Anda di halaman 1dari 6

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP BIN TALIB

1. Peristiwa Adnan menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang
pisang. Adnan memberitahu ayahnya bahawa dia ingin menjadi seperti Hang Tuah
yang pandai bersilat dan berani berlawan dengan musuh.

Huraian: Sikap anak muda yang berani walaupun masih muda.

2. Peristiwa Adnan yang rajin membantu ayahnya bekerja. Setiap hari Adnan akan
mengikut ayahnya ke kebun getah ataupun ke sawah.

Huraian: Seorang anak sanggup meringankan beban bapanya mencari rezeki.

3. Peristiwa ketiga-tiga anak lelaki Pak Saidi iaitu Ahmad, Amarullah dan Adnan
yang sedang berlatih silat di halaman rumah berlari menyambut kepulangan ayah
mereka. Pak Saidi tersenyum gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya.

Huraian: Kemesraan yang terjalin antara anak-anak dan bapa mereka.

4. Peristiwa Pak Saidi yang memberitahu anak-anaknya bahawa dia selalu


bersedekah buah-buahan di dusun mereka kerana buah yang terlalu banyak dan
tidak habis dimakan oleh keluarganya.

Huraian: Sikap suka bersedekah ini sememangnya dituntut oleh agama. Didikan seorang
bapa terhadap amalan bersedekah ini haruslah dipuji.

5. Peristiwa Pak Saidi yang tidak akan marah jika ada orang yang datang ke
dusunnya untuk mengambil buah-buahan. Bagi Pak Saidi semakin ramai yang
makan buah-buahan itu, semakin lebat buahnya.

Huraian: Sikap baik hati dan pemurah seseorang yang dikurniakan rezeki yang banyak
kepada orang lain yang memerlukan.

6. Peristiwa Mak Milah yang ingin menghidangkan makanan kepada suaminya. Pak
Saidi sempat bergurau senda dengan isterinya sambil mencuit dagu isterinya. Mak
Milah pula membalas gurauan tersebut dengan mencubit paha suaminya.

Huraian: Kemesraan yang terjalin antara suami dan isteri akan membawa kebahagiaan
keluarga.

7. Peristiwa Pak Saidi yang mengambil tahu perkembangan bacaan al-Quran dan
bacaan dalam solat anak-anaknya. Berkat kesungguhan dalam memberi didikan
agama yang sempurna kepada anak-anaknya. Anaknya Adnan sudah khatam al-
Quran dan menghafal semua bacaan dalam solat.
Huraian: Sikap bertanggungjawab seorang ayah yang mementingkan didikan agama
anak-anaknya.

8. Peristiwa Pak Saidi yang berhasrat untuk menghantar anaknya ke sekolah


Inggeris. Pak Saidi ingin anak-anaknya diberi ilmu pengetahuan setanding orang
Inggeris. Bagi Pak Saidi, jika orang Melayu tidak mahu berubah, sampai bila-
bilapun akan ditindas oleh orang Inggeris.

Huraian: Seorang bapa yang berfikiran jauh untuk masa depan anak-anaknya.

9. Peristiwa Guru Besar Stewart berasa bangga apabila Pak Saidi ingin menghantar
anak-anaknya bersekolah Inggeris. Beliau berasa bangga kerana semenjak sekolah
Inggeris dibuka, belum ada anak Melayu yang bersekolah Inggeris.

Huraian: Keberanian menyahut cabaran untuk memajukan bangsa mereka agar tidak
terus ketinggalan.

10. Peristiwa Pak Saidi yang sanggup menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap
hari dengan menaiki basikal. Dia sanggup bersusah payah demi memastikan anak-
anakuya mendapat ilmu pengetahuan.

Huraian: Pengorbanan seorang ayah menjalankan tanggungjawabnya demi memastikan


anak-anaknya mendapat ilmu pengetahuan.

11. Pak Saidi yang tetap dengan keputusannya menghantar anak-anaknya ke sekolah
Inggeris walaupun orang kampung mencemuh tindakannya. Orang kampung
bimbang anak-anak Melayu yang bersekolah Inggeris akan menukar agama
mereka.

Huraian: Kesungguhan seorang bapa mempertahankan pendiriannya demi masa hadapan


anak-anaknya.

12. Peristiwa Ah Chong yang sanggup membenarkan Pak Saidi membeli basikal
baharu dengan membuat bayaran ansuran setiap bulan mengikut kemampuan. Ah
Chong mempercayai Pak Saidi yang sudah dianggap seperti saudara.

Huraian: Sikap setia kawan peniaga terhadap pembeli walaupun berlainan agama dan
bangsa.

13. Peristiwa Pak Saidi membelikan Adnan sebuah basikal selepas Adnan berkhatan.
Pak Saidi telah berjanji dengan anaknya itu akan membelikan basikal baharu jika
dia sanggup berkhatan.

Huraian: Seorang bapa telah mencurahkan kasih sayang dengan menunaikan janjinya
demi menggembirakan hati anaknya.
14. Peristiwa Cikgu Nazri yang memuji Adnan yang berani menyertai pertandingan
syarahan bahasa Inggeris walaupun dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Huraian: Seorang guru memberi sokongan dan menghargai keberanian anak muridnya.

15. Peristiwa ibu Adnan, Mak Milah yang memberi sokongan kepada Adnan yang
menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Mak Milah menasihati Adnan
supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Huraian: Sokongan seorang ibu menaikkan semangat anak untuk berjaya.

16. Peristiwa Adnan berlatih di hadapan ayah, ibu dan adik-adikya dan meminta
pandangan mereka tentang persembahannya. Pada hari pertandingan ayah, ibu
dan adik-adiknya turut menemaninya.

Huraian: Sokongan ahli keluarga amat penting dalam kehidupan seseorang.

17. Adnan yang menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Walaupun Adnan
tidak fasih berbahasa inggeris tetapi dia berlatih bersungguh-sungguh. Adnan
telah menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Huraian: Kesungguhan seseorang pasti akan mendapat kejayaan.

18. Peristiwa Adnan dan Budin membatalkan pertandingan tinju antara mereka yang
tidak mengikut peraturan yang sebenar. Mereka mengambil keputusan untuk
tidak bermusuhan sebaliknya menjadi sahabat.

Huraian: Sikap rasional pihak yang berbalah akhirnya menemui jalan perdamaian.

19. Peristiwa penduduk Kampung Sungai Ramal yang sudah dapat menerima dengan
baik anak-anak yang belajar di sekolah Inggeris tanpa sebarang prejudis lagi.
Mereka tidak lagi menghina Pak Saidi sebaliknya mengakui bahawa ilmu
pengetahuan itu amat penting untuk masa depan anak-anak.

Huraian: Kesedaran yang timbul dalam diri masyarakat untuk menerima perubahan
yang positif.

20. Peristiwa Adnan yang berjaya menamatkan persekolahannya dengan cemerlang.


Dia terpilih sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah Melayu Sungai
Ramal.

Huraian: Kesungguhan seseorang untuk dalam menuntut ilmu akhimya berjaya


mendapat pekerjaan yang baik.

21. Peristiwa Adnan yang serha salah untuk menerima tawaran sebagai guru pelatih,
Adnan tidak berminat meniadi seorang guru kerana lebih berminat menjadi
Seorang tentera. Namun demi menjaga hati ibunya yang mahukan dia menjadi
seorang guru, akhirnya dia menerima tawaran tersebut.

Huraian: Kesanggupan seorang anak mengorbankan hasratnya demi memenuhi


kehendak ibunya.

22. Peristiwa Mak Milah yang akhirnya merestui hasrat anaknya, Adnan untuk
menjadi askar. Walaupun dia berat melepaskan anaknya itu, namun dia tidak
mahu bersikap zalim terhadap Adnan jika dia membantah cita-cita anaknya.
Akhirnya setelah dipujuk rayu oleh Adnan, akhirnya Mak Milah bersetuju dan
mengalah.

Huraian: Kesanggupan seorang ibu mengalah dan merestui cita-cita anaknya untuk
menjadi seorang tentera.

23. Peristiwa Adnan yang berjaya dalam temu duga untuk menjadi seorang askar. Dia
telah terpilih menjalani latihan ketenteraan dan dikehendaki melaporkan diri di
Haig Lines, Port Dickson.

Huraian: Usaha dan minat seseorang berjaya mencapai cita-citanya.

24. Peristiwa Adnan yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan setelah
bertungkus lumus dan bekerja keras. Berkat kesungguhan yang ditunjukkan, dia
terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan askar
Melayu.

Huraian: Usaha yang bersungguh-sungguh telah membuahkan kejayaan yang


cemerlang.

25. Peristiwa Adnan yang telah dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. Kemudian, dia
terpilih mewakili platun askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi
menyambut upacara pertabalan King George VI di London.

