Anda di halaman 1dari 4

Peristiwa Penting Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(I) Semangat patriotik untuk mempertahankan negara / tanah air.


(H1) Adnan meminta rakan-rakannya berundur dari kubu mereka di Bukit Candu kerana mereka kehabisan
peluru. Adnan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan Bukit Candu hingga ke titisan darah
terakhir – hanya menggunakan bayonet untuk berlawan dengan askar Jepun – sempat membunuh beberapa orang
askar Jepun hanya dengan bayonet - namun ditembak, diseksa dan dibunuh oleh pihak Jepun.
(H2) Adnan mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai seorang guru di Sekolah Sg. Ramal
kerana keinginan yang kuat untuk menjadi seorang askar bagi mempertahankan Tanah Melayu. Setelah menghadiri
temu duga, akhirnya Adnan diterima sebagai salah seorang pelatih Askar Wataniah Port Dickson.

(I) Taat / Patuh akan kehendak ibu bapa


(H) Adnan yang baru pulang dari London diberitahu oleh ibunya bahawa dia telah ditunangkan dengan Sofia.
Walaupun pada Ketika itu Adnan tidak bersedia untuk berkahwin. Namun, Adnan Taat kepada ibu bapanya yang
menjodohkannya dengan Sofia tanpa pangetahuannya.

(I) Tanggungjawab mempertahankan tanah air daripada serangan musuh


(H1) Adnan bertanggungjawab untuk menghantar keluarganya pulang ke kampung setelah mengetahui Jepun
telah menghampiran Tanah Melayu. Walaupun beliau berat hati untuk berpisah dengan keluarga tersayang, tetapi
demi keselamatan mereka Adnan terpaksa menghantar keluarganya pulang ke Kg. Sg Ramal dan segera kembali ke
Singapura.
(H2) Adnan tiba di Bukit Candu buat kali pertama, Adnan melihat penduduk kampung tidak membuat persiapan
dan bersedia untuk mempertahankan kampung mereka daripada serangan Jepun kerana penduduk kampung tidak
mempercayai Jepun akan menyerang kampung mereka. Dengan rasa bertanggungjawab, Adnan telah meminta
Kerjasama askar-askarnya untuk menggali dan membina kubu pertahanan di Bukit Candu tersebut.

(I) Tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu yang dimiliki.


(H1) Adnan ditawarkan menjadi guru bahasa Inggeris setelah menamatkan pembelajaran di sekolah Inggeris,.
Adnan bersetuju untuk mengajar Bahasa Inggeri kepada pelajar di sekolah Sungai Ramal. Adnan juga mengajar
rakan-rakannya Bahasa Inggeris ketika di Kem Tentera Heig Lines kerana setiap arahan ialah dalam bahasa Inggeris.
(H2) Pak Saidi sering ke Warung Pak Samad. Tujuannya kerana dia berasa bertanggungjawab untuk berkongsi apa-
apa yang dibacanya terutama hasil penulisan Syed Sheikh Al-Hadi supaya semangat kebangsaan dapat diterapkan
dalam kalangan penduduk kampung.

© Cikgu Khairul MBSSKL 2021 1


(I) Tanggungjawab meleraikan konflik penduduk kampung dengan bijaksana / adil
(H) Tok Ketua telah bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah orang kampung yang tidak bersetuju dengan
tindakan Pak Saidi yang menghantar Adnan ke Sekolah Inggeris dan menuduh Pak Saidi seorang yang murtad. Tok
ketua tidak menghukum Pak Saidi setelah mendengar dengan mendengar aduan penduduk kampung sebaliknya Tok
Ketua pergi ke rumah Pak Saidi untuk mendengar alasan Pak Saidi menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris
(KONFLIK dan PENYELESAIAN)

(I) Tanggungjawab seorang bapa dalam memastikan anak-anaknya mendapat


Pendidikan yang sempurna.
(H) Pak Saidi telah bertanggungjawab untuk menghantar Adnan dan adik-adiknya belajar di sekolah Inggeris bagi
memastikan mereka memperoleh ilmu yang lebih baik. Pak Saidi bertanggungjawab untuk menghantar Adnan pada
setiap pagi menaiki basikal ke Sekolah Inggeris Sungai Ramal walaupun jarak yang jauh. Pak Saidi tidak mahu
anaknya melakukan pekerjaan sepertinya.

(I) Ketabahan menerima takdir Tuhan


(H) Adnan tabah menerima ketentuan Tuhan apabila bayi perempuannya yang baru lahir meninggal dunia.

(I) Kerajinan membantu ibu bapa


(H) Adnan rajin membantu bapanya ke kebun getah pada setiap pagi walaupun pada ketika itu dia baru
berumur 10 tahun.

(I) Kerajinan menjalani latihan untuk mencapai kejayaan


(H) Di sekolah, Adnan juga rajin berlatih sebelum pertandingan pidato B. Inggeris setelah diberi kata-kata semangat
oleh Pak Saidi – hasilnya Adnan memenangi pertandingan pidato tersebut.

(I) Keberanian menentang musuh / penjajah bagi mempertahankan tanah air.


(H1) Adnan meminta rakan-rakannya berundur dari kubu mereka di Bukit Candu kerana mereka kehabisan peluru.
Adnan berani berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan Bukit Candu hingga ke titisan darah terakhir –
hanya menggunakan bayonet untuk berlawan dengan askar Jepun dengan berani. Dengan menggunakan bayonet,
Adnan sempat menikam beberapa orang askar Jepun sebelum akhirnya dia ditembak, diseksa dan dibunuh.
(H2) Pak Saidi begitu berani untuk berlawan dengan askar Jepun yang ingin membunuh keluarga Adnan. Pak Saidi
berlawan dengan askar-askar Jepun hanyak menggunakan sebilah keris. Pak Saidi sempat menikam dan membunuh
beberapa orang askar Jepun namun akhirnya dia telah ditembak dan meninggal dunia.

© Cikgu Khairul MBSSKL 2021 2


(I) Keberanian melindungi keluarga daripada perbuatan khianat
(H) Adnan juga berani mengikuti Pak Saidi untuk turun ke bawah rumah pada waktu malam setelah Pak Saidi
mengesan suatu bunyi dari bawah rumahnya. Walaupun dilarang oleh Pak Saidi, tetapi Adnan degil. Setelah diserga
oleh Pak Saidi, 2 lembaga yang cuba merosakkan basikal Pak Saidi cuba melarikan diri. Adnan dengan beraninya
ingin mengejar Lembaga tersebut tetapi dihalang oleh Pak Saidi kerana bahaya. Adnan berani membaling kayu kea
rah Lembaga tersebut dan mengenai salah satu lembaga itu.

(I) Kebijaksanaan mengesan tipu muslihat musuh


(H) Di Bukit Candu, Askar Melayu kehairanan apabila melihat kumpulan askar Punjabi menghampiri mereka
sedangkan Adnan tidak meminta sebarang bantuan askar tambahan daripada British. Adnan mencurigai
kedatangan askar-askar tersebut. Adnan bijak mengesan tipu muslihat pihak Jepun yang berpakaian seperti askar
Punjabi. Adnan bijak mengesan tipu muslihat tersebut melalui saiz tubuh yang lebih kecil, cara berjalan secara
bertiga-tiga sedangkan selalunya askar Punjabi sering berjalan dalam formasi berempat-empat dan jenis senjata yang
dibawa merupakan senjata askar Jepun. Adnan mengarahkan serangan dibuat ke arah askar Jepun itu hingga
menyebabkan 20 orang askar Jepun mati dan yang lain melarikan diri.

(I) Kebijaksanaan menyelesaikan / meleraikan konflik penduduk kampung.


(H) Tok Ketua telah bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Sungai Ramal yang
tidak bersetuju dengan tindakan Pak Saidi yang menghantar Adnan ke Sekolah Inggeris. Penduduk kampung
menuduh Pak Saidi seorang yang murtad (keluar daripada agama Islam). Tok ketua bertindak bijak dengan
mendengar aduan penduduk dan jawapan daripada kedua-dua pihak. Setelah mendengar penjelasan Pak Saidi, Tok
Ketua tidak menghukum Pak Saidi.

(I) Berkeyakinan tinggi untuk memperoleh kejayaan.


(H) Adnan berkeyakinan tinggi untuk menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris – Keyakinan Adnan
menyebabkan seramai 20 orang rakan-raknnya yang lain turut menyertai pertandingan tersebut – Adnan bertambah
yakin apabila Pak Saidi memberikan kata-kata semangat kepadanya. Adnan memenangi pertandingan tersebut.

(I) Kasih sayang / tanggungjawab dalam melindungi keluarga daripada bahaya


(H) Adnan bertanggungjawab untuk menghantar keluarganya pulang ke kampung setelah mengetahui Jepun
telah menghampiran Tanah Melayu. Adnan berasa berat hati dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarganya.
Namun demi keselamatan dan negara, Adnan perlu kembali ke Singapura dengan segera.

© Cikgu Khairul MBSSKL 2021 3


(I) Rasional dalam membuat keputusan / Rasional dalam meleraikan konflik /
Rasional dalam membuat pertimbangan
(H) Pasukan Kampung Sungai Merab yang tewas dalam pertandingan bola sepak telah mengaturkan perlawanan
tinju menentang Kampung Sungai Ramal kerana mereka tidak berpuas hati dengan kekalahan bola sepak tersebut.
Kg. Sg. Merab diwakili oleh Budin manakala Kg. Sg. Ramal diwakili oleh Adnan. Pada hari pertandingan, Adnan
bertindak lebih bijak dan rasional dengan tidak meneruskan pertandingan tinju tersbut sebaliknya bersalaman dengan
Budin. Bagi Adnan pertandingan itu hanya akan memburukkan keadaan (KONFLIK dan PENYELESAIAN)

(I)Kerjasama menghadapi ancaman musuh negara


(H1) Ketika askar Jepun datang ke Kg. Sg Ramal untuk mencari keluarga Adnan, penduduk kampung bekerjasama
dan berpakat untuk tidak bekerjasama dengan Jepun untuk mencari Pak Saidi. Sebaliknya penduduk kampung
menyembunyikan keluarga Adnan daripada diancam oleh Jepun.
(H2) Ketika Adnan tiba di Bukit Candu buat kali pertama, Adnan melihat penduduk kampung tidak membuat
persiapan dan bersedia untuk mempertahankan kampung mereka daripada serangan Jepun kerana penduduk kampung
tidak mempercayai Jepun akan menyerang kampung mereka. Adnan telah meminta kerjasama askar-askarnya untuk
menggali dan membina kubu pertahanan di sekeliling Bukit Candu tersebut.

(I) Kegigihan / Kerajinan seorang bapa dalam memastikan anak-anaknya berjaya.


(H1) Pak Saidi seorang bapa yang gigih dalam membesarkan anak-anaknya dan menyara keluarganya. Buktinya,
dia rajin dalam melakukan dua pekerjaan. Pada awal pagi Pak Saidi akan ke kebun getah dan pada waktu petang, Pak
Saidi akan ke sawah untuk menangkap ikan.
(H2) Pak Saidi juga gigih / rajin mengayuh basikal pada setiap pagi untuk menghantar Adnan dan adik-adiknya ke
sekolah dari Kampung Sg. Ramal ke Sekolah Inggeris di Pekan Sg Ramal dengan jarak yang jauh. Pak Saidi ingin
memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna di sekolah Inggeris walaupun pada awalnya Pak
Saidi terpaksa bersabar menghadapi penghinaan penduduk kampung yang mengatakannya murtad. Pada waktu
malam, Pak Saidi akan memastikan Adnan dan adik-adiknya mengaji kitab al-Quran dan belajar bersilat.

(I) Kesabaran / Ketabahan menghadapi penghinaan masyarakat


(H1) Pak Saidi terpaksa bersabar menghadapi penghinaan penduduk kampung yang mengatakannya murtad kerana
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun Pak Saidi bersabar kerana dia mempunyai alasannya
sendiri untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana dia tidak mahu anak-anaknya meneruskan pekerjaan
sepertinya.
(H2) Pak Saidi bersabar setelah dihina oleh Guru besar Steward pada hari pertama pendaftaran Adnan di Sekolah
Ingeris Sungai Ramal. Guru besar Steward menghina Pak Saidi dengan mengatakan orang Melayu pemalas dan
miskin. Pak Saidi hampir menumbuk GB Steward. Tetapi Pak Saidi memikirkan keperluan anaknya di sekolah
tersebut, dan tidak jadi untuk menumbuk GB Steward.

© Cikgu Khairul MBSSKL 2021 4

Anda mungkin juga menyukai