Anda di halaman 1dari 4

Konserto Terakhir

Tema dan persoalan



Perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk
mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

1. Cinta dan kasih sayang sesama manusia
dapat ditujukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi
dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.

2. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan
kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi
dimasukkan ke
hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian

3. Bertanggungjawab dalam melaskanakan sesuatu
Hilmi menjalankan tugas dan bertanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif
sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik



Watak dan Perwatakan

Hilmi merupakan seorang pemuda yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Dia mempunyai taraf pendidkan yang
rendah iaitu hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. Dia tinggal di rumah Datuk Johari setelah berhijrah
ke Kuala Lumpur. Suami kepada Azizah dan kawan baik kepada Mamat. Dia juga sebenarnya anak kandung Datuk
Johari. Dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

1. Gigih
Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat
melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya
menjadi seorang pemuzik terkenal.

2. Tanggungjawab
Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif
sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik

3. Kuat pegangan agama
Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah
mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.



Watak Sampingan

Hayati merupakan anak perempuan tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Sebenarnya dia juga merupakan
adik kepada Hilmi. Telah berkahwin dengan Mohsin atas kehendak Datin Salmah.

1. Penyayang
Hayati amat menyayngi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila
Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya
membuatkan Datin Salmah menjadi resah.
2. Patuh kepada arahan ibunya


Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya,
Datin
Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.

3. Hidup berasaskan agama
Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta hidup seperti remaja lain. Apabila
Hilmi
keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada tuhan
dan
mula bersembahyang.



Nilai

1. Gigih
Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat
melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya
menjadi seorang pemuzik terkenal.

2. Tanggungjawab
Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif
sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik

3. Kerjasama
kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi
dimasukkan ke
hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian

Pengajaran

1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara
kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi
dimasukkan ke
hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian

2. Kita mestilah gigih berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan
Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat
melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya
menjadi seorang pemuzik terkenal

3. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan
Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif
sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik

Latar tempat

1. Rumah Encik bakar
Antara peristiwa penting ialah kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa dia masih tinggal di rumah
Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi
meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di rumah ini juga Hilmi
pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun.
2. Hospital
Hilmi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin
Salmah dan Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga Datuk
Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya.



3. Dewan Tunku Canselor
Ia menjadi tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke
hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia
yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan
itu berjaya diteruskan dengan jayanta.

Dua buah novel yang telah saya kaji ialah Papa, karya Deana Yusof dan Konserto Terakhir, karya
Abdullah Hussain. Beberapa teknik plot telah digunakan oleh pengarang masing-masing untuk
menghasilkan novel yang lebih menarik.

Dalam novel Papa, teknik plot saspens telah digunakan oleh pengarang. Saspens bermaksud
seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa
berkenaan. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dalam novel Papa akan nasib yang akan menimpa
Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa dia perlu menjalani satu pembedahan kerana
ada komplikasi terhadap kandungannya.

Dalam novel Konserto Terakhir pula terdapat teknik plot imbas kembali. Imbas sekali ialah
lintasan-lintasan dan bayangan atau ingatan watak-watak terhadap sesuatu yang telah terjadi atau
yang telah dialami. Contohnya, semasa Datuk Johari menemui Hilmi di bilik yang diberikan
kepadanya, Datuk Johari telah bertanya tentang masa Hilmi bertolak dari kampung. Hilmi
menceritakannya dan pada masa yang sama Datuk Johari teringat kisahnya dahulu yang pernah
berlaku di kampung tersebut iaitu melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang gadis
kampung.



Teknik Plot Novel Papa
1. Dialog pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh: perbualan Jeffri dengan
Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri bahawa dia merupakan
anak angkat Datuk Mustakim yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2. Monolog tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian. Contoh: Jeffri berkata
kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa Intan Julia telah mendapat
keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon kemasukan ke matrikulasi Universiti
Islam Antarabangsa.



teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan
antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka
berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik
Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi
seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan sikap dan
pandangan serongnya kepada Hilmi.

Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini. Contoh teknik ini ialah apabila Datuk
Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di ampungnya. Datuk Johari
imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak mempedulikan
mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari


bapanya meninggal dunia selama beberapa jam saja dan kemudian setelah mayat bapanya
dikuburkan, dia pun pulang ke Kuala Lumpur.

Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog Hilmi
ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang
akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik monolog
dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain daripada itu, monolog juga terdapat
dalam diri Azizah tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi.


Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi
peluang un tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi
terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit
dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru
pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi
untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk Johari, Datin
Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka
bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah
anak kandung Datuk Johari.


PAPA
(iv) Klimaks
Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang jemaah dengan
papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula membuka matanya serta
mencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau
bagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara
yang sebenar, mama berasa kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama
menghembuskan nafasnya yang terakhir.

2. Dialog
Contohnya, Lia..., sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. Ini Aisyah, isteri
abang, adik Lia juga! Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan menghulurkan
kapadanya.

3. Imbas Kembali
Contohnya, Mak Cik Noraini akan kisah papa Julia bertugas sebagai guru.

4. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor
memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada
komplikasi terhadap kandungannya.

Anda mungkin juga menyukai