Anda di halaman 1dari 21

LORONG MIDAQ

BAB 31
Kehidupan Baru Hamida

PERISTIWA PENTING

Hamida menghabiskan masanya selama satu jam untuk berpakaian dan


menggunakan mekap untuk memikat hati dan dan perhatian anggota tentera
Inggeris.
Hamida telah memilih jalan hidupnya atas kemahuan dia sendiri dan kalah dengan
pujuk rayu Ibrahim Faraj yang memberikan komen kepada Hamida sebagai
'pelacur secara naluri' .
Hamida berjaya menguasai seluruh dasar mekap, pakaian, tarian Timur dan Barat
dan dia mempelajari dasar-dasar mengenai hubungan seks dalam bahasa Inggeris.
Ibrahim Faraj tidak lagi menunjukkan sifat yang romantis sebaliknya Ibrahim hanya
membincangkan tentang kerja dan keuntungan sahaja dan layannya kepada
Hamida berubah.
Ibrahim akan mengelak daripada menjawab pertanyaan Hamida tentang maslah
cinta mereka dan memujuk Hamida dengan puji-pujian.
Ibrahim hanya menyatakan perasaan cintanya kepada Hamida apabila dia tidak
mahu mengambil risiko untuk kehilangan keuntungannya pada hari itu.
Hamida mengajak Ibrahim untuk berkahwin dengannya tetapi jawapan yang
diberikan oleh Ibrahim menaikkan kemarahan Hamida dan Hamida telah
menampar muka Ibrahim dan Ibrahim hanya mengundurkan diri tanpa
mempertahankan dirinya.

Hamida meninggalkan bilik itu seperti dia tidak akan kembali lagi
ke dalam bilik itu.
Dia menaiki sebuah kereta kuda dan meuju ke Medan Opera dan
kemudian berpatah balik melalui Jalan Fuad 1.
Di dalam perjalanan itu , Hamida ternampak seorang wanita dan
lelaki dan terfikir adakah mereka akan mengenali Hamida yang
kini mempunyai nama samaran Titi.
Semasa Hamida sedang menikmati perjalanan ke kedai minuman
temoat Hamida bekerja , tiba-tiba Hamida terdengar suara Abbas
memanggilnya.

PERSOALAN

Persoalan keruntuhan akhlak seorang wanita.

Peristiwa: Hamida mengalah dengan pujuk rayu Ibrahim Faraj yang memberi
komen kepadanya bahawa dia adalah 'pelacur secara naluri'

Teknik: Pemerian

Kesan: Menimbulkan konflik dalaman dalam diri Hamida yang pada mulanya
bingung samaada mahu menerima tawaran Ibrahim ataupun tidak.

Persoalan lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Peristiwa: Ibrahim Faraj mengambil kesempatan ke atas Hamida untuk


menjadi pelacur dengan membuatkan Hamida untuk jatuh cinta kepadanya
untuk mendapatkan keuntungan untuk perniagaannya.

Teknik: Pemerian & dialog

Kesan: Memperkukuhkan watak Ibrahim Faraj yang merupakan seorang yang


licik

Persoalan seorang wanita yang materialistik

Peristiwa: Hamida memakai mekap, perhiasan dan pakaian yang


mempunyai harga yang mahal.

Teknik: Pemerian

Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Hamida yang merupakan seorang


wanita yang materialistik

PLOT

EKSPOSISI

Hamida sedang bersiap dihadapan cermin dengan memakai make-up dan


pakaian yang cantik sambil mengingati perilaku Ibrahim Faraj yang
dahulunya seorang yang romantis. Dia juga sedih kerana Ibrahim tidak
mahu mengahwininya.

Teknik

: Pemerian

Kesan
Faraj
tidak

: Membuatkan pembaca terkejut kerana mengetahui Ibrahim


yang sebelum ini sangat romantis terhadap Hamida akhirnya
mahu mengahwininya

PERKEMBANGAN

Ibrahim masuk ke dalam bilik. Dia meminta Hamida untuk cepat bersiap
dengan ayat yang kasar sehingga Hamida berasa berang. Hamida berkata
dia lah perempuan yang banyak membawa keuntungan berbanding
perempuan lain dan Ibrahim tidak sepatutnya berkata kasar kepadanya.

Teknik

: Dialog

Kesan

: Mencetuskan konflik luaran antara Hamida dan Ibrahim Faraj

KLIMAKS

Konflik luaran antara Hamida dan Ibrahim Faraj

Hamida bergaduh dengan Ibrahim kerana tidak dapat menahan


kesabarannya apabila Ibrahim menyindirnya tentang perkahwinan lalu
terus menyerang Ibrahim.

