Anda di halaman 1dari 10

AKU BERDOSA

Qadri seorang pelajar berumur 12 tahun hidup bersama neneknya, Nek


Mak di sebuah rumah usang. Dia ditinggalkan oleh ibunnya dek kerana
kebencian ibunya terhadap bekas suaminya. Pada suatu hari, ibunya,
Puan Sofia dating menjenguk Qadri dan Nek Mak. Hal ini menyebabkan
Qadri dipukul teruk oleh ibunya yang menyebabkan Qadri mengambil
keputusan untuk lari dari rumah. Selepas itu, Qadri ditakdirkan bertemu
dengan Daneal yang memberi tumpang biliknya kepada Qadri. Mereka
bekerja di tempat yang sama sebagai tenaga buruh. Tragedi berlaku
apabila Daneal keluar bersama teman wanitanya Elena. Daneal meminta
pertolongan Qadri untuk membawa sebuah bagasi bersamanya ketika
menunggang motosikal. Semenjak peristiwa itu Qadri secara rasminya
telah bersubahat dalam pembunuhan Elena. Setelah Qadri menceritkan
perkara ini pada pihak polis, dia telah dimasukkan ke dalam Sekolah
Henrey Gurney selama sepuluh tahun. Disitulah bermula kejayaan
seorang insan beranama Qadri
WATAK DAN PERWATAKAN
• QADRI
I. Seorang pelajar berumur 12 tahun
II. Cucu kepada Nek Mah
III. Anak kepada Puan Sofia
IV. Seorang yang jujur. Contohnya, Qadri sanggup melaporkan kejadian yang berlaku walaupun dia
berkemungkinan akan ditangkap.

• NEK MAK
I. Nenek kepada Qadri
II. Mak kepada Puan Sofia
III. Seorang yang penyayang. Buktinya, dia beria-beria memasak masakan kegemaran cucunya dan
menjaganya depan penuh kasih saying.
IV. Seorang yang prihatin. Misalnya, dia menegur tindakan Qadri yang berlaku biadap dengan ibunya.
• PUAN SOFEA
I. Anak tunggal kepada Nek Mak.
II. Ibu kepada Qadri.
III. Seorang yang panas baran. Buktinya, dia memukul anaknya, Qadri kerana menyangka bahawa
dia mengisap rokok.
IV. Seorang yang biadap. Contohnya, dia sanggup mencaci-maki Qadri ketika melawatnya di
Sekolah Henry Gurney.

• DANEAL
I. Kawan kepada Qadri
II. Kekasih kepada Elena
III. Seorang yang baik hati. Misalnya, dia sanggup menolong Qadri dengan mencarikan kerja dan
tempat tinggal buatya.
IV. Seorang yang berhati-hati. Contohnya, dia menyuruh Qadri mandi dan bersihkan seluruh
badan agar segala bahan bukti dapat dihilangkan.
NILAI DAN PENGAJARAN
• NILAI

1. Nilai kasih sayang. Buktinya, Nek Mah yang menjaga Qadri dengan penuh kasih saying sejak
kecil.
2. Nilai baik hati. Contohnya, Daneal yang membantu Qadri ketika bertemu dengannya di pondok
bas.
3. Nilai keinsafan. Misalnya, Qadri yang menyesal lari dari rumah dan meninggalkan Nek Mah.
4. Nilai kejujuran. Tamsilannya, Qadri yang membuat laporan akan perbuatannya dan Abang
Daneal yang membuang mayat Elena.
• PENGAJARAN

1. Kita mestilah berkasih sayang sesama manusia. Contohnya, Nek Mah yang amat menyayangi
cucunya, Qadri.
2. Kita mestilah insaf akan kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Daneal yang insaf akan
perbuatannya membunuh Elena suatu ketika dulu.
3. Kita mestilah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Misalnya, Puan Sofea yang
memohon maaf kepada anaknya, Qadri kerana telah melayannya secara kasar.
4. Kita mestilah berbuat baik dengan semua manusia. Tamsilannya, Daneal yang membantu Qadri
ketika bertemu dengannya di pondok bas pada malam hari.
TEKNIK PLOT
• DIALOG
“Qadri.” Lembut nama itu diseur buatkan si empunya nama acuh tidak acuh mendengar.

• MONOLOG
“Yes! Dua ringgit” Umpama kanak-kanak yang mendapat hadiah kegembiraan.

• MONOLOG DALAMAN
Aduh, pedihnya kata-kata Puan Sofia menusuk ke hati!

• PEMERIAN
Sampai sahaja di motosikal Daneal, dia terpandang sebuah beg bagasi pakaian berwarna hitam. Beg
beroda tersebut bersaiz besar, dapat memuatkan sekurang-kurangya enam biji bantal dalamnya.
• IMBAS KEMBALI
Setiap suapan mengingatkannya kepada wajah tua yang sentiasa dalam ingatan.

• SASPENS
Daneal yang meluru masuk seperti orang tidak keruan, pintu ditutup rapat sebelum segera lelaki
tersebut memegang kedua-dua bahu Qadri yang masih kaku berdiri di belakang pintu. ”Kau mesti
tolong aku!”

• KEJUTAN
Cuba melihat tapak tangan sendiri, mujur ada lampu jalan, dapatlah die membelek apakah cecair
yang melekit-lekit itu. Jelas lagi nyata, tangannya berselaput darah.
BINAAN PLOT
• PERMULAAN
Kisah ini bermula dengan mengenalkan pembaca dengan watak Qadri yang hidup bersama
neneknya, Nek Mah di sebuah rumah usang. Nek Mah menyediakan makanan kepada cucunya pada
tiap hari sejak dia masih kecil. Nek Mah juga sentiasa memberi nasihat dan semangat kepada Qadri
dalam pembelajarannya. Mereka berdua saling saying menyayangi antara satu sama lain.
• PERKEMBANGAN
Pada suatu hari Puan Sofia iaitu anak kepada Nek Mah dan ibu kepada Qadri datang melawat
kampung. Puan Sofia amat membenci anaknya itu kerana wajahnya yang seperti bekas suaminya.
Dia telah menuduh Qadri mengisap rokok dan memukulnya sehingga menyebabkan Qadri melarikan
diri. Qadri telah dibantu oleh Abang Daneal yang memberikan kerja dan tempat tinggal kepadanya.
• PERUMITAN
Konflik mula timbul apabila Daneal memperkenalkan kepada Qadri kekasihnya, Elena pada suatu
malam. Setelah pulang ke rumah, Daneal pergi sekali lagi berjumpa dengan teman wanitanya dan
meninggalkan Qadri keseorangan di rumah. Masalah timbul apabila Daneal pulang ke rumah secara
tergesa-gesa dan meminta tolong Qadri untuk memegang sebuah bagasi besar ketika menaiki
motor bersamanya. Rupa-rupanya di dalam beg tersebut terdapat mayat Elena yang telah dibunuh
Daneal. Mereka telah membuang mayat tersebut dan hal ini menyebabkan Qadri berasa begitu
geram dan sedih kerana telah bersubahat melakukan perkara terkutuk tersebut.

• KLIMAKS
Qadri mengambil tindakan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Namun, dia telah
ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh dan merogol. Qadri ditahan di sel sebelum
perbicaraan di mahkamah dilakukan. Dia telah menjadi mangsa keganasan sepanjang berada di sel
tersebut. Setelah perbicaraan mahkamah berlaku, Qadri telah dijatuhkan hukuman bersekolah di
Sekolah Henry Gurney selama 10 tahun. Qadri juga telah berjaya meyelinap keluar kerana terlalu
rindu akan neneknya. Namun dia telah ditangkap semula dan diberikan hukuman.
• PELERAIAN
Setelah 3 tahun berlalu, hari ini merupakan hari yang begitu bersejarah. Majlis Penyampaian
Anugerah Cemerlang Sekolah Henrey Gurney diadakan secara besar-besaran. Qadri bin Jofri telah
mendapat 10 A+ bagi kesemua subjek. Dia juga menerima anugrah Pelajar Cemerlang Sekolah
Henry Gurney. Oleh yang demikian, dia telah diminta untuk berucap di atas pentas. Dalam pada
masa yang sama, ibunya hadir ketika majlis tersebut diadakan dan telah menyedari akan kesilapan
yang telah dilakukan kepada Qadri suatu ketika dahulu.

Anda mungkin juga menyukai