat atau isi pengajarannya dengan
sistematik mengikut prosedur pengajaran yang ditetapkan.

3. Pendidik dituntut untuk menyampaikan apa yang diketahui dan bukannya menyampaikan apa yang tidak

diketahui dengan mereka-reka cerita.

4. Pendidik perlu bercakap perkara positif sahaja serta murah dengan penghargaan dan pengiktirafan.

5. Pendidik perlu menyelitkan situasi humor dalam pengajaran agar pelajar tidak tertekan dalam menimba ilmu

pengetahuan.

6. Pendidik perlu menghormati pelajar dengan tidak menyampuk atau memintas ketika pelajar memberikan

pandangan sama ada pendapat itu betul atau salah. Biarkan pelajar bercakap sehingga habis barulah pendidik

mengambil giliran untuk menyatakan pendapatnya pula.

7. Pendidik dilarang sama sekali untuk memberikan maklumat yang palsu, memutarbelitkan maklumat dan

menyembunyikan fakta-fakta yang perlu dikongsi oleh pelajar.

TIP 18: PENGAJARAN AKTIF

Bentuk pengajaran yang paling tidak berkesan adalah komunikasi sehala. Situasi ini menyebabkan pelajar

beranggapan lebih baik mendapatkan nota kuliah daripada kawan sahaja dan keadaan ini akan menyebabkan pula

masalah ponteng kuliah.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Pendidik perlu mengingati dan menyebut nama pelajarnya untuk memudahkan pengajaran aktif

2. Pendidik perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan.

3. Pendidik perlu melayani persoalan tanpa syarat

4. Pendidik perlu menyanjung serta memuji pandangan dan input pelajar semasa perbincangan.

TIP 19: MOTIVASI TINGGI

Motivasi merupakan satu keperluan untuk merangsang kita bertindak ke arah matlamat yang diingini. Setiap

pendidik mestilah mempunyai motivasi diri yang tinggi.

Antara tip yang boleh membantu pendidik:

1. Seseorang pendidik mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap tugas dan pengajaran tanpa

mementingkan ganjaran yang diterima.

2. Sentiasa mengambil peluang menghadiri kursus motivasi untuk meningkatkan semangat kerja

3. Sentiasa bergaul dengan rakan-rakan pendidik yang mempunyai motivasi yang tinggi, berfikiran positif dan

optimis.

4. Mencari ruang atau peluang untuk meningkatkan kerjaya.


Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan untuk meningkatkan motivasi diri bagi semua pendidik

sama ada di sekolah, kolej, universiti mahupun politeknik. Untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang

dan terbilang pendidik tersebut hendaklah terlebih dahulu menjadi cemerlang.

Tip-tip yang diberikan amat bersesuaian untuk para pensyarah politeknik khasnya untuk mempersiapkan diri

dalam mempertingkatkan kemahiran bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan politeknik sebagai

universiti pada tahun 2015.

Share this:

Anda mungkin juga menyukai