Anda di halaman 1dari 7

TAJUK 3: CERITA BINATANG

Cerita binatang adalah satu cerita rakyat Melayu yang popular (Aarne dan Thomsan, 1964: 1920). Di kalangan masyarakat Eropah, binatang tersebut adalah musang, dalam kalangan
Amerika pula ialah arnab, manakala masyarakat Melayu mengenalai Sang Kancil atau
pelanduk.
Konsep:
a) Cerita yang menerangkan asal-usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang
tertentu.

Contohnya, Cerita Anjing Bermusuhan Dengan Kucing, Mengapa Harimau Berbelang


dan Mengapa Burung Puyuh Tidak Mempunyai Ekor

b) Sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan atau sastera rakyat Melayu.
c) Disebut juga cerita Mergastua.
d) Watak binatang ini dapat bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia.
e) Dalam cerita binatang, watak manusia hanya sebagai pemburu atau orang yang bodoh,
diperdayakan oleh binatang.
Ciri-Ciri:
i.

Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang.


Contohnya di dalam cerita Hikayat Sang Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan
binatang-binatang yang lain.

ii.

Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah
kehidupan manusia.
Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan peranan
tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang
berhutang.

iii.

Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia.


Contohnya Sang Kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki
kerbau yang digigit oleh buaya.

iv.

Watak manusia tidak dipentingkan, hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia
yang dapat diperdayakan oleh binatang.

Ciri- Ciri / Sifat umum Cerita Binatang


1. Isi karya

isi karyanya adalah mengenai binatang-binatang yang diberikan sifat-sifat manusia


biasa. Binatang-binatang ini biasanya digambarkan hidup dalam suatu kelompok dan
boleh bertutur, berfikir atau bertindak seperti manusia.
Contohya jelas dalam Hikayat Sang Kancil dimana isi karyanya adalah mengenai
binatang yang diberi sifat seperti manusia biasa. Cerita binatang ini mengambil watak
pelaku yang diberi sifat manusia seperti bertutur, berfikir dan memainkan peranan yang
tertentu.
2. Plot / susunan cerita
Plot / susunan ceritanya tersusun dengan teratur kerana cerita akan bermula
dengan bahagian pengenalan diikuti dengan bahagian perkembangan cerita dan diakhiri
dengan bahagian penyelesaian cerita.
Setiap cerita binatang mempunyai masalah yang diselesaikan yang tertumpu di
bahagian perkembangan cerita. Bahagian penyelesaian cerita biasanya watak utama
berjaya menyelesaikan masalah tersebut.
Kesimpulannya, plot bagi cerita binatang terdiri daripada 3 bahagian iaitu:
a. Bahagian pengenalan
b. Bahagian perkembangan
c. Bahagian penyelesaian
Contohnya jelas dalam cerita Katak Membunuh Gergasi. Plotnya bermula apabila
Gergasi membuat kekacauan di dalam hutan sehingga menganggu kehidupan haiwanhaiwan lain. Cerita terus berkembang apabila katak merancang untuk membunuh
Gergasi apabila berlaku kematian dalam kalangan kelompoknya ketika Gergasi cuba
melarika diri ke hutan kerana kuatir rumahnya akan runtuh. Cerita ini tamat apabila,
Katak dan rakannya berjaya membunuh Gergasi tersebut.
3. Watak dan perwatakan
watak-watak yang memainkan peranan penting ialah binatang. Binatang ini diberi sifat
seperti manusia biasa, hidup dalam kumpulan dan mempunyai peranan masing-masing.
Dalam masyarakat Melayu Tradisional, watak binatang yang paling popular ialah Sang
Kancil dan Pelanduk.
Selain watak binatang, terdapat juga watak manusia untuk membantu perkembangan
cerita tetapi watak manusia ini tidak diutamakan.
Contohnya jelas dalam cerita Katak Membunuh Gergasi. Watak utamanya merupakan
seekor binatang iaitu Katak yang digambarkan mempunyai akal fikiran yang bijak
apabila merancang membunuh gergasi. Manakala, watak sampingan dalam cerita ini

