Anda di halaman 1dari 4

Sesebuah novel yang menarik mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik minat

pembaca untuk menghayati ceritanya. Novel Konserto Terakhir, karya


Abdullah Hussain juga mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Antara ciri yang penting ialah temanya. Novel ini memaparkan tema
ketabahan dan kegigihan seorang pemuda kampung untuk mencapai
kejayaan. Hilmi yang tidak mempunyai pendidikan tinggi akhirnya telah
menjadi seorang penggubah lagu yang terkenal berkat ketabahan dan
kegigihannya. Untuk membuktikan kejayaannya, dia diberi penghargaan
untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang akan dihadiri oleh Perdana
Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, novel yang menarik juga mengetengahkan gaya bahasa yang
menarik. Novel Konserto Terakhir telah memaparkan gaya bahasa yang baik
dan dipenuhi dengan diksi moden seperti penggunaan bahasa asing
iaitu bahasa Inggeris untuk menyokong latar masyarakat dalam cerita.
Contohnya, penggunaan I, you dan coffee morning oleh Datin Salmah
menggambarkan dia seorang yang berpendidikan dan berstatus tinggi serta
hidup mewah.
Ciri menarik yang seterusnya ialah watak antagonis yang berjaya
menghidupkan jalan cerita. Penulis berjaya menghidupkan watak antagonis
dengan berkesan. Watak antagonis dalam novel ini ialah Datin Salmah.
Kekejaman yang dilakukan oleh Datin Salmah dan kebenciannya terhadap
Himi telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca.
Contohnya, Hilmi dilarang makan malam adalah antara bentuk hukuman yang
keras dijatuhkan oleh Datin Salmah. Datin Salmah sanggup menjatuhkan
hukuman itu tanpa perikemanusiaan. Tindakan Datin Salmah ini berjaya
menimbulkan rasa benci pembaca terhadapnya.

PERANAN GAYA BAHASA


Setiap gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah hasil karya mempunyai
fungsinya tersendiri. Begitu juga dengan novel Konserto Terakhir, karya
Abdullah Hussain.

Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam novel ini. Antara
peranan gaya bahasa dalam novel ini adalah untuk menggambarkan

kehidupan keluarga di kota yang berstatus tinggi. Lazimnya, golongan ini


sering menggunakan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dalam
pertuturan mereka. Contohnya, Datin Salmah sering menggunakan
perkataan I, you dan coffeemorning dalam pertuturannya.

Selain itu, gaya bahasa juga berperanan penting untuk menggambarkan


latar-latar masyarakat Melayu yang beragama Islam. Hampir keseluruhan
cerita novel ini dipegang oleh watak-watak berbangsa Melayu dan beragama
Islam justeru penggunaan bahasa Arab dapat menjelaskan suasana ini.
Sebagai bukti, penggunaan perkataan solat sering digunakan oleh orang
Islam termasuklah Hilmi.

Di samping itu, gaya bahasa turut berperanan untuk menimbulkan kesan


yang mendalam kepada pembaca melalui gaya bahasa personifikasi.
Misalnya, jari kelengkeng sebelah kiri tersasul lagi. Selanjutnya, gaya bahasa
simile pula memberi gambaran yang jellas kepada pembaca. Contohnya,
bunyi terdengung macam kumbang.

IKTIBAR DARIPADA NOVEL


Setiap novel mengandungi pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis
untuk dijadikan iktibar kepada pembaca. Begitu juga dengan novel yang saya
kaji iaitu novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Dalam novel ini, penulis menyeru kita agar saling menyayangi antara satu
sama lain demi membina keluarga dan masyarakat yang bahagia. Hal ini
dapat dilihat apabila Pak Long Karim tetap memelihara Hilmi dengan penuh
kasih sayang seperti anak sendiri walaupun dia mengetahui bahawa Hilmi
bukanlah anak kandungnya. Sebenarnya, Hilmi ialah anak kandung Datuk
Johari yang sempat menjalinkan hubungan dengan isteri pertamanya, ibu
Hilmi pada malam pertama perkahwinan mereka sebelum meninggalkannya.
Jadi, peristiwa ini memberi iktibar kapada kita supaya saling menyayangi
sesama manusia.
Selain itu, kita juga hendaklah ikhlas dalam setiap pekerjaan yang kita
lakukan. Tamsilnya, Encik Bakar, Dr. Nathan dan Mamat ikhlas dalam
menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Encik Bakar ikhlas mengajar muzik kepada Hilmi tanpa mengenakan
sebarang bayaran. Hal ini menjadi iktibar kepada pembaca supaya
sentiasa ikhlas dalam menghulurkan pertolongan kepada orang lain
supaya segala yang dilakukan akan diberkati dan diredai Allah.

Di samping itu, setiap orang perlu bersimpati kepada orang lain. Hayati
berasa simpati kepada Hilmi apabila Datin Salmah tidak membenarkan Hilmi
makan malam kerana Hilmi pulang lewat dari rumah Encik Bakar. Sebagai
tanda simpatinya, Hayati telah memujuk Himi agar makan malam kerana
bimbang Hilmi akan kelaparan. Iktibarnya, sebagai manusia yang prihatin,
kita harus bersimpati terhadap orang yang bernasib malang dan
memerlukan bantuan.
Seterusnya, setiap orang perlu memberi layanan yang baik kepada
tetamu tanpa mengira status. Hal ini memang menjadi amalan masyarakat
Timur. Oleh itu, Hayati mempelawa Hilmi masuk ke dalam rumah setelah dia
mengetahui Hilmi itu tetamunya. Dia juga mempelawa Hilmi duduk dan
meminta Mak Minah menyediakan minuman untuk Hilmi. Sikap Hayati ketika
melayan tetamu yang datang ke rumahnya wajar dijadikan ikutan oleh
setiap anggota masyarakat.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis. Salah satu
daripadanya ialah nilai kesabaran.

Antara nilai kesabaran yang terdapat dalam novel ini ialah kesabaran dalam
menghadapi sebarang penghinaan dan cacian yang dilemparkan
kepadanya. Nilai ini telah digambarkan pada watak utama, Hilmi yang sabar
dalam menerima cacian daripada Datin Salmah. Walaupun Datin Salmah
ialah emak saudaranya namun Hilmi digelar sebagai tukang kebun oleh Datin
Salmah. Hal ini disebabkan Hilmi berasal dari kampung dan berpendidikan
setakat darjah empat sekolah Melayu.
Selain itu, nilai kesabaran dalam melakukan kerja juga terdapat dalam
novel ini. Sebagai contoh, Hilmi tetap sabar membuat kerja rumah seperti
membela ayam, berkebun, mengemas rumah dan memberi kucing Hayati
makan semasa Datuk Johari sekeluarga pergi melancong di Switzerland.
Hilmi melakukan semua kerja itu tanpa sebarang rungutan.
Seterusnya, nilai kesabaran dalam memberi tunjuk ajar kepada orang
lain juga terdapat dalam novel ini. Encik Bakar sabar mengajar Hilmi bermain
alat muzik walaupun dia baru balik dari kerja dan belum berehat lagi.
Kesabaran Encik Bakar ini terbalas apabila Hilmi berjaya menjadi seorang
pemuzik yang terkenal.

Seperkara lagi, nilai kesabaran dalam menghadapi masalah juga


terkandung dalam novel ini. Sebagai manusia biasa, Hilmi juga tidak
terkecuali daripada menghadapi dugaan hidup. Seperti pasangan hidup yang
lain, Hilmi turut menghadapi masalah rumah tangga. Selepas setahun
kelahiran anak pertama mereka, Hakim, rumah tangga Hilmi menghadapi
masalah. Azizah telah meninggalkan Hilmi dan tinggal di rumah Encik Bakar
bersama anaknya. Namun begitu, Hilmi masih menziarahi mereka di rumah
Encik Bakar.

Anda mungkin juga menyukai