Anda di halaman 1dari 5

Sinopsis Novel Merenang Gelora

Bab 1: Tugas Baharu Badri dilantik sebagai pengawas sekolah yang baharu. Di
sekolah, Jamil mengusik Badri yang memakai uniform pengawasnya. Jamil teringat
akan Badri yang pernah suatu ketika dahulu bertanya pendapatnya tentang menjadi
pengawas sekolah. Kata Jamil tugas sebagai pengawas sangat berat, terutamanya
apabila berhadapan dengan murid-murid yang nakal. Sebaliknya, Badri menjawab
walaupun berat tetapi tugas sebagai pengawas adalah mulia.
Siti Cahaya Nadira , pelajar baru ditempatkan di kelas Badri dan Jamil. Nadira
pelajar yang cantik, terbuka, dan moden. Ketika dalam perjalanan ke tandas
semasa waktu rehat, Badri terserempak dengan lima orang murid yang sedang
mengelilingi Meng Kong, murid Tingkatan 5 Bestari. Badri nampak Meng Kong
menghulurkan kertas kecil kepada murid-murid itu. Apabila ternampak Badri,
mereka terus bersurai. Ketika Badri sedang asyik menjamah makanan di kantin,
tiba-tiba dia terpandang akan Meng Kong. Meng Kong cepat-cepat menghabiskan
makanannya lalu meninggalkan kantin. Siti Cahaya Nadira yang cantik menjadi
rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri untuk
mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Latihan Pengukuhan
Bab 1: Tugas Baharu
1. Siapakah yang dilantik menjadi pengawas yang baru?
2. Siapakah yang mengusik Badri ?
3. Apakah pendapat Jamil tentang tugas seorang pengawas?
4. Siapakah pelajar baru?
5. Nyatakan perwatakan Nadira?
6. Siapakah yang mengelilingi Meng Kong?
7. Apakah yang dihulurkan oleh Meng Kong ?
8. Kenapakah Nadira menjadi rebutan murid-murid lelaki?
9. Nyatakan nilai murni dalam bab 1

Bab 2: Api yang Mula Membara


Badri datang daripada keluarga yang sederhana. Oleh sebab itu, Badri
bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga menempah kejayaan. Dia
tidak mahu menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak memberikan
manfaat. Pada suatu hari, Badri terperanjat apabila sebuah motosikal meluncur laju
dari arah belakangnya memasuki kawasan sekolah. Penunggangnya ialah Shahrul,
murid tingkatan lima yang terkenal dengan kenakalannya. Kebetulan pada hari itu
Badri sakit perut yang memaksanya berulang-alik ke tandas. Semasa di dalam
tandas, tiba-tiba percikan air menimpa kepala Badri dan kemudian diikuti simbahan
demi simbahan. Sekujur tubuh Badri basah kuyup. Badri pulang ke kelas dengan
perasaan malu.
Nadira bertanya dengan nada sindiran kepada Badri. Peristiwa di tandas itu
membuatkan Badri berasa geram bercampur hairan. Bagaimanakah Nadira dapat
mengetahui perkara yang berlaku terhadap dirinya dengan begitu cepat? Jamil
menasihati Badri supaya tidak mengambil tahu sangat soal orang lain. Badri
meminta izin daripada Cikgu Jailani untuk pulang ke rumah. Selepas membersihkan
diri, Badri memberitahu emaknya bahawa dia hendak ke bandar dan kemudian ke
rumah Pak Alang. Dia pergi ke perpustakaan di bandar untuk mencari ketenangan.
Namun, fikirannya tetap tidak tenang. Badri keluar dari perpustakaan dan merayaurayau di sekitar bandar. Badri agak terkejut apabila melihat Nadira membonceng
motosikal yang ditunggang oleh Shahrul. Badri menaiki bas ke rumah Pak Alang.
Sampai di rumah Pak Alang, sekali lagi Badri terkejut apabila melihat Nadira berada
di situ. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 2: Api yang Mula Membara
1. Kenapakah Badri bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh?
2. Apakah sikap terpuji Badri?
3. Kenapakah Badri berasa terperanjat?
4. Nyatakan sikap negatif Sharul?
5. Kenapakah Badri terpaksa berulang-alik ke tandas?
6. Apakah yang berlaku kepada Badri di dalam tandas?
7. Apakah perasaan Badri selepas itu?
8. Apakah nasihat Jamil kepada Badri?
9.Apakah sikap positif yang ada pada diri Badri?

10.Kenapakah Badri pergi ke perpustakaan?


11.Kenapakah Badri berasa terkejut?
12.Siapakah Nadira kepada Pak Alang?
Bab 3. Bermain Api
Badri agak hairan apabila mendapati murid-murid tidak lagi berkumpul untuk
berjumpa dengan Meng Kong pada waktu rehat. Biasanya mereka berkumpul di
bawah pokok di tepi padang. Badri berselisih dengan seorang murid yang
memandang Badri dalam ketakutan. Tiba-tiba Badri terlihat tanda lahir di leher
murid itu. Rupa-rupanya, murid itulah yang berada di dalam tandas semasa Badri
disimbah dengan air tempoh hari. Kebetulan murid itu tidak memakai lencana. Badri
membawa murid itu berjumpa dengan Cikgu Jailani. Murid itu bernama Kumar.
Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit di dalam saku Kumar. Meng Kong, Kumar,
dan Shahrul adalah kawan tiga serangkai yang selalu menimbulkan kesulitan
kepada murid-murid di sekolah. Menurut Ah Chun, Meng Kong menjual kad prabayar
dan telefon bimbit terpakai kepada murid- murid sekolah, tetapi dia tidak ada bukti.
Jamil
memberitahu Badri bahawa Kumar tidak mahu Badri memerhatikan Meng Kong.
Nadira mengingatkan Badri supaya menjaga mulutnya. Nadira tidak mahu Badri
menceritakan apa-apa tentang dirinya kepada Mak Alang. Semasa di perhentian
bas, seorang murid lelaki bernama Bob dengan sengaja merempuh Badri.
Rempuhan itu menyebabkan Badri tersungkur ke tanah. Badri menahan emosi
marahnya. Dia berazam untuk terus membantu mereka supaya tidak terlajak jauh.
Semasa hendak turun dari bas, Badri terasa ada sesuatu diselitkan di saku
seluarnya. Nota itu menghendaki Badri pergi ke sebuah pasar raya pada jam 4.00
petang hari itu. Badri pergi ke pasar raya itu seperti yang dikehendaki oleh orang
yang menulis nota itu. Sampai di sana, Badri terlihat Siew Mei. Rupa-rupanya, Siew
Mei ingin menyampaikan maklumat berkaitan dengan peristiwa Badri disimbah
dengan air di dalam tandas tempoh hari.
Bab 3. Bermain Api
1. Kenapakah Badri berasa hairan?
2. Di manakah biasanya murid-murid itu berkumpul?
3. Bagaimnakah Badri boleh mengenali budak yang berada di dalam tandas?
4. Siapakah nama murid itu?
5. Apakah yang dijumpai oleh Cikgu Jailani di dalam saku Kumar?
6. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Meng Kong?

7. Apakah amaran yang diberikan oleh Nadira kepada Badri?


8.Siapakah yang merempuh Badri?
9.Apakah azam Badri kepada rakan-rakannya?
10.Apakah kandungan nota yang diselitkan pada saku seluar Badri?
11.Apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh Siew Mei kepada Badri?

Bab 4: Duri dalam Daging


Kumar pergi berjumpa dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat permainan boling.
Kumar memberitahu Meng Kong dan Shahrul tentang telefon bimbitnya dirampas
oleh Cikgu Jailani kerana tindakan Badri. Mereka berpendapat bahawa orang seperti
Badri boleh merosakkan bisnes mereka. Antara mereka bertiga, Meng Kong boleh
dikatakan sebagai ketua secara tidak rasmi bagi kumpulan itu. Dalam pada itu,
Kumar berazam untuk membalas dendam terhadap Badri.
1. Di manakah Kumar pergi berjumpa dengan rakan-rakannya?
2. Siapakah yang merampas telefon Kumar?
3. Siapakah ketua bagi kumpulan itu?
4. Apakah azam Kumar?
Bab 5. Pertemuan
Jamil berjumpa dengan Badri. Ada sesuatu yang hendak Jamil beritahu kepada
Badri. Secara kebetulan Badri juga ada sesuatu yang hendak ditanyakan kepada
Jamil. Badri memberitahu Jamil bahawa dia mendapat maklumat bahawa Jamil
membeli telefon bimbit dan mendapatkan bekalan kad prabayar daripada Meng
Kong. Jamil terkejut mendengar kata-kata Badri. Jamil berasa sungguh malu. Dia
segera bangun dan meninggalkan Badri. Badri berasa kesal kerana kawan baiknya
terlihat
dalam kegiatan salah di sekolah. Tiba-tiba Badri teringat akan Nadira. Hubungan
Nadira dengan Shahrul mungkin akan menimbulkan perkara yang tidak balk. Nadira
tidak tahu sikap Shahrul yang sebenar. Nadira harus diselamatkan sebelum
terlambat. Persoalannya, bagaimana hendak menyedarkan Nadira? Hal ini demikian
kerana Nadira ialah gadis yang ego serta sombong.

1. Apakah yang diberitahu oleh Bakri kepada Jamil?


2. Apakah yang berlaku kepada Jamil?
3. Apakah yang dikesalkan oleh Badri tentang Jamil?

4. Pada pandangan Badri, apakah perkara mungkin berlaku kepada hubungan Nadira dengan
Sharul?
5. Apakah sikap negatif Nadira?

Bab 6: Kemuncak Dunia


Nadira berpakaian cantik. Wajahnya disolek rapi. Dia berjanji hendak berjumpa
dengan Shahrul. Semasa membonceng motosikal Shahrul, Nadira teringat akan
kata-kata Badri yang memburuk-burukkan Shahrul. Badri menasihati Nadira supaya
tidak tersalah langkah dan bijak memilih kawan. Shahrul mengamuk mendengar
cerita Badri dari mulut Nadira. Nadira semakin muak melihat tingkah Badri. Shahrul
memberitahu Nadira agar tidak bimbang kerana Badri telahpun menerima
pengajaran pertamanya apabila dia disiram oleh Kumar tempoh hari. Shahrul dan
rakan-rakannya membawa Nadira ke sebuah tasik di pinggir kota. Nadira
mendiamkan diri. Dia kurang senang akan kawan-kawan Shahrul. Tiba-tiba, Aziz
menghidupkan enjin motosikalnya dan mengarahkan kawan-kawannya
meninggalkan tempat itu apabila sepasukan polls menghampiri tempat mereka
berkumpul. Mereka dengan segera memecut motosikal masing-masing. Dalam
keadaan kelam-kabut, Shahrul terus memecut motosikalnya dan meninggalkan
Nadira di situ. Nadira disoal siasat oleh polis. Setelah merayu, Nadira akhirnya
dibawa pulang ke rumahnya. Kejadian itu bagai mimpi ngeri yang sukar dilupakan
oleh Nadira.
1. Apakah nasihat Badri kepada Nadira?
2. Apakah yang berlaku kepada Sharul ?
3. Apakah yang diberitahu oleh Shahrul kepada Nadira?
4. Ke manakah Nadira dibawa oleh Sharul dan rakan-rakannya?
5. Kenapakah Aziz mengarahkan rakan-rakannya meninggalkan tempat itu?
6. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meninggalkan Nadira?
7. Apakah yang dimaksudkan bagai mimpi ngeri?

Anda mungkin juga menyukai