Anda di halaman 1dari 5

NOVEL KONSERTO TERAKHIR KARYA ABDULLAH HUSSAIN SINOPSIS

Novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain mengisahkan ketabahan seorang lelaki menghadapi cabaran dan dugaan hidup hingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal.Watak utama novel, iaitu Hilmi yang berasal dari kampung, pergi ke rumah bapa saudaranya, iaitu Datuk johari yang terletak di kuala Lumpur dengan harapan bapa saudaranya akan mencarikannya pekerjaan.Oleh sebab Hilmi hanya belajar sehingga darjah empat di sekolah Melayu, Datuk Johari mengalami kesukaran untuk mencarikan Hilmi pekerjaan.Oleh itu, Datuk Johari meminta Hilmi agar bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Isteri Datuk Johari, iaitu Datin salmah tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya.Datin Salmah yang berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi, berasa bimbang bahawa imejnya akan terjejas sekiranya saudara-mara atau rakan-rakannya mengetahui bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya mempunyai pertalian darah dengan suaminya.Oleh itu, Datin salmah mula melayan Hilmi dengan buruk agar Hilmi meninggalkan rumahnya.Namun begitu, anak Datin Salmah, iaitu Hayati melayan Hilmi dengan baik.Hubungan antara mereka menjadi semakin rapat sehingga Hayati mula mencintai Hilmi walaupun dia sudah bertunang dengan pemuda pilihan ibunya, iaitu Mohsin.Hal ini menyebabkan Datin Salmah semakin membenci Hilmi. Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari kerana tidak dapat bertahan dengan kerenah Datin Salmah dan bekerja di sebuah stesen minyak.Pada masa yang sama, Hilmi mula belajar untuk memainkan alatan muzik daripada Pak Bakar.Setelah mahir bermain alatan muzik, terutamanya biola, Hilmi menyertai kuartet yang dipimpin oleh Pak Bakar dan membuat persembahan di sebuah kelab malam.Hayati berkahwin dengan Mohsin dan berhijrah ke London.Sebelum berhijrah ke London, Hayati sempat bertemu dengan Hilmi dan menyatakan bahawa dia berkahwin dengan Mohsin walaupun masih mencintai Hilmi atas perintah ibunya. Hilmi pula dapat berkenalan dengan anak Pak Bakar, iaitu Azizah yang turut meminati muzik.Hilmi berkahwin dengan Azizah, namun kebahagiaan rumah tangga mereka tidak kekal setelah kelahiran anak pertama.Akibat perselisihan faham, Azizah meninggalkan Hilmi dan tinggal di rumah bapanya bersama-sama dengan anaknya.Hilmi semakin tertekan dan kesunyian setelah Azizah meninggalkannya.Penderitaannya semakin bertambah setelah Pak Bakar meninggal dunia.Namun begitu, Hilmi tetap menumpukan perhatiannya dalam bidang muzik dan menghasilkan pelbagai lagu yang menarik. Orkestra pimpinan Hilmi menjuarai Pesta Muzik Tahunan anjuran RTM tiga kali berturut-turut.Ekoran daripada kejayaan tersebut, Hilmi menerima penghormatan untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana anjuran RTM yang akan diadakan di Dewan Tunku Canselor.Sebagai persiapan, Hilmi menyediakan susunan lagu gubahannya dan menamakannya sebagai Hilmi Potpouri.Malangnya, Hilmi jatuh sakit dan terlantar di Hospital Besar Kuala Lumpur pada saat-saat akhir bermulanya pertunjukan tersebut.Ketua Pengarah RTM pula berada dalam keadaan terdesak untuk mencari pengganti Hilmi.Hayati yang pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan tersebut, akhirnya menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin pertunjukan tersebut. Setelah Pertunjukan tersebut tamat, Datuk Johari, Datin salmah dan Hayati menziarahi Hilmi yang masih terlantar di hospital dalam keadaan tidak menyedarkan diri.Sepupu Datuk Johari, iaitu Pak Karim yang turut menziarahi Hilmi, membongkarkan rahsia bahawa Hilmi yang dianggap sebagai anak kandungnya, sebenarnya merupakan anak kandung Datuk Johari hasil

daripada perkahwinan Datuk Johari dengan gadis kampung yang ditinggalkannya pada malam pertama hari perkahwinan.Pak Karim juga menyatakan bahawa beliau merahsiakan perkara tersebut kerana beliau tidak mahu menimbulkan masalah dalam rumah tangga Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin salmah menyesali tindakan mereka kerana mereka tidak melayan Hilmi dengan baik semasa Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah mereka.Semasa perjalanan ke rumahnya, secara diam-diam Datuk Johari berhasrat untuk membiayai kos rawatan Hilmi dan sekiranya Hilmi mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik, beliau juga mahu membiayai kos tersebut.Datin Salmah pula ingin meminta maaf daripada Hilmi dan sekiranya diizinkan oleh Hilmi, beliau mahu membesarkan anak Hilmi sebagai anak kandungnya agar beliau dapat menebus dosanya.Azizah pula berhasrat untuk memulakan kehidupan yang baharu dengan Hilmi dan menjadi seorang isteri yang mentaati suaminya.Namun begitu, harapan mereka tidak kesampaian kerana sejurus selepas Datuk Johari sampai di pekarangan rumahnya, beliau menerima panggilan dari hospital yang menyatakan bahawa Hilmi sudah meninggal dunia.Hilmi tidak berkesempatan untuk mengetahui kebenaran bahawa Datuk Johari yang dianggap sebagai bapa saudaranya selama ini, sebenarnya merupakan bapa kandungnya.Datuk Johari yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Hilmi sudah meninggal dunia, turut menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menjawab panggilan tersebut.

Novel yang telah saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.Novel tersebut bertemakan ketabahan seorang lelaki dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup hingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Watak utama novel, iaitu Hilmi yang berasal dari kampung, pergi ke rumah bapa saudaranya, iaitu Datuk johari yang terletak di kuala Lumpur dengan harapan bapa saudaranya akan mencarikannya pekerjaan.Oleh sebab Hilmi hanya belajar sehingga darjah empat di sekolah Melayu, Datuk Johari mengalami kesukaran untuk mencarikan Hilmi pekerjaan.Oleh itu, Datuk Johari meminta Hilmi agar bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Isteri Datuk Johari, iaitu Datin salmah tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya.Datin Salmah yang berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi, berasa bimbang bahawa imejnya akan terjejas sekiranya saudara-mara atau rakan-rakannya mengetahui bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya mempunyai pertalian darah dengan suaminya.Oleh itu, Datin salmah mula melayan Hilmi dengan buruk agar Hilmi meninggalkan rumahnya.Namun begitu, anak Datin Salmah, iaitu Hayati melayan Hilmi dengan baik.Hubungan antara mereka menjadi semakin rapat hingga Hayati mula mencintai Hilmi walaupun dia sudah bertunang dengan pemuda pilihan ibunya, iaitu Mohsin.Hal ini menyebabkan Datin Salmah semakin membenci Hilmi. Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari kerana tidak dapat bertahan dengan kerenah Datin Salmah dan bekerja di sebuah stesen minyak.Pada masa yang sama, Hilmi mula belajar untuk memainkan alatan muzik daripada Pak Bakar.Setelah mahir bermain alatan muzik, terutamanya biola, Hilmi menyertai kuartet yang dipimpin oleh Pak Bakar dan membuat persembahan di sebuah kelab malam.Hayati berkahwin dengan Mohsin dan berhijrah ke London.Sebelum berhijrah ke London, Hayati sempat bertemu dengan Hilmi dan menyatakan bahawa dia berkahwin dengan Mohsin walaupun masih mencintai Hilmi atas perintah ibunya. Hilmi pula berkahwin dengan anak Pak Bakar, iaitu Azizah, namun kebahagiaan rumah tangga mereka tidak kekal setelah kelahiran anak pertama.Akibat perselisihan faham, Azizah meninggalkan Hilmi dan tinggal di rumah bapanya bersama-sama dengan anaknya.Hilmi semakin tertekan dan kesunyian setelah Azizah meninggalkannya.Penderitaannya semakin bertambah setelah Pak Bakar meninggal dunia.Namun begitu, Hilmi tetap menumpukan perhatiannya dalam bidang muzik dan menghasilkan pelbagai lagu yang menarik. Orkestra pimpinan Hilmi menjuarai Pesta Muzik Tahunan anjuran RTM tiga kali berturut-turut.Ekoran daripada kejayaan tersebut, Hilmi menerima penghormatan untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana anjuran RTM yang akan diadakan di Dewan Tunku Canselor.Sebagai persiapan, Hilmi menyediakan susunan lagu gubahannya dan menamakannya sebagai Hilmi Potpouri.Malangnya, Hilmi jatuh sakit dan terlantar di Hospital Besar Kuala Lumpur pada saat-saat akhir bermulanya pertunjukan tersebut.Hayati yang pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan tersebut, akhirnya menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin pertunjukan tersebut. Sepupu Datuk Johari, iaitu Pak Karim yang menziarahi Hilmi di hospital, membongkarkan rahsia bahawa Hilmi yang dianggap sebagai anak kandungnya, sebenarnya merupakan anak kandung Datuk Johari hasil daripada perkahwinan Datuk Johari dengan gadis kampung yang ditinggalkannya pada malam pertama hari perkahwinan.Akhirnya, Hilmi meninggal dunia tanpa mengetahui kebenaran tersebut

Novel yang telah saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.Pengarang mengungkapkan pelbagai persoalan dalam novel tersebut. Satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel tersebut ialah minat muzik dalam kalangan masyarakat.Hal ini dapat dilihat apabila Hayati belajar bermain piano di rumahnya.Hayati juga memperoleh ijazah dalam bidang muzik dari Konservotary Muzik di London. Satu lagi persoalan yang terdapat dalam novel tersebut ialah ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup.Contohnya, Hilmi tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup seperti menerima layanan yang buruk daripada Datin salmah semasa bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari, perpisahan dengan Azizah dan kematian Pak Bakar, iaitu orang yang paling berjasa dalam hidup Hilmi. Selain itu, pengarang juga mengungkapkan persoalan insaf akan kesilapan.Hal ini terbukti apabila Datin Salmah ingin meminta maaf daripada Hilmi dan sekiranya diizinkan oleh Hilmi, beliau mahu membesarkan anak Hilmi sebagai anak kandungnya agar beliau dapat menebus dosanya. PERSOALAN-PERSOALAN LAIN : Keikhlasan dalam membantu seseorang Pak Bakar mengajar Hilmi memainkan alatan muzik tanpa mengenakan sebarang bayaran Kepentingan status dalam kalangan masyarakat Bandar Datin Salmah yang berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi, berasa bimbang bahawa imejnya akan terjejas sekiranya saudara-mara atau rakan-rakannya mengetahui bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya mempunyai pertalian darah dengan suaminya.Oleh itu, Datin salmah mula melayan Hilmi dengan buruk agar Hilmi meninggalkan rumahnya. Pengaruh budaya Barat dalam kalangan masyarakat Bandar Datuk Johari dan Datin Salmah menghadiri parti dan pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Ketaatan kepada ibu bapa Hayati berkahwin dengan pemuda pilihan ibunya, iaitu Mohsin walaupun dia mencintai Hilmi. Ketaatan pada ajaran agama Islam Hilmi tidak pernah meninggailkan solat walaupun dia sibuk bekerja.Hilmi tidak terdaya untuk meminum arak walaupun timbul keinginan untuk melakukannya setelah Azizah meninggalkannya kerana dia sedar bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Novel yang telah saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.Watak utama novel tersebut ialah Hilmi.Pada bahagian permulaan cerita,

Anda mungkin juga menyukai