Anda di halaman 1dari 24

TUTORIAL 5

2. PERKEMBANGAN MODENISASI DI EROPAH DAN LUAR NEGARA SERTA PENGARUHNYA DI

MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

KONSEP MODENISASI
Sebagai

suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

Perubahan

yg dialami oleh sesebuah masyarakat dapat berlangsung secara berencana atau tidak berencana.

Perubahan yang berencana adalah suatu proses yg telah ditentukan matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Perubahan berencana inilah yang kemudiannya disebut modenisasi atau pembangunan. Modenisasi mengandungi 2 aspek : 1) Pembangunan ekonomi 2) Pembangunan politik

PEMBANGUNAN EKONOMI

Matlamat : untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. Kaedah yang dilaksanakan : Pembangunan teknologi : tradisional saintifik dan canggih().

Pembangunan pertanian : sara diri komersial Industrialisasi : proses produksi secara besar-besaran.

MODENISASI DI EROPAH
Matlamat modenisasi : Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. Kaedah : Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. Ukuran Pencapaian : Menggunakan kaedah seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah akibat daripada 2 revolusi :

1) Revolusi Perancis - perubahan sistem feudal Eropah. 2) Revolusi Industri - perubahan sistem ekonomi Eropah.

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut: Sudut falsafah Sudut praktikal

Sudut Falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. Evolusionisme - perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dapat diramalkan. Dua aliran dalam menerangkan gagasan:

Bersifat sehala (unilinear), melalui tahap-tahap tertentu. Bersifat banyak hala (multilinear).

Sudut praktikal Bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Teknik produksi tradisional diganti dengan jentera. Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. Tujuan penjajahan : 1) memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh. 2) Pengawasan pasaran secara berterusan.

Ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.

Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti yang dikemukakan oleh teori imperialisme - Lenin, teori pergantungan - Paul Baran teori dependency - Andre Gunder Frank. Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat.

Modenisasi di Luar Negara


Pembangunan ekonomi dan politik Eropah Barat- menjadi model di negara-negara membangun. Dua proses yang nampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama: Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.

Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.
Ada dua aspek utama yang ditiru :
Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik. Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme , industri dan teknologi.

Setelah merdeka, sistem yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian tapi masih mengekalkan model Eropah Barat.

Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala). Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden.

PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan perspektif modenisasi melalui Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF).

Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah , mungkin dalam bentuk :
mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang bersifat agama kepada sekular ), dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar bandar kepada masyarakat bandar), dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana dominas Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki zaman peradaban global.

Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:

Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal. Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdaganganya yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. Pengaliran modal yang besar.

Modenisasi di Malaysia
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. Sebagaimana negara baharu yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Dua komponen penting untuk modenisasi

Komponen ekonomi Komponen politik

Komponen Ekonomi
Sejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan masyarakat industri. Tumpuan: Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

Komponen Politik
Isu pembinaan negara bangsa penting kerana wilayahnya terdiri dariopada gabungan daerah, bangsa dan kerajaan yang berbeza hasil daripada proses migrasi dan penjajahan. Modenisasi dilakukan melalui:

Pembinaan negara bangsa Dasar awam Penilaian pencapaian dasar awam Integrasi nasional

Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca -kolonial. Kolonial Inggeris : komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka. Malaysia : pembangunan ekonomi untuk kepentingan ekonomi dan landasan pembinaan negara-bangsa

ACUAN EKONOMI MALAYSIA terbentuk dengan ciri-ciri uniknya Ekonomi Malaysia


melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris. Perubahan alam sekitar utk pertanian. Pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks sebagai sokongan kepada industri asas. Division of labour mengikut kumpulan etnik.

Modal mengikut kelompok etnik, modal asing dan sebagainya.

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi

Etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain. Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti Ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai