Anda di halaman 1dari 17

FOLIO NOVEL

KONSERTO
TERAKHIR
TINGKATAN 5
Nama: Amirah Qurratuain Binti Hairul Amri
Tingkatan: 4 Nusaibah

Tandatangan Guru:
--------------------------(

SINOPSIS:
Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk
mencari bapa saudaranya yang bernama Datuk Johari. Dia
berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di rumah tersebut
sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi
mula memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya
mula berkembang dan dia mendalami bidang muzik daripada
pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu akrab dan
tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu
anak pakcik Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta
lalu mereka berumahtangga.
Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan
hubungannya dengan Hilmi berakhir dengan penceraian
menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan Orkes Perdana
akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan
oleh Hayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama
kemudian, Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Akhirnya
Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.

TEMA
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup
seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar
negara. Dalam meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi
berbagai dugaan hidup hingga ke akhir hayat.
Helmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa
saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah
bapa saudaranya Datuk Johari, dia hanya menjadi tukang kebun
dan telah menerima penghinaan daripada Datin Salmah.
Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang
pemuda kampung dan berpendidikan rendah. Selain daripada itu
dia juga dihalang daripada berhubung dengan Hayati sehingga
akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah itu.
Walau bagaimanapun dia gigih mempelajari muzik daripada Encik
Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang
terkenal. Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu
yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga
dia menghadapi masalah rumah tangganya dengan isterinya
Azizah disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.
Dia berasa amat kecewa dan tertekan walaupun dia mendapat
pujian daripada peminat seni. Keadaan ini terterusan sehinggalah
dia meninggal dunia.

PERSOALAN
1. Kegigihan dalam berusaha.
Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu
Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya
daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada
Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya
berjaya mencapai cita citanya iaitu menjadi seorang
pemuzik yang terkenal.
2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia.
Pembaca mendapat gambaran persoalan ini melalui
perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan
antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada
awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada
Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah
berkahwin dengan Kohsin, hayati tetap cinta kepada Helmi.
3. Pegangan agama dalam masyarakat bandar.
Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran
Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan
dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah
seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah
berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama
melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku buku
agama.
4. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu
mementingkan pangkat dan darjat.
Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi
hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan
tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati
setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di
rumah Datuk Johari.

WATAK DAN PERWATAKAN:


A. Hilmi
1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari
kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah
rendah.
2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah
datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat
pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin
mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya
berbuah lebat.
3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran
hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan
Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui
usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik
daripada Encik bakar.
4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman
di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta
menarik.
5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi
penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan
sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka
kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.

B. Datin Salmah:
1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada
Hayati.
2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin
Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari
kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah
rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan
agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.
3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani
kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu
bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee.
4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih
mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa
Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga
Hayati berubah daripada sikap asalnya.
5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin
menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan
hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.
6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan
sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal
ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati
mula berubah mengerjakan sembahyang.

C. Hayati
1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin
Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.
2. Seorang yang cantik.
3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi.
Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk
Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.
4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan
agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang
dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah
Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula
mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.
5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin
dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini
dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.

D. Datuk Johari
1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah :
Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga
merupakan bapa saudara kepada Hilmi.
2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan
Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut
member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di
rumahnya.
3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan
supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah
mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana
merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari
bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.
4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang
kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah mini bar di
rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.
5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh
penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan
sembahyang lima waktu.
6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi
meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi.
Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya
sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah
melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

PLOT
Peringkat permulaan
Plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang
memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah
datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja di Kuala
Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan
kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari
terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk
Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk
Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.
Peringkat perumitan dan perkembangan
Apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi
telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu
rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah.
Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar. Datin
Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan
dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi
menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat
guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari
rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat
pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.
Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi
pemuzik terkenal. Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah
tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal
bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersamasama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan.
Namun dia tetap mengarang lagu.

Peringkat kemuncak atau klimaks


Plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang un
tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti
Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan
persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal.
Hayati yang baru pulang dariLondon untuk menyaksikan
pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk
memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan,
Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM
telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu
dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia
bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.
Peringkat penyelesaian atau anti klimaks
Novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba
di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus
kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari
telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa
Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari
terjatuh lalu meninggal dunia.

TEKNIK PLOT
Pemerian
(Menggambarkan peristiwa, suasana atau watak)
Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu.
Sejak bapanya
meninggald u n i a . H a r i b a p a n y a m e n i n g g a l d u n i a d i a h a n
y a k e m b a l i u n t u k b e b e r a p a j a m s a h a j a d a n kemudian
setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke
Kuala Lumpur. (Halaman 12)
Dialog
(Percakapan)
Siapa mahu marah? Tak ada siapa.Aku tahu. Tauke aku telah
ceritakan.Bila kau balik?Tadi malam.Kenapa kau tak panggil
aku?Mamat tersengih.Kenapa kau tak panggil aku?Aku bawa
orang perempuan, jawabnya, tersipu-sipu agak malu sedikit.
(Halaman 80)
Monolog
(Percakapan dengan diri sendiri atau bukan manusia)
Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk
menggantikan Hayati selamaHayati tiada. "Kalian setuju kalau
aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?"
katanya kepada bunga-bunga itu.
(Halaman 69)
Monolog dalaman
(Bercakap dalam hati)
Hati kecil Hilmi mengutuk-ngutuk
marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah
yangmencerca, menghina setiap kali berjumpa. (Halaman 68)

Imbas muka
(Membawa pembaca ke masa depan)
Encik Bakar berhenti dan menarik nafas panjang. Seolah-olah
dadanya itu telah lega danlapang benar kerana daia dapat
meluahkan isi hatinya di hadapan seorang anak mua
yangmenurut tilikannya mempunyai harapan besar pada
masa depan.
(Halaman 99)
Imbas kembali
(Mengimbau kembali peristiwa)
Masih terdengar pesan bapanya. Cuba kau pergi ke Kuala
Lumpur cari kerja. Pak cikmu adadi sana. Cuba kau minta tolong
kepadanya. Dia orang berpangkat. (Halaman 15)

LATAR
LATAR TEMPAT
i.Rumah Datuk Johari
: Hilmi bekerja sebagai tukang kebun
ii.Rumah Encik Bakar
: Hilmi belajar muzik
iii.Stesen minyak Shell Jalan Setapak
: Hilmi bekerja setelah keluar dari rumah Datuk Johari
iv.Kelab malam
: Hilmi bermain muzik dengan quartet Encik Bakar
v.Hospital Besar KL
: tempat Hilmi dirawat ketika sakit tenat dan meninggal dunia
disitu
vi.Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya
: tempat Pertunjukan Orkes Perdanadiadakan

LATAR MASA
i.Sekitar tahun 1960 hingga 1970-an
: zaman pengaruh gitar rancak dari Barat Hilmi telah
menubuhkan kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia
ii.Pergerakan latar masa dari siang hingga
malam melalui pelbagai peristiwa
:Hilmi bermain muzik di kelab malam dan sering menggubah lagu
hingga larut malam
iii.Pergerakan latar masa dipercepat oleh pengarang
: tempoh Hayati belajar muzik di London selama dua tahun
dipercepat sehingga muncul dengan ijazah dalam bidangmuzik
dalam masa yang singkat, Hilimi dapat meguasai
p e l b a g a i j e n i s a l a t m u z i k d a n m e n j a d i penggubah lagu

LATAR MASYARAKAT
i.Masyarakat majmuk
: termasuk Melayu, Cina dan India watak keluarga
Datuk Johari, Dr. Nathan, Nona Alice Lee, tauke Ah Kong dan
Tony Lim
ii.Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah dan
miskin
: watak Hilmi danPak Karim yang hidup dalam kekurangan
iii.Masyarakat kampung yang berpegang kuat pada adat,
berbudi bahasa,dan taatakan ajaran agama
: watak Hilmi
iv.Masyarakat kota yang mementingkan kehidupan dan harta
: watak Datuk Johari,Datin Salmah dan Mohsin.
v.Masyarakat pemuzik
: Encik Bakar mengajar Hilmi bermain muzik secara
percuma a h l i - a h l i q u a r t e t b a n y a k m e m b a n t u H i l m i
s e m a s a d i a m e m i m p i n o r c h e s t r a menjadikan bidang
muzik sebagai sumber mata pencarian
vi.Masyarakat kota yang baik hati dan bersimpati
watak Mamat, Mak Minah, dan Pak Amat

NILAI

Ketekunan dan kerajinan


Hilmi tekun dan rajin menimba ilmu dalam bidang
m u z i k s e h i n g g a b e r j a y a m e n j a d i penggubah lagu yang
terkenal
Hormat-menghormati
Hilmi menghormati Datuk Johari dan Datin
Salmah walaupun sering dicemuh
Belas kasihan
P a k Am a t , M a k M i n a h d a n H a y a t i k a s i h a n a k a n
H i l m i y a n g d i l a y a n d e n g a n b u r u k oleh Datin Salmah
Bantu-membantu
Mamat membantu Hilmi mengembangkan minat dan
b a k a t n y a d a l a m b i d a n g m u z i k dengan membawa Hilmi
belajar muzik dengan Encik Bakar
Keyakinan
Hayati yakin dapat menggantikan Hilmi dalam
pertunjukan Orkes Perdana ataskebolehan dan
pengalamannya
Ketabahan
Hilmi tabah menghadapi dugaan hidup
Keikhlasan
Encik Bakar ikhlas mengajar Hilmi bermain muzik
tanpa ganjaran
Kasih sayang
H i l m i t e t a p m e n y a y a n g i Az i z a h m e s k i p u n r u m a h
tangga mereka gagal
PENGAJARAN

Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai


kejayaan.
Kita haruslah mengenang budi orang yang telah membantu kita.
Kita janganlah memandang hina kepada orang lain.
Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain.
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak
berdendam.
Kita wajib berpegang teguh pada ajaran agama dan menjauhi
perkara maksiat.
Kita hendaklah mementingkan kesihatan diri.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.
Kita harus membantu orang yang susah dan memerlukan
pertolongan.
Kita hendaklah mengekalkan nilai kasih sayang.
Kita perlu menjaga maruah diri.
Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan Tuhan.
Kita harus berani menempuh pelbagai cabaran.
Kita harus bertanggungjawab terhadap keluarga.

Anda mungkin juga menyukai