Anda di halaman 1dari 3

TAJUK 6: CERITA / NOVEL KANAK-KANAK

Konsep:
Novel merupakan kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa serta memaparkan
pengalaman hidup manusia sebagai sumber penulisan. Novel dapat berbentuk cerita
rekaan (cereka) yang memaparkan peristiwa benar yang berlaku atau dialami oleh
pelaku (watak) atau kisah khayalan yang ditulis secara kreatif dan menarik. Pengalaman
hidup manusia yang pelbagai ragam itu menjadi sumber pengarang (novelis) untuk
menghasilkan kerya yang imaginatif lagi kreatif.
Novel mementingkan keupayaan penulis mengungkapkan isi atau persoalan. Dalam hal
ini, mungkin penerapan nilai murni dan pengajaran lebih diutamakan berbanding dengan
aspek keindahan bahasa, yang menjadi kebiasaan dalam penghasilan novel oleh
penulis tempatan.
Ciri-Ciri:
Novel biasanya panjang, mempunyai satu tema tetapi banyak persoalan, mempunyai
beberapa bab, jumlah watak yang banyak dan perwatakannya lebih terperinci. Novel
memperlihatkan banyak peristiwa dalam plotnya. Latar tempatnya banyak, latar
masanya lebih panjang, dan latar masyarakatnya pelbagai. Pengarang novel
menggunakan satu atau lebih sudut pandangan.
Ciri atau ciri dalaman novel bermaksud aspek susunan atau aspek sastera yang menjadi
dasar penulisan novel berkenaan. Novel yang baik dan bermutu sewajarnya
memperlihatkan ciri seperti Tema, Plot(urutan peristiwa), Subplot, Teknik Penceritaan,
Latar, Gaya Bahasa, Watak dan Perwatakan serta Sudut Pandangan, untuk dihayati
oleh pelajar dan pembaca.
Struktur Binaan Cerpen/Novel Kanak-kanak :

Tema:
Tema merupakan idea utama atau persoalan pokok yang mengawal karya
satera. Misalnya, tema peperangan, persahabatan, keluarga dan sebagainya.
Tema utama akan melahirkan pelbagai persoalan lain seperti masalah sosial dan
sebagainya.
1

Plot:
Plot ialah susunan peristiwa dalam novel atau ceraka yang menunjukkan cara
pengarang menyusun ceritanya. Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara
tertib atau secara songsang, bergantung pada daya kreativiti dan kemahiran
pengarang berkenaan. Dalam hal urutan peristiwa, pengarang kerap menyelitkan
unsur ketegangan(suspens) untuk menimbulkan minat pembaca agar terus
menghayati karyanya. Kebanyakan pengarang menggunakan plot yang bersifat
kronologi dan mudah difahami.

Subplot:
Subplot bermaksud plot sampingan atau plot tambahan kepada plot utama.
Kebanyakan penulis novel mnerapkan unsur ini dalam novel mereka untuk
menjadikan cerita lebih menarik.

Teknik Penceritaan :
Teknik penceritaan yang biasa termasuklah teknik dialog, teknik monolog
dalaman, teknik imbas kembali, teknik pemerian, dan teknik laporan.

Latar :
Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan ruang, waktu, tempat, budaya dan
terjadinya aksi dalam novel. Latar tidak terbatas pada masyarakat manusia,
sebaliknya terdapat pengarang yang menggunakan binatang sebagai latar
penceritaan.

Watak dan Perwatakan:


Watak bermaksud pelaku untuk menggerakkan cerita menerusi aksi dan dialog.
Perwatakan pula, bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan
melukiskan sesuatu watak.
Dalam Novel, biasanya diperlihatkan watak yang banyak dan peristiwa yang
pelbagai. Watak-watak ini boleh dipanggil watak utama, watak sampingan, watak
putih, watak hitam, watak pipih, watak bulat, watak dinamik atau statik.
Maksudnya, dalam novel terdapat pelaku yang baik, yang jahat, yang mulanya
2

jahat kemudian menjadi baik, yang bercampur sekejap baik atau sekejap jahat,
dan sebagainya.

Sudut Pandangan :
Sudut pandangan ialah cara pengarang mempersembah bahan cerita atau
kedudukan pandangan pengarang dalam hal menggambarkan aksi atau
perlakuan sesuatu watak dalam cerita. Dalam penulisan, pengarang mungkin
menggunakan beberapa sudut pandangan unruk menggambarkan pemikiran dan
tindak-tanduk watak. Misalnya, sudut pandangan objektif, sudut pandangan
serba tahu, dan sudut pandangan terhad. Antara unsur yang kerap diutamakan
ialah sudut pandanagan orang pertama atau aku.

Nilai Murni dan Pengajaran :


Novel biasanya sarat dengan nilai murni dan pengajaran. Contohnya : Baik hati,
Berdikari, Hamah Tinggi, Hormat-Menghormati, Kasih Sayang, Keadilan,
Kebebasan, Keberanian, Kebersihan fizikal dan mental, Kejujuran, Kerajinan,
Kerjasama, Kesederhanaan, Kesyukuran, Rasional, Semangat bermasyarakat,
Nilai Patriotisme dan sebagainya.

Gaya Bahasa :
Gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk
menyampaikan idea dan perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya.
Pengarang yang bertanggungjawab memilih kosa kata(sejumlah perkataan) yang sesuai
dengan keadaan dan penceritaan serta menggunakan perkataan pilihan dengan wajar
dan berhati-hati. Matlamat pengarang untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja
menggunakan kosa kata yang betul, mudah, tapat dan ringkas, tetapi juga
menggunakan kosa kata yang sopan, tidak bergaya bahasa Inggeris atau bahasa Arab
yang keterlaluan sehinggan menenggelamkan bentuk dan gaya bahasa Melayu kita.
Seperkara

lagi,

sesuai

dengan

karaya

kreatif,

pengarang

novel

kerap

juga

menggunakan bahasa harian atau dialek untuk mewujudkan kesan sebenar terhadap
penceritaan watak-watak tertentu dalam novelnya.

Anda mungkin juga menyukai