Anda di halaman 1dari 21

Tema = Kekeluargaan 

Contoh huraian SPM :     


 Novel Renyah memaparkan tema kekeluargaan. Kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisar
Datuk Dolhi dan keluarganya. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang
anaknya. Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta kesibukan isterinya, Datin Tominah denagn
aktivitinya dan tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya semua kemewahan, telah
menyebabkan anak-anak mereka tidak berminat dalam dunia perniagaan. Mereka memilih haluan
sendiri seterusnya terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Hanya Wahi, anak Datuk Dolhi bersama
Mastura iaitu isteri kedua Datuk Datuk Dolhi yang telah meninggal dunia, berjaya dididik dalam
keadaan serba kekurangan untuk meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.

Latar Tempat Novel Renyah

1. Pejabat Datuk Dolhi


      Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings.
      Di mana Mukhlis datang bagi meminta wang daripada Datuk Dolhi untuk pergi berdakwah di India.

2. Rumah Datuk Dolhi


     Datuk Dolhi , isterinya Datin Tominah dan anak-anaknya Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis serta Dani 
tinggal di sini.
     Tempat Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya.

3. Pedalaman Sarawak
      Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan
pembalakan.

4. Tokyo, Jepun
      Datuk Dolhi pergi ke Tokyo, Jepun untuk melupakan masalah anak-anaknya.
      Datuk Dolhi pernah pergi ke Tokyo untuk mengikuti program JICA.
      Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah ayah kandungnya.

5. Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau


      Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta tiga anak.

6. Kelab Mawar
     Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab.

7. Teratai Inn
     Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol
membantunya meluluskan semua tendernya.

Latar Masa
1. Zaman Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam :

         Waktu Pagi – Datuk Dolhi bermesyuarat dengan Raj Hussein pada pukul sepuluh pagi.

         Waktu Tengah Hari – Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

         Waktu Petang – Datuk Dolhi member ceramah di Insitut Perdagangan Kebangsaan.

         Waktu Malam – Datuk Dolhi menghadiri Pertunjukan Busana Islam dengan isterinya.
Latar Masyarakat

1. Masyarakat golongan usahawan

· Datuk Dolhi & Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya.

2. Masyarakat yang bekerja untuk kerajaan

· Hasnol merupakan seorang contoh pekerja kerajaan yang berjawatan tinggi.

3. Masyakat yang tamak

· -Tengku Munir bersikap tamak sehingga sanggup merasuah Hasnol bagi meluluskan tender-
tendernya.
· -Hasnol pun bersikap tamak sebab menerima rasuah Tengku Munir.
· -Albert Lee ingin menguasai syarikat Dolhi-Albert Holdings.

4. Masyarakat majmuk

· -Bangsa Melayu – Datuk Dolhi sekeluarga.


· -Bangsa Cina – Albert Lee sekeluarga.
· -Bangsa Jepun – Tunang Wahi, Yuka.

Pengajaran Novel Renyah Tingkatan 4 SPM

1. Kita hendaklah memberikan perhatian dan didikan yang baik kepada anak-anak sejak
mereka kecil. Lima orang anak Datuk Dolhi tidak diberi perhatian secukupnya sejak kecil lagi kerana
Datuk Dolhi sibuk menguruskan syarikatnya manakala isterinya, Datin Tominah sentiasa keluar
bersama datin-datin lain. 

2. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sedaya-upaya.
Wahi diberi peluang menimba ilmu di Jepun selama empat tahun. Dia telah memanfaatkan ilmu itu
dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh itu dalam Syarikat Dolhi-Albert Holding. Walaupun di
Jepun, dia tetap menyediakan dan menghantarkannya kepada Datuk Dolhi dari Jepun.

3. Kita perlulah rajin membaca.


Datuk Dolhi rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memantapkan idea
ketika memberikan ceramah.

4. Janganlah kita mencemarkan nama baik negara.


Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan negara
berkaitan isu pembalakan dan pelestarian alam sekitar.

5. Jangan melibatkan diri dalam gejala sosial.


Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta penyalahgunaan dadah.
Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan reputasi Datuk Dolhi dan
syarikatnya.
Nilai Murni Novel Renyah Tingkatan 4 SPM (2010)

1. Kerajinan. Datuk Dolhi, Wahi dan Albert Lee merupakan antara watak-watak yang
menunjukkan nilai kerajinan dalam perniagaan. Mereka rajin bekerja, berfikir dan mampu
membina empayar perniagaan hingga ke luar negara. Mereka sentiasa berusaha untuk
memajukan perniagaan dan merebut peluang yang ada.

2. Kesabaran. Wahi tetap menjalankan tugasnya sebagai pegawai di syarikat Dolhi-Albert


Holding walaupun mengetahui bahawa dia adalah anak kandung Datuk Dolhi. Dia juga tidak
menanya Datuk Dolhi statusnya sehinggalah diberitahu oleh Datuk Dolhi semasa di Jepun.

3. Kasih sayang. Albert Lee amat menyayangi keluarganya. Walaupun sibuk bekerja, dia tetap
meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya di rumah.

4. Menghormati. Wahi menghormati Datuk Dolhi sebagai ketua dan mematuhi serta
melaksanakan segala arahan ataupun tugasan yang diberi oleh Datuk Dolhi.

5. Ketabahan. Walaupun ditimpa pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya, Datuk


Dolhi tetap tabah menghadapinya. 

TEMA DAN PERSOALAN - NOVEL RENYAH

TEMA
Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam
kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang
diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi
menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-
anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku.
Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit
dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.

PERSOALAN
1. Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga
menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama
dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan
usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.

2. Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk
menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada
pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai


masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia
cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh anak-anak.

4. Pengaruh ajaran Islam yang menyimpang. Mukhlis cuba mendalami ajaran agama


akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami
tekanan sehingga menjadi kurang siuman.
5. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi,
merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya
ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.

6. Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah
terlibat dengan salah laku rasuah keranatamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya
menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.

7. Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencita alam sekitar. Namun
minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti
pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham
akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.

8. Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta
Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.

Watak dan Perwatakan dalam RENYAH


- Novel RENYAH menggambarkan kesukaran, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh
seorang usahawan dalam meniti kehidupan dan meluaskan empayar perniagaannya.
- Siapakah usahawan yang mampu menokah arus dan mencipta nama ulung dalam bidang
usahawan ini?
- Siapakah isteri dan anak-anaknya, rakan kongsi?
- Bagaimana pandangan orang-orang di sekitarnya?
- Jawapan bagi soalan-soalan ini sebenarnya menyatakan pelaku, pelakon atau watak serta
perwatakan.
- Perwatakan ialah gambaran paras serta sikap dan tabiat mereka. Perwatakan dapat dilihat
dari segi fizikal seperti usia dan paras.
- Di samping itu perwatakan merangkumi sifat dalaman watak seperti rajin, penyayang, tabah,
lemah lembut serta bertanggungjawab.
- Dalam novel ini watak utamanya ialah Datuk Dolhi. Watak-watak sampingan pula ialah
seramai 18 orang termasuklah Datin Tominah, Hasnol, Amera, Wahi dan lain-lain.
- Pengarang menampilkan watak-watak dalam novelnya dengan pelbagai cara. Setiap watak
mampu dicungkil oleh pengarang dengan baik dan berkesan.

Datuk Dolhi
 usahawan
 rakan niaga Albert yang sama-sama menubuhkan Dolhi Albert Holding
 memiliki 2 orang isteri dan isteri keduanya meninggal dunia
 dikurniakan 6 orang anak

Perwatakan dalaman
1. bijak
2. rajin bekerja iaitu kerap melawat tapak projek
3. rajin membaca
4. menyayangi kedua-dua isteri iaitu Datin Tominah dan Mastura
5. tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Datin Tominah

 berumur 50-an
 Isteri pertama Datuk Dolhi

Perwatakan dalaman

1. sibuk dengan aktiviti sosial


2. mementingkan kecantikan
3. kurang memberikan perhatian kepada anak-anak
4. kuat cemburu misalnya sering berbincang tentang cara-cara mengawal suami
5. penggerak utama kelab Datin

Hasnol

 anak sulung Datuk Dolhi dengan isterinya Datin Tominah


 sudah berumah tangga dengan isterinya Linda dan dikurniakan 2 orang cahaya mata

Perwatakan dalaman

1. tidak berminat dengan dunia perniagaan dan keusahawanan


2. tidak mempunyai ketegasan dan sering mengikut kata isteri sehingga dapat dikatakan
mengikut telunjuk isteri
3. bersikap boros dan akhirnya terlibat dengan rasuah

Amera

 anak ke-2 Datuk Dolhi


 seorang guru
 cantik
 isteri Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas

Perwatakan dalaman

1. komited terhadap tugas sebagai guru sehingga dianugerahkan sebagai pendidik terbaik
seluruh negeri
2. bersopan santun menyebabkan lelaki Cina iaitu Robert Lee pun tertarik dan mudah terpikat

Wahi

 anak Datuk Dolhi dengan Mastura iaitu isteri keduanya.


 berumur pertengahan 20-an
 belajar di Jepun
 dilantik menggantikan Datuk Dolhi menguruskan perniagaan

Perwatakan dalaman

1. amanah
2. bertanggungjawab misalnya menyiapkan kertas kerja untuk dibentang oleh Datuk Dolhi
walaupun berada di Jepun
3. berfikiran positif
4. berbudi bahasa
KONFLIK WATAK UTAMA DALAM RENYAH

1. Datuk Dolhi mengalami konflik dengan kelima-lima orang anaknya.Contohnya kelima-


lima anaknya menolak pelawaan/ ajakan/ pelawaannya untuk mengurus perniagaannya. Masing-
masing seronok dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hasnol dengan kerjayanya
sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Amera sebagai pendidik, Ilham sibuk sebagai aktivis alam
sekitar, Mukhlis aktif dalam gerakan dakwah dan Dani pula seronok dengan bidang seni muzik yang
dicwburinya

2. Datuk Dolhi berselisih pendapat dengan rakan-rakan Mukhlis tentang perjuangan


dakwah dan bidang perniagaan. Bagi mereka perniagaan Datuk Dolhi berbaur riba dan maksiat.
Manakala Datuk Dolhi pula beranggapan kegiataan dakwah yang diusahakan itu benar-benar
merosakkan nama baik Islam kerana tiada pekerjaan dan mundar-mandir tanpa hala tuju.

3. Datuk Dolhi mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat laporan tentang berita
tentang anaknya Hasnol. Laporan akhbar memuatkan kisah Hasnol lari ke luar negara kerana
terlibat dengan rasuah benar-benar membuatkan Datuk Dolhi malu kerana menjejaskan imejnya.
Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah. Datuk Dolhi turut disiasat.

4. Datuk Dolhi benar-benar kecewa dan terkedu dengan peristiwa penangkapan


Dani. Rumah Datuk Dolhi sekali lagi menjadi sasaran wartawan untuk mendapatkan berita apabila
Dani ditangkap oleh polis kerana memiliki najis dadah dan ditahan dilokap.

5. Datuk Dolhi berhadapan dengan situasi muram perniagaannya. Oleh sebab perstasi


syarikat Dolhi-Albert Holding makin menurun kerana masalah dalaman keluargan Datuk Dolhi. Datuk
Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya. Tindakan Datuk Dolhi ini menyakitkan hati Albert
lalu bertindak menarik diri sebagai rakan kongsi perniagaan.

Renyah (Tingkatan 4)
Sinopsis
Datuk Dolhi risau akan anak-anaknya yang tidak menunjukkan minat untuk menyambung dan
mengurus perniagaannnya.malah anak-anaknya lebih senang memilih jalan mereka sendiri. Misalnya
Hasnol lebih sayang akan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Ilham sibuk dengan
perjuangan alam sekitarnya dan sebagai penyair, Mukhlis bergerak dalam kumpulan ajaran sesat,
Amera tekun dengan kerjayanya sebagai pendidik, dan Dani pula sibuk sebagai artis rock.

Suatu hari, Datuk Dolhi berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa Ilham telah menghasut orang-
orang Penan untuk membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakkan di Sarawak. Lantaran
itu, beliau pergi ke Jepun untuk berehat. Di Jepun beliau ditemani Wahi, iaitu anaknya dengan
Mastura. Beliau memberitahu Wahi akan perkara sebenar, iaitu Wahi adalah anaknya, tetapi perkara
itu telah sedia diketahui oleh Wahi. Sewaktu mahu pulang, Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa
dia ingin berkahwin dengan gadis Jepun. Datuk Dolhi memberikan restu kepada Wahi setelah
kembali ke tanah air. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai masalah dengan anak-anaknya seperti
Hasnol didakwa menerima rasuah, Dani terlibat dengan dadah dan Ilham telah lari ke luar Negara
kerana diburu pihak berkuasa. Mukhlis pula hidup merempat dan menjadi gila. Cuma Amera sahaja
yang menggembirakan Datuk Dolhi dan berkahwin dengan YB Wahab.

Masalah yang berlaku pada anak-anaknya telah dapat diselesaikan. Datuk Dolhi telah menjamin Dani
dan menghantar Dani ke pusat pemulihan.Datuk Dolhi juga mencari Mukhlis , dan akhirnya telah
menemui Mukhlis yang terlantar di hospital. Hasnol juga telah kembali ke tanah air dan dijamin oleh
Datuk Dolhi.

Wahi telah kembali ke tanah air dan telah disambut oleh Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah juga
menerima Wahid dan isterinya, Yuka. Akhirnya, Datuk Dolhi telah mengumumkan Wahi sebagai
penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi
bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah bersama isterinya.

Intipati Bab Demi Bab

 Bab 1
 Datuk Dolhi dan isterinya, Datin Tominah risau apabila memikirkan anak-anak mereka yang tidak
berminat untuk menguruskan perniagaan mereka.
 Hasnol lebih berminat untuk bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatk.
 Amera memilih untuk menjadi pendidik.
 Ilham pula menyertai pertubuhan yang memperjuangkan alam sekitar.
 Muklis ke sana ke mari dengan kerja-kerja dakwahnya (ajaran sesat).
 Dani dengan impiannya yang ingin menjadi pemuzik rock.
 Albert Lee, rakan niaga Datuk Dolhi mahu melamar Amera untuk anak lelakinya, Robert Lee, tetapi
Amera tidak berkenan.

 Bab 2
 Datuk Dolhi dan Albert Lee pergi berjogging di Bukit Serakah sambil membincangkan soal
perniagaan dan anak-anak mereka.
 Datin Tominah pula sibuk menelefon rakan-rakannya yang berpangkat “Datin”. Mereka bercadang
mahu menubuhkan kelab untuk datin-datin.

 Bab 3
 Di pejabatnya, Datuk Dolhi menerima panggilan daripada Wahi yang berada di Jepun.
 Wahi menceritakan percutiannya di Jepun dan bertanyakan perkembangan perniagaan mereka.
 Datuk Dolhi mengingatkan wahi agar menimba pengalaman dan mempelajari selok-belok
perniagaan di Jepun.
 Pagi itu, Datuk Dolhi ada mesyuarat dengan Raj Hussien daripada Ramaco Consultant untuk
membincangkan nama vila yang akan dibina oleh syarikat Datuk Dolhi.
 Raj Hussien mencadangkan supaya vila yang bakal dibina itu diberikan nama yang mempunyai
unsur kemelayuan.
 Petangnya pula, Datuk Dolhi akan memberikan ceramah kepada para usahawan muda di Institut
Perdagangan Kebangsaan.
 Tengah hari itu, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk menikmati juadah tengah hari yang disediakan
oleh pembantu rumahnya yang baru.

 Bab 4
 Petang itu, Datuk Dolhi memberikan ceramah keusahawanan kepada sekumpulan pelajar
perdagangan.
 Malamnya, Datuk Dolhi menemani isterinya ke pertunjukkan fesyen busana Islam.
 Beliau berasa bosan di situ.
 Pulang dari pertunjukkan fesyen itu, Datin Tominah menyatakan hasratnya untuk membuka butik
busana Islam tetapi Datuk Dolhi meminta dia memikirkan rancangannya itu semasak-masaknya
dahulu.
 Dalam masa yang sama, anak-anak Datuk Dolhi ada di rumah. Di halaman rumah, Dani sedang
memetik gitar. Manakala Ilham mencatat sesuatu pada meja batu.
 Di ruang tamu, Amera sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula beratib kuat di
tingkat atas.

 Bab 5
 Ilham berbual-bual dengan Dani. Dia mencadangkan Dani mencipta lagu yang akan membuatkan
para pendengar akan berfikir.
 Amera mencelah perbualan mereka, lebih bertujuan menegur sikap Ilham yang masih tidak
bekerja, sebaliknya hanya mengikuti perjuangan untuk memelihara alam sekitar.

 Bab 6
 Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi untuk meminjam wang sebanyak RM10 ribu daripada Datuk
Dolhi, tetapi tidak diberikan oleh Datuk Dolhi atas alasan beliau tidak boleh selalu mengeluarkan duit.
 Lantaran jawapan bapanya itu, Hasnol segera berlalu.
 Datuk Dolhi bermenung. Dia memikirkan siapa antara anaknya yang akan mengambil alih
syarikatnya, Dolhi-Albert Holding.
 Dia turut memikirkan keinginan Albert Lee mahu berbesan dengannya tentu bersebab.

 Bab 7
 Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan Wahi yang di faks dari Tokyo.
 Wahi mencadangkan Dolhi-Albert Holding melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (TQC) seperti
yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Jepun.
 Kemudian Datuk Dolhi termenung. Beliau memikirkan Rozie sekretarinya yang muda tapi
berpengetahuan dan berpandangan jauh serta cekap menjalankan tugas.
 Beliau turut memikirkan Wahi yang sarat dengan idea dan rahsia penting tentang Wahi. 
 Datuk Dolhi teringatkan pada anaknya Mukhlis yang berlegar ke sana ke sini atas nama dakwah,
tetapi tidak bekerja.

 Bab 8
 Datuk Dolhi pulang ke rumah dengan disambut oleh Amera.
 Amera telah memberitahu bapanya bahawa dia telah dipilih sebagai Pendidik Terbaik peringkat
negeri dan meminta Datuk Dolhi hadir pada majlis penyampaian anugerah itu.
 Mukhlis dan rakan-rakannya datang ke rumah Datuk Dolhi.
 Mereka berhujah dengan Datuk Dolhi tentang tafsiran dakwah.
 Mukhlis jadi rgu-ragu dengan perjuangan yang disertainya.
 Datuk Dolhi dan Datin Tominah pergi ke Dewan Jubli Intan bagi menyaksikan anugerah Pendidik
Terbaik peringkat negeri.

 Bab 9
 Amera memikirkan siapa peminat misteri yang yang mengirim bunga dan menelefonnya.
 Inem memohon berhenti kerja secara tiba-tiba.
 Seminggu kemudian, Datin Tominah menerima surat daripada Inem yang menjelaskan sebab dia
berhenti kerja, iaitu Ilham yang menceroboh biliknya beberapa kali.
 Petang itu, Hasnol menelefon ibunya untuk meminjam duit lagi.
 Datin Tominah menjelaskan bahawa dia tiada wang untuk dipinjamkan kepada Hasnol.
 Datin Tominah menasihati Hasnol supaya menyertai bisnes untuk memperoleh pendapatan yang
lumayan.
 Hasnol enggan dan terus menghempaskan gagang telefon.

 Bab 10
 Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu oleh rakan Mukhlis bahawa Mukhlis telah mengahwini janda
tuk gurunya.
 Datuk Dolhi bertambah marah apabila diberitahu oleh Datin Tominah tentang perbuatan Ilham yang
menceroboh bilik Inem.
 Datuk Dolhi bertambah berang apabila mendapat tahu Ilham berada di Sarawak kerana terlibat
dengan gerakan menentang pembalakkan.
 Albert Lee menelefon Datuk Dolhi untuk memberitahunya tentang perbuatan Ilham bersama-sama
kaum Penan membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakkan.
 Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang berada di Tokyo dan rahsianya antara Wahi.

 Bab 11
 Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk berehat di Jepun selama seminggu dan meminta Rozie
menguruskan penerbangannya ke sana.
 Keputusan itu mengejutkan Datin Tominah.
 Dalam penerbangan ke Jepun, Datuk Dolhi terkenangkan akan kisah silamnya ke Jepun buat
pertama kali dan kemudian terkenang pula akan kisahnya dengan Mastura. 
 Mukhlis termenung memikirkan tindakannya yang berkahwin dengan Hanisah, iaitu janda tuk
gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
 Dia pulang sendirian ke rumah ibu bapanya serta mengadu kepada ibunya dan menyatakan rasa
kesalnya atas tindakannya.
 Hasnol pula memujuk Linda agar meminjam wang daripada bapanya tetapi isterinya enggan
kerana mereka pernah meminjam sebelum ini dan belum berbayar.

 Bab 12
 Amera mengambil keputusan untuk memenuhi undangan peminat misterinya ke Kelab Mawar.
 Rupa-rupanya lelaki itu ialah Y.B Wahab, Timbalan Menteri. Masing-masing memasang harapan
untuk mengikat hubungan yang lebih serius.
 Dani mengingatkan Amera supaya datang ke majlis pelancaran album sulungnya kelak.
 Amera menasihati Dani supaya menjadi penyanyi yang berjaya, kaya dan dihormati serta menjaga
imej dan disiplin diri.
 Amera memikirkan hubungannya dengan Y.B. Wahab
 Bab 13
 Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita dan disambut oleh Wahi serta seorang rakannya yang
berbangsa Jepun.
 Mereka ke Hotel Tokyo Metropolitan dan sepanjang perjalanan , Datuk Dolhi teringatkan kisah
silamnya semasa tinggal di Jepun dan menyanyikan lagu Jepun yang diingatinya.
 Datuk Dolhi memberitahu Wahi suatu rahsia, iaitu Wahi adalah anaknya.Namun Wahi tidak terkejut
kerana dia telah mengetahui rahsia itu daripada neneknya.
 Beliau berasa lega kerana telah meluahkan perkara itu kepada Wahi.
 Paginya, Datuk Dolhi bersiar-siar bersama Wahid dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar
Shibuya.
 Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya “bapak”.
 Datuk Dolhi meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak-anaknya yang lain kepada Wahi.
 Beliau akan memberitahu isterinya tentang hubungannya dengan Wahi.

 Bab 14
 Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir di Teratai Inn.
 Tengku Munir mahu agar Hasnol mempengaruhi jabatan tender supaya meluluskan
permohonannya untuk projek Jabatan Kota yang bernilai RM 80 juta
 Sebagai imbuhannya, Hasnol akan diberi sebanyak RM 300 ribu.
 Tengku Munir juga mengugut akan menjadikan hidup Hasnol susah sekiranya Hasnol tidak
menuruti kehendaknya
 Hasnol pulang ke rumah selepas bertemu dengan Tengku Munir dan disambut oleh Linda yang
bertanyakan hasrat ke Eropah.
 Hasnol telah menyuruh Linda membuat rancangan ke Eropah
 Di Sarawak, pihak berkuasa sedang mencari aktivis Barat yang menghasut masyarakat pribui
supaya membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakan.
 Hasnol datang menemui Datin Tominah dengan wajah yang berseri-seri dan memulangkan wang
sebanyak RM10 ribu yang dipinjamnya dahulu.

 Bab 15
 Albert Lee sekeluarga berkumpul dan berbincang tentang keluarga dan perniagaan mereka
 Dia agak kecewa kerana rancangannya untuk menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak
Datuk Dolhi tidak berjaya.
 Robert juga kecewa kerana tidak berjaya memikat Amera
 Albert melahirkan pendapatnya tentang anak-anak Datuk Dolhi yang telah merosakkan bapanya
sendiri.
 Lantaran itu, dia berharap agar mereka dua beranak dapat menguasai Dolhi-Albert Holdings suatu
hari nanti
 Albert menyatakan bahawa Datuk Dolhi mempunyai waris lain selain anak-anaknya itu.
 Malamnya, Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluar makan tetapi Amera menolak
dengan mengatakan bahawa dia ada latihan walaupun esoknya adalah hari ahad.

 Bab 16
 Datuk Dolhi dan Wahi berada di Lapangan Terbang Narita.
 Datuk dolhi memberitahu Wahi bahawa dia kini berasa lapang setelah perkara yang terpendam di
dalam hatinya telah diluahkan serta menyatakan hasratnya untuk bersara lantaran kesihatannya yang
mula terganggu.
 Wahi mencadangkan Datuk Dolhi mengurangkan perlibatan di syarikat, namun beliau kurang
percaya untuk melepaskan pengurusan syarikat sepenuhnya kepada Albert Lee.
 Beliau amat berharap agar Wahi dapat menerajui Dolhi-Albert Holdings .
 Wahi menyatakan hasratnya untuk mengahwini gadis Jepun, iaitu Yuka dan menjelaskan bahawa
Yuka telah memmeluk agama Islam.
 Semasa di dalam kapal terbang, Datuk Dolhi mengimbau kisah silamnya dengan Mastura ,28 tahun
yang lampau.

 Bab 17
 Datin Tominah menceritakan kisah Ilham yang melarikan diri ke Perancis dan meminta Datuk Dolhi
agar mencari Ilham disana, tetapi Datuk Dolhi enggan.
 Datin Tominah juga menyatakan bahawa Hasnol telah memulangkan wang RM10 ribu yang
dipinjamnya. Datuk Dolhi terkejut.
 Dia juga bercadang mahu memberi sedikit wang kepada Mukhlis kerana Mukhlis telah pulang dan
menyatakan kesusahannya, namun Datuk Dolhi enggan membantu.
 Dani masuk ke ruang tamu dengan rambut yang panjang dan seluar yang bertampal-tampal.
 Datuk Dolhi menegur cara berpakaian Dani yang selekeh dan mengingatkan Dani agar tidak
terlibat dengan dadah.
 Malamnya Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri
kedua.
 Sebagai akibatnya, hubungannya dengan Datin Tominah renggang.
 Amera membantah sikap ibunya itu, dan meminta ibunya berbaik-baik dengan bapanya semula.

 Bab 18
 Wakil Timbalan Menteri datang ke rumah Datuk Dolhi untuk merisik Amera.
 Majlis perkahwinan antara Amera dan YB Wahab disegerakan untuk mengelakkkan fitnah.
 Semasa majlis pernikahan Amera, Datuk Dolhi bertemu semula dengan Ustaz Hasyim, semasa
belajar dahulu.
 Ustaz Hasyim menceritakan keadaan Mukhlis yang amat daif di sebuah perkampungan.
 Perkhabaran itu menyebabkan mereka berdua ke Kmpung Sungai Bakau untuk mencari Mukhlis
tetapi Mukhlis gagal ditemui.
 Menurut penduduk di situ, Mukhlis dikatakan tidak siuman.

 Bab 19
 Seminggu lagi, Hasnol dan keluarganya akan bercuti di Eropah.
 Pagi itu, dia dipanggil oleh Tengku Munir ke pejabatnya.
 Tengku Munir mahu agar Hasnol meluluskan kesemua 12 tender yang dipohonnya, bukannya
hanya empat sahaja.
 Hasnol menjelaskan kesukaran yang dihadapi untuk meluluskan 12 tender daripada syarikat yang
sama.
 Tengku Munir tetap berkeras. Imbuhan telah diberikan kepada Hasnol.
 Hasnol berlepas juga ke London bersama dengan keluarganya.Namun, fikiran Hasnol kusut
memikirkan permintaan Tengku Munir yang pastinya tidak dapat ditunaikan.
 Apabila permintaannya tidak ditunaikan, Tengku Munir melaporkan kepada Menteri Besar bahawa
Hasnol telah meminta rasuah sebanyak Rm 1juta bagi meluluskan 12 tender yang dimohonnya.
 Laporan itu telah disiarkan di akhbar.
 Sebagai akibatnya, rumah Datuk Dolhi telah diserbu pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah
(BPR). Datuk Dolhi disiasat. Imejnya sebagai jutawan telah terjejas.
 Hasnol menelefon ibunya dari London dan menyatakan kekesalannya. Ibunya mahu agar dia
pulang dan menyelesaikan masalah tersebut.
 Bab 20
 Dani dan kumpulannya, Young Rock Band akan mengadakan persembahan di Ekspo
Perdagangan Pemuda.
 Dani tidak dapat naik ke atas pentas kerana ketagihan dadah.
 Dani telah ditangkap polis ketika sedang mencari bekalan dadah di pekan.
 Berita Dani ditangkap telah terpampang di akhbar dan sekali lagi, Datuk Dolhi menjadi tumpuan
wartawan.
 Malam itu, Datin Tominah ke lapangan terbang menjemput Hasnol.
 Ketika mahu beredar, Hasnol telah ditahan beberapa orang lelaki yang memperkenalkan diri
mereka sebagai pihak berkuasa.
 Hasnol sedia bertanggungjawab dan ingin menebus dosa-dosanya.

 Bab 21
 Ilham telah mendalangi tunjuk perasaan semasa lawatan menteri kanan Malaysia ke London.
 Hasil wawancara stesen TV antarabangsa dengan Ilham yang mengutuk pembalakan di Malaysia,
Datuk Dolhi dan YB Wahab disiasat.
 Albert Lee berasa amat marah dengan kenyataan Imram dalam temu ramah itu kerana bimbang
kontrak balak mereka di Sarawak dibatalkan.
 Dia mahu merampas tampuk kekuasaan syarikat lantaran Datuk Dolhi sudah ditimpa bermacam-
macam masalah keluarga.
 Usahanya terhalang kerana Datuk Dolhi masih mempunyai seorang lagi waris, iaitu Wahi.

 Bab 22
 Datuk Dolhi berasa lega kerana Wahi akan pulang bersama isterinya
 Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan pasport antarabangsanya dirampas.
 Dani juga dijamin dan Datuk Dolhi berusaha untuk memasukkannya ke pusat serenti.
 Di rumah, Datuk Dolhi,Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani menunggu kepulangan Wahi dan
isterinya.
 Datin Tominah menerima kepulangan Wahi dengan dada yang terbuka.
 Datuk Dolhi menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Mukhlis dimasukkan ke
hospital ketika merayau-rayau di pekan tidak jauh dari Kampung Sungai Bakau.

 Bab 23
 Mukhlis beransur pulis dan Datuk Dolhi akur akan nasihat doktor supaya menghantar Mukhlis ke
pusat rawatan mental.
 Datuk Dolhi memutuskan untuk menghantar Dani ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di
Mahkamah.
 Pagi itu, Dolhi-Albert Holdings dijadualkan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah.
 Pada akhir mesyuarat itu, Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
 Kenyataan Datuk Dolhi itu disambut dengan tepukan, sebaliknya Albert Lee terus meninggalkan
bilik mesyuarat.
 Albert Lee memberitahu anaknya, Robert bahawa mereka akan menarik diri daripada Dolhi-Albert
Holdings.

 Bab 24
 Datuk Dolhi dan isterinya berehat-rehat di anjung banglo mereka.
 Datuk Dolhi bertanyakan projek yang ingin dijalankan oleh Datin Tominah suatu ketika dulu, namun
Datin Tominah sudah melupakan tentang projek butik busana Islam itu.
 Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah agar mereka ke tanah suci Makkah untuk
menunaikan umrah dan ziarah.
Tema
 Tema dalam novel Renyah adalah ketabahan dalam menghadapi tekanan hidup.
 Datuk Dolhi merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya tetapi menghadapi tekanan hidup
dalam menangani kerenah anak-anaknya.
 Sebagai seorang bapa, beliau mahukan yang terbaik buat anak-anaknya, walaupun anak-anaknya
hanyut dalam keinginan sendiri hingga mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya.
 Datuk Dolhi juga berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak berminat mengurus
perniagaannya.
 Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya terlibat dalam pelbagai salah
laku.
 Walau bagaimanapun, masalah yang datang itu dapat dihadapi dan diselesaikan dengan cara yang
baik.

Persoalan

 Harapan seorang ayah

a) Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut jejaknya sebagai ahli perniagaan.
b) Datuk Dolhi meletakkan harapan yang amat tinggi kepada Wahi, iaitu anak isteri keduanya untuk
menerajui syarikatnya. Lantaran itu, beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk menimba ilmu dan
pengalaman dalam bidang perniagaan.

 Minat dan kecenderungan seseorang tidak dapat diubah

a) Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan walaupun Datuk Dolhi
seorang usahawan yang berjaya.
b) Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat masing-masing. Hasol menjadi Pegawai Tadbir
Diplomatik, Amera sebagai pendidik, Ilham memperjuangkan alam sekitar, Mukhlis dengan dunia
dakwahnya, dan Dani meminati bidang muzik.

 Kefahaman yang betul mengenai ilmu agama

a) Mukhlis yang cetek pengetahuan agamanya terikut-ikut dengan ajaran songsang kumpulan
dakwahnya tanpa menyelidiki kebenaran ajaran kumpulan itu.
b) Sebagai akibatnya, dia mengalami tekanan daripada kesusahan hidup yang dihadapi hingga
menjadi kurang siuman.

 Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan

a) Datuk Dolhi lebih gemar menggunakan Limosin Saga keluaran tempatan apabila menghadiri majlis
rasmi.
b) Datuk Dolhi juga memakai baju batik Kelantan ketika menghadiri pertunjukkan busana Islam.

 Sikap tamak dan ingin hidup mewah hingga sanggup melibatkan diri dalam rasuah

a) Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah kepada Hasnol agar meluluskan kesemua
tender yang dipohonnya.
b) Hasnol pula yang ingin hidup mewah sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa oleh pihak
berkuasa.

 Kepentinan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang dapat ditambah melalui
pembacaan.

a) Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan dalam ceramahnya.
b) Kebolehan Wahi dalam menulis teks ucapan dan ceramah untuk Datuk Dolhi adalah kerana
minatnya yang tinggi terhadap pembaaannya.

Watak dan Perwatakan

 Datuk Dolhi
 Datuk Dolhi adalah watak utama dalam novel ini.
 Suami kepada Datin Tominah.
 Berusia 60-an dan sering sakit-sakit di bahagian dada.
 Bapa kepada Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis dan Dani serta Wahi.
 Rakan niaga Albert-Lee.
 Pandai dalam perniagaan. Buktinya, beliau merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki
syarikat Dolhi-Albert Holdings.
 Seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, beliau telah membiayai Wahi iaitu anaknya dengan
Mastura walaupun setelah Mastura meninggal dunia ketika melahirkan Wahi.
 Penyayang. Buktinya, beliau tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu
banyak menimbulkan masalah kepadanya sehingga mencemarkan nama baiknya
 Seorang yang berani. Buktinya, beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai
penggantinya dalam dolhi-Albert Holdings walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin menguasai
Albert-Lee Holdings. Sebagai akibatnya, persahabatannya dengan Albert terlerai bagitu sahaja.
 Seorang yang rajin. Buktinya, beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku
motivasi.
 Penyabar. Buktinya, beliau tidak memaksa tetapi sabar menunggu Hasnol menyertainya dalam
Albert-Dolhi Holdings.

 Hasnol
 Hasnol merupakan anak sulung datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Berkerja dalam sektor kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
 Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup yang mewah.
 Mempunyai 2 orang anak.
 Hasnol tidak berani menghadapi cabaran. Buktinya, beliau tidak mahu meneruskan usaha bapanya
dalam perniagaan kerana dia tidak sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam bidang itu.

 Ilham
 Ilham adalah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Ilham seorang pecinta dan pejuang alam sekitar.
 Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasikan sajak. Buktinya, dia
telah memberikan puisi yang dikarangnya kepada Dani untuk dilagukan.
 Tidak mempunyai sifat patriotik. Buktinya, sewaktu media elektronik memaparkan temu ramah
Ilham dengan stesen TV antarabangsa , dia telah mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan
balak terus ditebang secara berleluasa.

 Mukhlis
 Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Mukhlis mudah terikut-ikut dalam beragama tetapi sebenarnya dia tidak memahami agama yang
sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunnah Nabi yang berkahwin dengan janda, dia
sanggup mengahwini janda tuk gurunya tanpa usul periksa.
 Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan. Buktinya, dia berasa kasihan tehadap Hanisah yang
diceraikan oleh tuk gurunya.
 Akhirnya, dia mengalami tekanan mental sehingga menjadi tidak siuman.
 Buktinya, seorang pemuda yang ditemui oleh Datuk Dolhi dan Ustaz Hasyim di Kampung Sungai
Bakau mengatakan bahawa Mukhlis tidak siuman kerana cuba menyerang tuk gurunya. 

 Dani
 Dani anak bongsu Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Dani berambut panjang, selekeh dan tidak terurus. Buktinya, bapanya menegur rambut dan
pakaiannya yang tidak terurus dan menasihatinya agar memakai pakaian yang lebih elok.
 Seorang artis rakaman dan telah berjaya merakamkan album bersama kumpulan rocknya, iaitu
Young Rock Band.
 Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Buktinya, dia ditangkap oleh polis ketika mencari bekalan
dadah di sebuah pekan kecil.

 Wahi
 Wahi adalah nak Datuk Dolhi dengan Mastura.
 Dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya meninggal dunia ketika melahirkannnya.
 Wahi bekerja di Dolhi-Albert Holdings dan merupakan orang kepercayaan Datuk Dolhi.
 Seorang yang kaya dengan idea. Buktinya, Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert Holdings
melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) sebagaimana yang dilaksanakan oleh syarikat-
sayarikat Jepun.
 Wahi seorang yang bijak dan cekap berfikir. Buktinya, Datuk Dolhi mengakui bahawa Wahi seorang
yang bijak dan cekap serta akan menguasai syarikat suatu hari nanti.

 Watak-watak lain
 Amera adalah satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi dengan Datin Tominah dan menjadi pendidik
yang berdedikasi
 Albert Lee ialah rakan kongsi Datuk Dolhi dalam Dolhi-Albert Holdings.
 YB Wahab ialah suami Amera yang juga merupakan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.
 Linda ialah isteri Hasnol yang suka akan gaya hidup mewah.
 Robert Lee ialah anak Albert Lee yang mahu dijodohkan dengan Amera.
 Rozie, setiausaha Datuk Dolhi yang cekap menjalankan tugas.
 Tengku Munir merupakan kerabat raja yang telah menyebabkan Hasnol ditangkap BPR kerana
kes rasuah. 

Latar

 Latar Tempat
 Pejabat Datuk Dolhi. Di sini berlakunya banyak pelbagai peristiwa penting dalam novel
ini.Antaranya termasuklah Mukhlis yang datang untuk meminjam wang dan peristiwa Datuk Dolhi
mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
 Rumah Datuk Dolhi.Di sini juga banyak peristiwa penting dalam novel ini. Antaranya termasuklah
Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri keduanya.
 Sarawak. Di Sarawak, Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia
bagi menghalang kegiatan pembalakan
 Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-anaknya buat
seketika.
 Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau. Di sini, Mukhlis tinggal bersama dengan isterinya
yang merupakan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
 Kelab Mawar. Di sini, Amera telah berjumpa dengan YB Wahab buat pertama kali.
 Teratai Inn. Di sini, Hasnol telah berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah
kepada Hasnol dengan syarat Hasnol membantunya memperoleh semua tender yang dimohonnya.

 Latar Masa
 Latar masa bagi novel ini adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menetri dan Tun
Ghaffar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri
 Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam.
 Pada waktu pagi. Buktinya, Datuk Dolhi ada mensyuarat dengan Raj Hussien pada pukul sepuluh.
 Pada waktu petang. Buktinya, Datuk Dolhi ada ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bagi
menyampaikan ceramah.
 Pada waktu tengah hari. Buktinya, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum
ke Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
 Pada waktu malam. Buktinya, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam dari
Lapangan Terbang Subang.

 Latar Masyarakat
 Masyarakat yang merupakan golongan usahawan. Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan
usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holdings. Malahan Datuk Dolhi merupakan seorang
utawan.
 Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Datuk Dolhi banyak mempunyai pengalaman dan
ilmu pengetahuan disebabkan beliau rajin membaca buku.
 Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup
memberikan tekanan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya.
Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar berbelanja secara mewah.
 Masyarakat majmuk. Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada bangsa melayu yang
diwakili oleh keluarga datuk Dolhi, bangsa cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee dan bangsa
Jepun yang diwakili oleh Yuka.
 Masyarakat yang berani. Buktinya, Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu bekerja
dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani bertemu dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.

Plot
 Binaan plot
 Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi.
 Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan watak utama iaitu Datuk Dolhi yang risau
akan kerenah anak-anaknya yang tidak berminat untuk meneruskan usahanya dalam bidang
perniagaan.
 Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu kepada gelagat anak-anak Datuk Dolhi . Hasnol
asyik datang ke rumah Datuk Dolhi kerana mahu meminjam wang sehingga dia sanggup menerima
rasuah daripada Tengku Munir. Dani pula sibuk dengan urusan kumpulan muziknya untuk membuat
rakaman. Ilham menghasut masyarakat Penan di Sarawak supaya menentang aktiviti pembalakan di
tempat mereka. Mukhlis pula mengikut kumpulan dakwahnya dan berkahwin dengan janda tuk
gurunya yang mempunyai 3 orang anak. Amera pula masih belum membuat keputusan sama ada
mahu menerima Robert Lee sebagai suaminya.
 Dalam bahagian perumitan, Ilham telah mengetuai demonstrasi orang-orang Penan bagi
menentang projek pembalakan di Sarawak. Hal ini menyebabkan Datuk Dolhi tertekan dan berasa
malu, lantas membawa dirinya ke Jepun.
 Dalam bahagian klimaks, Ilham telah melarikan diri ke Perancis sebagai akibat diburu pihak
berkuasa kerana menghalang pembalakan di sarawak. Hasnol pula diburu oleh pihak BPR atas
dakwaan menerima rasuah dan akhirnya ditangkap ketika berada di lapangan terbang sekembalinya
dari London. Dani pula ditangkap kerana terlibat dengan dadah ketika mengadakan persembahan
kumpulannya muziknya. Sementara itu, Mukhlis pula hidup melarat dan menjadi tidak siuman.
 Peleraian cerita ini ialah Hasnol telah dibebaskan dengan jaminan Datuk Dolhi telah menjamin
Dani dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera berkahwin dengan YB Wahab. Wahi pula
pulang dari Jepun bersama isterinya, Yuka yang berketurunan Jepun. Datin Tomunah menerima
kedatangan Wahi dan isterinya dengan dada terbuka. Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di
hospital. Dia akan dihantar ke pusat rawayan mental. Ilham tidak mahu pulang ke Malaysia kerana
bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa. Datuk Dolhi juga telah mengumumkan Wahi sebagai
penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi
bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah bersama dengan isterinya, Datin
Tominah. 

Teknik plot

 Teknik Dialog
 Dialog ialah pertuturan antara watak yang dipapar dalam cerita.
 Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik.
 Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
“Tengku...” Hasnol terketar-ketar.
“Kenapa ada lagi yang sangkut?”
“Empat sudah lulus.”
“Mana cukup empat? Aku masuk dua belas.”
“Tak mungkin semua tengku.”
“Aku mahu semua.” (halaman 189)

 Teknik Imbas Kembali


 Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah
berlaku atau yang telah dialaminya.
 Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah
berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.
 Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Datuk
Dolhi teringat akan anaknya, Mukhlis, iaitu:

Dia teringat akan anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak Mukhlis di 
masjid. Jubah dan serbannya kelihatan lusuh. Janggut dan jambangnya tidak 
bercukur, tidak pula dirapikan. Dengan sebuah beg, dia bersandar di tiang seri 
masjid. (halaman 69)

 Teknik Pemerian
 Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau penerangan tentang sesuatu
watak secara langsung oleh pengarang.
 Antara contoh penggunaan ternik ini termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di
rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun, iaitu:

Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya. 


Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk 
Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah 
Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi 
tidak mahu kesedihan itu berterusan. (halaman 210)

 Teknik Monolog
 Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, samada ditujukan kepada dirinya
sendiri atau kepada orang lain.
 Antara contoh monolog dalam cerita ini termasuklah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan
Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM), iaitu: 
“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(hal.65)

 Teknik Saspens
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau
perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
 Antara contoh suspens dalam novel ini termasuklah ketika Amera mendapat jambangan bunga
daripada peminat misterinya,iaitu:

“Tahiah kak!” Dani masuk dengan ceria. Di tangannya,sejambak bunga yang berbalut rapi tampak
begitu indah.
“Eh, sama-sama! Bunga siapa ni?
“kak Ameralah”
“Dani bagi?”
“Bukan ada pengirim yang menghantar melalui Mekar Florist.”
“siapa?”
“Pakwe barangkali.”
“mengarutlah Dani. Kakak mana ada pakwe.” (hal. 91-92)

 Teknik Kejutan
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau
perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya
 Kejutan bermaksud perubahan dalam peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga.
 Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
Antara contoh kejutan dalam novel ini termasuklah datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah
anaknya daripada isteri kedua kepada seisi rumah .Iaitu:
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahwa Wahi ialah anaknya
daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudara-maranya.
Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apabila Datin Tominah
memberitahu. Masing-masing menyipan perasaan (hal. 176-177) 
Gaya Bahasa
 Novel Renyah telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa untuk menjadikan
ceruta menarik dan berkesan.
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:

 Diksi
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
 Novel yang dikarang oleh Gunawan Mahmood ini mengutarakan kisah seorang tokoh korporat
yang berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi mengalami tekanan hidup dalam menangani kerenah
anak-anaknya. Daripada aspek diksi, jelas pengarang berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan
latar tempat dan latar masyarakat dalam cerita tersebut. Antara kosa kata tersebut termasuklah
perniagaan,jutawan,pengarah utusan, projek pembinaan, tenser dan datin.
 Untuk menggambarkan kisah tokoh korporat tersebut yang mengamalkan dasar pandang ke Timur,
iaitu Negara Jepun,pengarang juga turut menggunakan bahasa Jepun. Termasuklah konbanwa,genki
desu, dozo, ohayo gozaimasu, dan hajimemashite.
 Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris, sesuai dengan cerita yang memaparkan
dunia niaga. Antaranya termasuklah entrepreneur, complain, top, sporting, confirm, dan sponsor.
 Terdapat juga penggunaan bahasa Arab, sesuai dengan cerita yang berlatarbelakangkan
masyarakat melayu yang beragama islam. Antaranya termasuklah assalamualaikum, insya-Allah,
astaghfirullah, rahmatullah, alhamdulillah dan subhanahuwataala.
 Pengarang juga bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi dan hal ini
meninggalkan kesan kepada pembaca.

 Peribahasa
 Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah perumpamaan, simpulan
bahasa, pepatah dan bandingan.
 Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam novel ini termasuklah jual mahal, panas darah,
hangat-hangat tahi ayam, lembut gigi daripada lidah, menatang bagai minyak yang penuh, kalu guru
kencing berdiri anak-anak murid kencing berlari, dan langit mana yang cerah, bumi mana yang tidak
ditimpa hujan

 Ayat
 Dalam novel ini pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana, dan panjang.
 Antara contoh ayat pendek yang banyak diselit dalam dialog termasuklah:
a) “Datin Salmah dan datuk, Datin Malini dan datuk, dan yang paling penting VIP-nya.”
“Siapa?”
“Raja Muda.” (halaman 39)
b) “Cukup! Mulai esok tinggalkan topeng-topeng kau ini.
Bekerjalah, sempurnakan tanggungjawab kepada manusia dan Tuhan. (halaman 83)
 Antara contoh penggunaan ayat sederhana dan ayat panjang dalam novel ini termasuklah dalam
petikan dibawah ini:
Dani bangun meninggalkan bapa dan ibunya. Itulah stail Dani dari dulu. Datuk Dolhi telah tercium
kegiatan Dani yang kurang sihat, terutama pergaulannya dengan kumpulan budak-budak penagih.
Dani harus diselamatkan sebelum sempat dia menggelumangi aktiviti tidak sihat. Tetapi bagaimana?
(halaman 174)

 Simile
 Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang
lain.
 Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan
ibarat.
 Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:
a) Ligat macam gasing. (halaman 15)
b) Peluh seperti mata air yang keluar dari liang-liang batu. (halaman 20)
c) Bibir tuanya seperti sagu pecah. (halaman 39)
 Metafora
 Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan
seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan sebagainya.
 Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah:
a) ...Berjalan-jalan di Memorial Park, melihat Kubah Atom, menyusur pinggir Sungai Motoyasu,
membaca tugu-tugu kenangan. (halaman 26)
b) Datuk Dolhi bangga dapat menyemai benih keusahawanan pada diri anak bangsa...(halaman 38)
c) Sedangkan disebalik gunung sana terhampar sawah kemewahan yang tidak habis dimakan.
(halaman 79)

 Personifikasi
 Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan
sebagainya.
 Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.
 Antara contoh penggunaan personofikasi dalam novel ini termasuklah:
a) Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)
b) Tasik dan pohon-pohon menjadi saksi orang yang tidak takutkan dosa. (halaman 24)
c) Dia cuba melupakan segala masalah yang mengacau benak.
(halaman 113)

 Nilai

 Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh
sebab itulah, mereka berusaha menyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan
pelbagai cara.
 Nilai sabar. Contohnya Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak
mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan
 Nilai tanggungjawab. Contohnya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa
yang memberikan pendidikan kepada anak-anaknya, termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
 Nilai patriotik. Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
 Nilai berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-
mandir.
 Nilai rajin. Contohnya, Datuk Dolhi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.

Pengajaran
 Ibubapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat
dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun sering
menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
 Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar
menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki dadah. Beliau tidak memarahi
Dani sebaiknya menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
 Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi negara.
Sikap ini yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis
rasmi wajar dicontoh oleh masyarakat.
 Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri dan negara. Datuk Dolhi
dan Wahi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang
perniagaan.
 Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui jalan yang salah. Sikap
Hasnol yang mudah terpengaruh apabila diberi rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan untuk
meluluskan terdernya amat tidak wajar dicontoh oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai