Anda di halaman 1dari 6

Sinopsis Konsserto Terakhir.

BAB 1 Keluarga
Hilmi berhijrah dari kampungnya dari Kedah, ke rumah pak ciknya, Datuk Johari untuk mencari
kerja. Ayahnya berharap sepupunya itu dapat membantu anaknya mencari pekerjaan kerana Datuk Johari
merupakan orang ternama dan berpengaruh di Kuala Lumpur . Namun begitu, kedatangannya mendapat
sambutan yang dingin oleh keluarga Datuk Johari, terutamanya isterinya, Datin Salmah yang amat memandang
rendah orang miskin dan yang berpelajaran rendah.
Pada masa itu Datuk J ohari mengimbas kenangannya kembali semasa dia meninggalkan
kampung halamannya itu ketika sehari selepas berkahwin. Sudah 17 tahun dia telah meni nggalkan kampung
halamannya dan tidak pernah menziarahi saudara -maranya di kampung. Dia juga teringat akan kata-kata abang
sepupunya yang berharap suatu hari nanti dia dapat membantu Hilmi.
Datuk Johari pula berusaha mencari pekerjaan untuk Hilmi. Walaupun Datuk Johari
berpengaruh tinggi beliau tetap gagal mencari pekerjaan untuk Hilmi kerana Hilmi hanya berkelul usan darjah
empat sekolah Melayu. Akhirnya Hilmi diupah oleh Datuk Johari sebagai tukang kebun di rumahnya. Hilmi
diberi tempat tinggal dan makan di rumah Datuk Johari. Hilmi berasa amat gembira terhadap tawaran oleh
Datuk Johari, kerana berkebun merupakan minatnya. Hilmi bekerja dengan rajin sekali tanpa menunggu arahan
daripada Datuk Johari dan Datin Salmah.
BAB 2 Kuli
Hilmi tinggal di pondok pekerja di belakang rumah pak ciknya wal aupun dia saudara kepada
Datuk Johari. Akan tetapi, Hilmi tidak pernah mempersoalkannya. Hilmi amat berbakat dalam perkebunan. Dia
mengubah kedudukan pasu -pasu bunga supaya mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Jiran Datuk
Johari, Dr Nathan amat mengagumi kebolehan Hilmi. Hilmi amat mengambil berat tentang pokok -pokok
bunga dan kebun sayurnya. Kali pertama Hilmi mendengar bunyi piano, Hilmi telah jatuh cinta terhadap muzik
tersebut. Hilmi juga amat mengagumi anak perempuan Datuk Johari, Hayati yang dapat bermain piano dengan
begitu baik. Setiap kali Hilmi bekerja di kebun dia pasti akan dapat mendengar alunan piano.
Datin Salmah tidak pernah mengaku Hilmi sebagai saudaranya dan masih terus memandang
rendah Hilmi dan juga Mohsin anak saud ara Datin Salmah. Namun begitu, Hilmi tidak mengambil kira pe rkara
tersebut dan tetap melaksanakan tugasnya dengan penuh kesungguhan. Pak Amat, iaitu pemandu Datuk Johri
tinggal sebilik dengan Hilmi. Pak Amat pernah berkahwin dengan seorang wanita asing di Australia dan
mempunyai seorang anak lelaki tetapi telah gugur semasa beperang di Vi etnam.
Datin Salmah berasa amat malu kerana adik -adiknya mengetahui bahawa Hilmi ialah saudara
suaminya. Dia merasakan Hilmi akan kerap menimbulkan masalah baru dalam keluarganya dan amat
menyesali tindakannya membenarkan Hilmi menetap di sini. Dia juga mula merancang sesuatu agar Hilmi
meninggalkan rumah ini secepat mungkin.
BAB 3 Kuli
Hilmi terus memberikan tumpuan dengan kewajipannya sebagi tu kang kebun Datuk Johari b aik
siang ataupun malam. Kadang kala, Hayati juga bersiar-siar di taman bunga pada waktu malam. Minat Hilmi
dalam piano semakin mendalam. Dia pasti akan berada berhampiran tempat Hayati bermain piano setiap
Khamis dan Sabtu petang.Walaupun hujan lebat atau matahari yang terik dia juga tetap berada disitu. Apa yang
penting, dia dapat mendengar Hayati bermain piano. Hatinya tidak senang jika tidak dapat mendengar Hayati
bermain piano pada hari-hari tersebut.
Hilmi juga cemburu akan kemesraan Hayati dengan tunangnya, Mohsin setiap kali Mohsin
pulang untuk bersama dengan Hayati dan keluarga nya. Datuk Johari mula menghargai bekas tangan Hilmi di
taman bunganya dan mula memuji hasil kerjanya. Kesemua tanaman yang ditanam oleh Hilmi amat subur dan
tumbuh dengan cantiknya. Selain Datuk Johari, hasil kerja Hilmi juga mendapat pujian daripada raka n-rakan
Datin Salmah yang sering kali membawa buah tangan seperti pokok -pokok bunga kepada Datin Salmah.
Namun begitu, Hilmi tidak pernah mendapat sebarang pujian atau penghargaan daripada Datin Salmah.

BAB 4 Hukuman
Hilmi terpaksa menbantu Mak Minah me ngemas bahagian dalam rumah kerana Leha pembantu
Mak Minah telah berhenti kerja dan telah berkahwin. Hal i ni bermakna tugas Hilmi bertambah sekali ganda.
Namun begitu, Hilmi menerimanya dengan hati yang terbuka. Oleh itu , peluang Hilmi untuk menghampiri
piano Hayati juga telah bertambah. Keinginan hilmi untuk bermain alat muzik tersebut tidak lagi dapat
dibendung lagi. Hilmi mencuba memetik piano mengikut rentak muzik yang cukup dihafalnya setiap kali
Hayati memainkan melodinya. Dia merasa begitu asyik dan terpegun dengan dentingan aluman piano sehingga
dia tidak menyedari kedatangan Mak Minah di ruang tamu.
Perbuatannya mengganggu piano kepunyaan Hayati ditegah keras oleh Mak Minah yang
kebetulan masuk ke ruang tamu. Mak Minah memberi kan amaran kepada Hilmi bahawa perbuatannya hanya
akan mengundang kemarahan Datin Salmah dan Hayati. Hilmi terus memohon maaf dan tidak menyedari
bahawa perbuatanya merupakan suatu kesalahan. Apabila Hayati pulang dan telah menyedari bahawa pianonya
telah diusik kerana perubahan nada pada suatu kekunci telah disedari olehnya.
Hilmi terus dipersalah oleh Datin Salmah. Datin Salmah bukan sahaja memarahi perbuatan
Hilmi malah menghina keturuna nnya. Hilmi diherdik dan dimalukan didepan saudara -mara Datin Salmah.
Hilmi menyangka tentulah Mak Minah yang mengadu tentang hal ini kepada Datin Salmah. Sebagai hukuman,
Hilmi dilarang menyentuh piano serta gajinya dipotong bagi membaiki kerosakan piano tersebut. Hilmi amat
kesal dengan perbuatanya dan tidak menyangka perbuatanya akan mend atangkan masalah besar kepadanya.
Beberapa hari kemudian Datuk Johari dan sekeluarga akan bercuti ke Eropah. Mak Minah
diberi cuti dan pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan. Hilmi di pertanggungjawabkan untuk menjaga dan
mengurus rumah Datuk Johari sendiri. Pada masa itu Datin Salmah telah banyak memberikan amaran dan
ingatan agar Hilmi tidak merosa kkan barang-barang kepunyaan keluarganya. Hilmi pula berasa kehilangan
Hayati yang sememangnya ada dalam hatinya. Hilmi sempat bermonolog dengan bunga -bunganya tentang
orang yang mampu menggantikan Hayati sepanjang ketiadaannya.
BAB 5 Penunggu
Hilmi ditugaskan menjaga rumah sepanjang sebulan semasa ketiadaan Datuk Johari dan
sekeluarganya. Sebagai seorang yang bertanggungjawab Hilmi melakukan tu gas hariannya tanpa pengawasan.
Dia mempunyai jadual harian yang ketat bagi memastikan tugas -tugas yang diamanahkan berjalan lancar.
Walaupun penat Hilmi tetap melaksanakan tugasnya dengan sempurna tanpa melupakan solat.
Kesunyian sepanjang keseorangan di ubati dengan kehadiran Mamat, pemandu Dr Nathan.
Mamat merupakan satu-satunya rakan Hilmi. Mamat berwatak periang dan peramah. Dia baru sahaja
berkahwin dengan Esah, tukang masak Dr Nathan. Sekali -sekala Mamat mengajak Hilmi berjalan -jalan dengan
menaiki kereta tuannya dan kerap bertukar fikiran dan pendapat.
Walaupun pernah dimarahi dan dipotong gaji, Hilmi masih lagi cenderung untuk bermain alat
muzik tersebut. Mamat menyedari minat Hilim terhadap muzik dan memperkenalkannya kepada Encik Bakar,
seorang guru muzik dan bermain muzik dalam sebuah quartet. Encik Bakar menerima kehadiran Hilmi dengan
baik dan menganggapnya mempunyai bakat muzik yang luar biasa. Buktinya, Hilmi mampu bermain alat
muzik walaupun tidak pernah belajar secara formal. Hilmi mula b erasa seronok dengan pelajaran muziknya.
Kesungguhan Hilmi belajar menyebabkan Encik Bakar sering memujinya dan tid ak mengenakan sebarang
bayaran.
Bab 6 Muzik
Hilmi mula menunjukan minatnya yang mendalam terhadap pelajaran muziknya. Dia cuba
sedaya upaya untuk memahami dan menguasai ilmu baru yang dipelajari olehnya dari Encik Bakar. Pada masa
yang sama , Hilmi tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai tukang kebun dan penjaga rumah pak ciknya.
Hilmi mula melahirkan kebimbanganya kepada Mamat bahawa dia mungkin tidak lagi berpeluang belajar
muzik apabila Datuk Johari dan Datin Salmah pulang dari cuti. Hatinya gusar dan amat tidak menentu.
Pada suatu hari, Hilmi begitu teringin memetik piano setelah sekian lama dia tidak berbuat
begitu. Kali ini permainannya sudah menjadi baik dan meyakinkan dia begitu asyik mengalunkan melodi yang
dipelajarinya daripada Encik Bakar . Dengan tidak disangka-sangka, semasa dia asyik bermain piano pak cik
2

dan sekeluarganya pulang secara tiba -tiba. Hilmi amat terkejut. Timbu l perasaan kesal yang teramat sangat
dalam dirinya. Datin Salmah tidak sempat memarahi Hilmi kerana dihalang Hayati. Hayati begitu terpegun dan
terkejut kerana dia tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi boleh bermain piano malah memberi kan pujian dan
tepukan.
Semenjak peristiwa itu, Hayati mula menghormati kebolehan Hilmi. Pada malam tersebut
Hayati ke bilik Hilmi dan menghadiahkan Hilmi sebuah patung bermuzik yang pada asalnya dibeli khas untuk
tunangnya di Vienna. Hilmi amat terkejut dam amat terharu me nerima pemberian Hayati. Ibu Hayati tidak suka
akan Hayati berbaik dengan budak kampung itu dan mendesak Hayati menelefon Mohsin untuk memaklumkan
kepulanganya secara tiba-tiba. Akan tetapi, Hayati enggan berbuat demikian . Datin Salmah cuba menyiasat
tujuan Hayati ke bilik Hilmi dan tidak me nyangka Hilmi akan menerima oleh -oleh istimewa. Dia mula merasa
curiga kerana Hayati tiba-tiba mesra dengan Hilmi sejak mereka kembali dari bercuti.
BAB 7 Oleh-oleh
Mohsin turut merasai perubahan yang berlaku kepada diri Hayati semenjak pulang dari
melancong. Sikap acuh tak acuh Hayati setiap kali melaya nnya, menyebabkan Mohsin berasa sakit hati.
Mohsin melihat masalah ini berpunca daripada Hilmi dan mula menyalahka nnya. Sementara itu, hubungan
antara Hayati dan Hilmi semakin intim dan mesra. Hubungan cinta mereka mula berputik dalam hati mereka.
Masing-masing dapat merasakan tetapi tidak dapat meluahkanya. Mereka sering kelihatan berdua -duaan di
taman bunga atau di kebun sayur di belakang rumah. Hayati sering berkongs i cerita tentang muzik dan bunga bungaan sepanjang lawatannya ke barat.
Datin Salmah semakin curiga melihat hubungan Hilmi dan Hayati yang semakin mesra.
Sebaliknya, hubungan Hayati dengan Mohsin menjadi dingin. Hayati keberatan menghubungi Mohsin unt uk
memaklumkan kepulangannya kepada Mohsin. Hayati juga melayan kehadiran Mohsin acuh tak acuh sahaja
tidak seperti selalunya. Tali leher yang dihadiahkan kepada Mohsin, sebenarnya ba ru sahaja dibelikan di tanah
air dan bukan dari Eropah. Hayati tidak lagi mengiringi kepulangan Mohsin seperti dahulu lagi tetapi terus
masuk ke dalam bilik walaupun Mohsin masih belum beredar.
Semua perubahan yang berlaku terhadap diri Hayati dapat dikesan oleh Datin Salmah. Hayati
semakin mesra dengan Hilmi dan semakin d ingin kepada tunangnya. Akibatnya hal itu telah menimbulkan
konflik antara Hayati dan ibunya. Hayati membantah ibunya melarang dia berhubung dengan Hilmi. Mereka
sering bertengkar kerana Datin Salmah sering menghina dan membeza -bezakan Hilmi berbanding den gan
Mohsin. Hayati tidak suka ibunya membanding -bandingkan Hilmi dengan Mohsin. Datin Salmah mengugut
bahawa akan memberitahu bapanya sekiranya Hayati masih meneruskan hubungan mesranya dengan Hilmi.
Mak Minah dipangil semula berkerja secara mengejut dari kampungnya. Pada sangkaannya
kehadiran polis di rumahnya secara mendadak ada kaitan dengan anaknya yang menjadi anggota tentera. Rupa rupanya ada pesan daripada majikanya. Hayati turut memberikan jam tangan Sw iss kepada Mak Minah kerana
Mak Minahlah yang paling mengambil berat tentang Hayati. Mak Mina h amat terharu kerana Hayati tida k
pernah lupa membawa pulang oleh -oleh setiap kali pergi melancong ke luar negara.
BAB 8 Sengketa
Hilmi masih terus belajar muzik daripada Encik Bakar. Azizah anak perem puan tunggal Encik
Bakar memberikan layan baik kepada Hilmi dan mengajarnya piano. Dia tidak memaklumkan bahawa ayahnya
tiada di rumah pada hari itu. Apabila Azizah mengetahui Hilmi hanya seorang tukang kebun, layan mesra
Azizah tiba-tiba berubah. Azizah lantas memaklumkan kepada ayah dan ibunya yang pulang lewat kerana
melawat mak ciknya yang baru melahirkan anak. Hilmi agak kesal dan bergegas pulang kerana sudah agak
lewat.
Azizah masih memandang rendah diri Hilmi kerana pekerjaan nya. Selama ini dia men yangka
Hilmi mempunyai jawatan yang baik kerana layanan yang baik olah ba panya. Encik Bakar berasa kesal
terhadap hinaan oleh anaknya kepada Hilmi kerana pekerjaa nnya dan tidak membuat pandangan dari sudut
lain. Sebelum berjaya sebagai seorang pemain muzik , bapanya juga seorang yang susah tetapi kuat berusaha.
Atas alasan itulah Encik Bakar ingin membantu Hilmi mendalami bidang muzik.

Hilmi tiba lewat ke rumahnya. Dati Salmah menegur dan memarahi Hilmi kerana keluar tanpa
kebenarannya dan pulang pada wakt u lewat. Sebagai hukuman Hilmi tidak diberi makan malam pada malam
tersebut. Namun begitu, belas kasihan Hayati mendorong nya melanggar larangan ibunya m alahan Hayati
sendiri yang menghantar nas i kepada Hilmi. Hilmi kemudian b erasa kasih sayang Hayati menjalar dalam
hatinya.
Pada malam tersebut Hilmi, berbincang dengan Mamat untuk mencari jalan kelu ar untuk
berpindah keluar rumah pak ciknya kerana berasa terhina terhadap sindiran dan layanan buruk oleh Datin
Salmah.
BAB 9 Pertemuan
Rancangan Hilmi keluar dari rumah pak ciknya berjaya dengan bantuan Mamat. Surat tulisan
tangan Mamat, memberikan alasan bahawa bapanya sedang sakit. Kono nnya dia akan balik menziarahi
bapanya. Bagi Datin Salmah inilah peluang keemasa nnya bagi menghalau Hilmi daripada rumah ini tanpa
sebarang prasangka dan konflik. Kehilangan Hilmi turut akan menyelamatkan hubungan Hayati dengan
Mohsin, sebaliknya memutuskan hubungan terus Hilmi dengan anak kesayangan nya.
Namun begitu, ketiadaan Hilmi menimbulkan masalah besar. Banyak bunga kesayangan Datin
Salmah telah mati dan layu tanpa penjagaan rapi. Datuk Johari dan Datin Salmah masalah yang menimpa
mereka berpunca daripada ketiadaan Hilmi walaupun pada masa yang sama mengakui sumbangan Hilmi
selama ini.
Sejak ketiadaan Hilmi, Hayati sentiasa dalam kemurungan dan selalu mengasingkan diri. Dia
mula hilang minat terhadap kelas pianonya. Dia mendakwa kehilangan Hilmi merupakan rancangan ibunya
tetapi berjaya diyakinkan oleh ibunya akan punca sebenar. Hubungan Hayati dengan Mohsin semakin
renggang. Namun begitu, Mohsin menyangkakan Hayati merajuk kerana meninggalkanya agak lama ke
England. Datin Salmah dapat mengesan perubahan ketara pada diri anaknya. Bagi mengatasi kemelutan
tersebut, dia mencadangkan agar perkahwinan Mohsin dan Hayati d ipercepat sebelum Mohsin kembali
bertugas semula ke England, tetapi mendapat bantahan keras daripada Hayati.
Sementara itu, Hilmi membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung. Sebaik sahaja di
Tanjung Malim, dia mengambil keputusan berpatah balik dan me ncari pekerjaan di Kuala Lumpur. Dia
akhirnya memdapat pekerjaan sebagai attenden pam minyak di sebuah stesen petrol SHELL di Jalan Setapak.
Mohsin terserempak dengan Hilmi semasa mengisi minyak keretanya. Dia meminta majikan Hilmi supaya
memberhentikan kerjanya. Namun begitu, ugutanya tidak berjaya kerana Ah Kong lebih rela kehilangan
seorang pelanggan daripada seorang pekerja yang baik seperti Hilmi. Hilmi mengambil keputusan menerus kan
pelajaran muziknya semula dengan Encik Bakar selepas menerima kata -kata perangsang oleh Pak Amat.
Encik Bakar menerima kehadiran semula Hilmi setelah hilang agak lama dengan penuh
kegembiraan.Sejak itu Hilmi tidak menoleh ke belakang lagi. Dia belajar muzik dengan bersungguh -sungguh.
Dalam tempoh yang singkat Hilmi beru paya bermain trompet, seksofon dan instrumen lain.
BAB 10 Bebas
Kehilangan Hilmi benar-benar mengubah kehidupan peribadi Hayati. Dia ser ing bersendirian
tanpa mempedulikan nasihat dan kata-kata ibunya. Datin Salmah mula menaruh prasangka dan menyalahkan
Hilmi atas perkara yang telah berlaku. Datuk Johari sebaliknya meminta isterinya menilai diri sendiri sebelum
menyalahkan Hilmi semata-mata, kerana selama ini mereka jarang meluangkan masa mendengar masalah anak
meraka.
Perubahan yang berlaku kepada Haya ti ialah dia sudah meninggalkan cara hidup bebas dan
mula tertarik dengan buku -buku agama dan telah mengerjakan solat. Datin Salmah amat terkejut dengan
perubahan tersebut. Dia dan suaminya telah lama jauh daripada agama kerana kono nnya mahu menyesuaikan
diri dengan kehidupan moden. Rumah mereka turut dilengkapi dengan kemudahan mini bar yang jelas
bertentangan dan menyalahi agama Islam sebenar.
Kepulangan singkat Mohsin ke tanah air akhirny a menyaksikan majlis perkahwinan dengan
Hayati menjadi kenyataan. Datuk Johari dan Datin Salmah bingung kerana Hayati langsung tidak membantah
rancangan tersebut. Berita tersebut cepat tersebar melalui akhbar. Hilmi yang mengetahui berita itu amat
4

kecewa dan amat terkejut. Seminggu lamanya Hilmi mengurung diri. Hari kel apan Hilmi telah berjaya
mengubati luka hatinya. Dia mula bersemangat semula dan mengarang beberapa lagu bagi men ggambarkan
perasaanya. Gubahan lagu pertamanya dinamakan intermeso.
BAB 11 Intermeso
Hilmi berhenti berkerja di stesen pam petrol bagi membolehkannya menumpukan perhatian
bermain muzik di quartet Encik Bakar di Hotel Titiwangsa. Kehilangan amat dirasai oleh Ah Kong, majikanya
kerana sikap rajin, jujur dan bersungguh -sungguh dengan kerja yang di lakukanya. Dia juga di senangi rakan rakan sekerja yang lain kerana mudah bertolak ansur dan suka membantu. Percubaan pertamanya bermain
dalam quardret Encik Bakar walaupun pada mulanya diragui, tetapi akhirnya mendapat pujian daripada ahli ahli quardret dan juga daripada para penonton.
Persembahan gesekan biola Hilmi secara solo telah mendapat liputan sebuah akhbar bahasa
Inggeris. Berita tersebut amat mengejutkan Datuk Johari kerana rakan -rakannya akan mengetahui tukang
kebunnya sudah menjadi ahli muzik berbakat. Berita itu juga disembunyika n oleh isterinya daripada Hayati.
Dia cukup bimbang Hayati akan membacanya. Akan tetapi , Hayati mengetahuinya melalui sepupunya, dia
tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila terbaca berita kejayaan Hilmi. Dia sama sekali
tidak menyangka Hilmi masih berada di Kuala Lumpur.
Encik Bakar tersentak apabila menerima surat amaran daripada Setiausaha Persatuan
Pemain-Pemain Muzik Nasional agar memberhentikan Hilmi dan menjawab surat tunjuk sebab dia tidak boleh
dipecat daripada persatuan terse but. Keputusan akhirnya memihak kepada Encik Bakar setelah persatuan
menimbangkan sumbangan jasa besar Encik Bakar dan bakat besar Hilmi. Hilmi juga diterima semula sebagai
ahli persatuan yang sah dan bermulalah kariernya sebagai seorang ahli muzik yang ba kal mengubah kehidupan
barunya.
Bab 12 Krisis
Hilmi berasa bersalah kepada Encik Bakar kerana dialah Encik Bakar menghadapi saat -saat
genting dalam kerjayanya sebagai ahli muzik. Dia berkira -kira apa akan berlaku sekiranya Persatuan Pemain pemain Muzik Nasional memecat keahlian Encik bakar hatinya betul -betul gusar dan tidak tentu hala. Hilmi
menunggu kepulangan Encik Bakar denga n penuh debaran. Ibu Azizah men enteramkan hati Hilmi daripada
terlalu menyalahkan diri sendiri.
Hilmi meninggalkan rumah Enc ik Bakar secara mendadak setelah terbaca berita tentang Hayati
melalui akhbar yang dibawa oleh Azizah. Hilmi terlupa sebentar masalah yang meru nsingkannya. Hayati yang
akan bertolak ke London pada malam itu dengan suaminya dan menyambung pelajarannya dalam bidang
muzik di Conservatory of Music. Hilmi ingi n sekali bertemu dengan Hayati b uat kali terakhir tetapi dia tidak
berani kerana bimbang akan tindakan Datin Salmah terhadapnya.
Tidak disangka-sangka oleh Hilmi, Mamat kawan bai knya sedang berusaha memba ntu
menemukan Hayati dengannya. Hayati mendapat kebenaran suaminya untuk berjumpa dengan Hilmi.
Pertemuan tersebut berjalan dalam suasana yang cukup memilukan. Mereka berdua mencurahkan perasaan
cinta masing-masing yang telah lama terpendam. Namun begitu, mereka tidak bisa mengubah mengubah takdir
walaupun hati mereka hancur. Hayati berharap Hilmi akan terus menghubunginya memberitahu perkembangan
kerjayanya.
Hilmi kini sudah bergelar pemain muzik profesional. Pada malam itu, Hilmi telah memberikan
persembahan yang luar biasa dan penuh dengan keyakinan serta betul -betul menyentuh perasaan. Dia amat
terharu dengan pengorbanan Mamat dan isterinya yang berusaha keras menemukan dengan Hayati walupun
terpaksa menempuh kesukaran. Malam itu juga, Hilmi berjaya me ngubah sebuah lagu bertajuk Perpisahan.
Encik Bakar memuji lagu gubahan tersebut yang dianggapnya sangat baik. Namun begitu Encik Bakar tidak
bersetuju lagu itu dinyanyi oleh anaknya, Azizah. Hilmi terkejut dengan kenyataan Encik Bakar yang
bertentangan dengan jiwa seorang pejuang muzik.
Keinginan Hilmi menubuhkan kumpulan kugiran dipersetujui oleh Encik Bakar walaupun dia
sendiri tidak menyukai muzik serupa itu. Hilmi berharap muzik sedemikian dapat melupakan keru nsingan
memikirkan kegagalan hubunganny a dengan Hayati. Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Azizah dan
5

diberi nama Kugiran Dahlia. Namun begitu, era kegemilangan mereka cepat menurun. Hilmi kembali aktif
semula dalam persembahan orkestra.
Azizah sering mendampingi Hilmi tetapi dia memye dari Hilmi sering berpura -pura gembira
setiap kali bersamanya.Sebenarnya, Hilmi masih tidak dapat melupai Hayati. Akhirnya setelah setahun lebih
bersama, Hilmi dan Azizah berkahwin. Rumah tangga mereka mulai goyah setelah anak mereka berusia
setahun. Timbul konflik yang semakin susah diselesaikan.
Bab 13 Perpecahan
Hasil kerja kuat Hilmi yang tidak mengerti kekecewaan telah melonja kkan namanya sebagai
pemain muzik yang cukup berjaya. Kekosongan jiwanya kerana kegagalan rumah tangganya membuatkan dia
kerap kali bersendirian dan mengubah lagu yang cukup mengesankan. Ramai penyanyi te rkenal tanah air
menunggu-nunggu gubahan lagunya yang pasti akan melonja kkan nama dan jualan album mereka.
Hilmi berjaya menjuarai pertandingan Orkestra RTM tiga kali bertur ut-turut. Rezekinya juga
semakin murah. Dia mengadakan pertunjukan mengelilingi Malaysia. Semasa berjaya di puncak kejayaan,
Encik Bakar, guru dan juga pendorong kuatnya te lah meninggal. Walaupun berada di puncak kejayaan Hilmi
masih merendah diri dan bers edia menerima teguran.
Hilmi diberi peluang mengadakan pertunjukan perdana. Kejayaannya telah sampai ke
pengetahuan Datuk Johari dan Datin Salmah. Datin Salmah mula menghargai Hilmi dan tidak malu
memberitahu rakannya bahawa Hilmi ialah saudar anya. Datuk Johari pula menyesal kerana Hilmi berjaya
dengan usaha sendirinya tanpa bantuan daripada pak ciknya. Dia cuba membanding dan merendahkan
pencapaian Hayati, anak kandungnya yang berpendidikan formal dalam bidang muzik.
BAB 14 Seniman
Malam itu bakal menyaksikan Hilmi menerima penghomatan besar. Persembahannya itu
dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Dan Pe rmaisuri Agong, Perdana Menteri, dan orang -orang kenamaan.
Dewan Tunku Canselor penuh sesak sehingga ke luar dewan walaupun tiket telah habis dijual.
Kelewatan Hilmi tiba telah menyebabkan kegemparan khususnya kepada Ketua Pengarah RTM.
Dia berusaha untuk mengesan kelewatan Hilmi dan menjemputnya di rumah. Sesuatu yang mengejutkan
berlaku kerana Hilmi tidak dapat membuat persembahan pada malam itu. Hilmi telah jatuh sakit dan terlantar
di wad kecemasan. Pengarah dalam kebuntuan dan hanya mampu berdoa kerana tiada orang yang dapat
dihubungi bagi menggantikan Hilmi. Hayati pulang ke tanah air semata -mata untuk menyaksikan
persembahan Hilmi yang bernama Hi lmi Potpouri. Secara kebetulan Hayati mengetahui tra gedi yang
menimpa Hilmi dan bersedia men ggantikan tempat Hilmi. Pada mulanya Ketua Pengarah tidak yakin dengan
kemampuan Hayati tetapi setelah diyakini oleh Hayati dia memperjudikan persembahan tersebut dalam tangan
Hayati. Persembahan tersebut cukup berjaya oleh sebab dia pernah menghayati kesemua gubahan Hilmi.
Banyak konflik dan rahsia lama terlerai satu -persatu. Sebaik sahaja selesai persembahan, Hayati
dan Ketua Pengarah RTM segera bergegas ke Hosp ital Besar untuk melihat keadaan Hilmi. Di hospital Abang
Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari telah membongkarkan suatu rahsia yang telah lama tersimpan.
Sebenarnya, Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Karim mengahwini bekas isteri Datuk Johari keran a ingin
menyelamatkan maruah keluarga serta demi mengelakkan konflik keluarga yang lebih besar. Datuk Johari
dan Datin Salmah terkejut amat. Rasa kekesalan mereka tidak berkesudahan apabila mengenang cara layanan
yang buruk olehnya kepada Hilmi semasa bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya semula. Azizah juga
tidak dapat mengawal perasaan lalu menyalahkan dirinya atas semua yang berlaku. Hayati juga terkejut dan
bersyukur kerana hal ini hubungannya dengan Mohsin kembali jernih.
Ternyata penyakit yang dialaminya menyebabkan Hilmi tidak lagi dapat bertahan. Hilmi
meninggal sebaik sahaja keluarganya meni nggalkan hospital. Datuk Johari terlalu terkejut dengan menerima
berita kematian Hilmi. Datin Salmah dan Hayati masing -masing tidak dapat mengawal perasa an. Kematian
seorang seniman yang sungguh memeranjatkan itu turut dirasai oleh rakyat seluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai