Anda di halaman 1dari 10

Drama DatoOnn (Othman Hj Zainudin)

Sinopsis
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang
penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas
kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi
jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato
Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar
penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya
dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.
Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya
untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris
secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris
bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan
untuk mewujudkan Malayan Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas
Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih
pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian
harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah
Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua
kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato
Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan
menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk
memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan
untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang
menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu
diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn menghembuskan
nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.
Tema
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit
menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan
Dato Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun
menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan
semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai
kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan

permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan


kekerasan. Dalam keadaan genting Dato Onn tetap bersama anak-anak
buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun
menjadi pengasas UMNO, Dato Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan
pendapat.
Persoalan
1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat
dilihat melalui watak Dato Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan
meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat
penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan
kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu
bersama Dato Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan.
Kesannya Malayan Union dibatalkan.
3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato Onn sanggup dipecat
daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar
penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan
beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai
seorang nelayan.
4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak
komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan
memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang
kehilangan harta benda.
5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan
keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato Onn sanggup
mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak
sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup
terbiar dan merempat.
6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi
terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan
kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton
pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan
pada ketika itu hilang pekerjaan.
7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui
tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di
negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas.
Rumah dan tanah keluarga DatoOnn di Bukit Senyum turut dirampas kerana
kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta
benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato Onn.

8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato Onn berjaya


membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta
Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan
menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit
menentang Malayan Union.
Plot
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat
empat peringkat garapan plot iaitu :
(i) Permulaan
Pada peringkat ini, watak Dato Onn digambarkan sebagai pemimpin orangorang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang
berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato Onn juga pernah berkahwin
dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka
gagal.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak Dato Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air
berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu
adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi
pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah
dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke
Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk
menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit
menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan
Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan
Komunis. Dato Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk
mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
(iii) Konflik
Perkahwinan Dato Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa
berpisah.
Dato Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut
cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut
cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.
MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA
bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai
Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.
MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara
orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
Dato Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan
Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA
menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.
(iv) Klimaks

Dato Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu


yang jauh ketinggalan.
(v) Peleraian
Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak
pihak, Dato Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato Onn sempat
mendengar berita kemerdekaan tanah air.
1. Pemerian
Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang
harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah
penjajahan
2. Imbas Kembali
Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak
pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku
3. Dialog
Onn: Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Dato Onn b Jaafar
seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
Menteri Besar
Pengasas kemerdekaan
Seorang yang bertanggungjawab. DatoOnn b Jaafar tidak melepaskan adik
iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian
suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.
Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan
pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.
Watak Sampingan
Halimah
isteri Dato Onn
seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato Onn mancari
nafkah dengan menjual kuih selepas Dato Onn diberhentikan kerja.
Cik Kah
seri panggung
Penari yang dapat menarik perhatian Dato Onn
DJ Campbell

Pegawai Inggeris
Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato Onn menentang
pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato Onn.
Dr Burhanuddin
Pemimpin KMM
Pengasas Parti PAS
Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato Onn. Lebih rela
dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato Onn.tidak bersetuju
bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.
Latar
Latar Masa
1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan
2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. 1951 Dato Onn berucap
6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan
Latar Tempat
1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan
Union
4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air
Latar Masyarakat
1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah
air
Contohnya Dato Onn.
2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan
jauh ketinggalan.
3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara
yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA
dan KMM
Gaya Bahasa
Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club
Kata pinjaman (bahasa Arab)

Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah


Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai
1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu
keluarga, akhirnya perkahwinan Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.
2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap
keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga
bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih
kuat. Dato Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat
sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.
4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada
tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah
yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn
5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah
Kerabat kelas Dua kepada Dato Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang
berjasa kepada tanah air.
6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat
amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato Onn
telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan
mereka demi menuntut kemerdekaan.
Pengajaran
1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan
negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk
penjajahan.
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak
terpengaruh dengan unsur negatif.
5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan
menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.
6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang
terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.

Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:


1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu
terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg
tangannya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony


pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung
halamannya lebih tenteram.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya


dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.

Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:


1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya
membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek
sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap
umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan
pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat
menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii)..
Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat
memuaskan hati semua pihak.

Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada
peribahasa tersebut.
1. bagaikan kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada

4. menegakkan benang yang basah


5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

KEBAIKAN PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA


Negara kita pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah
kepada sukan bertaraf dunia. Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada
Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung dari
11 hingga 21 September di negara kita. Sukan SEA juga dianjurkan di Malaysia
pada tahun 2001. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan
wawasan pembangunan negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju,
penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara kita amat bertuah kerana telah
terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia. Hal ini
merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej
dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Selain Sukan Komanwel,
negara kita juga pernah menjadi penganjur perlawanan bola sepak, Piala
Thomas, Le Tour de Langkawi, dan sebagainya. Persoalannya sekarang apakah
faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara kita?
Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah
pendapatan negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah
sukan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan sukan
seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang banyak untuk
melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan
memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan
dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Biar kita imbas
kembali Sukan Olimpik yang diadakan di Atlanta. Negara Amerika telah
mendapat keuntungan sebanyak US20 bilion dalam penganjuran temasya sukan
berprestij ini. Memang benar kata mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu
penganjuran Sukan Komanwel dapat membantu negara mengatasi masalah
kegawatan ekonomi yang semakin melarat pada masa itu. Para pelancong dan
peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan, tetapi mereka turut membeli
cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia.
Maka, industri kecil dan industri hiliran dapat berkembang dengan lebih maju lalu
ekonomi negara dapat dijana.
Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang

berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan


sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang
bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban
untuk negara. Sebagai contoh, pihak badan bukan kerajaan berganding bahu
dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Sukan Komanwel secara sukarela.
Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti
toleransi, kerjasama, meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan
peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan
memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk memenangi
sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat
amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan. Jadi, perpaduan
antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita
pasti bertambah baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru
teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh
negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola sepak, kita boleh
mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan.
Dengan cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan
membaiki kelemahan mereka. Oleh itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat
lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga akan berlatih dengan
berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi
sukan dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan
bertaraf antarabangsa.
Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan
membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan.
Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat
jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan
sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita
akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia
merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi
sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaatmanfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia
harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.

* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

i. rumah siap pahat berbunyi


ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah

Anda mungkin juga menyukai