Teknik

Hamida mencekik dan menampar muka Ibrahim Faraj sekuat hati

Ibrahim sedar hubungan mereka akan kembali rapat apabila Hamida


mencetuskan pergaduhan

Ibrahim tidak mahu memberi respon terhadap Hamida lalu


meninggalkannya begitu sahaja

Kesan
: Mencetuskan konflik dalaman dalam diri Hamida kerana
Hamida secara tiba-tiba dipengaruhi oleh satu keinginan untuk
membunuh lelaki itu. Hamida berdendam terhadap Ibrahim

: Pemerian

PERLERAIAN

Hamida berazam ingin membunuh Ibrahim Faraj. Dia tahu dia bukan
seorang perempuan yang boleh ditewaskan dengan cinta. Kemudian dia
keluar dari rumah itu dengan menaiki kereta kudanya.

Teknik

Kesan
: Membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah yang akan
dilakukan oleh Hamida setelah dia keluar dari rumah itu, sama
ada dia
akan mencari Ibrahim Faraj atau membiarkannya sahaja

PENYELESAIAN

Apabila tiba di kedai minuman tempat Hamida bekerja, dia melihat Abbas
memanggil namanya. Dia berasa ketakutan.

Teknik

Kesan
: Membuatkan pembaca terkejut dan tertanya-tanya bagaimana
Abbas boleh berada di situ dan dapat berjumpa dengan
Hamida.
Pembaca juga menjadi lebih tertarik kerana ingin
mengetahui apa
yang akan berlaku apabila Abbas dan Hamida
bertemu setelah sekian
lama terpisah.

: Monolog

: Pemerian

WATAK & PERWATAKAN

HAMIDA

MEMPUNYAI BAKAT SEMULA JADI SEBAGAI PELACUR

Dalam masa yang singkat, dia dapat menguasai seluruh dasar mekap
dan berpakaian, tarian-tarian timur dan barat, dan menunjukkan minat
yang mendalam untuk mempelajari dasar-dasar seks sehingga berjaya
dan menjadi popular dalam kalangan tentera.

TEKNIK: Pemerian

KESAN: Pembaca mempunyai gambaran yang jelas terhadap perwatakan


Hamida yang sukakan kemewahan dan tidak pernah menyesal memasuki
kehidupan barunya itu.

TIDAK MAHU BERKAHWIN

Dia menganggap perkahwinan hanya akan mengurungnya di dalam


rumah, meletihkan diri dan tugas-tugas seorang isteri bukanlah menjadi
tujuannya dilahirkan di dunia ini

TEKNIK: Imbas kembali

KESAN: Mewujudkan konflik dalaman terhadap Hamida kerana dia berasa


agak pelik dan aneh apabila Ibrahim mengambil keputusan untuk tidak
mengahwininya

SEORANG YANG TIDAK BERPENDIRIAN TETAP

Pada awalnya, Hamida berasa seronok dengan pekerjaannya sebagai


pelacur kerana dapat memiliki kemewahan, namun dia juga berasa geram
kerana pekerjaannya itu telah meragut kebebasannya.

TEKNIK: Pemerian

KESAN: mencetuskan konflik dalaman terhadap Hamida kerana dia berasa


gelisah dengan kehidupannya sekarang

IBRAHIM FARAJ

SEORANG YANG LICIK

Dia sangat bijak berlakon sebagai seorang lelaki yang romantis sehingga
gadis melutut dan memastikan keteguhan pengaruhnya itu menjadikan
gadis itu bergantung padanya. Kemudian, dia akan mula menunjukkan
dirinya seorang pedagang seks.

TEKNIK: Imbas kembali (Hamida), pemerian

KESAN: mengukuhkan persoalan keruntuhan moral dalam kalangan


masyarakat

SEORANG YANG MEMENTINGKAN PEKERJAAN

Dia menegur Hamida dengan berkata bahawa tidak perlu untuknya


mengucapkan saya cintakan kau setiap kali bertemu kerana mereka
sepatutnya menyerahkan hidup pada pekerjaan dan bukan kepada
percintaan (kata-kata bodoh)

TEKNIK: dialog

KESAN: mengukuhkan persoalan kesungguhan dalam pekerjaan

SEORANG YANG BIJAK MENGAWAL PERASAAN MARAH

Apabila Hamida menyerang, dia menghadapi Hamida dengan penuh


ketenangan dan memberikan senyuman sinis. Dia mengundurkan diri
tanpa mempertahankan diri lalu mengajak Hamida ke tempat kerja

TEKNIK: Pemerian

KESAN: membuatkan pembaca terkejut dengan tindakannya yang


tenang mengendalikan Hamida

mencetuskan konflik dalaman terhadap Hamida

TEKNIK PLOT
IMBAS KEMBALI
Hamida teringat perasaan sedihnya ketika pertama kali Ibrahim
memberitahu bahawa dia tidak mahu mengahwininya

Kesan : membuatkan pembaca berasa terkejut dengan perubahan sikap


Ibrahim seorang yang romantis berubah dalam sekelip mata

DIALOG
Ibrahim berkata kepada Hamida bahawa cinta itu adalah kata-kata bodoh,
lalu Hamida marah lalu berkata Ibrahim tidak patut bercakap kasar
dengannya kerana dia lah yang banyak mendapatkan wang.

Kesan : menimbulkan konflik luaran antara Hamida dan Ibrahim

PEMERIAN
Pengarang mnceritakan reaksi Hamida dan Ibrahim apabila berlaku konflik
luaran antara mereka

Kesan : mencetuskan konflik dalaman dalam diri Hamida

Unsur Plot

Konflik

Konflik antara Hamida dengan Ibrahim Faraj apabila Ibrahim Faraj enggan
mengahwininya menyebabkan Hamida bertindak mencekik Ibrahim Faraj

Kejutan

Pembaca terkejut apabila Abbas muncul di akhir bab memanggil Hamida

Ketegangan

Pembaca berasa ragu-ragu tentang apa yang akan


terjadi antara Abbas dan Hamida selepas Abbas
memanggil nama Hamida kerana hubungan mereka
yang menjadi tegang kerana sikap Hamida yang
materialistik

Teknik Plot

Pemerian

Pengarang menggambarkan kehidupan Hamida yang kini


dipenuhi dengan kemewahan tanpa sebarang penyesalan.

Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai seorang


yang materialistik
Mengetengahkan masyarakat yang tiada perasaan sesal

Monolog

Pengarang menggambarkan perasaan cinta Hamida


terhadap Ibrahim Faraj dan perasaanya terhadap sikap
lelaki itu yang pada awalnya bersifat romantis tetapi
selepas itu tidak lagisama seperti itu

Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan Ibrahim


Faraj

Dialog

Dialog antara Hamida dan Ibrahim Faraj tentang


desakan Hamida agar mereka berkahwin

Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan


Ibrahim Faraj

Latar

Latar Tempat

Rumah Ibrahim Faraj

Jalan Sharif

Latar Masyarakat

Masyarakat yang keras hati


Peristiwa: Hamida tidak menyesal memilih jalan menjadi seorang pelacur
kerana berjaya hidup dalam keadaan yang dilimpahi kemewahan seperti
yang diimpikannya selama ini (m/s 395)
Teknik: Pemerian
Kesan : Mengukuhkan perwatakan Hamida sebagai gadis yang materialistik

Masyarakat yang hipokrit


Ibrahim Faraj seorang yang hipokrit kerana menggunakan
kata-kata romantis semata-mata untuk menjadikan
Hamida sebagai seorang pelacur semata-mata untuk
mendapat keuntungan (m/s 396 & 397)
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuhkan persoalan tentang lelaki yang
mengambil kesempatan terhadap wanita

Masyarakat yang materialistik

Hamida menghias dirinya dengan perhiasan yang mahal-mahal

Teknik: Pemerian

Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai seorang gadis yang materialistik

Masyarakat yang panas baran

Hamida berasa amat marah dengan sikap acuh tak acuh Ibrahim Faraj apabila Hamida bertanyakan hal
perkahwinan kepadanya sehingga menyebabkan Hamida bertindak mencekik dan menampar lelaki itu

Teknik: Pemerian

Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan Ibrahim Faraj

Masyarakat yang licik

Ibrahim Faraj menjawab soalan Hamida berkaitan perkahwinan dengan jawapan yang dianggap logik dan
berpandangan jauh bagi Hamida semata-mata kerana dia tidak mahu kehilangan Hamida yang
merupakan sumber keuntungannya

Teknik: Pemerian

Kesan: Menimbulkan konflik dalaman dalam diri Hamida


Menimbulkan konflik antara Hamida dan Ibrahim Faraj
Memperkukuh perwatakan Ibrahim Faraj sebagai seorang yang licik

Thank You

Kingsoft Office
Make Presentation much more fun

Anda mungkin juga menyukai