Huraian: Keupayaan orang Melayu telah diiktiraf dan dipandang tinggi oleh pemimpin
negara luar.

26. Peristiwa Adnan yang bersetuju dengan hasrat ibu dan bapanya yang ingin
menjodohkan Adnan dengan Sophia. Dia tidak dapat membantah dan menurut
kemahuan kedua-dua orang tuanya apabila memikirkan pengorbanan mereka.

Huraian: Kesanggupan seorang anak berkahwin dengan perempuan pilihan ibu


bapanya demi menggembirakan hati mereka.

27. Peristiwa Adnan yang mengkhabarkan berita gembira kepada isterinya Sophia
bahawa dia ingin membawa Sophia dan anak-anak mereka berpindah ke Pasir
Panjang. Sophia sanggup mengikut suaminya berpindah dengan perasaan gembira.
Huraian: Pasangan suami isteri yang akan tinggal Bersama setelah beberapa tahun
berjauhan.

28. Peristiwa Leftenan Adnan yang berjaya menembak tentera Jepun yang menyamar
sebagai tentera Sikh. Leftenan Adnan membiarkan tentera Jepun seramai 20 orang yang
menyamar menghampiri mereka dan menembak dalam jarak dekat.

Huraian: Muslihat musuh dapat dipatahkan dengan mudah oleh pewira negara.

29. Peristiwa Pak Saidi yang berjaya membunuh dan mencederakan beberapa orang askar
Jepun yang ingin mencari waris Leftenan Adnan. Beliau membunuh askar tersebut
dengan menggunakan keris pusaka peninggalan moyangnya.

Huraian: Keberanian melawan musuh walaupun hanya menggunakan keris.

30. Peristiwa Ustaz Ridwan melahirkan hasrat ingin melamar Sophia untuk dijadikan
isterinya. Hasrat murni Ustaz Ridwan ini diterima oleh ayah dan ibu Sophia. Mereka
selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri.

Huraian: Seorang ibu tunggal yang memperoleh kebahagiaan semula setelah


mengalami keperitan hidup akibat kehilangan suami tercinta.

31. Peristiwa Pak Saidi yang tidak pernah mengecewakan permintaan anak-anaknya.
Walapun sudah dibuatkan keris kayu, Leftenan Adnan meminta ayahnya membuat
senapang kayu pula dan permintaannya dipenuhi oleh Pak Saidi.

Huraian: Kasih sayang yang tidak berbelah seorang ayah terhadap anaknya.

32. Peristiwa Leftenan Adnan mengajar Mamat dan rakan-rakan Bahasa Inggeris di Kem
Port Dickson. Mereka tidak faham arahan kawad dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya
mereka berjaya menjalani Latihan tersebut dengan bantuan Leftenan Adnan.

Huraian: Semangat tolong-menolong antara rakan akhinya akan membawa kejayaan.

33. Peristiwa Leftenan Adnan berjaya membongkar helah Samad yang membocorkan rahsia
pertahanan askar Melayu.

Huraian: Kebijaksaan dalam mengesan pengkhianat.

34. Kompeni C Askar Melayu pasukan Leftenan Adnan dengan anggota seramai 32 orang
dengan penuh keberanian berdepan menentang askar Jepun yang mempunyai
keanggotaan lebih daripada 200 orang untuk mempertahankan Bukit Candu daripada
ditawan Jepun. Mereka berjuang bermati-matian selama tiga hari malam sehingga ke
habisan peluru. Leftenan Adnan enggan menyerah kalah. Berjuang mempertahankan
diri dengan hanya menggunakan bayonet hingga titisan darah yang terakhir.
Huraian: Sikap patriotik yang tinggi dalam diri askar-askar Melayu demi menjaga
kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara.
35. Peristiwa tentera Jepun telah menyerah kalah setelah Amerika Syarikat
menggugurkan bom di Hiroshima dan Nagasaki.

Huraian: Penderitaan penduduk Tanah Melayu berakhir.

36. Penduduk kampung telah berpakat untuk tidak bekerjasama dengan tentera
Jepun apabila berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke Kampung Sungai Ramal
Kajang untuk mencari keluarga Leftenan Adnan.

Huraian: Semangat kerjasama dan keberanian yang ditunjukkan oleh warga kampung
demi keamanan serta keselamatan penduduk kampung.

Anda mungkin juga menyukai