Anda di halaman 1dari 5

CERPEN MENJELANG PEMILIHAN

ASPEK ULASAN
Tema Kekecohan politik menjelang pilihan raya yang berlaku di sesuatu kawasan
yang akhirnya membawa kepada pergaduhan antara beberapa pihak.

Watak 1. Imlan - seorang yang berani menyuarakan pendapat


2. Emak Imlan - Seorang yang tegas dengan anak-anaknya
3. Ayah Imlan - Seorang ahli politik yang sentiasa bekerja terutama
menjelang pilihan raya
4. Razi – Salah seorang rakan Imlan yang dahulunya kerap bermain
dengannya.

Konflik Konflik antara keluarga Imlan dan keluarga Razi


Razi dan Imlan yang dahulunya rakan baik, kini terpaksa dipisahkan akibat
pergaduhan yang berlaku antara ayah Imlan dan ayah Razi atas isu politik.

Konflik antara Imlan dan emaknya


Imlan tidak berpuas hati kerana emaknya tidak membenarkannya untuk
menonton cerita Maskman kegemarannya kerana emaknya hendak
menonton berita politik di televisyen.

Imej/Suasana Rumah Imlan


Penulis menggambarkan rumah Imlan yang mempunyai balkoni dan di
hadapannya sedang dibina sebuah kondominium.

Bilik Imlan
Penulis menyatakan bahawa bilik Imlan penuh dengan komik-komik dan
permainan-permainannya.

Teknik Naratif Teknik Imbas Kembali


Imlan masih ingat bagaimana pemimpin atasan negara terpaksa datang ke
kawasan mereka untuk memujuk orang-orang yang membantah pemilihan
ayahnya sebagai calon pilihan ray aitu.

Teknik dialog
“Ayah, mestikah orang bergaduh kerana nak rebut sesuatu jawatan?” kata
Imlan kepada ayahnya.

Simbolisma
Penulis menyamakan cerita aksi Maskman dengan kekecohan pilihan raya.

Pengakhiran cerita Pengakhiran cerita adalah tergantung


Di akhir cerita, Imlan telah bermimpi bahawa ahli-ahli politik yang
bertanding telah berlawan untuk menentukan pemenang tetapi penulis tidak
memberitahu pembaca tentang siapakah yang memenangi pilihan raya
tersebut.
CERPEN PUJANGGA NEGARA

ASPEK ULASAN
Tema Perjalanan seorang pemuda yang bercita cita untuk menjadi seorang
pujangga negara daripada dia kecil sehinggalah dia menjadi pujangga
negara

Watak 1. Awang Budiman – Seorang yang bercita cita tinggi iaitu untuk
menjadi pujangga negara
2. Datuk Awang – Seorang yang tetap dengan pendiriannya.
3. Maharaja Negeri Pura Cendana – Seorang raja yang tamak dan
sanggup mengorbankan rakyatnya demi kepentingan diri sendiri
4. Menteri-menteri Negeri Pura Cendana – Mereka orang yang
mementingkan kehebatan mereka sehingga merasuah Awang untuk
memuji mereka dalam puisi-puisinya

Konflik Konflik antara Menteri-menteri


Menteri-menteri Negeri Pura Cendana bergaduh sesame sendiri kerana
merebut kuasa dan harta kekayaan.

Imej/Suasana Istana
Tempat di mana Awang Budiman telah dilantik menjadi pujangga negara

Rumah Datuk Awang


Tempat tinggal Awang dan keluarganya sebelum Awang menjadi pujangga
negara. Tempat di mana Awang dibesarkan dan di mana dia meluahkan
perasaannya kepada datuknya.

Rumah Awang di Istana


Selepas mendapat gelaran pujangga negara, Awang dan ibu bapanya telah
ditempatkan di rumah yang besar yang mereka katakana bagaikan taman
syurgaloka yang tidak pernah termimpi dan terbayang sepanjang hidup
mereka.

