Anda di halaman 1dari 3

Nadira

 Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang
mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.

 Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.

 Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon
bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.

 Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul,
Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.

 Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan
Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.

 Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur
tentang penampilannya.

 Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang
pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.

 Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di
kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.

Meng Kong

 Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.

 Rakan kepada Shahrul dan Kumar

 Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di
sekolahnya.

 Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya
untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

 Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui
rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan
kesalahan itu lagi.

 Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana
yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar

 Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad
prabayar kepada pelajar sekolah.

 Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.

 Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu
Jailani.

 Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong
terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang
lebih.

 Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong
dibuang asrama atas arahan Shahrul.

 Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar
bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.

 Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri
dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

Jamil

 Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.

 Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh
Shahrul, Meng Kong dan Kumar.

 Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.

 Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan
kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.

 Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik

 Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.


Cikgu Jailani

 Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.

 Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.

 Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-
gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.

 Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit
yang dijumpainya di dalam beg Badri.

 Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon
maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung
persekolahannya.

Anda mungkin juga menyukai