Anda di halaman 1dari 1

Kata Pengantar

Modul Murid Asas Literasi Program LINUS Tahun 2 disediakan khusus untuk membantu murid menguasai kemahiran asas literasi. Penyediaan modul ini berasaskan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid LINUS. Modul ini juga disediakan berdasarkan konstruk yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menguji keupayaan murid dalam menguasai asas literasi. Modul ini memuatkan latihan yang dibuat berdasarkan senarai kemahiran yang perlu dikuasai iaitu membaca, memahami, membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat. Kesemua kemahiran ini dipersembahkan dalam beberapa unit. Terdapat sembilan unit yang disediakan berdasarkan 12 konstruk yang ditetapkan untuk menilai keupayaan asas literasi. Latihan yang dimuatkan dalam modul ini merupakan latihan yang sesuai untuk melatih murid menguasai kemahiran asas literasi di samping dapat memberi pengetahuan dalam beberapa bidang ilmu. Ini adalah kerana latihan bagi setiap unit dibuat berdasarkan tema tertentu. Ini bermakna disamping belajar menguasai kemahiran asas literasi, murid juga dapat menguasai kosa kata dan ilmu dalam bidang tertentu melalui ayat yang dibaca. Murid diharap dapat menggunakan modul ini dalam usaha untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran yang telah ditetapkan dalam asas literasi. Semoga murid dapat memanfaatkan latihan ini. Selamat berjaya.

(Haji Ali bin Ab. Ghani AMN) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai