Anda di halaman 1dari 34

SEKOLAH MENENGAH SAINS PEREMPUAN SEREMBAN

(SGS)
JALAN TUNKU KURSIAH
SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN

FOLIO NOVEL
LEFTENAN ADNAN
TINGKATAN EMPAT

NAMA : NUR ADLINA BINTI NOOR


RASHIDI
TINGKATAN : 4 KHADIJAH
TANDATANGAN GURU :
ISI KANDUNGAN :
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Penghargaan 3
2. Sinopsis 4 – 21
3. Tema 22
4. Persoalan 23
5. Perwatakan watak utama 25 - 26
6. Perwatakan watak sampingan 27
7. Binaan plot 28 - 29
8. Teknik plot 30
9. Latar 31 - 32
10. Gaya bahasa 33
11. Nilai dan pengajaran 34 - 35

2
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana saya telah berjaya


menyiapkan folio ini dengan jayanya . Tidak lupa juga
untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada guru mata pelajaran bahasa melayu saya , Pn
Khairien kerana telah membimbing dan memberikan
tunjuk ajar kepada saya untuk menyempurnakan tugasan
ini . Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan
kepada keluarga yang telah banyak membantu sepanjang
proses penyempurnaan tugasan folio ini . Selain itu , saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan taulan kerana banyak berkongsi pendapat dan
bertukar idea dalam menjayakan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya .
Akhir sekali , harapan saya agar tugasan yang saya
hasilkan mampu menjadi sebuah tugasan yang menepati
kritiria yang telah ditetapkan oleh guru-guru bahasa
melayu .

3
SINOPSIS
Bab 1:Darah Pahlawan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan
kisah Adnan yang masih kecil bersama dengan
keluarganya yang terdiri daripada Pak Saidi ,Mak Milah,
Ahmad dan Amarullah . Adnan sekeluarga mempunyai
darah pahlawan iaitu moyangnya pernah membantu Dol
Said menentang Inggeris di Naning . Walaupun begitu ,
Pak Saidi tidak gemar menghebahkan cerita tersebut
kerana persepsi masyarakat terhadap sesiapa yang
menentang British ialah penderhaka masih lagi kuat pada
ketika itu . Pak Saidi bercita-cita untuk menghantar
anaknya belajar di sekolah .
Bab 2 : Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan
rakanya . Adnan sangat menggemari kisah kepahlawanan
Hang Tuah kerana sebelum tidur emaknya , Mak Milah
akan menceritakan kisah-kisah kepahlawanan dahulu kala
. Setiap pagi , Pak Saidi akan membawa Adnan ke tempat
kerjanya bagi mengajar anaknya kesusahan untuk
mencari rezeki . Pak Saidi memiliki satu hektar kebun
getah dan sebidang tanah sawah peninggalan orang
tuanya sebagai sumber pendapatan . Penduduk kampung
Sungai Ramal bergantung kepada aktiviti pertanian
sepenuhnya sebagai sumber pendapatan . Namun
terdapat segelintir penduduk lebih suka menghabiskan
waktu lapang mereka dengan bersembang di warung kopi
Pak Samad .

4
Bab 3 : Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari
menoreh getah . Sambil duduk berehat di atas pangkin
kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang
sedang berlatih silat. Adnan mengajak adik-adiknya untuk
berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu
melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah
dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang
tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat, Adnan
yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat
pahlawan yang ada dalam diri anak sulungnya
itu.Walaupun tidak berpelajaran , Pak Saidi mempunyai
wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa
depan anak-anaknya .
Bab 4 : Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Pak Saidi dan Adnan pergi ke dusun durian untuk
membersihkan kawasan tersebut. Setelah selesai
membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan
berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun
tersebut. Sambil berehat di pondok , Adnan mengambil
peluang untuk bertanya ayahnya mengapa dusun itu
terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya
telah menceritakan tentang asal usul kawasan dusun
tersebut. Adnan juga bertanya mengenai asal usul
keluarganya yang berasal daripada keturunan
Minangkabau.Pak Saidi juga menceritakan kepada Adnan
mengenai penentangan orang Melayu terhadap pihak
penjajah .

5
Bab 5 : Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh
isterinya , Mak Milah . Mak Milah mempelawa Pak Saidi
untuk makan tengah hari . Pak Saidi mengajak anak-
anaknya untuk makan tengah hari bersama . ketika
makan , Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat
kepada anak-anaknya . Adnan meminta kebenaran
daripada ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan .
Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk
menghantar Adnan sama ada di sekolah Melayu , sekolah
Inggeris ataupun di sekolah pondok . Akhirnya Mak Milah
bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh Pak Saidi .

Bab 6 : Guru Besar Steward


Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.
Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu
anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad, namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya.
Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh
basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal dan menjemput anaknya dari sekolah pada
waktu tengahari .

Bab 7 : Mereka Tidak Mengerti

6
Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang
ramai heboh bercerita mengenai Pak Saidi yang
menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Ramai
penduduk tidak bersetuju. Pak Saidi orang pertama yang
berbuat demikian. Mereka khuatir anak Saidi akan
dipengaruhi oleh orang Putih. Lebai Pian menyuruh Tok
Ketua mengambil tindakan atas perbuatan Saidi. Namun,
Tok Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan
bahawa anak Lebai Pian mencuri buah rambutan dan
durian orang kampung . Nordin , anak Lebai Pian merang
untuk mengenakan Pak Saidi .
Bab 8 : Seteguh Karang
Ketika Pak Saidi sedang berehat di pondok yang terletak
di tepi sawah, tiba-tiba Karim datang menghampirinya
lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian,
Karim memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok
Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi
kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih.
Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab
mengapa Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah
Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi Tok
Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk
mendengar penjelasan Pak Saidi. Sedikit perbalahan telah
berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian namun Lebai
Pian kehilangan kata kerana dibidas oleh Pak Saidi .

Bab 9 : Anak-anak Kampung

7
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk
melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok .
Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan
bahasa Inggeris . Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah
dicerobohi pencuri. Adnan dan Pak Saidi telah mencuba
untuk mengejar pencuri itu namun tidak berjaya . Pak
Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan .
Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu.
Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan
pintar.Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya .
Bab 10 : Masuk Jawi Basikal Baru
Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi oleh
gurunya yang merupakan seorang lelaki Inggeris
bernama Anderson . Adnan berasa risau akan dirinya
yang akan dikhatankan tidak lama lagi . Selepas
berkhatan , Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan
Adnan sebuah basikal baru .
Bab 11 : Yakin Boleh
Cikgu Nazri menyatakaan bahawa pada bulan hadapan
akan diadakan pertandingan syarahan dalam bahasa
Inggeris . Adnan menyatakan kesanggupannya untuk
menyertai pertandingan tersebut walaupun rakan-
rakannya memperlekehkan tindakannya itu . Cikgu Nazri
memuji sikap berani mencuba Adnan walaupun dia masih
belum fasih berbahsa Inggeris .Pak Saidi sekeluarga hadir
ke tempat berlangsungnya pertandingan pidato bagi
memberikan sokongan moral kepada Adnan . Adnan telah
menjuarai pertandingan pidato berbahasa Inggeris itu .

8
Bab 12 : Jaguh Kampung
Perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merab
dan Kampung Sungai Ramal telah menjadi buah mulut
orang ramai . Budin daripada pasukan Kampung Sungai
Merab tidak berpuas hati kerana mereka kalah di tangan
pasukan Kampung Sungai Ramal . Mereka mengatur pula
perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan .Budin dari
pasukan Kampung Sungai Merab akan bertinju dengan
Adnan daripada pasukan Kampung Sungai Ramal
.Akhirnya , Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak
meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi
sahabat .
Bab 13 : Darah Muda
Masyarakat kampung sudah dapat menerima dengan baik
anak-anak Pak Saidi belajar di sekolah aliran Inggeris . Pak
Saidi berbangga kerana beliau berjaya membuka mata
orang-orang kampung . Adnan berjaya menamatkan
pelajarannya dengan cemerlang . Adnan telah terpilih
sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah
Melayu Sungai Ramal . Namun , bidang perguruan
bukanlah menjadi minatnya kerana cita-citanya adalah
untuk menjadi seorang askar . Adnan semakin berminat
untuk mengetahui perkembangan politik tanah air .
Minatnya untuk melihat negara ini bebas daripada
penjajahan begitu ketara sekali .
Bab 14 : Askar Melayu Di Raja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar
Melayu . Pihak Inggeris akan mengambil anak-anak muda
9
bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan
Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari,
Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa
anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-
anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa
pemuda kampung termasuk Adnan ingin memohon tetapi
tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa.Namun Adnan
tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi,
merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan
mengalah .
Bab 15 : Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya , nekad keluar
dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di
Port Dickson. Mereka berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban dan dari Seremban ke
Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera
selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera
yang datang ke rumahnya .

Bab 16 : Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat
terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi
melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan
menunjukkan kesungguhan semasa menjalani latihan

10
sehingga terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya
beliau diserapkan ke dalam pasukan askar Melayu. Itulah
saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah
selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran . Adnan
telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala
Mamat pula ditukarkan ke Kedah. Semua rekrut telah
dibenarkan bercuti selama seminggu . Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindu akan keluarga yang telah lama ditinggalkan .
Bab 17 : Kehidupan Baharu
Disebabkan kesungguhan Adnan , maka dalam waktu
yang singkat Adnan telah menerima kenaikan pangkat
menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama
beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King
George VI di London . Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan dari London , dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama
Sophia Pakih Muda pilihan keluarganya .

Bab 18 : Berhari Raya Di Kampung


Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia
ditambah lagi dengan kehadiran tiga orang anak , dua
lelaki dan seorang anak perempuan. Bagaimanapun bayi
perempuan itu meninggal dunia . Pada akhir tahun 1941,
Leftenan Adnan ditempatkan di Pasir Panjang . Dia
membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di
11
rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang
dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka
hidup bahagia .
Bab 19 : Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia ke-11, Jepun bersedia untuk
menjajah Tanah Melayu . Oleh itu , Leftenan Adnan
menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka
di Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Leftenan
Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan
anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia
membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang .

Bab 20 : Bukit Candu


Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu
kerana bukit itu penting untuk dipertahankan. Sekiranya
pertahanan di Bukit Candu dapat ditembusi maka musuh
boleh menguasai Singapura dengan mudah. Apabila
sampai di Bukit Candu, Leftenan Adnan mengarahkan
anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk
dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek
12
bagi membincangkan masalah mengenai penduduk
kampung yang enggan berpindah .
Bab 21 : Di Ambang Perang
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-
pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mengadakan
persidangan di Manila, Filipina. Antara yang
hadir termasuklah Laksamana Thomas C. Hart, pegawai
pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic
Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips,
komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka
membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk
menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina.
Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat
dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu
yang diberi tugas bersama tentera Inggeris
mempertahankan Tanah Melayu .

Bab 22 : Hati-Hati Yang Resah


Leftenan Adnan memberikan taklimat kepada Kapten Rix
tentang tahap keselamatan di bawah jagaannya . Pegawai
Penerbangan Ramshaw melaporkan bahawa dia melihat
banyak kapal tentera Jepun menuju ke Thailand atau
Tanah Melayu . Hal ini merupakan isyarat awal yang amat
jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia
Kedua . Pegawai British mengarahkan kapal pembinasa
HMS Repulse menyekat kemaraan tentera Jepun daripada

13
sampai ke Tanah Melayu . Pesawat pengintip gagal
mengesan kedudukan kapal-kapal Jepun akibat keadaan
cuaca yang buruk . Peluang ini diambil oleh General
Tomoyuki yang mengarahkan tenteranya bertukar arah
laluan , iaitu belayar ke utara menuju Teluk Siam .
Tentera British dan Rejimen Askar Melayu yang
ditempatkan di Kelantan diarahkan memperkukuhkan
pertahanan di tepi pantai .
Bab 23 : Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan
berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga
yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu . Penduduk
kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang .
Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang . Namun
dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya
iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan
Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga
kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera.
Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.
Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya
berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air .
Bab 24 : Perangkap Tidak Kena
Tentera Jepun yang dihantar ke Tanah Melayu telah
menjakani latihan selama tujuh bulan di hutan Burma .
Kebanyakkan mereka mempunyai pengalaman berperang

14
dengan tentera China . Selain itu , mereka memilki
peralatan ketenteraan yang mencukupi .Pada tengah
malam 8 Disember 1941 , Jepun telah berlabuh di Pantai
Kuala Pak Amat , Kelantan . Tarikh ini merupakan
permulaan Perang Dunia Kedua di Timur Jauh dan Pasifik .
Pertahanan di sepanjang pantai agak rapuh kerana
musuh melepaskan tembakan bertubi-tubi yang dihalakan
ke arah kubu di tepi pantai .vJepun cuba mendaratkan
tenteranya di Pantai Sabak , Pantai Kuala Pak Amat dan
Pantai Badang . Akhirnya , tentera Jepun berjaya
mendarat di Pantai Badang kerana pertahanan British di
Pantai Sabak dan Pantai Kuala Pak Amat sukar
ditembusi .Tentera Jepun berjaya menawan Lapangan
Terbang Kota Bharu tetapi mereka mendapat tentangan
hebat dari askar Melayu .

Bab 25 : Gagalnya Operasi Matador


Kemaraan tentera Jepun di Kelantan sukar untuk dikekang
. Akhirnya setelah berlaku pertempuran yang sengit ,
tentera Jepun berjaya menguasai Lapangan Terbang Kota
Bharu di Pengkalan Chepa . Pada 9 Disember 1941 , askar
Jepun telah menguasai Lapangan Terbang Kota Bharu .
Serangan darat tentera Jepun sukar dihalang kerana
strategi pegawainya yang berkemahiran tinggi dalam
peperangan . Jeneral Yamashita mengarahkan kapal
terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kota Bharu
secara mengejut .Akibatnya , banyak kerosakkan alatan

15
penerbangan dialami oleh pihak British .Tentera Jepun
juga berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani ,
Butterworth dan Alor Setar .
Bab 26 : Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah
diserang oleh Tentera Jepun dalam masa yang singkat..
Empat buah kapal pembinasa yang menjadi kapal
pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka
juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival
mengarahkan tentera India British menyerang tentera
Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, Panglima Brid. Jen.
Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai
dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama,
Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat
pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau
Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah
tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang
Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk
kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad .
Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral
Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai
Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu setelah hampir
sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi
pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu
negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa
yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan
terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu
membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di

16
Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan
jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall.
Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah
menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka
untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju
dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak
tertekan dengan keadaan yang sedang melanda.
Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett
membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan
tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan
mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di
Bukit Candu dan Pasir Panjang .

Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran


Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera
diraja British. Serangan balas tersebut membuatkan
tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi .
Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahan
tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan
terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat
menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral
Yamashita dan telah menghantar surat kepada Jeneral A.
E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan
mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan
apa-apa cara sekalipun .
Bab 29 : Terus Berjuang
17
Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang
terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu
dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu
pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan
Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan
di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir
Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga
pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita
penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan
Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat
untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir .

Bab 30 : Serangan Balas


Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak
bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang
tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun
sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya
memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-
orangnya terus melepaskan tembakan mortar ke arah
pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat
mengenai sasaran . Jeneral Yamashita bertambah
berang , dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana
mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu .
Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk
mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun
yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat
.

18
Bab 31 : Biar Putih Tulang
Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu
helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan
Leftenan Renya Mutugchi berang . Disebabkan itu, tentera
Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di
Bukit Candu secara besar-besaran . Serangan kali ini
menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan
disusuli dengan serangan pasukan artileri .
Bab 32 : Tumpah Darah Perwira
Pertahana askar Melayu di Bukit Candu semakin
meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun .
Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat
kepada anak buahnya . Mereka semakin kehabisan peluru
disebabkan oleh asakan daripada tentera Jepun .Tentera
Jepun berjaya menembusi kubu pertahanan askar
Melayu .Bunyi tembakan daripada kedua-dua belah pihak
sudah tidak kedengaran kerana kehabisan peluru .
Berlaku pertempuran jarat dekat antara askar Melayu
yang menggunakan bayonet dan askar Jepun yang
menggunakan pedang samurai .Pertempuran berakhir
apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu . Semua
askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan
Koperal Yaakob .Leftenan Renya Mutuguchi melepaskan
perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan .Tubuh
Leftenan Adnan diterajang dengan sekuat hati . Tentera
Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan
menggantungnya pada pokok ceri . Leftenan Renya
Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut
Leftenan Adnan .Keadaan Leftenan Adnan sangat
19
mengerikan. Penghulu Deraman dan orang-orang
kampung menggali lubang untuk menanam mayat yang
mati syahid mempertahankan negara .
Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah
askar British menyerah kalah. Haji Burhan dan beberapa
orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran
dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut.
Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Mereka melihat puluhan mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan
senjata tajam .
Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu
merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan
kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke
titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya .
Bab 34 : Darah Mengalir Di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke
kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga
Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah
berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun.
Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat
anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai

20
yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu .
Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan
dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-
peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi
mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa
memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi
alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya
iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas .
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan
Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah
kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan
ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia
bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara
anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar
di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di
sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan
dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi
pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.
Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia .

21
TEMA
Tema novel ini ialah pengorbanan dan kesanggupan
seseorang mempertahankan tanah air tercinta daripada
dijajah oleh pihak luar . Leftenan Adnan sanggup berjuang
bermati-matian semata-mata ingin mempertahankan
Tanah Melayu daripada dijajah oleh Jepun . Walaupun
menghadapi kesukaran dan kekurangan dalam
pertempuran dengan pihak Jepun , namun semua itu tidak
menghalang Leftenan Adnan untuk terus berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir .

22
PERSOALAN
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mempunyai
beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan . Antaranya
termasuklah persoalan tentang pengorbanan seorang
isteri . Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila isteri
Leftenan Adnan , Sofia sanggup berkorban berpisah
dengan suaminya dan berusaha menjaga anak-anaknya
dengan sempurna .
Selain itu, timbul juga persoalan tentang
kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting dalam
novel ini . Misalnya , Leftenan Adnan bijak membaca
helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar
sebagai askar India dengan memakai turban ketika
mereka sedang mencuba untuk menyerang askar
Melayu .
Seterusnya, sikap berpandangan jauh turut menjadi
persoalan . Sebagai contoh, ayah Leftenan Adnan iaitu
Pak Saidi berusaha untuk menyekolahkan Leftenan Adnan
di sekolah Inggeris walaupun kebanyakkan anak Melayu
lain bersekolah di sekolah pondok .
Di samping itu, semangat cinta akan negara atau
patriotism turut ditekankan dalam novel ini . Hal ini dapat
dibuktikan ketika Leftenan Adnan yang bertugas sebagai
guru sanggup meninggalkan kerjayanya semat-mata demi
menceburi bidang ketenteraan demi berjuang untuk
mempertahankan tanah air .

23
PERWATAKAN WATAK UTAMA( LEFTENAN
ADNAN)
Watak utama di dalam novel ini iaitu Leftenan Adnan
mempunyai beberapa perwatakan menarik yang wajar
dicontohi . Antaranya Leftenan Adnan merupakan
seorang yang amat berani . Hal ini dapat dilihat dengan
jelas ketika Leftenan Adnan berjuang menentang tentera
Jepun sehingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
beliau tidak bersenjata .
Selain itu , Leftenan Adnan juga bersifat bijaksana .
Misalnya , Leftenan Adnan bijak mengesan taktik tentera
Jepun yang cuba menyamar sebagai tentera India dengan
memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang .
Di samping itu , Leftenan Adnan juga merupakan
seorang yang rajin dan ringan tulang . Sebagai contoh ,
Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya di sawah dan
menoreh getah pada setiap pagi walaupun beliau hanya
berusia sepuluh tahun .
Seterusnya , beliau juga memiliki sifat penyayang .
Hal ini dapat dibuktikan dengan sikap Leftenan Adnan
yang sangat menyayangi keluarganya dan berasa sayu
ketika ingin meninggalkan mereka di Sungai Ramal
sebelum beliau berangkat ke Singapura untuk berjuang
mempertahankan tanah air yang tercinta .

24
Bukan itu sahaja , Leftenan Adnan juga mempunyai
sifat patriotism yang tinggi dalam dirinya . Leftenan
Adnan sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai
seorang guru untuk memasuki bidang ketenteraan untuk
mempertahankan tanah air .

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN

25
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mempunyai
beberapa watak sampingan yang wajar diketengahkan
berdasarkan perwatakan mereka yang seharusnya
dicontohi.
Antaranya ialah perwatakan Pak Saidi . Pak Saidi
merupakan seorang yang bertanggungjawab . Hal ini
dapat dilihat ketika Pak Saidi mengayuh basikalnya pada
setiap pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya kembali pada
waktu tengahari .
Selain itu , Sophia juga mempunyai perwatakan yang
menarik iaitu seorang yang tabah . Misalnya , Sophia
amat tabah menerima berita kematian suaminya di Bukit
Candu .
Seterusnya , terdapat juga watak Manan yang
bersifat setiakawan . Manan yang merupakan kawan baik
kepada Adnan tetap bersahabat dengannya walaupun
Adnan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain kerana
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris .

BINAAN PLOT

26
Binaan plot novel ini terdiri daripada permulaan ,
perkembangan , konflik , klimaks ,dan peleraian .
Pada permulaannya , cerita ini dimulakan dengan
watak Adnan yang bermain-main dengan keris kayu
buatan ayahnya . Adnan bercita-cita untuk menjadi
pahlawan seperti Hang Tuah . Ayahnya bangga dengan
semangat yang dimiliki Adnan .
Kemudian , pada perkembangannya Adnan mula
bersekolah dan menjadi pelajar cemerlang . Dia
menerima tawaran sebagai guru pelatih dan berjaya
mengajar selama setahun setengah sebelum menjalani
latihan ketenteraan bersama-sama Mamat . Adnan
menjadi rekrut terbaik dan diserap ke dalam askar Melayu
. Dia dinaikkan pangkat sehingga menjadi leftenan .
Kemudian , dia mendirikan rumah tangga dengan gadis
pilihan keluarganya iaitu Sophia dan memiliki dua orang
anak lelaki .
Pada bahagian konflik , berita mengenai Jepun
menyerang Tanah Melayu kian tersebar . Adnan terpaksa
berpisah sementara dengan isteri dan anak-anaknya .
Askar Melayu melakukan persiapan dan menguatkan
pertahanan dari serangan Jepun . Tentera Jepun semakin
mara dan banyak nyawa yang terkorban sepanjang
pertempuran .
Klimaksnya , Leftenan Adnan telah ditawan , diseksa
dan dibunuh secara kejam oleh tentera Jepun . Tanah
Melayu jatuh di tangan Jepun . Jepun terus membalas

27
dendam terhadap keluarga Leftenan Adnan dengan
membunuh Pak Saidi .
Akhirnya pada bahagian peleraian , setelah Amerika
mengebom Hiroshima dan Nagasaki , Jepun menyerah
kalah . Penduduk kembali menjalani kehidupan secara
normal . Sophia mengahwini Ustaz Ridwan dan
dikurniakan tiga orang anak . Dia disahkan menghidap
leukimia dan akhirnya meninggal dunia .

TEKNIK PLOT

28
Setiap novel pastinya menggunakan beberapa teknik plot
bagi memastikan jalan cerita kekal menarik .Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa juga menggunakn beberapa
teknik plot .
Antaranya termasuklah teknik pemerian . Sebagai
contoh ,pada halaman 8 , ayat embun pagi masih menitis
di hujung daun .
Selain itu , penulis juga menggunakan teknik
dialog .Misalnya pada halaman 153 ,frasa “Bila kita
bertolak?’’ dan “Seminggu lagi . Jadi awak
berkemaslah ..’’
Seterusnya , penulis turut menggunakan teknik
imbas kembali di dalam novel .Pada halaman 65 , ayat ‘
suasana di stesen kereta api tadi masih terbayang-
bayang..’ dan halaman 153 , ayat ‘ Kata –kata Adnan
terngiang-ngiang di telinganya . Menurut Adnan..’
merupakan contoh bagi teknik imbas kembali .
Di samping itu , teknik imbas muka turut digunakan
dalam novel ini . Teknik ini dapat dilihat pada ayat ‘Dia
membayangkan betapa seronoknya menunggang
basikal..’ pada halaman 73 dan pada halaman 4 juga
merupakan contoh teknik ini iaitu pada ayat ‘semoga
anak-anak kita..menjadi cikgu’ .

LATAR

29
Latar terbahagi kepada tiga perkara iaitu latar tempat ,
latar masa dan latar masyarakat .
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini
ialah di Kampung Sungai Ramal , iaitu tempat kelahiran
Leftenan Adnan dan tempat dia dibesarkan . Kem Latihan
Haig Lines Port Dickson juga merupakan latar tempat bagi
novel ini . Tempat ini merupakan tempat Leftenan Adnan
menerima latihan ketenteraan . Selain itu , Bukit Candu
termasuk dalam latar tempat kerana Bukit Candu
merupakan tempat Leftenan Adnan terkorban dan
mayatnya digantung di dahan pokok ceri . Mayatnya
digantung dengan kepala di bawah dan ditikam bertalu-
talu oleh tentera Jepun .
Latar masa novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
termasuklah pada tahun 1937 , iaitu ketika Leftenan
Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun
yang sama dia pergi ke London untuk menyertai upacara
pertabalan King George VI . Selain itu , pada tahun 1941
iaitu tahun Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan
darat .Latar masa pada waktu pagi juga terdapat dalam
novel ini . Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi
mengayuh basikal menghantarAdnan ke sekolah Inggeris .
Kemudian , terdapat juga latar masyarakat di dalam
novel ini . Antaranya termasuklah masyarakat yang
mementingkan ilmu pengetahuan . Sebagai contoh , Pak
Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris
supaya menjadi orang yang berpelajaran tinggi .Di
samping itu , masyarakat yang berani juga ditekankan
dalam novel ini . Hal ini dapat dibuktikan apabila kompeni
30
C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun
walaupun jumlah mereka sedikit dan kekurangan
senjata .Latar masyarakat kampung juga ditunjukkan
dalam novel ini . Pak Saidi dan penduduk kampung
menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang
bergantung hidup dengan pertanian .

GAYA BAHASA
Gaya bahasa merupakan aspek yang penting dalam
penulisan novel . Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini
mengetengahkan beberapa gaya bahasa termasuklah

31
sinkope .Sebagai contoh , pada halaman 13,penggunaan
sinkope dapat dilihat pada ayat ‘Zaman dah berubah Pak
Karim...’
Selain itu , penulis juga menggunakan gaya bahasa
peribahasa . Misalnya , pada halaman 44 ,ayat ‘…
umpama kaduk dah naik junjung.’
Seterusnya , gaya bahasa metafora juga dapat dilihat
dalam novel . Pada halaman 103 ,ayat ‘Adnan melihat
angin perubahan’merupakan contoh gaya bahasa
metafora .

NILAI
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mempunyai beberapa
nilai dan pengajaran yang wajar dicontohi .

32
Antaranya termasuklah nilai bekerjasama . Misalnya
penduduk kampung Sungai Ramal bekerjasama untuk
tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang
mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan .
Selain itu , terdapat juga nilai patriotism dalam novel
ini . Sebagai contoh , Leftenan Adnan sanggup
meninggalkan tugasnya sebagai seorang guru demi
menceburi bidang ketenteraan bagi melindungi tanah air
tercinta .
Seterusnya , nilai pemurah juga ditonjalkan dalam
novel ini . Pak Saidi rajin bersedekah kepada penduduk
kampung apabila buah di dusunnya berbuah dengan
banyak .

PENGAJARAN

33
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mempunyai
beberapa pengajaran yang wajar dicontohi dan diambil
iktibar .
Antaranya , kita perlulah hidup bersatu padu dengan
bangsa dan agam lain agar kehidupan lebih harmoni . Hal
ini dapat dilihat ketika Pak Saidi berhubungan baik
dengan Ah Chong sehingga Ah Chong membenarkan Pak
Saidi berhutang dengannya .
Di samping itu , kita hendaklah sentiasa berdoa dan
pertolongan daripada Allah agar hidup sentiasa tenang
dan sejahtera . Sebagai contoh , Adnan menunaikan solat
hajat bersama-sama pengawal dan penduduk kampung .
Seterusnya , kita mestilah mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan agar dapat melatih diri menjadi lebih
berdisiplin . Adnan dan rakan-rakan mematuhi peraturan
ketika menjalani latihan ketenteraan , iaitu rambut
mereka perlu digunting .

34

Anda mungkin juga menyukai