Anda di halaman 1dari 13

Leftenan

Adnan
Wira Bangsa

Disediakan oleh:
Foong Weng Sam
5Berkat
1. Sinopsis

Penulis memerihalkan riwayat hidup Leftenan Adnan Saidi sejak

kecil sehinggalah dia terkorban dalam pertempuran bagi

menentang kekejaman tentera Jepun. Sejak kecil Adnan telah

menunjukkan semangat keperwiraan. Dia suka bermain perang-

perang dengan rakan seusianya. Dia juga pernah bermimpi Hang

Tuah ketika tidurnya. Semangat keperwiraan Adnan semakin

bertambah kerana bapanya selalu menceritakan kisah Perang

Naning kepadanya.

Bapanya, iaitu Pak Saidi berhasrat untuk menghantar Adnan

ke sekolah Inggeris, tetapi ditentang oleh isterinya dan orang

kampong. Setelah diberikan penjelasasn, akhirnya ibu Adnan

merestui Adnan bersekolah di sekolah Inggeris, Guru Besar

Steward memandang rendah terhadap mereka berdua. Orang

kampung mempertikaikan keputusan Pak Saidi yang menghantar

Adnan untuk belajar di sekolah Inggeris, tetapi Pak Saidi tetap

mempertahankan pendiriannya. Di sekolah, Adnan merupakan

banyak anak kampung yang mula belajar di sekolah Inggeris.

Ketika Inggeris mencari anak-anak muda untuk dijadikan

askar melayu, Adnan sangat berminat. Admin telah menjalani

latihan di Port Dickson. Disebabkan kebolehannya berbahasa


Inggeris, Adnan dinaikkan pangkat secara pantas dan dipilih untuk

menyertai perbarisan di London. Sekembalinya Adnan dari

London, dia berkahwin dengan Sophia.

Berita Jepun akan menyerang Tanah Melayu tersebar. Adnan

ditugaskan di Singapura. British telah mengambil pelbagai langkah

untuk mengekang kemaraan tentera Jepun. Leftenan Adnan dan

kumpulannya telah berjuang tanpa perasaan takut. Dia dapat

membunuh begitu ramai tentera Jepun. Walau bagaimanapun,

akhirnya dia ditangkap dan dibunuh secara kejam. Koperal Yaakob

yang berpura-pura mati menceritakan kisah pembunuhan Leftenan

Adnan. Tentera Jepun tetap mahu membalas dendam terhadap

keluarga Leftenan Adnan. Mereka mencari keluarga Leftenan

Adnan dan membunuh Pak Saidi.

Jepun meninggalkan Tanah Melayu setelah Amerika Syarikat

mengebom Hiroshima dan Nagasaki. Tanah Melayu tenang

semula. Sophia yang Berjaya menyelamatkan diri telah bertugas di

sekolah yang dibuka semula. Dia berkahwin dengan Ustaz Ridwan

setelah anak sulungnya meninggal dunia. Beberapa tahun

kemudian, Sophia meninggal dunia kerana menghidap leukemia.

2. Tema
Pengorbanan dan kesanggupan seseorang mempertahankan

tanah air tercinta daripada dijajah olehpihak luar. Leftenan Adnan

sanggup berjuang bermati-matian semata-mata ingin

mempertahankan Tanah Melayu daripada dijajah oleh Jepun.

Walaupun menghadapi kesukaran dan kekurangan dalam

pertempuran dengan pihak Jepun, namun semua itu tidak

menghalang Leftenan Adnan untuk terus berjuang hingga ke

titisan darahnya yang terakhir.

3. Plot

Permulaan

- Cerita ini dimulakan dengan watak Adnan yang bermain-main

dengan keris kayu buatan ayahnya. Adnan bercita-cita menjadi

pahlawan seperti Hang Tuah. Ayahnya bangga dengan

semangat yang dimiliki oleh Adnan.

Perkembangan

- Adnan mula bersekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang.

Dia Berjaya mengajar selama setahun setengah sebelum

menjalani latihan kenteraan terbaik dan diserap ke dalam askar

Melayu . Dia dinaikkan pangkat sehingga menjadi leftenan. Dia


mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan keluarganya,

iaitu Sophia.

Konflik

- Berita mengenai Jepun akan menyerang Tanah Melayu kian

tersebar. Adnan terpaksa berpisah sementara dengan isteri dan

anak-anaknya. Askar Melayu melakukan persiapan dan

menguatkan pertahanan daripada serangan tentera Jepun.

Tentera Jepun semakin mara dan banyak nyawa yang

terkorban sepanjang pertempuran.

Klimaks

- Leftenan Adnan ditawan, diseksa dan dibunuh secara kejam

oleh tentera Jepun. Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Jepun terus membalas dendam terhadap keluarga Leftenan

Adnan dengan membunuh Pak Saidi.

Peleraian

- Setelah Amerika Syarikat mengebom Hiroshima dan Nagasaki,

Jepun menyerah kalah. Penduduk kembali menjalani kehidupan

secara normal. Sophia mengahwini Ustaz Ridwan dan

dikurniakan tiga orang anak. Dia disahkan menghidap leukemia


dan akhirnya meninggal dunia.

4. Latar

Latar Tempat

- Rumah Pak Saidi

- Kampung Sungai Ramal

- Kampung Sungai Ramal luar

- Kedai Ah Chong, iaitu tempat Pak Saidi membawa basikalnya

untuk dibaiki

- Sekolah Sungai Ramal, iaitu tempat Adnan belajar dan menjadi

guru pelatih

- Bukit candu, iaitu tempat Leftenan Adnan berkawal

Latar Masa

- Pada waktu pagi

- Bulan Mac ketika cuaca panas

- 1 Mac 1933

- 3 September 1939

- Akhir tahun 1941

- Bulan Januari 1942 dan Februari 1942


Latar Masyarakat

- Masyarakat majmuk :

Hubungan antara kaum Cina dengan Melayu ketika itu terjalin

mesra dan erat. ( hal. 63 )

- Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan :

Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam

kemiskinan. ( hal. 4 dan 5 )

- Masyarakat anggota tentera yang tinggal di kawasan

perumahan anggota tentera :

…… kawasan perumahan yang dikhaskan untuk keluarga

Rejimen Askar Melayu. ( hal. 154 )

- Masyarakat yang penyayang :

Sophia meletakkan tapak tangannya ked ahi anak kecilnya itu.

( hal. 353 )

- Masyarakat yang rajin bekerja :

“ Saidi rajin orangnya. Lepas solat subuh dia sudah pergi

menorah …… ” ( hal. 13 )

- Masyarakat yang tidak mudah menyerah kalah :

“ Kita tidak akan berundur dan kita tidak akan menyerah

kalah ! ” ( hal. 319 )

5. Watak dan perwatakan , watak utama


Watak utama :

i. Adnan

a) Anak sulung Pak Saidi

- Adnan anak sulung keluarganya …… ( hal. 10 )

b) Seorang yang rajin dan bertanggungjawab

- Walaupun umurnya baru sepuluh tahun …… membantu

ayahnya bekerja. ( hal. 10 ) dan Adnan juga memperlihatkan

sikap bertangggungjawab …… ( hal. 16 )

c) Seorang yang tabah

- “ Aku tengok, Leftenan Adnan itu tabah walaupun kehilangan

adiknya …… ” ( hal . 259 )

d) Tidak mudah menyerah kalah dan berani

- “ …… berjuang hingga ke tiitsan darah yang terakhir ! ” teriak

Leftenan Adnan . ( hal. 302 ) dan “ Saya adalah askar

Melayu …… , ” balas Leftenan Adnan …… ( hal. 331 )

e) Mempunyai pendirian yang tetap

- “ Mak, Nan dah lama nak jadi askar …… Nan tak mahu

lepaskan …… ” jelasnya …… ( hal. 112 )

Watak perwatakan :

ii. Pak Saidi

a) Ayah Adnan
- Pak Saidi yang baru pulang …… tetelah anak sulungnya itu lalu

berkata …… ( hal. 1 )

b) Mempunyai tiga orang anak lelaki

- “ Bersyukur kepada Tuhan …… tiga orang anak lelaki yang

sihat. ” ( hal. 2)

c) Berketurunan pahlawan

- Tambahan pula kita ini keturunan pahlawan …… ( hal. 2)

d) Ayah yang penyayang dan rajin

- Satu per satu kepala anaknya …… kasih saying. ( hal. 15 ) dan

“ Saidi rajin orangnya …… ” ( hal. 13 )

iii. Mak Milah

a) Isteri Pak Saidi, ibu Adnan

- Malam semakin larut, namun Pak Saidi dan Mak Milah ……

merenung anak-anak mereka …… ” ( hal. 2 )

b) Ibu yang penyayang

- “ Mak sentiasa mendoakan kau …… ” ( hal. 114 ) dan Mak

Milah lantas …… memeluk erat ( hal. 137 )

c) Memetingkan pelajaran anak-anaknya

- “ …… Buatlah apa-apa …… ilmu pengetahuan supayu jadi

orang pandai . ” ( hal. 3 )

d) Mempunyai keyakinan yang tinggi


- “ Kalau Adnan berlatih …… pasti menang , ” kata Mak

Milah …… ( hal . 79 )

iv. Steward

a) Guru besar sekolah Adnan yang berusia 40 tahun

- Cikgu Nazri membawa Pak Saidi masuk ke bilik Guru Besar.

( hal. 36 ) dan Umurnya dalam lingkungan 40-an. ( hal. 37 )

b) Suka merendah-rendahkan orang Melayu

- “ Orang Melayu memang macam tu ” ( hal. 37 )

c) Pandai berbahasa Melayu

- “ Dia pandai cakap Melayu.” ( hal. 36 )

v. Karim

a) Seorang sahabat yang amanah

- “ Dia cari kau …… minta aku sampaikan duit hasil jualan

getah , ” jawab Pak Karim …… ( hal. 49 )

6. Nilai

i. Kasih saying

- Keluarga Pak Saidi hidup bahagia bersama anak-anaknya yang

soleh dan baik.

Contoh : Ayah dan mak mahu kamu menjadi anak yang soleh ……
( hal. 29 )

ii. Ketaatan

- Adnan merupakan anak yang taat kepada ibu dan bapanya.

Contoh : Tanpa sebarang bantahan , hasrat itu dipersetujui anak-

anaknya …… terutama Adnan. ( hal. 35 )

iii. Kesyukuran

- Pak Saidi bersyukur dengan harta yang dimilikinya seperti

dusun dan kebun peninggalan orang tuanya.

Contoh : Dia amat bersyukur sekurang-kurangnya ada juga

harta …… ( hal. 11 )

iv. Murah hati

- Pak Saidi rajin bersedekah kepada penduduk kampung apabila

buah di dusunnya berbuah dengan banyak

Contoh : “ …… ayah selalu sedekahkan kepada jiran-jiran kita ”

( hal. 22 )

iv. Keberanian

- Pak Saidi berani semasa berhadapan dengan tentera Jepun

yang dating ke rumahnya.

Contoh : “ Aku dan lawan ! ” jawab Pak Saidi. ( hal. 348 )

vi. Tidak mudah menyerah kalah

- Walaupun Leftenan Adnan telah cedera , namun dia tetap

bangun untuk menentang tentera Jepun.


Contoh : Walaupun kecederaannya …… , masih tidak mahu

berundur dan terus memberikan tentangan. ( hal. 329 )

7. Pengajaran

i. Kita perlulah taat kepada perintah ibu bapa agar hidup kita lebih

diberkati.

- Adnan merupakan anak yang taat kepada ibu dan bapanya.

Contoh : Tanpa sebarang bantahan, hasrat itu dipersetujui anak-

anaknya …… terutama Adnan. ( hal. 35 )

ii. Sebagai ibu bapa kita perlulah memberikan ilmu pengetahuan

yang secukupnya kepada anak-anak.

- Pak Saidi memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-

anaknya.

Contoh : "Ayah mahu anak-anak ayah menjadi orang yang berilmu

pengetahuan." (hal. 41)

iii. Kita perlu hidup bersatu padu dengan bangsa dan agama lain

agar hidup lebih harmoni dan mudah mendapat bantuan apabila

ditimpa kesusahan.

- Pak Saidi baik dengan Ah Chong sehingga Ah Chong sanggup

membenarkan Pak Saidi berhutang dengannya.

Contoh : “ …... Lu angkat satu basikal …… bayar ansur-ansur …… ”

cadang Ah Chong. (hal. 64)


iv. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air tercinta

daripada dijajah dan dikuasai oleh bangsa lain.

- Adnan berani berjuang dan sanggup berkorban meninggalkan

anak-anak dan isterinya demi mempertahankan tanah air.

Contoh : Sayu hatinya meninggalkan ...... Namun, tanggungjawab

yang lebih berat sudah sedia menantinya. (hal. 163)

v. Kita haruslah sentiasa meminta doa dan pertolongan daripada

Allah agar hidup kita lebih senang dan tenang.

- Adnan menunaikan solat hajat bersama-sama pengawal dan

penduduk kampung

Contoh : …… Leftenan Adnan menunaikan solat hajat di ...... (hal.

195)

vi. Kita mestilah tabah dan tidak mudah menyerah kalah dalam

hidup.

- Walaupun Adnan menghadapi kesukaran untuk membalas

serangan pihak musuh, tetapi dia tetap tabah dan tidak

menyerah kalah.

Contoh : “…… dan kita tidak akan menyerah kalah! ” (hal. 319)

Anda mungkin juga menyukai