Teknik Naratif Teknik Pemerian


Penulis telah menggambarkan suasana di istana semasa perlantikan Awang
Budiman sebagai Pujangga Negara

Teknik Dialog
“Tuk, hidup sebagai Pujangga Negara tidaklah seindah yang saya impikan”
kata Awang kepada datuknya.

Kejutan
Pembaca terkejut kerana Awang secara tiba tiba hendak meletakkan
jawatannya sebagai Pujangga Negara

Pengakhiran Cerita Pengakhiran cerita adalah sedikit tergantung


Penulis tidak memberitahu kepada pembaca sama ada Awang Budiman
meneruskan kerjayanya sebagai Pujangga Negara ataupun tidak di akhir
cerita.
CERPEN MALIM PERMAINAN

ASPEK ULASAN
Tema Kisah dua negeri dengan suasana dan situasi berbeza akibat pertelingkahan
antara dua putera raja.

Watak 1. Malim Permainan – Seorang yang mahir dalam mencipta alat-alat


permainan dan merupakan pengurus syarikat permainan.
2. Ayah Malim Permainan – Seorang yang gigih dalam mencapai
cita-citanya untuk mencipta alat-alat permainan.
3. Raja Kecil – Seorang yang bijak dan penyabar
4. Hadi – Seorang yang tidak mudah putus asa
5. Aziz – Seorang yang bekerja keras walaupun hanya sekadar
kontraktor kecil.
6. Si B – Seorang yang angkuh dan mementingkan diri.

Konflik Konflik antara Raja Kecil dan Raja Besar.


Perebutan kuasa menyebabkan Raja Kecil dan pengikut-pengikutnya telah
dihalau keluar ke Tanah Seberang dengan harapan Raja Kecil dan
pengikut-pengikutnya akan sengsara tinggal di sana.

Imej/Suasana Balkoni rumah Malim Permainan


Tempat di mana Malim Permainan menyanyi riang sambil memerhatikan
keindahan alam dan meregangkan badannya.

Rumah Salbiah dan Aziz


Merupakan sebuah rumah teres satu tingkat, di pinggir ibu kota Tanah
Makmur.

Pusat Permainan
Tempat di mana Hadi dan Mansor sentiasa pergi untuk menghabiskan masa
dan wang mereka demi keseronokan.

Balai Persidangan
Tempat di mana berlakunya perbincangan tentang hal-hal negara Tanah
Seberang bersama Raja Kecil.

Teknik Naratif Teknik Imbas Kembali


Malim Permainan masih dapat mengimbas peristiwa mereka sekeluarga
berjalan di bawah terik matahari sehingga sampai ke Tanah Seberang yang
berlaku 40 tahun yang lalu

Teknik Dialog
“Ayah gembira kerana kau telah berjaya. Syarikat ini telah berkembang
seperti yang ayah cita citakan” kata ayah Malim Permainan kepadanya.

Teknik Sudut Pandangan


Terdapat beberapa sudut pandangan di dalam cerita tersebut. Sudut
pandangan malim permainan, Salbiah dan Hadi.

Pengakhiran cerita Pengakhiran cerita adalah pengakhiran yang gembira


Tanah Seberang telah mendapat peluang untuk menuntut bela serta Malim
Permainan akan menerima anugerah tertinggi kerajaan Tanah Seberang.
CERPEN BENDANG LAHUMA

ASPEK ULASAN
Tema Seorang wanita yang sedaya upaya menjaga bendang milik suaminya demi
memastikan keluarga mereka tidak kebuluran.

Watak 1. Jeha – Seorang yang teguh dengan pendiriannya.


2. Lahuma – Seorang petani miskin yang bekerja keras demi
menjaga bendangnya.
3. Sanah – Seorang anak yang sangat memahami dan menyayangi
ibunya.
4. Anak Sanah – Seorang yang tidak memahami orang-orang tua

Konflik Konflik Lahuma dan Jeha


Lahuma memarahi Jeha kerana telah membiarkan bendangnya diambil
orang walaupun itu hanyalah igauan Jeha.

Konflik anak dara Sanah dan Jeha


Jeha telah memarahi cucunya kerana cucunya tidak mahu makan keledek
rebus dan kerana telah menumpahkan sebiji nasi.

Konflik Sanah dan anaknya


Sanah telah meminta anak daranya untuk meneman Jeha pulang ke
kampung tetapi anaknya tidak mahu kerana tidak mahu dimarahi oleh Jeha.
Walaupun Sanah memujuk anaknya, tetapi anaknya masih tidak faham apa
yang dia katakan.

Imej/Suasana Kawasan Rumah Jeha


Penulis menggambarkan rumah Jeha dikelilingi bukit bukau dan
mempunyai sebidang tanah yang menjadi sawah padi dan sumber makanan
mereka.

Teknik Naratif Teknik Dialog


“Aku bukan pandang duit. Sawah itu peninggalan ayah kamu. Dia pesan
suruh aku jaga.” Kata Jeha kepada anak-anaknya.

Pengakhiran Cerita Pengakhiran cerita adalah pengakhiran yang sedih


Di akhir cerita, bendang lahuma telah diberikan kepada kerajaan untuk
tujuan pembangunan. Akhirnya, anak cucu lahuma kebuluran akibat
ekonomi yang meleset dan ketiadaan bendang yang selama ini memberi
mereka sumber makanan.
CERPEN ANAK-ANAK MENARA KOTA 

ASPEK  ULASAN 
Tema  Perbezaan status sosial diantara golongan atasan dengan golongan bawahan
yang menyebabkan golongan bawahan tertindas kerana sikap orang atasan. 
 
Watak  1.Suraya-Seorang yang merendah diri kerana dia berkawan dengan semua
orang tanpa memandang status sosial. 
2.Ibu Suraya- Seorang yang mementingkan kerjaya dan harta benda
berbanding dengan kebahagiaan anak-anaknya. 
3.Amir-Seorang yang ikhlas berkawan tanpa mengharapkan apa-apa daripada
Suraya. 
 
Konflik  Konflik diantara Suraya dengan Ibunya 
Suraya dipukul teruk oleh ibunya apabila ibunya mengetahui bahawa Suraya
membawa rakannya ke rumah mereka dan rakannya menjatuhkan pasu mahal
yang dibeli di Paris 
 
Konflik diantara Amir dan Suraya 
Amir merasakan bahawa dunia dia dan Suraya berbeza kerana Suraya berasal
daripada keluarga golongan atasan manakala Amir berasal dari golongan
bawahan. 
 
Konflik diantara kerajaan dan rakyat 
Kerajaan gagal menyenangkan hidup rakyat dan menyebabkan rakyat berasa
dalam kesusahan kerana ketamakan kerajaan sendiri sehingga mengabaikan
keselesaan rakyat. 
 
Imej/Suasana  Suasana yang menyedihkan dan memilukan 
Keadaan di mana Suraya dipukul teruk oleh ibunya apabila ibunya
mengetahui bahawa dia telah mengajak rakanya,Ida ke rumah dan Ida secara
tidak sengaja menjatuhkan pasu mahal milik ibu Suraya yang dibeli di Paris.  
 
Teknik Naratif  1.Dialog 
‘Mir,dua bulan lagi aku akan berangkat ke Australia.Ayah sudah
mendapatkan tempat untukku belajar di sebuah kolej swasta’ 
2.Imbas Kembali 
Aku teringat pada suatu hari,kesepian itu benar-benar mencengkam hingga
aku memberanikan diri mengajak Ida ,kawan sedarjah yang paling rapat
denganku dating ke rumah. 
3.Metafora 
Pipiku pedih terbakar oleh tamparan yang bertubi-tubi. 
 
Pengakhiran Cerita  Pengakhiran cerita ini adalah pengakhiran yang menggembirakan hati
Suraya. 
Pada akhir cerita ini,Suraya merasakan dirinya jauh dari hati ibunya.Sejak
itulah Suraya ingin lari dari rumah itu.Pelarian ini menemukan Suraya dengan
anak-anak Menara kota dan menjadikan Suraya sebahagian daripada mereka. 
 

Anda mungkin juga menyukai