harimau, ular dan sebagainya yang turut membantu dalam rancangan katak membunuh
gergasi.
4. Latar
Latar temapat bagi cerita binatang adalah melibatkan latar di hutan belantara atau
kawasan-kawasan yang berkaitan dengan tempat tinggal binatang tersebut.
Latar masanya adalah melibatkan zaman dahulu dan latar masyarakatnya adalah
merangkumi masyarakat / kelompok binatang yang biasanya mempunyai ketua.
Contohnya jelas dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi di mana latar tempatnya
adalah di dalam hutan belantara yang merupakan kawasan tempat tinggal binatangbinatang tersebut. Manakala, latar masanya adalah pada zaman dahulu dan latar
masyarakanya melibatkan sekelompok binatang yang terdiri daripada seorang ketua
(katak) yang mempunyai kepintaran dalam membunuh gergasi.
5. Gaya bahasa
Cerita binatang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi bahasanya mudah
difahami.
Kadang-kadang diselitkan dengan beberapa puisi Melayu lama. Hal ini dikaitkan
dengan cerita binatang lebih dikhususkan pada peringkat kanak-kanak.
Contohnya: Maka sempah Raja Gajah "Ya Tuan Syeikh, bilakah kiranya binatangbinatang itu akan sampai ke mari".
a. Pilihan kata klasik

Pengarang memberikan latar klasik kepada cerita ini dengan menyelitkan kata-kata
klasik. Misalnya hamba, anakanda, purnama, sepekan, tuan hamba dan gerangan.

b. Peribahasa

Contohnya: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


pisang tidak akan berbuah dua kali
berkata siang pandang-pandang , berkata malam dengar-dengar

c. Pengulangan

Gaya ini digunakan dengan bijak oleh pengarang untuk memberikan ketegasan
kepada cerita di tempat yang diperlukan:

Contohnya: Tuk kura menang!


Tuk kura menang!
Tuk kura menang!

Jenis-Jenis :
a) Cerita Epik.
3

i) Cerita binatang bermotifkan kebijaksanaan untuk memperdayakan lawannya.


Binatang ini dianggap bijak dan pintar berbanding dengan binatang-binatang lain. Dalam
masyarakat

Melayu

Tradisional,

cerita

epik

adalah

paling

popular

kerana

berdasarkan ceritanya seperti Hikayat Sang Kancil, dan Hikayat Pelanduk Jenaka.
ii)

Beast epik iaitu seekor binatang yang memegang watak utama sebagai hero.

Contoh dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka, watak uatamanya ialah seekor
pelanduk yang memainkan peranan-peranan tertentu.

b) Cerita Asal Usul Binatang


i)

Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat
yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti

mengapa anjing bermusuhan dengan kucing?

kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.

ii) Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, mengapa terjadi sesuatu kepada binatang
tertentu.

Contoh: kenapa kerbau tiada bergigi di atas? mengapa puyuh tiada berekor?
kenapa ular sawa hilang bisanya?

c) Cerita Sambut-bersambut
i)

Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat.

Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku.

Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak, misalnya cerita
mengapa bangau kurus?

Penyampaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang


melahirkan irama yang menarik.

d) Cerita Binatang Fables / teladan


i)

Merupakan cerita yang bercorak teladan dan mengandungi kritikan secara tidak
langsung terhadap masyarakat.

ii) Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia.

Contohnya seperti Kerbau dengan Buaya, Anjing dengan Bayang-bayang,


Cerita Arnab dengan Kura-Kura, Katak Membunuh Gergasi, Gajah dengan
Harimau dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia
yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita
itu.
4

Melalui cerita binatang inilah, perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar
(gajah, harimau, buaya, kerbau) manusia kecil (kura-kura, semut, agas-agas, arnab) manusia
cerdik (kancil, pelanduk) dan manusia bodoh (lembu, anjing) dapat dibentuk dan
mendatangkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.
Fungsi Cerita Binatang:
a) Sebagai hiburan
Cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang

yang lebih besar.


Contoh harimau diperdayakan oleh Sang Kancil dengan menyuruhnya memukul sarang

tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman.


b) Sebagai pengajaran (unsur didaktik)
Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu

pekerjaan.
Contohnya Sang Kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris

kerana diminta oleh Nabi Sulaiman untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.
c) Sebagai kritikan atau sindiran
Hal ini berkaitan dengan sifat-sifat buruk yang cuba ditonjolkan oleh binatang yang

sebenarnya mempunyai sindiran /kritikan secara halus. Sindiran ini disampaikan


secara tidak langsung kepada pembaca.
Contohnya, dalam Cerita Katak Membunuh Gergasi dimana menyindir orang yang

berkuasa akan jatuh pada masanya apabila melakukan kejahatan.


d) Sebagai gambaran masyarakat
Cerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok masyarakat binatang

tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui cerita-cerita ini dapat
digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut.
Contoh-Contoh Cerita Binatang :
a) Hikayat Pelanduk Jenaka
b) Hiakayat Sang Kancil
Menggambarkan kecerdikan atau kepintaran Sang Kancil melalui tiga peranan iaitu

:
i.

memperdayakan atau mengalahkan binatang yang lebih besar dan kuat.

ii.

menjadi hakim dengan memberikan keputusan yang adil lagi bijaksana.

iii.

Sang Kancil ada masanya tertipu atau dapat dikalahkan oleh binatang yang lebih
kecil atau lemah.

1. Peranan Sang Kancil sebagai watak binatang yang cerdik digambarkan mengenai
kejayaannya melepaskan atau menyelamatkan diri ketika menghadapi kesulitan
seperti dalam cerita,
a. Sang Kancil memperdayakan gajah
b. Sang Kancil memperdayakan harimau
c. Sang Kancil memperdayakan buaya.

Contoh : Sang Kancil memperdaya harimau memukul sarang tebuan yang


dikatakan gong Nabi Sulaiman.

2. Peranan Sang Kancil menjadi hakim pula selalunya digambarkan dalam peristiwa
menyelesaikan perselisihan faham atau pergaduhan antara dua pihak seperti,
a. Sang Kancil menghakimkan perselisihan peminjam dengan tuan punya beliung,
b. Sang Kancil menghakimkan dakwaan seorang saudagar terhadap dua orang anak
jirannya
c. Sang Kancil menghakimkan seorang yang berhutang.

Contoh : Sang Kancil menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak


mahu mengembalikan beliung yang dipinjamkannya. Dikatakan sudah habis
dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu dan
menyatakan kepada Nabi Sulaiman bahawa sewaktu hendak mandi, sungai telah
terbakar, jadi badannya penuh dengan abu. Nabi Sulaiman tidak mempercayainya.
Sang Kancil bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai kata-kata
si peminjam tersebut yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.

Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan
binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan
kelemahan yang sebenarnya.

3. Peranan Sang Kancil sebagai seekor binatang yang dapat diperdayakan oleh
binatang yang lebih kecil atau binatang yang lain seperti dalam cerita, Sang Kancil
dikalahkan oleh siput dalam satu perlumbaan dan Sang Kancil ditipu oleh bangau.

Contoh : Melalui cerita Sang Kancil ditipu oleh bangau, digambarkan Sang Kancil
berlawan dengan bangau menyeberangi sungai di atas kerak nasi. Apabila kerak
nasi itu hancur, Sang Kancil tenggelam tetapi bangau dapat terbang.

Ini adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun


mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa
daratan, seperti pepatah Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Ini
merupakan kritikan, sindiran dan berupa kiasan kepada Kancil kepada mereka
yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali akan tertipu juga.

Tiga peranan Sang Kancil di atas, di samping dapat memberi hiburan, juga mempunyai ciri
didaktik iaitu memberi pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran
dalam menghadapi hidup.

Sumber Rujukan:
Bibliografi:
ZAMRY, N. ( 2011, August 5 ). KESUSTERAAN MELAYU TRADISIONAL STPM- CERITA BINATANG.
Retrieved July 22, 2012, from Blogger:
http://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/cerita-binatang.html
MAHMUD, H. M. (n.d.). RINGKASAN PEMBAHAGIAN SASTERA LISAN. Retrieved July 22, 2012, from
TRIPOP:
http://smsotutong.tripod.com/sastera_melayu/id3.html
Mohamad, N. ( 2011, November Sunday, 20 ). Sastera Melayu Tradisional : Cerita Rakyat. Retrieved July
22, 2012, from Blogger:
http://nazierahawira.blogspot.com/2011/11/jeniscorak-cerita-binatang.html
Harun Mat Plah, I. H. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai