Anda di halaman 1dari 2

NOVEL MERENANG GELORA KARYA RUSLAN NGAH

TEKNIK PLOT / TEKNIK PENCERITAAN



Novel yang telah saya kaji ialah novel Merenang Gelora karya Ruslan
Ngah.Pengarang telah menggunakan pelbagai teknik plot untuk menjadikan novel
tersebut menarik.
Satu daripada teknik plot yang jelas kelihatan dalam novel tersebut
ialah teknik imbas kembali, iaitu kenangan peristiwa yang sudah
berlalu.Contohnya, Jamil memberitahu Badri tentang sebab dia menghilangkan diri
dari sekolah tanpa pengetahuan Badri setelah berjumpa dengan Badri beberapa
tahun kemudian.Jamil menyatakan bahawa dia telah dihantar oleh ibu bapanya
untuk bersekolah di Sarawak, iaitu kampung neneknya.Menurut Jamil lagi, ibu
bapanya bimbang bahawa dia akan dipengaruhi oleh Sharul, Amran dan rakan-
rakan mereka yang terlibat dalam masalah sosial.
Satu lagi teknik plot yang terdapat dalam novel tersebut ialah teknik
saspens, iaitu ketegangan dalam cerita yang menimbulkan tanda tanya dalam diri
pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku seterusnya.Penggunaan teknik
saspens dapat dilihat apabila Badri sampai di sebuah pasar raya untuk menemui
orang yang telah menyelitkan nota ke dalam saku seluarnya.Hal ini menimbulkan
persoalan dalam diri pembaca sama ada nota tersebut sengaja diselitkan oleh
seseorang untuk mempermainkan Badri.Selepas lima belas minit, seorang gadis
Cina menghampiri Badri lalu memperkenalkan dirinya sebagai Siew Mei dan
menyatakan bahawa dia juga belajar di sekolah yang sama dengan Badri.
Teknik plot lain yang terdapat dalam novel tersebut ialah teknik
pemerian, iaitu gambaran secara terperinci tentang sesuatu keadaan atau seseorang
watak.Contohnya, pengarang memerihalkan cara Badri bersiap-siap untuk pergi ke
sekolah.Badri berdiri di hadapan cermin sambil mengenakan tali leher.Sudah tiga
kali dia memasang dan membuka tali leher.Masuk kali keempat barulah dia puas
hati.Kemudian dia membetulkan baju kemejanya yang berwarna hijau muda.


teknik dialog
percakapan antara watak
o Badri menasihati Nadira agar menjauhkan diri daripada Shahrul yang
mungkin akan merosakkan masa depan Nadira.Menurut Badri, Nadira harus
bijak memilih kawan sedangkan dia pelajar baharu di sekolah
tersebut.Namun, Nadira tidak menerima nasihat Badri lalu menyatakan
bahawa Badri menuduh Shahrul tanpa bukti yang kukuh.

teknik monolog dalaman
kata hati atau bicara hati
o Pelbagai persoalan menyelubungi Badri setelah dia disimbah dengan air
semasa dia berada di dalam tandas sekolah.Badri tertanya-tanya akan
dosanya sehingga dia menerima hukuman sedemikian.Badri juga tertanya-
tanya akan sebab kewujudan pelajar-pelajar yang sengaja menganiaya dan
memalukannya sedangkan dia tidak pernah mengganggu sesiapa.

teknik kejutan
peristiwa di luar dugaan pembaca
o Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit di dalam beg sekolah
Badri.Peristiwa tersebut memang tidak di duga oleh pembaca kerana Badri
merupakan seorang pengawas sekolah yang bertanggungjawab.Badri juga
berasa malu atas perkara tersebut.Namun, dia dapat membuktikan dirinya
tidak bersalah setelah pihak sekolah mendapati bahawa Badri menjadi
mangsa fitnah akibat perbuatan Shahrul.

teknik saspens
o Badri telah disimbah dengan air semasa dia berada di dalam tandas
sekolah.Pembaca tertanya-tanya tentang pelajar yang melakukan perkara
tersebut.Kumar melakukannya setelah dipujuk oleh Shahrul yang tidak
berpuas hati dengan Badri yang melaksanakan tugasnya dengan
bertanggungjawab.
o Jamil menghilangkan diri dari sekolah tanpa pengetahuan pelajar-pelajar
lain.Dia juga tidak memberitahu perkara tersebut kepada rakan karibnya,
iaitu Badri.Hal ini menimbulkan persoalan dalam diri pembaca tentang
perkara yang telah menimpa diri Jamil.Sebenarnya, Jamil telah dihantar oleh
ibu bapanya untuk meneruskan persekolahan di kampung neneknya yang
terletak di Sarawak.Dia tidak memberitahu perkara tersebut kepada rakan-
rakannya kerana ibu bapanya tidak mahu Sharul dan Amran mengetahuinya.

Anda mungkin juga menyukai